Laman Webantu KM2A1: 3774 File Size: 13.9 Kb * |
TJ MT MGG: Ikon Kemuflisan Di belakang Wang RM10 By M.G.G. Pillai 12/2/2001 8:41 am Mon |
MGG3901a [Wang kertas RM10 mengabadikan tiga kegagalan projek sentuhan
wawasan Mahathir, iaitu MAS. LRT dan MISC. Belumpun sempat mencecah
tahun 2020, sudah jatuh berantakkan begitu. Apakah Mahathir dan kuncunya
boleh diharapkan lagi untuk terus memacu?
MAS diberi kepada Tajuddin Ramli, LRT kepada Halim Saad dan Vincent Tan manakala MISC buat Mirzan.
(The Bankrupt Icons Of The RM10 currency Note)
Di bahagian belakang wang kertas RM10 terdapat tiga ikon 'Malaysia Boleh': MAS,
LRT, dan MISC. Ketika wangkertas itu diperkenalkan beberapa tahun yang lalu, ia
merupakan satu lambang visi 'Malaysia Boleh' yang mengilhamkan sebuah negara
berindustri pada tahun 2020. Kini, seperti juga beberapa ikon yang lain di
negara ini, ketiga-tiga ikon yang disebutkan itu sudah pun jatuh muflis;
kerajaan telah menyelamatkan dua yang pertama sedangkan Petronas melakukannya
kepada MISC. Nama syarikat mencetak wang-kertas itu sudah tidak kelihatan lagi,
seperti yang berlaku kepada wang-kertas negara yang lain.
Sejak bertahun lamanya, wang kertas negara telah dicetak oleh tiga syarikat
pencetak yang mempunyai unsur-unsur keselamatan, Thomas de la Rue, Bradbury
Wilkinson dan untuk satu masa yang singkat oleh pencetak Belgium yang tidak
dapat dibaca namanya oleh kerana mata saya yang sudah tidak mampu membacanya
dengan jelas. Tetapi, wang-kertas Malaysia tidak lagi mencatatkan nama
pencetaknya. Kenapa? Bukan sahaja wang kertas bernilai RM10, malahan semua
wang-kertas yang lain. Malahan, kerajaan pernah menghentikan wang-kertas RM1
dan memperkenalkan syiling bernilai RM1. Ketika itu kita diberitahu bahawa
wang-kertas tidak boleh tahan lama sedangkan wang syiling boleh bertahan lebih
lama lagi. Tiba-tiba kita sudah disogokan oleh wang-kertas RM1 yang baru dan
dikatakan dicetak di negara sendiri. Kenapa?
Bukan itu sahaja yang mesti kita soal sekarang. Dulu, wang-kertas Malaysia
mempunyai tarikh keluarannya. Ini telah dihapuskan sebagai mengikuti amalan
sejagat. Kemudian, ia telah direka semula untuk memaparkan kebanggaan Malaysia
sebagai sebuah negara industri di hari muka. Kenapakah nama pencetak sudah
dihapuskan? Itu bukannnya satu amalan sejagat. Apakah itu merupakan satu awalan
kepada pencetakan wang-kertas dalam negara? Siapakah yang mencetak wang-kertas
bernilai RM1? Cuba bandingkan RM5 dan yang bernilai lebih tinggi lagi, bukankah kertasnya
kelihatan bermutu rendah? Mungkin daya rasa saya (daya meraba - penterjemah)
tidak sehebat dulu. Tetapi kerajaan harus memberikan penjelasan kenapakah RM1
itu diedarkan semula. Apakah kerajaan sudah sedar bahawa syiling berharga RM1
mempunyai unsur-unsur yang membahayakan kesihatan ataupun apakah ada juak, kroni
dan sukusakat ataupun anak-anak daripada golongan pemerintah yang dianugerahkan
kerja-kerja mencetak itu untuk membolehkannya mengaut kekayaan?
Mungkin perkara ini satu remeh-temeh sahaja. Tetapi, saya masih sangsi
mengenainya. Kerajaan memang mudah melakukan pelbagai jenis gimik dan innovasi
untuk memberikan komisen yang baik kepada sesiapa yang mengajukan sesuatu
cadangan dan juga kepada pegawai yang meluluskan cadangan itu. Tetapi sebaik
sahaja sesuatu projek itu telah dilaksanakan, ia akan dibiarkan terbengkalai
beberapa tahun kemudiannya, kerana aliran sogokan sudah pun dihentikan dan
peruntukan untuk menyelia projek itu tidak disalurkan lagi. Kamera untuk
mengesan lalulintas telah dibeli dengan kos yang sungguh tinggi dan dipasang di
setiap persimpangan yang berlampu untuk merakam lagak pemandu yang melanggar
lampu isyarat lalulintas. Pelaburan bernilai berjuta ringgit itu dibazirkan
kerana kos filem yang terlalu mahal menyebabkan projek itu terpaksa diabaikan.
