Laman Webantu KM2A1: 3797 File Size: 34.5 Kb * |
Siri 5 MMM: Setiap Sandiwara Ada Pentasnya By Marhain Tua 16/2/2001 10:26 am Fri |
MMM5 [Berikrar sudah, berjanjipun pun sudah, malas menangis pun sudah tetapi
apa makna itu semua sumpah seranah jika ia dimungkiri dengan mudah?
BBM adalah sandiwara semasa pemimpin Umno yang sanggup berbuat apa saja
(termasuk mengutuk bosnya) untuk menonjolkan ada semangat reformasi juga.
Begitu jugalah isu Pertemuan Pas-Umno dan skandal Perwaja. Sejarah merakam
Umno tidak ikhlas di mana-mana, dan orang BBM jugalah yang menjadi tukang
pelaksana. Polis pula melengkapkan cerita dengan mendera orang melayu tidak
kira di mana, dan sesiapa sahaja sehingga sanggup membunuh demi upah yang
spesial tentunya. Hanif Omar menjadi ketua ketika korban Memali kini menjadi ketua darul kasino.
Musa Hitam diberi Suhakam untuk membersihkan hitamnya. Mahathir pula menjadi
wira dunia ketiga ehsan pejuang BBM yang kerap melompat sehingga pecah semua
rekod dunia. Umno sudah sekian lama mendera orang melayu sambil berpura-pura memperjuangkan
hak mereka. Nasib Tabung Haji, KWSP dan Perwaja menunjukkan betapa sumpah
amanah pemimpin Umno hanyalah sandiwara belaka. Itulah watak mereka dulu, kini
dan selamanya. Pentas mungkin berubah, tetapi orangnya tetap sama. Bukalah topeng,
nanti akan terserlah siapa mereka yang sebenarnya....
- Editor] Ketika BBM bersidang dulu, mereka telah melafazkan ikrar taat setia untuk 'mempertahan dan membela maruah, kepentingan dan martabat bangsa Melayu dan agama Islam.' Kita mesti rakamkan catatan BERNAMA ini kerana ia tidak diceduk oleh mana-mana akhbar perdana di negaranya sendiri. Ikrar itu dilafazkan pada akhir perhimpunan. Dengan nada bersemangat, para hadirin membaca ikrar yang berbunyi: . DEMIKIANLAH sumpah ikrar satu majlis yang ditaja dan melibatkan satu kumpulan pemimpin
Melayu yang banyak melakar sejarah negara ini apatah lagi corak sejarah bangsa Melayu
itu terutama sekali sejak Malaysia mencapai kemerdekaannya. Itulah dia ikrar
sumpah-setia orang Melayu yang beragama Islam mengikut cara baru dan di alaf baru ini.
Hampir semua yang berada di pentas dan membaca ikrar itu pernah memegang Al Quran
untuk mengangkat sumpah disaksikan Yang Di Pertuan Agong semasa mereka dilantik
menjadi menteri kerajaan persekutuan ataupun ahli dewan rakyat (parlimen), dewan senat
atupun dewan undangan negeri masing-masing.
Tetapi ada juga di kalangan mereka itu satu ketika dulu yang pernah menghadiri sidang
akhbar sambil memegang pita keset di tangan dengan berkata bahawa "inilah pita keset
yang mengandungi bukti kerja-kerja jijik Dato' Seri Anwar Ibrahim" yang membuatkan
Dr. Mahathir menyingkirkannya dari jawatan timbalan presiden UMNO dan juga timbalan
perdana menteri Malaysia. Ternyata, semua pita-pita keset itu adalah pita keset kosong
sahaja untuk melengkap satu lakonan menipu orang Melayu - bangsa mereka sendiri dan
kumpulan yang satu hari nanti akan turut menadah tangan mengaminkan doa talqin ditanah
perkuburan yang menyimpan jasad mereka semua.
