Laman Webantu KM2A1: 3791 File Size: 9.9 Kb * |
Agenda Mahathir: Merancang Pergolakkan PAS/BA Sebelum Perhimpunan Umno By Amin Sapiro 15/2/2001 11:19 am Thu |
Amin Sapiro (hasil pemantauan disana-sini)
[Semenjak Anwar dipecat dan dipenjarakan Mahathir dan BN mengalami
lebih banyak masalah sedangkan dia mengatakan Anwarlah punca masalah.
Tetapi banyak kes menyelamat kroni berlaku selepas Anwar tiada.
Disitulah terserlah muslihat Anwar diaib sedemikian rupa. Malah
itu juga sebab Anwar mahu dibunuhnya terus sahaja.
Kini Mahathir sengaja mencari masalah dengan melantik orang yang
bermasalah mendindinginya. PAS harus berwaspada kerana keris Umno
sentiasa ada sejak dulu, kini dan selamanya. Mahathir sanggup
mengaibkan timbalannya sekian lama dengan bantuan berita di media.
Tersilap langkah BA musnah kerana syak wasangka. Maka jangan
terpedaya kerana darah memali masih segar dirasa. Lagipun tambahan
barua disekelilingnya sudah menggambarkan niatnya yang sebenarnya...
- Editor] SATU tabiat manusia, jika seseorang yang bermusuhan sebegitu lama bersua muka; pasti akan terjelma perasaan 'satu antara dua', iaitu:
Nama hendak berbaik seperti sediakala memang pahit
kuahnya. Itu adalah kesan saikologi yang pasti dialami
oleh kedua-dua pihak. Begitulah senario pertemuan UMNO
dan PAS. Mahathir Dan UMNO Terjebak Dr. Mahathir sedang berhadapan dengan masalah dan
tekanan dari pelbagai pihak. Maruah beliau sebagai
Presiden parti sudah tercabar dari segenap penjuru.
Pergolakan dalam UMNO begitu hebat dengan tekanan yang
semakin ketara mengasak beliau melepaskan tampuk kuasa
dalam parti dan kerajaan. Dari luar parti, kehebatan Pembangkang sudah mencabar
seluruh kewibaan Barisan Nasional. MCA sedang menerima
hentaman paling dahsyat dari kelompok yang dulunya
adalah penyokong tetapi sekarang sudah 'balik awah'.
Isu Suqiu - satu agenda ciptaan Mahathir sebagai
'umpan' menipu pengundi kaum Cina dalam P/raya Nov.
'99, telah melemahkan sokongan terhadap UMNO/BN.
Rentetan pelbagai isu dan agenda Mahathir - meliputi
kezaliman Mahathir terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim,
kerakusan Mahathir memonopoli kuasa secara 'tipu
helah' ke atas Bahagian UMNO seluruh negara (untuk
jawatan Presiden menang tanpa bertanding), pembiayaan
bailout para Kroni beliau yang menelan puluhan bilion
RM, kejatuhan harga bahan sumber nafkah orang Melayu
di desa dan peneroka Felda (kelapa sawit dan getah),
penggunaan wang kontan PETRONAS dan Tabung Haji untuk
membiayai projek membazir anak-beranak dan Kroni
beliau..dan..dan? 1001 permasalahan yang membabitkan
kewangan rakyat; telah menggugat kestabilan politik
kerajaan yang diterajui UMNO/BN.
Pelabur Asing Semakin Sangsi Pelabur asing semakin sangsi dan ragu-ragi apabila
melihat Mahathir tidak putus-putus mencipta masalah
dan permusuhan dengan jiran tetangga Malaysia (seperti
Singapura dan Indonesia). Walau dengan 'sepatah kata'
yang mungkin tidak bermaksud 'apa-apa'; tetapi, bagi
Mahathir, perkara remeh itu dijadikan bahan
mencetuskan permusuhan dan ungkit-mengungkit.
Tak cukup dengan itu, (sebagai contoh paling bodoh)
Mahathir begitu 'kritis dan menyinga' kepada majalah
Asiaweek kerana menempelkan gambar beliau seperti
'muka kuda hanyut' (gambaran seorang yang sudah
nyanyok teruk berminda sewel) di muka depan. Hamid
Albar terpaksa ikut sewel membuat kenyataan yang tidak
rasional kununnya impikasi gambar Mahathir yang begitu
hodoh (memang sebenarnya pun) akan mempengaruhi
pandangan umum (kunun). Semua ini meletakkan UMNO/BN sebagai parti, Mahathir
dan seluruh Kabinetnya dalam keadaan delima dan
kesukaran untuk berhadapan dengan semua pihak.
Akhirnya, pelabur-pelabur asing yang mahu suatu
keadaan politik yang stabil dan keharmonian rakyat
merasa sangsi kewujudan asapek-aspek penting itu di
negara ini. Mahathir Dan Rakyat Perpaduan kaum adalah intipati dan kunci imej negara
selama 43 tahun negara ini merdeka. Gelombang
keresahan Peritiwa 13 Mei sudah lama cuba dilupakan
oleh semua pihak. Tetapi kebelakangan ini, Mahathir
cuba pula menggunakan perkara itu sebagai ikhtiar
beliau menghidupkan UMNO yang semakin lumpuh dan
pudar. Pertemuan UMNO-PAS dibawah tajuk besar bergelar
'Perpaduan Melayu' telah mencuit sangsi semua pihak,
khususnya kaum Cina. Dosa Mahathir menipu mereka (kaum
Cina) sebelum Nov. '99 dan ditokok dengan celupar
'biadab dan kurang ajar' beliau menuduh kaum Cina
sebagai 'ekstrimis dan komunis'; tidak dapat dimaafkan
kaum Cina. Akhirnya Mahathir memerangkap UMNO/BN dalam satu
delima mega. Orang Melayu sudah tidak percaya kepada
UMNO sementara kaum Cina dan India semakin sangsi akan
ketelusan Mahathir, pemimpin parti perkauman MCA dan
MIC. Ini membuatkan Barisan Nasional semakin bergolak.
