Laman Webantu KM2A1: 3769 File Size: 11.9 Kb * |
Mahathir..!! Jangan Besar Pancing Dari Umpan..!! By Amin Sapiro 11/2/2001 7:24 am Sun |
Amin Sapiro (negeri tengok serangan Jerung-herung ini)
[Budaya 'biar dan tak apa' seharusnya dikikis segera sebelum negara
punah ranah dikerjakan oleh pemimpin Umno. Semakin lama mereka dibiarkan
semakin sukarlah negara akan dapat dipulihkan. Itu semua kerana pembangunan
diatur tidak mengikut kemampuan dan sering tercemar dengan sogokkan wang
dan kepincangan pengurusan. Kesannya negara asyik berhutang sedangkan pulangan masih meragukan.
Terpaksalah dana awam dan wang Petronas dikorek untuk menutup lubang
tetapi sampai bilakah ia akan dapat bertahan jika bocornya melebihi
caruman? Sudah tentu rakyat akan dipaksa untuk mencarum lebih banyak
wang, sebab itulah potongan EPF ditambah dan tol dinaikkan. Siapakah
agaknya yang terkesian? [NB: Dua hari saya tidak menulis. Saya dalam perjalanan. Menyahut pangilan
kawan-kawan lamo. Kami saling merindui. Termasuklah mereka yang masih
dalam parti. Banyak maklumat yang dapat. Ada yang boleh diceritakan
terus-terang, dan ada yang cuma boleh dibayang-bayangkan. Tentu ramai
rakan-rakan yang faham cara tulisan saya selama ini. Kali ini pun begitu juga.
Bacalahhhh?.!!] BERKATA beberapa orang teman yang masih dalam parti (UMNO) dan
menduduki tempat yang ternama (bergelar vetren), katanya, 'Mahathir umpama
pengail SEWEL..!! Masakan mengail pari berumpan salah. Tak sudah begitu,
pancing pula lebih besar dari umpan. Bagaimana mulut pari sekecil itu akan
menelan pancing yang besar dengan umpan sekecil tadi?'
UMNO/BN Terkena 'Down Syndrom' Makin hari semakin ketara: Apabila Mahathir ini bercakap saja, akan terhambur
dari mulutnya kata-kata yang tidak elok didengar oleh sesiapa jua. Samada
kawan atau lawan akan bertanya: Mengapa seorang berjawatan seorang
Perdana Menteri dan Presiden sebuah parti tunjang dalam pemerentahan
bersikap melawan arus kebangkitan rakyat?
Tidakkah pemimpin UMNO/BN terfikir bahawa keadaan sudah menunjukkan
tanda-tanda bahawa Mahathir tidak harus menduduki tempat itu lagi? Kemanakah
rasional mereka hingga sanggup membiarkan negara porak-peranda dan dunia
semakin memencil negeri ini? Seluruh kepimpinan UMNO dan BN seperti ular sawa yang kekenyangan. Mereka
lebih dungu dan bangang dari seseorang terkena serangan penyakit 'down
syndrom'. Dengan terus-menerus menganggap Mahathir sebagai pemimpin yang
berwibawa, sebenar pemimpin UMNO dan BN bercakap dan bertindak melakukan
kerja-kerja bodoh. Mereka seolah-olah seperti orang bebal - tidak tahu
membedakan antara yang salah dengan yang benar!!
UMNO Membiarkan 'Buaya Naik Ke Darat'
Kita sudah lihat beberapa negara di Asia yang mengalami kejutan kemelesetan
ekonomi pertengahan tahun 90-an sudah mulai meningkat kadar pertumbuhan
yang mendadak naik. Perangkaan menunjukkan Singapura dan Hong Kong
sedang mendahulu banyak negara di rantau ini.
Walaupun Indonesia, Filipina dan Thailand mengalami sedikit kekacauan politik,
namum gangguan itu dianggap sebagai 'sementara'. Mereka pantas
menyelesaikan masalah kepimpinan dalam sehari dua saja. Kemudian mereka
meneruskan urusan negara seperti biasa. Tidak ada nostalgia..!! Bukan macam
UMNO/BN!! Mereka teragak-agak! Nak tunggu apa?
Yang amat memalukan Malaysia, negara-negara tersebut menyelesaikan
masalah mereka mengikut cara berhemah, rasional dan berintegriti; sebaliknya
negara kita dilihat 'somewhat dragging its feet'..!! Kununnya nak berbincang
itu-ini. Fikir-fikir betul-betul; sebenarnya pemimpin negara sedang membuang
masa yang sangat berharga, membazir tenaga yang sedikit, mempunah-ranahkan
sumber yang terhad, membiarkan 'buaya naik ke darat'..!!
