Laman Webantu KM2A1: 3779 File Size: 14.2 Kb * |
TAG MT 34: B1 Tugas Yang Membosankan (Asiaweek) By W. Carragata 13/2/2001 11:08 am Tue |
TAG 034 [Bukan mudah untuk memerangi kroni, sehingga ramai pengerusi IBRA
angkat kaki kerana mereka terpaksa berdepan dengan kaki kroni yang
sudah lama bersarang dalam 200 institusi kewangan sistem perbankan
Indonesia. Karenah mereka perlu dibongkar malangnya IBRA hanya menyuntik
modal atau menjual harta. Itu tidak ubah seperti pasar yang dikawal oleh
tangan-tangan yang berada di luar. IBRA perlu menendang keluar mahluk perosak itu jika tidak ia hanya
menolong mereka mencari jalan keluar. Mereka akan menggganas lagi
apabila mereka kembali segar. Sampai bila pun masalah tidak akan
selesai. Akhirnya negara akan tergadai....
Kroni Indonesia mempunyai hubungan yang intim juga dengan beberapa
kroni Malaysia. Seandainya ia terbongkar di sana, kroni di sini akan
terketar-ketar. Malah mungkin ramai juga yang akan basah di dalam
seluar. Bahagian Satu:
(One Lousy Job) Oleh: Warren Carragata Asiaweek: Februari 16, 2001 Vol. 27 No. 6
Catatan: [Penterjemah bercadang menterjemahkan artikel ini dengan
membagikannya kepada empat bahagian. Artikel ini mempunyai kaitan
yang amat dalam maknanya kepada ekonomi Malaysia dan akan
mendedahkan secara berkias di mana perginya wang ringgit rakyat
marhaen Malaysia, selama ini. Melalui artikel yang berisi maklumat ini
rakyat marhaen harus sedar bahawa segala gembar-gembur
mengenai pemulihan ekonomi negara adalah kelentongan
semata-mata. Apabila diambil-kira artikel ini dan diimbau balik tulisan
MGG 3901 "The Bankrupt Icons..." serta nukilan terbaru Amin Sapiro
"Jangan Besar Pancing Dari Umpan", rakyat marhaen akan sedar
bahawa Mahathir dan Daim sedang bermain mekap dengan
perangkaan untuk menunjukkan ekonomi negara sudah beransur
pulih. Insya Allah segala alasan mainan mekap ini akan diterangkan
dalam MMM4. -MT- ] Setiap pagi Edwin Gerungan melakukan senaman menarik nafas
panjang-panjang sebagai satu riadah amalan dirinya, sebelum dia
memulakan pula tugas formal sebagai seorang insan yang bukan
kepalang kuasanya. Orang lain merasa hairan bagaimana dia mampu
bertenang dalam tugasnya yang dianggap paling sukar di Indonesia.
Edwin Gerungan ialah pengerusi IBRA (Indonesian Bank Restructuring
Agency) yang bertanggungjawab ke atas sistem perbankan
negaranya. IBRA juga mempunyai kuasa ke atas satu kumpulan aset
negara yang pelbagai bentuknya: dari ladang ternakan udang
hinggalah pusat pelancongan di Bali. Keseluruhan institusi itu telah
ditaksir oleh Bank Dunia bernilai $58 bilion dollar. Memang, lima
puluh delapan bilion dollar - dalam bentuk bank, syarikat, hartanah,
dan kebanyakan semua itu berada dalam keadaan muflis.
Gerungan ialah orang kelima yang mengepalai agensi itu sejak ia
ditubuhkan di bahagian akhir pemerintahan Suharto pada 1998.