Kerajaan telah membebani para pemandu dengan mensyaratkan pemasangan lampu brek
ketiga. Sebaik sahaja lampu itu sudah dipasang, ia pun diperlekehkan sahaja
kerana ada pihak tertentu yang menjadi kayaraya kerananya.
Kerajaan telah mengumumkan projek penswastaan dengan segala gah dan keraiannya.
Institusi yang mempunyai aset pilihan telah dibiarkan untuk tender terbuka
sedangkan pemberiannya diberikan kepada para kroni, juak, dan sukusakat pihak
yang berkuasa. Kini, setiap projek itu sedang dihenyak masalah. Lebuhraya Utara
Selatan sedang tertekan kerana hutang bertapuk bernilai RM30 bilion menjadi
bebanan. Kos yang dihantui hutang itu akan menaikkan bebanannya meningkat lagi.
Dulu, kerajaan mengumumkan bahawa adalah tidak wajar kalau kerajaan terlibat
dengan perniagaan. Kini, kerajaan sudah meludah ke langit dan menadahnya semula
kerana terpaksa membeli balik semua syarikat yang diagihkan kepada anak-anak
emas yang 'boleh diharap' dulu untuk mengelakkan mereka menjadi bangkrap.
Cara kerajaan menyelamatkan Tajuddin Ramli, pemegang utama saham MAS, dan
bukannya dengan tujuan untuk menyelamatkan MAS adalah persis keputusan pemilu
1999 dulu, yang kini menggugat keupayaan kerajaan untuk terus bernafas.
Sekaligus ia menjerumuskan negara ini ke kancah kemuflisan. Malaysia sedang
dihantui masalah kewangan, tetapi kerajaan sedang cuba melindunginya dengan
membuat beberapa projek besar (mega) yang berharga berbilion ringgit nilainya.
Tidak ada niat untuk melihatkan perjalanannya apatah lagi dengan memulakannya.
Beberapa projek awam terpaksa ditangguhkan kerana JKR, tidak mempunyai wang, dan
tidak mampu memulakan projek itu. Kerajaan tidak mempunyai alasan yang boleh meyakinkan rakyat marhaen kenapa
dilakukan kerja-kerja menyelamatkan projek para kroni dan sukusakat yang
bermasalah. Mungkin ada satu-dua yang boleh diterima pakai, tetapi bagaimanakah
dengan usaha kerajaan menyelamatkan projek Super Bumiputra yang lebih terkenal
sebagai seorang pedagang bertaraf antarabangsa yang tidak ada tolok bandingnya,
Tan Sri Vincent Tan? Mungkin ada orang yang berminat untuk mengetahui betapa
Danaharta kini menguasai Berjaya Group secara memegang 30 peratus saham syarikat
itu. Vincent Tan memegang hanya tujuh peratus sahaja. Kenapa?
Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin harus berterus terang kali ini dan membuat
penjelasan mengenai keadan kewangan negara di sessi parlimen yang dijangka
bersidang pada pertengahan Mac. Kita boleh menjangkakan beliau tidak akan
melakukan perkara ini. Kerajaan memang tidak mahu rakyatnya mengetahui perkara
sebenarnya dan lebih bersedia menyuntik dadah kepada rakyatnya agar mereka
lalai dalam mendapatkan maklumat sebenar. Tetapi, bukan ini saja yang
menghantui Daim, sekarang. Kebanyakan projek yang diswastakan itu dan yang telah diselamatkan
kebanyakannya, adalah projek yang ada kait-mengait dengan dirinya. Lagipun, ahli
UMNO mahu tahu sekarang apa yang sudah jadi kepada harta UMNO yang difaraidkan
kepada satu syarikat yang bernama Hatibudi. Inilah syarikat yang memegang kuasa
syarikat penswastaan yang kini dipegang oleh kumpulan Renong-UEM. Sebagai
Bendahari UMNO Tun Daim sedang tertekan kerana terpaksa menjelaskan mana
perginya sekitar RM1,000 juta (satu bilion ringgit) yang diamanahkan padanya
selama ini. Usaha mengnyahkan nama pencetak di wang-kertas negara adalah satu gambaran
betapa sikap 'desparado' yang semakin menghantui pengurusan kewangan yang
sepatutnya cermat dan berhemah. Rencana Asal: The Bankrupt Icons Of The RM10 currency note
On the obverse side of the RM10 note are three icons of
"Malaysia Boleh": MAS, the LRT, and MISC. When the currency
note was introduced a few years ago, it represented the
"Malaysia Boleh" vision of an industrialised nation by 2020.
