Laman Webantu KM2A1: 3775 File Size: 19.0 Kb * |
TAG MT 33: Tidak Ke Mana Pun (Asiaweek) By J. Sprague and W. Caragata 12/2/2001 7:39 pm Mon |
TAG 033 [Indonesia bergolak lagi kerana terlalu banyak krisis
yang muncul tetapi sukar untuk pergi. Kepimpinan yang ada
pula lebih banyak tertidur dari berjaga, masakan semua yang
tercetus itu boleh reda? Kini Gus Dur mula menjadi mangsa
curiga oleh dua skandal yang boleh menggugat kariernya,
Bulog-gate dan Brunei-gate. Tetapi beliau masih berehat lega
padahal sudah kekeringan nyawa. Inilah musibahnya bila seorang presiden tidak bekerja atau
membuat lain kerja. Tanpa menumpukan perhatian kepada maslahah
pokok yang ada, Indonesia akan terus punah dan binasa. Asas kekuatan
sebuah negara sudah hancur diolak-alik oleh Suharto, dan dengan
Gus Dur bersikap bersahaja masalah negara akan terus mencekik
semua. Hutang bertapuk dan kekeringan dana hanya akan mencetus
huru hara antara kaum berbilang bangsa selagi ia tidak diselesaikan
segera. Soalnya tidak ada pemimpin yang berkaliber yang mampu
memacu Indonesia kerana Suharto dibiarkan menjajah rakus terlalu
lama. Terpaksalah rakyat menanggung derita warisannya dalam
tempoh yang sukar diteka. Atau berhijrah ke bumi Malaysia yang
sakitnya hampir serupa?. Tepuk dada tanyalah selera.
- Editor] (Going Nowhere) - Jonathan Sprague and Warren Caragata
Asiaweek Edisi February 16, 2001 Vol.27 No.6
Di masa keadaan paling mewah, Indonesia merupakan sebuah negara
yang sukar diperintah, kerana terlalu besar dan luas dan
berpecah-pecah oleh perbezaan budaya dan ekonomi yang pelbagai.
Kini, peperangan perkauman di Kepulauan Maluku, pergolakan pemisah
di Aceh dan Irian Jaya dan ekonomi yang masih lumpuh kesan krisis
1997 dulu, menyebabkan Indonesia seolah-olah tidak mempunyai
seorang pemimpin unggul yang mampu menangani semua masalah itu.
Wahid, ataupun lebih popular dengan panggilan Gus Dur, sedang
dihantui cabaran yang paling getir dalam sejarah kuasa
pegangannya. Minggu lalu, 10,000 pelajar universiti telah
berkumpul di jalanraya Jakarta untuk mendesak beliau 'mundur'
ketika parlimen mengganyangnya mengenai hubungan beliau dengan dua
skandal korupsi. Dia boleh didakwa dalam masa beberapa bulan yang
terdekat. Kepimpinan politik banyak bergantung kepada nasib
presiden, pergerakan reformasi yang dapat membantu kegiatan
ekonomi sudah dihentikan. Pengguguran Wahid tidak akan
menyelesaikan masalah negara itu kerana ia sudah berpecah begitu
hebat sekali sehingga pegolakan yang lebih besar memang boleh
dijangkakan. Ribuan penyokong Wahid sudah berhimpun di Surabaya
yang merupakan kubu kuat Wahid. Mereka telah membakar pejabat
parti pembangkang yang diketuai oleh Golkar dan mengancam
pertumpuhan darah, malahan peperangan saudara seandainya orang
kesayangan mereka digugurkan. Yang mencetuskan krisis ini disebut 'Bulog-gate'. Inilah skandal
yang membabitkan tukangurut Wahid dan juga kadangkala merupakan
rakan niaganya. Beliau dikatakan telah mencuri USD3.6 juta
daripada sebuah agensi makanan, Bulog. Ini telah disusuli oleh
satu skandal lagi yang diberi nama 'Brunei-gate' di mana USD2 juta
pemberian Sultan Brunei itu tidak dapat dikesan. Pembabitan
presiden itu memang masih samar dalam kedua-dua kes itu. Sebuah
suruhanjaya parlimen ada menyebut; 'cuma ada kemungkinannya beliau
(Wahid) disyakki memainkan peranannya' dalam Bulog-gate, dan
mungkin juga berkeadaan yang sama mengenai skandal Brunei itu.