Perlantikannya itu berlaku kali ketiga dalam satu tahun. Sebelum
menerima jawatan pengerusi itu dia merupakan timbalan presiden
kanan Bank Mandiri kepunyaan kerajaan. Sebelum itu, Gerungan, 52,
telah bertugas selama 25 tahun dengan Citibank, Jakarta. Jawatan
terakhirnya di situ ialah sebagai timbalan presiden. Dia memang
kelihatan tenang, tetapi Gerugan memang boleh dimaafkan kalau
merasa janggal mengenai keselamatan dalam pekerjaannya yang baru
itu. Tiga bulan setelah menjawat pangkatnya itu, ofisnya masih
menampakkan satu tanda seolah-olah penghuni kamar itu memang
bersedia untuk meletakkan jawatan bila-bila masa. Tidak ada foto
keluarga menghiasi meja-tulisnya, ataupun alat-alat kegemarannya,
malahan tidak ada langsung sebarang hiasan menggambarkan
bahawa dia memang selesa di situ. Selain satu balang plastik yang
berisi biskut keluaran "Jacob's", kamar itu memang ketandusan
barangan peribadinya sehingga mencuit hati seorang pegawai IBRA
untuk berusaha secara sukarela menggantung sekeping lukisan
dinding di bahagian belakang meja tulisnya. Apa dihairankan kalau
dia tidak merasa selamat di situ; Gerungan bertanggungjawab
memulihkan sistem perbankan Indonesia, memberikan nafas baru
kepada ekonomi negara dan merobohkan keseluruhan legasi Suharto
yang jijik-jijik. "Masalah yang dihadapi di sini mungkin lebih
berkecamuk daripada tempat yang lain," kata Gerungan. Ini
merupakan satu kenyataan merendah diri kerana IBRA ditubuhkan
pada 1998 untuk menyelamatkan secara pukal sistem perbankan yang
melibatkan lebih 200 institusi kewangan yang kurang daya dananya,
kabur strukturnya, dan dibebani oleh hutang yang berbilion
banyaknya sedangkan sebahagian besar hutang itu ditanggung oleh
para peminjam. Jumlah asset dalam kawalan IBRA bernilai sekitar 57
persen Keluaran Kasar Negara. Di waktu yang sama ia sudah menjadi
semakin tidak efisen, kurang daya saing, kerap menjadi korup kerana
disokong dan digalakkan pada dasarnya oleh kerajaan pusat yang
lemah. Masalah itu bukan berakhir di situ sahaja. IBRA sudah
merupakan pusat pergolakan untuk menguasai jiwa ekonomi
Indonesia. Di satu pihak terdapat satu ketumbukan yang masih berbisa
yang dianggotai oleh anasir regim lama - inilah anak-anak Suharto
dan para kroninya. Di satu pihak lagi adalah para penggiat reformasi
ekonomi dan aktivis yang mahu menuntut bela dan pembalasan
kerana segala kepedihan yang mereka lihat pernah tanggungi oleh
negara; gara-gara perjanjian yang manis-manis dan segala bentuk
korupsi yang menggunung tingginya.
Memang tinggi sekali perhitungannya. Seandainya IBRA gagal
menjual segala institusi bermasalah itu, segala usaha menegakkan
ketelusan korporat dan pemerintahan negara akan pincang. Para kroni
yang pernah mengkutak-katikkan ekonomi negara di zaman Suharto
akan kembali bersarang. "Peneraju konglomeret itu masih tidak putus
asa," kata Sri Mulyani, seorang professor ekonomi di Universiti
Indonesia yang pernah menjadi penasihat ekonomi kepada Presiden
Abdurrahman Wahid. Apa juga yang akan berlaku ke atas Wahid
akhirnya, memang tidak ada sebab untuk mempercayai sesiapa yang
akan menggantinya nanti mampu memperolehi kuasa dan kepakaran
untuk mengadili segala pertelingkahan itu. "Segala usaha untuk
mempercepatkan dan mendera golongan supra-ningrat kerana
kebajingan korupsi mereka terletak kepada keupayaan Indonesia
melayari proses pemulihan yang akan membantutkan proses kemajuan
negara itu untuk satu waktu yang bertahap di hari muka." Inilah
laporan Standard & Poor, sebuah firma penilai bon dalam satu laporan
terbaru mereka. Kalau masa depan Indonesia itu dikiaskan kepada
satu acara tarik-tali, IBRA merupakan tali yang perlu ditarik itu.
Demikian pula pendapat perunding perniagaan Jakarta, JamesVan
Zorge daripada Van Zorge Heffemen. "IBRA akan menjadi penentu
kepada pengagihan kekayaan negara di masa hadapan."