Ramai juga di kalangan pemimpin UMNO yang bergelar dan berpangkat itu yang pernah
berpakaian hebat-hebat mengiringi Dr. Mahathir Mohamad ketika dia menjelajah negara
bertemu rakyat jelata. Ketika itu Mahathir cuba menjelaskan cerita kenapa Anwar
Ibrahim dipecat dan kenapa dia 'tidak layak menjadi bakal perdana menteri Malaysia'.
Di waktu itu Mahathir kerap menonjolkan falsafah bahawa orang yang paling layak menerajui
Malaysia adalah seorang yang mempunyai ciri-ciri perwatakan sepertinya. Dengan lain
perkataaan, orang itu adalah seorang yang merupakan klonnya. Mahathir menjelajah
negara ketika itu sebagai Perdana Menteri Malaysia dengan perbelanjaan rakyat marhaen,
tetapi tugas sebenarnya ialah untuk memperkuatkan dakyah UMNO dan Barisan Nasional
menghadapi pemilu 1999 dulu. Begitu kuatnya kerja-kerja UMNO untuk menang kembali
pemilu itu sehinggakan dalam masa satu bulan sebelum pengundian Mahahtir melancarkan
Kempen Tujuh 'M' yang dikatakan 'harus menjadi panduan semua orang UMNO agar menjadi
orang Melayu yang berwibawa dan berpekerti terpilih.' Kempen itu dilakukan selepas
ada pemimpin UMNO yang mahu mendedahkan rakaman perbualan telefon Anwar dengan isteri
seorang pemimpin UMNO, perbualan telefon Anwar dengan perempuan lain dan bermacam
lagi barang bukti yang tidak pun pernah digunakan oleh polis di mahkamah ketika
mendakwa Anwar dulu. Dengan lain perkataan, daripada Tun Ghafar Baba dan yang seangkatan dengannya
hinggalah ke satu lagi jenerasi pemimpin UMNO yang diwakili oleh Dato Wira Ibrahim
Ali yang merupakan jenerasi pelapis daripada kumpulan pencapai kemerdekaan itu sedar
dan faham serta masih ingat lagi bahawa segala tuduhan yang digembar-gemburkan oleh
Mahathir Mohammad terhadap Anwar adalah satu kepalsuan semata-mata. Malahan, ramai
dikalangan mereka ikut terpalit dengan dosa besar itu apabila turut melakonkan
peranan yang sengaja mereka lakonkan pula hasil pujukan, arahan, ugutan ataupun
arahan yang bersalutkan janji-janji manis yang dicetuskan oleh Mahahtir.
Oleh itu saya memandang sikap dan gelagat mereka ketika pelancaran sumpah ikrar BBM
itu tidak lebih daripada satu kesinambungan sandiwara yang mereka lakukan dulu. Jika
tidak, seperti yang pernah saya tulis pada tahun lalu, apa yang mereka lakukan adalah
kesan dan musibah yang tercetus daripada hukum karma dan 'badi Anwar Ibrahim', yang
diperkuatkan oleh doa, solat hajat dan segala permohonan rakyat jelata di negara ini
dan umat Islam seluruh dunia agar Allah memelihara Anwar Ibrahim.
Apabila kita mendengar cakap-cakap hangat yang dituturkan pada Februari 4 di PWTC itu
kita harus faham, seolah-olah semua yang bercakap berdegar-degar dulu sudah pun
memusuhi Mahathir Mohammad. Mereka seolah-olah lupa bahawa tepukan tangan mereka yang
bergema ketika Ibrahim Ali mengistiharkan Diktator Mahathir sebagai wira dunia
ketiga. Sekaligus, secara simboliknya mereka telah mengakui bahawa Mahathir adalah
seorang pemimpin yang tidak ada kena mengena dengan pembunuhan empat belas insan yang
tidak berdosa di Memali. Bagaimana pula dengan kematian ramai insan-insan yang tidak
berdosa dalam episod lain. Sejarah kehidupan bangsa sentiasa berputar. Setiap yang berputar itu ada turun
naiknya. Demikianlah sejarah UMNO sejak ia ditubuhkan. Walaupun parti itu terus menjadi
tiang seri kepada kerajaan Barisan Nasional, keutuhan tiang seri itu hanya menunggu masa
untuk remok ke bumi kerana terlalu lapuk dimakan bubuk. Yang dikatakan bubuk itu adalah
para pemimpin yang tidak faham apa sebenarnya satu perjuangan untuk menaikkan bangsa dan
agama dalam parti politik sesuatu bangsa itu.