Today, like so many other icons of this vision, all three
are bankrupt; the government rescued the first two and
Petronas the third. The printer's name is missing from the
RM10 note, indeed of any denomination.
Malaysia's currency notes were printed through the
years by three security printers, Thomas de la Rue, Bradbury
Wilkinson and, briefly, a Belgium printer whose name my poor
eyesight could not make out. But the new Malaysian currency
notes carry no printer's name. Why? Not just the RM10
note, but also the higher and lower denominations. Indeed,
the government retired the RM1 note and introduced the RM1
coin because, so we were told then, the ringgit note had a
short life and the coins longer lasting. Yet, we have
brought back the RM1 note, looking much inferior amidst
rumours that it is printed locally. Why?
This is not all. Malaysian currency once had an
issuing date. That was removed to keep in line with
international practice. Then it was redesigned to show
pride in Malaysia's march to an industrialised future. Why
is the printer's name removed now? That is not
international practice. Is it a prelude to locally printed
notes? Who prints the RM1 note? Compare it with the RM5
notes and higher denominations, it seems of poorer paper?
It may not be, and my touch may be deaden. But the
government should explain why this note is brought back.
Has the government discovered that the RM1 coin is hazardous
to health, or did it appoint a courtier, crony or sibling of
the establishing so that he or she could earn some pocket
money? For all we know, there might be nothing to it. But I
look at it with trepidation. The government goes for
gimmicks and innovations which ensures a good commission to
whoever recommends it, and to the officials who approve it.
But once installed, it is discarded a few years down the
line because the gravy train had stopped and there is no
money allocated to maintain and keep it going. Traffic
cameras were bought at much expense and installed at traffic
lights to photograph motorists who beat traffic lights.
But the multimillion ringgit investment is wasted, the cost
of the films too high to keep it active, and is now
abandoned. The government burdened motorists by insisting
that motorcars must have the third brake light. Once
installed, it is ignored; but some interested parties made
quite a lot of money over it. The government announced privatisation with much
fanfare, handing over choice government assets not by open
bidding but handed over to cronies, courtiers and siblings
of the establishment. Every single one is in trouble.
Look at the North-South Highway, now saddled with RM30
billion in debt and the cost of using it continually rising.
The government which proudly proclaimed that it should not
be in the business of business now eats crow and buys it
back from its favoured sons so that they would not be
bankrupt. The government's rescue of not MAS but its controlling
shareholder, Tan Sri Tajuddin Ramli, like the 1999 general
election results, threatens the survival of the government.
It brings the nation to the level of the bankrupted assets.
Malaysia is in deep financial straits, but the government
masks it by announcing major projects costing billions of
ringgit with neither the intention to see it through nor to
even begin to construct it. Public works projects are held
back because the PWD, for lack of funds, cannot even begin
work. The government cannot justify the bailout of its
cronies, courtiers and siblings of the establishment. Some
could have been but how would you justify the bailing out of
a crony like the Super Bumiputra aka international business
man of unquestioned reputed, one Tan Sri Dato' Seri Vincent
Tan? Danaharta, to those interested, now controls the
Berjaya Group, with 30 per cent of the company's shares,
while the Great Man holds just over seven per cent. Why?
The finance minister, Tun Daim Zainuddin, should come
clean and state unequivocally the state of Malaysia's
financial and fiscal position at the next session of
Parliament, due mid-March. He would not, of course. The
government does not believe in keeping its people informed,
preferring to drug them with intentions of good faith. But
this is not his only problem. Many privatised, and almost all bailed-out, projects
are indirectly linked to him. But UMNO members also want to
know what happened to the assets UMNO had in a company it
owned called Hatibudi, which had the privatisation of the
highways now under the Renong-UEM combine. Since Tun Dam is
treasurer of UMNO, the pressure is on him to reveal where
that estimated RM1,000 million is, and how well it had done
in the decade or so it was under his control. Removing of
the printer's name from Malaysian currency notes shows
desperation than prudent fiscal management.
M.G.G. Pillai |