Perkara itu bukannya satu omongan. IBRA memperolehi asetnya
dalam proses memulihkan bank yang mencetuskan dua cara: (i)
dengan menyuntik dana modal dan (ii) dengan mengambil alih segala
hutang lapuk yang ditanggungi oleh bank tersebut. Para pengkritik
IBRA berkata, agensi itu telah sengaja mengelakkan penjualan aset
tersebut kerana mengelakkan pendedahan segala kemudahan yang
pernah disalurkan kepada para kroni yang selalunya merupakan
tuanpunya bank yang diberikan bantuan. Yang dipersoalkan ialah
segala aset yang diterima oleh IBRA itu bukannya setara dengan
segala nilai pampasannya. "Sepatutnya kerajaan berterus terang
mengeluarkan kenyataan bahawa segala wang yang dibayar itu tidak
akan dapat ditebus balik." Demikian pendirian Eko Budianto seorang
bekas timbalan pengerusi IBRA yang melepaskan jawatannya tahun
lepas setelah bertelagah mengenai apa yang dianggapnya sebagai
campurtangan politik. Kalau agensi itu berjaya mendapatkan balik 20
hingga 40 cents bagi setiap dollar yang dikeluarkannya, mengikut
taksiran para pakar sebagai penilaian yang munasabah, ini bererti
proses menyelamatkan bank yang tercungap itu akan menelan 40
bilion dollar, bersamaan dengan 144 persen daripada bajet
(peruntukan kewangan) tahunan kerajaan. Marie Muhammad,
pengerusi jawatankuasa penilaian IBRA telah berpendapat bahawa
IBRA harus meneruskan kerja-kerja menjual aset (institusi) yang ada.
"Kita harus mengiktiraf betapa sudah berlakunya banyak
kemusnahan." ....bersambung.... Rencana Asal: http://www.asiaweek.com/asiaweek/magazine/nations/0,8782,98452,00.html
ASIAWEEK FEBRUARY 16, 2001 VOL.27 NO.6
One Lousy Job The agency assigned to clean up Indonesia's economy has an impossible task
and powerful opponents. Too bad it is probably incompetent, too
By WARREN CARAGATA Chalk it up to the deep-breathing exercises that Edwin Gerungan does every morning
on rising, and the power-walking that follows. Gerungan is surprisingly calm given
that he has probably the toughest job in Indonesia: chairman of the Indonesian Bank
Restructuring Agency. Not only is he responsible for managing almost all of the
nation's banking system, IBRA also controls a huge range of assets from shrimp
farms to Bali tourist resorts. The total is estimated by the World Bank to be worth
$58 billion - that's right, billion - in banks, companies, property and mostly dud
debt. "There are nothing but problems here," he told Asiaweek in a recent interview
in his office on the top floor of a central Jakarta office tower that IBRA inherited
from a failed company. Gerungan is the fifth person to head the agency since it was established in the last
months of Suharto's rule in 1998 and the third in less than a year. Before taking the
chairman's job, Gerungan, 52, was a senior vice-president at state-owned Bank Mandiri.
Before that he spent 25 years at Citibank in Jakarta, rising to be a vice-president.
He seems calm on the outside, but Gerungan would be excused if he were rather uneasy
about job security in his new job. After three months as chairman, Gerungan's office
still suggests a man ready to leave on a moment's notice. There are no family pictures
on the credenza, no personal knickknacks, none of the touches that usually mark the
office of the man in charge. Other than a plastic canister of Jacob's biscuits, the
office is so bereft of personal effects that before the interview begins, an IBRA
staffer volunteers to hang a painting above the desk.
The stakes are high: If IBRA fails to sell off the troubled assets, real improvements
in corporate transparency and governance will founder. Cronies who dominated
the economy under Suharto could return in full force. "The conglomerates don't
want to give up," says Sri Mulyani, an economics professor at the University of
Indonesia and a former economics adviser to President Abdurrahman Wahid.
Regardless of what happens to Wahid (see previous story), there is no reason to
believe that any successor will have the legitimacy and talent to adjudicate this
dispute. "The pursuit and punishment of Indonesia's super-elite for past corruption
lies at the heart of Indonesia's nation-building process and will take its toll on
growth for years to come," the Standard & Poor's bond-rating agency says in a
recent report. In this tug of war for Indonesia's future, IBRA is the rope. Says
Jakarta business consultant James Van Zorge of Van Zorge Heffernan: "IBRA is
going to decide on the future division of wealth of this country."
That is no exaggeration. IBRA acquired its assets in exchange for helping banks in
two ways: first by injecting capital and second by taking on the worst of the banks'
bad loans. Critics of the agency say IBRA has actively avoided asset sales
because they will expose a giveaway to the cronies, who often own the banks that
were helped. The argument is that the assets that IBRA received are nowhere
close to full compensation. "The government should have been honest enough to
say that the money is not going to be recovered," says Eko Budianto, a former
IBRA deputy chairman, who left last year in a fight over what he says was political
interference. If the agency manages to recover 20 to 40 cents on the dollar, which
experts say is realistic, it means that bailing out the banks will cost Indonesia
perhaps $40 billion, equal to 144% of the government's annual budget. Mar'ie
Muhammad, chairman of IBRA's oversight committee, says the agency should get
on with selling the assets. "We should recognize that the damage has been done"
....to be continued..... |