Namun, skandal itu sudah cukup untuk mengapikan keresahan terhadap
segala kelemahan yang terdapat dalam stail pemerintahan Wahid dan
kepada kelembapan kemajuan reformasi. Wahid menafikan segala
tuduhan itu dan bertegas beliau akan terus memegang kuasa sehingga
akhir tempohnya pada 2004. Para penentanngya bertindak untuk
menafikan perkara itu. 'Lagi lama dia berkuasa, lagi banyak
bencana akan dilakukannya kepada ekonomi dan politik negara,' kata
speaker parlimen Akhbar Tanjung daripada Golkar.
Indonesia akan terus dihantui keresahan selagi pergelutan ini
tidak berkesudahan. Ekonomi negara sudah dihenyak oleh masalah
struktur yang hanya dapat dirungkaikan oleh satu kepimpinan yang
tegas. IBRA (Indonesian Bank Restructuring Agency) masih bergerak
terhencot-hencot dalam usaha menjual syarikat yang sedang tersedak,
kerana dicekik oleh dasar kerajaan yang kabur dan kepimpinan yang
saling bertukar-ganti. Para pelabur memang marah terhadap
kelecehan mahkamah yang mengadili kes-kes kemuflisan; kerana itu
mereka masih enggan untuk menambahkan pelaburan mereka. IMF
(International Monetary Fund) telah menyekat penulasan bantuan
terbaru yang bernilai USD400 juta itu. Inilah jumlah terkini
daripada bantuan yang bernilai USD5 bilion semuanya. Pegawai dana
itu berkata mereka amat runsing mengenai rencana untuk melemahkan
kuasa kebebasan bank pusat, dan juga keupayaan institusi wilayah
untuk meminjam. Tindakan kerajaan amat dinantikan untuk
membetulkan dua kisah kebangkrapan; satu kes melibatkan Manulife
Financial Corp. dan yang satu lagi melibatkan anak syarikat Bank
Dunia, International Fincnaial Corp. (IFC).
Bilakah semua masalah ini dapat ditangani? 'Selagi kekalutan
politik ini tidak diselesaikan,' jawab Raden Pardene daripada
Danareksa Research Institute, Jakarta, satu kumpulan pemikir hal
ehwal ekonomi , 'adalah sukar untuk mengharapkan satu dasar
ekonomi yang tetap.' Keadaan ini lebih menyakitkan hati kerana
keadaan ekonomi yang terus bergerak dengan ihsan pengekspotan yang
meningkat dan harga minyak yang terus naik tinggi. Keadaan politik
yang tidak menentu boleh mencekik usaha pemulihan ini. 'Inflasi
kini bergelegak padakadar 9.5%, memberikan petunjuk bahawa
kehendak domestik sedang naik memuncak,' kata pakar ekonomi Arjuna
Mahendra di SGS Securities, Singapura. 'Yang diperlukan kini ialah
keyakinan yang mampu menarik pelaburan dan menempatkan Indonesia
kembali kepada keadaan mampu membangun terus.'
Yang lebih dramatik, ialah keadaan perpaduan negara yang semakin
rapuh. Di Aceh yang terletak di bahagian barat, kerajaan telah
mengumumkan bahawa ia tidak mahu menyambung genjatan senjata yang
berusia lapan bulan itu setelah terbunuhnya seorang ketua tentera
di sana. Di Irian Jaya yang terletak di bahagian Timur, petugas
kerajaan telah berjaya mendesak para pemberontak membebaskan
sepasang rakyat Korea Selatan yang telah mereka culik, walaupun
keadaan masih tegang lagi. Wahid gagal menyelesaikan sebarang isu
yang fundamental, walaupun beliau berjaya meredakan keadaan yang
mungkin meledak. Seandainya dia digantikan (semua calon
penggantinya lebih bersikap nasionalistik daripada dirinya), semua
percaturan akan berledakan. 'Kalau Gus Dur dipaksa mundur,
(berkemungkinan) akan muncul momentum mengisytiharkan
kemerdekaan,' kata Theys Eluay, seorang pemimpin Irian Jaya. Satu
rencana penubuhan autonomi wilayah yang bertujuan menyahut
kehendak pemimpin wilayah untuk menguasai rencanan pembangunan
wilayah mereka telah diluluskan pada bulan yang lalu. Tetapi
rancangan itu mempunyai banyak kelemahannya. Menteri yang
bertanggungjawab menjadi begitu tertekan dengan kegagalannya
mendapatkan sokongan Wahid sehinggakan dia meletakkan jawatan.