Memang UMNO mempunyai sejarah kegemilangan yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana
parti melainkan parti Komunis China. Tetapi, untuk terus kekal sebagai sebuah parti yang
dikatakan teguh dan kukuh, kini sudah kelihatan segala ciri-ciri bagaimana UMNO sendiri
terpaksa mengambil jalan kepimpinan yang dilakukan oleh Parti Komunis China itu. Jika
tidak, bagaimanakah Diktator Mahathir mampu menerajui satu konspirasi untuk
memenjarakan Anwar Ibrahim selama 15 tahun dalam satu perbicaraan di mana dia sendiri
takut untuk menghadirkan diri setelah disapina sebanyak dua kali? Bagaimanakah dia mampu
memutar minda 1.5 juta ahli UMNO (he.he.he) untuk mengizinkan agar jawatan presiden
parti dan juga timbalannya dibrahminkan sahaja? Apakah secara kebetulan, dia mampu
memutarkan kaedah pemilihan kepimpinan UMNO itu selepas Anwar terpenjara? Oleh sebab
pemilihan presiden parti dan juga timbalannya dibuat secara geleng kepala makanya
jawatan Perdana Menteri dan timbalannya itu merupakan jawatan yang tidak sah dari
kacamata perlembagaan negara Malaysia. Kenyataan saya ini mesti dilihat secara meneliti
amalan pemilihan perdana menteri Malaysia mengikut perjalanan sejarah dan secara
amalannya yang terdahulu itu. Mahathir telah menipu untuk terus kekal sebagai perdana
menteri Malaysia dan penipuannya itu tidak disangkal oleh para pemimpin UMNO yang
lainnya termasuk juga mereka yang kini mahu bersuara lantang mengganyangnya melalui
sebuah NGO yang berlogokan satu keris telanjang.
Kenapakah Mahathir dibiarkan menjadi presiden parti dulu tanpa pertandingan secara
terbuka? Apakah Ibrahim Ali dan pemimpin sejenerasi dengannya tidak sedar bahawa Mahathir
menipu terang-terangan untuk terus kekal berkuasa? Jawapannya amat mudah sekali.
Ibrahim Ali sedar akan perkara ini tetapi dia pun seronok juga dengan peraturan
'membrahminkan' presiden UMNO itu, kerana dia naik melonjak menjadi seorang timbalan
menteri. Begitulah seterusnya. Sesiapa yang sanggup mengampu untuk membiarkan Mahathir
terus menipu menerima habuannya. Sehinggakan ramai pemimpin Melayu dalam UMNO yang
lebih takutkan Mahathir daripada mereka takutkan Allah swt. Mereka sanggup menipu
rakyat yang melantik mereka menjadi 'wakil rakyat' dengan berbohong juga. Mereka sanggup
menipu diri mereka dulu dengan membelakangkan ajaran Al Quran kerana mahu menipu rakyat
yang melantik mereka. Mereka sanggup diturunkan pangkat daripada menteri besar yang lama
kuasanya sehingga ditukarkan menjadi timbalan menteri. Ada yang menjadi ketua menteri
sanggup diturunkan pangkat menjadi setiausaha politik sahaja.