Pemimpin parti sudah hilang keyakinan kepada parti
mereka sendiri. Tersebar pula berita bahawa MCA sekarang sedang
bergelora di puak pemimpin elit. MIC yang diterajui
Samy Vellu sudah 'diludah' dengan air sirih oleh
Padithan (IPF). Perlantikan Keyveas (melalui proses
senator) yang kununnya akan meletakkan parti 'nyamok'
itu supaya menjuarai kaum India, ternyata tidak
memberi kesan. Sebaliknya penyokong MIC sediri tidak
menyukai karenah Samy Vellu dan Keyveas yang kaki
betina dan perompak itu. Perlantikan senator-senator seperti Zainuddin Maidin,
'tengku' Adnan dan Hamid Zainalabidin adalah perbuatan
mengkhianati dan mencerca maruah pemimpin UMNO. Mereka
sudah mulai kesal terhadap tindakan Mahathir itu.
Ramai yang menyamakan tindakan Mahathir sebagai
'meMamak-Malbarikan' UMNO..!! Bermakna sekarang, Mahathir semakin bermasalah dengan
UMNOnya, MCA dengan Suqiu @ kaum Cina, dan MIC dengan
pekerja estet. Dengan itu, BN sekarang sedang
mengalami kepupusan sokongan yang lebih teruk dari
November 1999 dahulu. BBM - Suatu Penolakan Terhadap Kepimpinan Mahathir
Vetren UMNO sudah sekian lama dan kesekian kali
memaklumkan kepada Mahathir supaya berundur demi
kesinambungan UMNO/BN menerajui Kerajaan. Khabarnya,
BBM melaksanakan Perhimpunan itu dengan sokongan
beberapa orang pemimpin dalam parti (wakil ke
Perhimpunan), beberapa orang Menteri dan MKT.
Tetapi Mahathir masih berkeras dengan alasan (sebenar)
iaitu, tanpa beliau berkuasa mutlak, nasib anak-anak
dan kroni beliau yang berkepentingan dalam korporat
yang dibailout akan pupus tergugat. Mahathir sedar bahawa puluhan billion RM wang rakyat
sudah digunakan secara 'unauthorised' oleh Parlimen.
Kesalahan itu amat besar jika dibandingkan dengan
tuduhan rasuah terhadap Anwar yang samasekali tidak
berasas. Tetapi musykilnya, Anwar dithabitkan kesalahan dan
merengkok dipenjarakan; walhal Mahathir-Daim (yang
benar-benar terbukti merompak wang rakyat) masih bebas
melalukan pelbagai 'pengsonglapan' beragenda mega.
Mahathir terlibat dengan kes rasuah PERWAJA STEEL
dalam pakatan bersama Kroni beliau Eric Cheah -
pemegang paspot Diplomatik atas restu/arahan Mahathir
kepada Wismaputera. BPR sendiri sudah cukup bukti
mengheret Mahathir, Eric Cheah dan beberapa orang lagi
ke kandang saksi mahkamah; namun Mahathir menghalang
dengan uguan keras. Kesemua ini memberi satu kepastian bahawa seluruh
anggota regim Mahathir dan pemimpin elit parti-parti
komponen BN sudah hilang kewibawaan yang menyakini
rakyat. Mahathir, UMNO/BN Sudah Lumpoh Desas-desus semakin terdengar bahawa Mahathir tidak
ada jalan keluar dari kemelut parti, tuduhan rasuah,
salahguna kuasa, adu-domba perkauman, menabur
kebencian terhadap keutuhan Islam, merosakkan ekonomi
dan kestabilan politik - hingga menyebabkan negara
huru hara dan ekonomi porak-peranda. Tuduhan itu semakin nyata. Secara filosfik - keadaan
'chaotic' sekarang semakin nampak menjuruskan kepada
pengwujudan suatu 'pattern' yang lebih harmnonis yang
HANYA terjelma di pihak Pembangkang. UMNO/BN semakin dihat dan terbukti tidak mampu
mewujudkan 'pattern' tersebut kerana UMNO/BN dan
Mahathir sudah kehilangan 'public political support'.
Meminjam istilah sains politik terkini, pemimpin elit
parti gabungan BN sudah tidak lagi mempunyai 'the
inner dynamics' yang mampu membawa negara ke dunia
maju yang mencabar dalam melinium ini.
Apa Agenda Mahathir Lagi? Pemulihan kewibawaan beliau sebagai pemimpin yang
diterima rakyat semakin 'remote'. Meletakkan UMNO/BN
ke tempat sebelum Anwar dipenjarakan tidak akan wujud
lagi. Pilihan Mahathir hanya tinggal satu sahaja iaitu
cuba mengagendakan pemecahan keunggulan gabungan
Barisan Alternatif (BA) - sebaik-baiknya sebelum
perhimpunan UMNO dalam bulan Mac 2001 ini - atau
selewat-lewatnya sebelum 2004. Atau sebagai pilihan paling drastik, Mahathir
mengistiharkan penangkapan pemimpin parti Pembangkang.
Ini akan dilihat dalam perkembangan debat yang
dirancang dalam Perhimpunan itu.
Mana satu pilihan Mahathir, beliau tetap akan
tersingkir dari kepimpinan negara. Pembangkang dan
rakyat (serta UMNO/BN juga) sudah nekad untuk
menyingkirkan beliau dan UMNO/BN..!! Rakyat sudah menetapkan pilihan mereka!!
|