Wahid mungkin tidak pernah mendapat peluang (yang diimpikannya).
Masalah asas dalam hal ini ialah kerana beliau merupakan seorang
presiden secara tidak disengajakan. Dalam pemilu 1999 dulu, parti
kepimpinannya menang hanya 13 persen undi yang ada. Hasil daripada
siku-menyiku yang tercetus kemudiannya, kiai yang dihormati oleh
masyarakatnya itu telah mendapat tempat pilihan yang kedua
teratas. Lantas dia memenangi tugas itu. Di tahap awalan lagi,
pentadbirannya menjadi tergugat disebabkan dia terpaksa bergantung
harap kepada orang lain. Namun, dia telah meminggirkan hampir
semua bekas penyokong setianya dengan cara keangkuhannya. 'Gus Dur
sedang memerintah satu kerajaan minoriti dan seharusnya berusaha
memenangi hati golongan majoriti. Sebaliknya dia terus mengaibkan
mereka.' Demikian pendapat Laksamana Sukardi, seorang pembantu
Timbalan Presiden Megawati yang telah digugurkan oleh Wahid atas
tuduhan korupsi yang tidak pun dapat dibuktikannya.
Apakah yang boleh berlaku seterusnya? Usaha para pembangkang Wahid
untuk melaksanakan satu sessi khas Dewan Perundingan Rakyat, yang
merupakan badan hukum tertinggi negara, untuk mendakwa presiden
itu nampaknya sudah tertahan. Ini akan melambatkan lagi usaha itu
sehingga akhir Ogos. Dijangkakan sehingga itu, pergolakan politik
akan mencetuskan banyak cemaran kepada negara. Kalau Wahid mundur,
dia akan digantikan oleh Megawati yang mempunyai sokongan akar
umbi yang mampu menegakkan satu pemerintahan yang tegas. Tetapi
populariti seorang suri rumah yang akhirnya menjadi pemimpin
politik itu, terletak kepada sejarahnya sebagai anak kepada 'Bapa
Kemerdekaan Indonesia' Bung Karno, sedangkan kemampuan dan
kepakarannya masih belum teruji. Seandainya Wahid mundur, para
penyokongnya di daerah desa akan menjadi ganas menggila. Jika dia
enggan mundur, negara itu akan terus hanyut terumbang-ambing ke
arah huru-hara. Memang sukar untuk menelah apakah resipi yang
terbaik untuk Indonesia. -Dengan laporan sokongan daripada Amy Chew danArif Mustolih/
Jakarta; dan Assif Shameen/Singapura-
Rencana Asal: http://www.asiaweek.com/asiaweek/magazine/nations/0,8782,98450,00.html
FEBRUARY 16, 2001 VOL.27 NO.6 As parliament and street protesters in Indonesia clash over President Wahid's
future, reforms are stalled By JONATHAN SPRAGUE and WARREN CARAGATA Jakarta
Even in the best of times, Indonesia is a tough country to govern, so vast and splintered by huge
cultural and economic differences. Today, with murderous communal strife in the Malukus, simmering
separatist rebellions in Aceh and Irian Jaya, and the economy still crippled by the 1997 regional
crisis, there is effectively no one at the helm. Wahid, popularly nicknamed Gus Dur, is facing the
most serious challenge so far to his presidency. Last week, 10,000 students marched in Jakarta
demanding his resignation as parliament censured him for possible links to two graft scandals. He
could be im-peached within the next few months. With the political leadership so focused on the
president's fate, reforms that would help revive the economy are stalled. And Wahid's ouster is no
cure because the country is so divided that worse turmoil could well follow. Thousands in Wahid's
powerbase of East Java have already taken to the streets, torching the Surabaya office of the
opposition Golkar party and threatening bloodshed, even civil war if their favorite son is forced out.