Itu sebabnya kalau Mahathir kata 'kamu pergi bercakap di sidang akhbar dan tunjukkan pita
kosong dan katakan inilah bukti Anwar bercakap mesra dengan isteri orang', pemimpin itu
enggeh sahaja. Kerana itu juga seorang ketua pengarang sebuah akhbar Melayu terulung di
negara ini sanggup menjadi senator dan kemudiannya menjadi Setiausaha parlimen sebuah
kementerian. Sedangkan di mata rakyat yang waras fikirannya, jawatan itu menunjukkan
betapa rendahnya IQ dan EQ yang ada padanya. Sejarah pemilihan kabinet menunjukkan
wartawan biasa boleh menjadi menteri penuh dalam kabinet negara. Drs. Sulaiman adalah
seorang bekas wartawan, begitu juga dengan Khalid Yunus.
Semua contoh yang kita rakamkan ini adalah kesan menunjukkan betapa semakin ramai
pemimpin Melayu yang satu ketika dulu mempunyai ciri-ciri jempolan untuk menjadi
negawaran bangsa Malaysia telah kecundang kerana mereka tersilap langkah menjadi taksub
kepada kepimpinan Mahathir. Mereka sanggup melakukan apa sahaja yang diarahkan oleh
Malbari Tua itu. Diktator Mahathir sebenarnya bebas hanya pada pandangan mata kerana
sejak dia mula mengarahkan Anwar ditangkap, didera dan diseksa sehinggalah dikenakan
tuduhan mahkamah, Mahathir pun secara kebatinannya telah turut terpenjara. Apabila Anwar
Ibrahim didera sehingga lebam matanya, kerja-kerja itu dilakukan oleh Rahim Noor. Tetapi
tanggungjawab teratas kerja jijik itu adalah tanggungan Mahathir, Megat Junid dan Hamid
Osman. Megat Junid turut berdosa besar kerana dia adalah menteri hal ehwal dalam negeri
dan Hamid Osman kerana dia bertanggungjawab ke atas peraturan dalam Islam yang mesti
diamalkan oleh Mahathir. Apakah secara kebetulan sahaja Megat Junid dan Hamid Osman
kalah dalam pemilu 1999 itu? Apakah juga secara kebetulan sahaja Aziz Shamsuddin boleh
dihenyak satu kemalangan jalanraya yang mengorbankan isterinya?
Mahathir tahu dia sebenarnya dipenjara oleh segala dosa-dosanya. Dia kelihatan belum
terseksa oleh segala kebajingan itu. Tetapi, secara dalamannya dia memang merupakan
seorang banduan yang mempunyai jasad yang amat tercemar jasmaninya sehinggakan sudah
tidak nampak ciri-ciri rohaniah dalam jasmaninya itu. Tetapi, Mahathir tidak mampu
melakukan segala kerja kotor itu tanpa mendapat sokongan para pengikutnya. Ketika dia
melancarakan kempen 'Tujuh M' yang dipelopori oleh Yusuf Nor seorang ulama unggul UMNO
setaraf Hamid Osman, kesaktian kempen itu sebenarnya ditelan oleh segala kerja
bajingannya terhadap Anwar Ibrahim dan juga segala penyelewengan wang rakyat marhaen
yang dibalunnya. Kempen '7M' itu sebenarnya satu topeng untuk menutup segala kerja
kotor yang dilakonkannya bersama pemimpin UMNO.
Contoh-contoh Bagaimana UMNO mendera orang Melayu:
Oleh kerana kesempitan masa dan ruang kita akan ulas sedikit sahaja beberapa isu hangat
yang mendera orang Melayu sekarang ini:
a) FRU Mengganas diKubang Pasu.