Pelabur Asing Sudah Bosan Senario yang nampak jelas, Dr. Mahathir bersikap sama seperti Mobutu Sese
Seko dan Idi Amin semasa mereka menerajui regim masing-masing. Mahathir
juga tidak peduli apa yang berlaku kepada sistem perundangan, pentadbiran dan
keselamatan sosial yang semakin kelamkabut dan huruhara.
Tidak ada tindakan beliau yang menguntungkan rakyat. Beliau asyik bertekak
dengan menyalahkan orang lain, sementara negara dan rakyat semakin
merempat..!! Kajian Perunding Pelaburan Asing di rantau ini menunjukkan bahawa sudah
terlalu ramai pelabur-pelabur dunia dari negara luar yang berminat melabur di
rantau ini; sebaliknya menunjukkan petanda bosan dan jijik mereka terhadap
Malaysia. Penurunan/kejatuhan Indeks pelaburan asing ke Malaysia tak kurang
dari 70%-80% dari jumlah pertambahan di Singapura, Hong Kong dan Taiwan.
Bermakna, Malaysia akan mengalami kemelesetan ekonomi yang teruk dan
berterus bermula dari penghujung tahun 2001 hingga 2005. Kesimpulan mereka, sekiranya Mahathir dan sekongkolnya, UMNO dan BN masih
menerajui pemerentahan - negara ini akan semakin sukar dipulihkan. Kepimpinan
UMNO/BN yang tersisa sudah jauh ketinggalan zaman. Budaya kerja dan
falsafah mereka tidak akan semudah itu dipinda-obah. Nepotisme, Rasuah dan
Kronisme sudah menjadi dadah!! Pemimpin yang adalah tularan penyakit
masyarakat yang parah!! Siapa Yang Akan Merengkok Kesusahan?
Jawapan kepada soalan itu ialah RAKYAT..!.. RAKYAT..!.. RAKYAT..!.. Setiap
individu terpaksa membayar hutang dari pinjaman luar yang semakin meningkat.
Segala bon-bon pinjaman luar yang dibuat atas perjanjian Mahathir dan Daim
dengan 'Loan sharks' Antarabangsa akan meningkat sekali ganda dalam
tempoh satu dekad. Bermakna, setiap rakyat hanya berkerja untuk membayar hutang yang dibuat oleh
pakar-pakar ekonomi dan pembuat hutang bertaraf 'PUK*M*K' seperti Mahathir
dan Daim berdua ini. Sementara, sebahagian besar wang pinjaman itu sudah
diangkut semula ke negara lain sebagai simpanan tetap atau ditukar menjadi
hartanah dan pelaburan mereka. Pinjaman anggaran RM20 bilion sudah diketahui umum dilakukan oleh mereka
dengan kerjasama Perbadanan Usahawa Nasional Berhad (PUNB). Walaupun
penyiasatan sedang dijalankan oleh BPR, tetapi terhenti kerana orang-orang
tertentu terlibat. Jangan tanya siapa orangnya - memang benar: Si keparat yang
dua ekor itulah dianya!! Bermankna, Mahathir-Daim bagai memancing dengan mata-pancing lebih besar
dari umpan. Masakan bilis-bilis macam kita (rakyat marhain) akan mendapat sisa.
Rakyat wajib difahamkan betul-betul bahawa Kumpulan Wang Simpanan Perkerja
(KWSP) tidak digunakan mengikut sewajarnya. Tabung Haji (LUTH) sudah hilang
'kesuciannya'. Permodalan Nasional Berhad (PNB) sudah sampai ketahap
'tidak bermodal' lagi. PETRONAS yang selama ini menjadi 'bank roll' negara semakin lancang
diganggu oleh kedua-dua 'Belodok-belodok brensek bangsat keparat' yang
dua ekor ini, dengan anak-anak, suku-sakat dan kroni-kroni mereka. Hampir
semua kaedah dan sasaran 'Programme-Budgeting System' yang ada di
PETRONAS sudah 'hay wire'. Maklumat ini diketahui dari beberapa pakar kewangan dan projek di menara
berkembar itu. 'Tangan dan kaki kami terikat dan terus diikat, Wak..!!', keluh
mereka. 'Jika dinilai, perjalanan PETRONAS hari ini sama seperti PERTAMINA
di zaman Soekarno..', katanya. Fahamlah saya, jika gangguan politik sampai mengkucar-kacirkan sebuah
agensi penjana 'national wealth' dibiarkan berleluasa, bermakna negara itu
akan lumpuh kekeringan sumber. Apatahlagi, sumber 'minyak petrol' negara
adalah terhad. Ia adalah 'irreplaceable asset'. Tak payah berbincang dengan
'orang minyak', kita sendiri tau! Penggunaannya sumber seumpama itu untuk membayar hutang bukanlah satu
cara penggunaan yang beretika. Yang akan jatuh miskin, papa kedana ialah
rakyat. Jangan tanya siapa yang akan kayaraya. Bukan rakyat banyak.