The trigger for the crisis has been dubbed "Bulog-gate," a scandal in which Wahid's masseur and
sometime business partner allegedly stole $3.6 million from the state food agency, Bulog. That was
followed by a second scandal nicknamed "Brunei-gate," in which $2 million that the Sultan of Brunei
gave to Wahid as a gift for aid projects can't be properly accounted for. The president's culpability is
tenuous in both cases. A parliamentary commission said only that "it could be suspected that {Wahid}
played a role" in Bulog-gate, and was similarly circumspect about the Brunei case. But the scandals
were enough to ignite frustrations over Wahid's inept style of governance and lack of progress on
reform. Wahid denies any wrongdoing and insists he will complete his term, which ends in 2004. His
opponents vow he will not. "The longer he stays in power, the more damage he will do to this
country's economy and politics," says parliamentary speaker Akbar Tanjung of Golkar.
Indonesia can ill afford to wait for this wrestling to end. The economy is riddled with structural
problems that can only be blasted loose by strong leadership. But the Indonesian Bank
Restructuring Agency (IBRA) is barely moving forward on its mission of selling distressed assets,
hamstrung by unclear policies and frequent changes of leadership (see following story). Investors
are angry about foot-dragging in reforming bankruptcy courts, without which they are reluctant to
commit new money. The International Monetary Fund has blocked release of the latest $400 million
installment on its $5 billion aid program. Fund officials say they are worried about plans to weaken
the independence of the central bank, as well as the ability of newly empowered regional authorities
to borrow. Government action is also needed to straighten out two major bankruptcy cases, one
involving Manulife Financial Corp. and the other World Bank affiliate International Financial Corp.
(see story page 31). And when will all these problems be ad-dressed? "As long as the {political} stalemate is not
resolved," says Raden Pardede of Ja-karta's Danareksa Re-search Institute, an economic
think-tank, "it is difficult to expect any consistent economic policies." What makes the situation
extra frustrating is the fact that the economy is finally expanding thanks to higher exports and oil
prices. Political uncertainty could squelch the recovery. "With inflation hovering around 9.5% we
know that domestic demand is now fairly strong," says economist Arjuna Mahendran of SG
Securities in Singapore. "What is needed now is confidence that would attract investment and put
Indonesia back into a growth cycle." More dramatically, national unity is crumbling. In Aceh in the nation's west, the government says it
will not extend an eight-month-old truce following the killing of a local military commander. In Irian
Jaya in the east, government negotiators got rebels to free a pair of kidnapped South Koreans, but
underlying tensions remain. Wahid has failed to resolve any fundamental issues, but he has managed
to fend off an explosion. Should he be replaced (and all his likely successors are more nationalistic
than he), all bets are off. "If Gus Dur is forced from office, {there will be} momentum to declare
independence," warns Theys Eluay, an Irian Jaya rebel leader. A regional autonomy plan aimed at
meeting the demand of localities for control over their own development was rushed into place last
month. But the plan is full of holes, and the minister in charge became so frustrated with his failure
to get Wahid's attention on the issue that he resigned.
Perhaps Wahid never had a chance. His basic problem is that he is Indonesia's accidental president.
In the 1999 polls, his party won just 13% of the vote. But in the jockeying afterwards, the
widely-respected Muslim scholar emerged as everyone's second choice, and won the top job. From
the start, his administration was hobbled by his dependence on others. Yet he alienated most of his
former allies with his arrogant style. "Gus Dur is running a minority government and should reach
out to the majority, but instead he keeps insulting them," says Laksamana Sukardi, a close aide of
Vice President Megawati whom Wahid dumped from his cabinet on charges of corruption, which the
president never substantiated. What happens next? The attempt by Wahid opponents to quickly call a special session of the
People's Consultative Assembly, the country's highest legislative body, to impeach the president
seems to have stalled. That pushes the session back to as late as August, by when political inertia
could cause untold damage to the country. Should Wahid go, he will be replaced by Megawati,whose
stronger powerbase (her party holds the largest number of seats in parliament) should ensure
stronger rule. But the housewife-turned-politician's popularity rests on being the daughter of
Indonesia's independence leader Sukarno, and her governing skills are untested. If Wahid steps
down, his supporters in the provinces could turn violent. If he doesn't, the country will continue to
drift dangerously toward chaos. It's hard to see what would be best for Indonesia.
WITH REPORTING BY AMY CHEW AND ARIF MUSTOLIH/JAKARTA AND ASSIF
SHAMEEN/SINGAPORE |