Semalam, penduduk Kampung Lahar, Mukim Malau, Jitra Kedah telah menyaksikan keganasan
yang tidak sepatutnya berlaku ke atas mereka. Mereka telah menyaksikan bagaimana satu
perhimpunan manusia secara aman disuraikan mengguna kekerasan pihak polis. Ketua UMNO
di Kubang Pasu ialah Mahahtir Mohammad. Penduduk di situ berkumpul secara aman kerana
menyaksikan 'majlis ahli UMNO menyerah borang masuk Parti Keadilan'. Apakah itu satu
perhimpunan yang bersifat keganasan sehingga mesti disuraikan dengan kekerasan?
Alasannya, perhimpunan tidak berpermit. Perkara ini sepatutnya tidak menjadi mainan
politik pihak polis kerana polis yang enggan mengeluarkan permit itu.
Kita diberitahu bahawa 'penyertaan lebih dari 300 ahli UMNO melibatkan 8 cawangan di
dalam DUN Jitra, Parlimen Kubang Pasu.' Jika demikian, kenapa mereka disiram air asid?
Sebelum ini pun banyak majlis bekas ahli PAS dan Keadilan yang dikatakan menyerahkan
borang keahlian masuk UMNO yang tidak pun diberikan permit tetapi diberikan rakaman dan
liputan TV dan media. Tidak pun mereka didera oleh polis.
Kira-kira dua tahun yang lalu, dalam satu penulisan saya (tidak boleh diingat akan tajuk dan sirinya, mungkin penyimpan arkib dapat beritahu para pengendali Web sekelian); saya ada meramalkan bahawa zaman kegemilangan era Mahathir akan menggelonsor sebaik sahaja muncul penentangan terhadap kepimpinannya daripada orang Melayu di luar bandar. Penentangan itu akan muncul dan bergolak apabila kaum petani dan orang kampung bersatu untuk mengumpulkan tenaga hingga membuak besarnya menjadi satu gelombang manusia yang menentangnya. Sekaligus, mereka juga menentang UMNO. Dua tahun sudah pun berlalu sejak penulisan itu. Segala ciri-ciri kemunculan gelombang manusia seperti itu sudah semakin ketara sekarang ini. Mahathir dan semua para pemikirnya amat sedar akan fenomena ini dan kerana itu kita lihat berlakunya beberapa fenomena dalam UMNO yang sebenarnya bertujuan untuk melengahkan kebangkitan revolusi rakyat ini. Di antaranya ialah:
Mahathir dan pemimpin UMNO yang masih tidak sedarkan diri mereka masih berfikir mereka
mahu terus menongkat langit. Tetapi, mereka lupa siapa yang memegang kuasa veto dalam
kehidupan umat manusia. Cuba fikirkan beberapa perkara di bawah ini:
- Kes Perwaja Akan Dipercepatkan
Sekali pandang kita mudah merasa lega kerana Mahathir sudah berkata bahawa kerajaan
Switzerland sedang membantu mendedahkan butir-butir lanjut yang ada disimpan dalam
sistem perbankan di Switzerland. Sebaik sahaja cerita itu tercetus, Clinton sedang
menghadapi masalah kerana mengampunkan Mark Rich, seorang rakyat Amerika yang lari
menyorok di Switzerland kerana kerja-kerja menyalahi hukum cukai dan perbankan di
Amerika. Secara peribadi saya diberitahu bahawa Mark Rich menetap di Zud, Switzerland
lebih satu dekad yang lalu. Dia berkereta besar laksana seorang sultan di Tanah Melayu.
Keselamatannya diawasi oleh pengawal peribadi. Zug adalah satu tempat yang indah dan
lapang di mana Magaret Thatcher amat gemar menghabiskan cutinya. Memang indah tempat
itu kepada mereka yang pernah bercuti di situ.
Marc Rich tidak pernah takut akan dipulangkan ke Amerika kerana mengikut sistem
perlembagaan Switzerland, kerja-kerja menerima komisen ataupun membalon harta rakyat
marhaen sesuatu negara melalui tipu muslihat berniaga tidak dianggap satu dosa di
Switzerland. Itu sebabnya sehingga kini, harta Marcos masih kukuh tersimpan di sana.