Pun bukan majoriti pemimpin kerdil UMNO/BN dan para penyokong mereka. Yang
jelas ialah orang yang bertaraf 'Belodok-belodok brensek bangsat keparat'
yang sekarang bersalin kulit bertukar menjadi 'belukang darat'. Semakin bangsat
rakyat! Undang-undang Malaysia : CACAMARBA
Seorang peguam yang arif di bidang ilmunya berkata, 'Kewibawaan dan
kedaulatan undang-undang sudah tidak ada lagi di negara kita ini, Wak. Ia cuma
digunakan untuk menangkap bilis-bilis yang melanggar 'traffic light' saja?,
katanya. Beliau bertanya, 'Apa pilihan sekarang, kerana menyelamatkan seorang berdua
- 20 juta rakyat merengkok dalam duka-nestapa (misery)' Democracy is the
sharing of wealth and power, but Nepotism, Corruption and Cronyism is the
sharing of misery among the people at large...
Pun saya tafsirkan kata-kata beliau sebagai 'ejekan' bahawa negara kita yang
seindah dan seunggul ini dulu, sudah bertukar menjadi 'Banana Republic'. Jika
Argentina menjual 'pisang', kita sekarang menjual 'kulitnya'.
Mungkin Mahathir dan kuncu-kuncu sedang mempermainkan kesabaran rakyat!!
Kita akan lihat perkembangan yang akan mengerikan beliau. Pasti sesuatu harus
dilakukan sebelum negara ini porak-peranda.!!
'Perpaduan Melayu' dan BBM Jika orang Melayu meletakkan harapan kepada perbincangan 'Perpaduan
Melayu' UMNO-PAS/BA untuk mencari penyelesaian politik; terang-terang
orang Melayu akan berkata, 'Jangan harap harimau akan keluar dari belukar..'
Jika BBM cakap berdegar-degar, kununya hendak menggoncang 'tiang seri',
tanya diri anda, 'Kemanakah arah saudara bergerak jika berlari dengan kaki
berjengket terpijak duri'? Jika ada puak UMNO bercakap ego kununnya mahu menegakkan UMNO/BN
yang sudah condong (hampir tumbang) dengan 'mereformasikannya' dari dalam;
dinasihatkan mereka (dengan tulus dan ikhlas), 'JANGAN cuba
berangan-angan seperti Mat Jenin. Anda cuma 'nyamok-nyamok' yang seni.
Sekali jentik, terpuruklah kalian ke bilik 4' x 7' di Sg. Buloh, terpisah
bertahun-tahun dari anak-bini..'. Fikirkan ini: Jika Mandeliar dan Si Kitul dan seorang berdua yang jadi 'Karma
Wijaya' dihimpunkan dalam satu kandang besi, rakyat akan berbincang
kemudiannya apa yang harus dilakukan kepada mereka ini. Demokrasi akan pulih
dan negara akan bersih. Orang Melayu - Alang Kepalang Berdakwat!!
Jika rakyat Melaka purba menyula Mandeliar dan Si Kitul dari d###r ke
tenggorok, apakah ORANG MELAYU hari tidak ada sanggup menggunakan
'Perpaduan Melayu', 'Badan Bertindak Melayu (BBM), 'reformis' UMNO
(kununya) untuk menyelesaikan masalah seremeh ini' Apakah setakat terpekik
dan terlolong saja? Sementara itu, 'NERO' versi 'Mamak-Malbari' yang ini meniup seruling
bambunya - bertepuk tangan melihat orang Melayu berbunuhan sesama sendiri.
Sah bangang ketetel 10 juta orang Melayu ini..!!
Jika Fujimori, Presiden Chile dipaksa meletakkan jawatan atas kekuatan rakyat
menumbangkannya, Soeharto tumbang dengan anjakan paradigma rakyat yang
tahan belantan dan gas pemedih mata, jika Estrada terpaksa meletakkan jawatan
cuma dengan sebuah keretakebal yang meredah ke pekarangan Istananya, jika
Nawaz Shariff dikurung dalam rumah oleh se gerombolan rakyat yang berpakaian
seragam - segala-gala itu adalah bayangan kekuatan 'people power'.
Di manakah buah p*l*r kalian? Itukah 'bendanya' yang dijadikan Mahathir-Daim
sebagai umpan? |