Harta kumpulan Subandrio mungkin sudah mencecah lebih sepuluh bilion dollar setelah
diambil kira faedahnya selama ini. Kalau Jeneral Doe, Mobotu, Siad Barri, Jaffar
Nameiri mati tanpa sempat mengeluarkan wang simpanan mereka di Switzerland, janganlah
diharapkan kita rakyat marhaen di Malaysia ini dapat maklumat mengenai wang dan dana
Perwaja Steel yang disimpan di sana.
Bagaimanakah BPR mahu memeriksanya sedangkan wang yang disimpan itu dibuka dengan
bernombor sahaja? Membuka akaun di Switzerland bukannya serupa dengan membuka akaun di
Malaysia. Kita boleh membuka satu akaun di Switzerland tanpa perlu pergi ke sana.
Kerja-kerja membuka akaun dibuat oleh institusi kewangan yang berlesen, yang
ditauliahkan oleh bank Switzerland di seluruh dunia. Cukup dengan menggunakan nombor
rahsia sahaja. Si pembuka akaun boleh membukanya atas nama 'Mamak-Tongkang', 'Mamak
Malbari', 'Benggali-Roti' dan 'Apalagi?' Kemudian, bila mahu mengeluarkan wang itu yang
diperlukan ialah tandangan si penyimpan wang itu. Kita boleh sain dalam ejaan jawi,
Tamil, Hindi, Parsi dan sesuka hati asalkan tandatangan asal itu serupa dengan
tandatangan yang terbaru itu. Kalau kerajaan Amerika tidak mampu mendapatkan ihsan
kerajaan Switzerland untuk membawa balik Marc Rich, apa sangatlah yang ada pada akaun
Perwaja yang disonglap di sana? Apa sangatlah kuasa yang ada pada institusi Malaysia
untuk menyelidik wang simpanan sukusakat Eric Chia? Bagaimana pula kisah wang simpanan
para bajingan episod Carrian di Hongkong dulu? Apakah sudah selesai kajian dan kita
dapatkan balik harta karun mereka semua? Dengan hal demikian, eloklah hentikan sahaja
segala angan-angan bahawa kisah Perwaja boleh diselesaikan selagi Mahathir bernyawa.
- Penyelewengan Tabung Haji Saya ingin rakamkan apa yang disiarkan oleh Berita Harian secara terperinci mengenai isntitusi ini di bawah tajuk 'Tabung Haji Perlu Kaji Semula Pelaburan.' Alhamdullilah, selama lebih dua tahun saya menulis secara berkias mengenai hal ini, kini ia menjadi satu perbincangan terbuka. Lapuran ini dibuat oleh Karim Sulaiman. Kita ambil yang perlu sahaja: (Kita tebuk lagi!) "TH menandatangani perjanjian usaha sama dengan syarikat Indonesia, PT Multigambut pada 1995, bagi memajukan tanah seluas 83,622 hektar dengan tanaman kelapa sawit beserta kilang di kawasan itu. Ini bermakna kos keseluruhan ialah RM2.25 bilion (RM27,000x 83622). Kos taksiran pengeluaran bagi setiap tan minyak sawit mentah di ladang PT Multigambut tidak kurang dari RM1000. Soalan kita yang baru ini mencetuskan satu kesangsian kenapa tiba-tiba TH mendedahkan
kepincangan pengurusan mereka? Bukankah selama ini pengerusi TH merupakan rakan sekolah
Mahathir ataupun iparnya? Kalau mereka gagal menjalankan tugas bererti Mahathir bongok
sangat kerana memilih mereka menguasai amanah rakyat? Terdapat lebih empat juta
penyimpan di TH sedangkan jumlah ahli jemaah haji adalah sekitar satu persen jumlah
penduduk di negara ini. Bererti, sejak TH ditubuhkan belum pun sampai satu pertiga
penyumbang yang menggunakan hak untuk mengerjakan haji. Ini bererti, simpanan mereka
sudah disalahgunakan atas nama tanah suci? Saya menjangkakan tidak lama lagi akan muncul
banyak berita buruk mengenai Tabung Haji. Berita pojok di Berita Harian adalah satu
awalan untuk menyediakan minda orang Melayu menerima berita buruk itu. Sekaligus ia akan
dijadikan satu pelicin kepada berita buruk mengenai pelaburan PNB, Guthrie, Amanah Saham
Johor dan sebagainya yang telah kerugian besar di Indonesia.
Secara kasar pelaburan TH di Indonesia jikalau tidak dilaksanakan boleh memberikan
tabung dana sekitar RM1.12 bilion. Kalau dana sebanyak itu dicerna di negara sendiri yang
memberi pulangan 10% (kerana KL Mutual Fund boleh mengisytihakan keuntungan lebih 30%)
bererti setiap tahun sejak 1995 TH mampu mengumpulkan keuntungan bernilai RM100 juta.
Wang keuntungan itu mampu memberikan biasiswa percuma ataupun pinjaman pelajaran tanpa
faedah kepada setiap pelajar di negara ini tanpa mengira agama dan suku kaum mereka.
Perkara ini amat mudah dipraktikkan kerana daripada 1995 hingga 1998, keluaran IPO boleh
digunakan sebagai instrumen untuk TH melabur dengan keuntungan yang lebih besar dan
berlipatkali ganda daripada pelaburan di Indonesia. Malahan, kalau TH melaburkan hanya
RM100 juta darapada keuntungan yang kita bayangkan itu untuk memfaraidkannya kepada
para pesawah padi dalam satu sistem pinjaman tidak berfaedah, seluruh industri penanaman
padi dan pertanain di negara ini sudah bertukar rupa.
Namun, semua ini adalah seperti apa yang disebut oleh orang barat sebagai 'The tip of the
iceberg' bererti hanya kemuncak gunung airbatu. Ia membawa makna sekitar 10 persen apa
yang sebenarnya terjadi; yang diketahui umum. Rakyat Malaysia terpaksa terus mencari
sebahagian 90 persen yang masih berbaki itu untuk mengetahui cerita sebenarnya.
Fenomena inilah yang membuatkan Diktator Mahathir melakukan sandiwara demi sandiwara,
dan lakonan demi lakonan; kerana mahu memberikan perubahan kepada skrip yang selebar 10
persen itu, agar rakyat marhaen terus terpesona sehingga naik malas mengetahui cerita
sebenarnya. Seperti yang kita katakan di awal tadi, setiap sandiwara mesti ada pentasnya. Mesti ada
irama iringannya dan mesti ada mainan lampunya. Mahathir amat tahu semua kepentingan
ini kerana beliau adalah sebaik-baik sutradara pentas politik dalam setiap sandiwara
itu. Dalam hal ini kalau dibuat perbandingan, Ibrahim Ali masih layak memegang tombak
sebagai 'pak pacak' sahaja. Memang, Mahathir merupakan pelakon terhebat dalam sejarah
Melayu kerana mampu menangis bila dia mahu dan menjelirkan lidahnya bila perlu. Inilah
yang membuat rakyat Malaysia menjadi kematu dan orang melayu terus terpaku kerana
kepintaran lakonannya itu. Seperti juga mainan sandiwara, pelakon yang paling handal pun terpaksa mengikut rentak
irama dan prop serta lampu yang dimainkan ketika persembahan lakonannya itu. Pincang
semua kelengkapan itu akan pincanglah persembahan lakonannnya. Apatahlagi kalau dia
berlakon itu hanya di satu pentas sahaja kerana pentas yang lain sudah tidak lagi mampu
menarik penonton untuk menyaksikan lakonannya yang sudah basi dan meloyakan itu.
|