Laman Webantu KM2A1: 3765 File Size: 10.4 Kb * |
TJ MT MGG: Keretakan Yang Melebar Dalam UMNO By M.G.G. Pillai 9/2/2001 8:12 pm Fri |
MGG3901 [Dengan BBM mengkritik Mahathir secara terbuka, retak di dalam
Umno akan semakin terbuka. Kehadiran golongan vetren dan hampir
kesemuanya ahli Umno pasti akan membuat Mahathir terbeliak mata.
Dia masih terdiam dan berdilema untuk menghadapi mereka. Sebarang
tindakbalas akan membuatkan dirinya semakin tercedera tetapi jika
terus berdiam dia akan berdepan dengan lebih asakkan yang membara.
Lama-lama Mahathir akan terbakar dan hilang di dunia yang dijajah
olehnya jika dia tidak kembali ke jalan yang sebenarnya.
Dulu Mahathir langsung tidak kasihan kepada Anwar, malah dia
mengaibkannya supaya rakyat membencinya. Tetapi rakyat tidak
pula membenci Anwar, tetapi mereka semakin membenci dirinya,
termasuk ahli Umno juga. Sesungguhnya kebencian itu boleh
menghilangkan seseorang itu dari dunianya, walaupun dia begitu
berkuasa bertahun lamanya. (MGG Harakah: The Cracks Widen In UMNO)
Catatan: Artikel asal tersiar dalam HARAKAH terkini untuk 15-28 Februari.
Dalam perhimpunan "Tak Akan Melayu Hilang Di dunia" yang ditaja
oleh Badan Bertindak Melayu (BBM) di PWTC pada 4 Februari yang
lalu, akhirnya bertukar rupa menjadi satu majlis untuk mencemuh
Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Inilah pertama
kalinya dia dicerca secara menggila di perhimpunan terbuka kerana
keangkuhannya bersua muka dengan rakyat jelata. Mereka menuduh
beliau sengaja menyelamatkan Tajuddin Ramli dengan membeli 29
persen saham pegangannya pada kadar lebih dua kali ganda daripada
harga pasaran terbuka. Begitu juga dengan tindakannya
menyelamatkan pemegang konsessi dua syarikat LRT.
Perhimpunan itu diberi taraf perjumpaan tidak rasmi, sehinggakan Dr.
Mahathir enggan mengiktirafnya. Apatah lagi kerana para penaja majlis
iaitu adalah insan yang sudah tidak bergigi dalam kuasa politik mereka.
Senarai para penyokong majlis itu memang panjang pada awalnya.
Pihak penaja telah menghubungi sesiapa sahaja yang dikira
mempunyai keyakinan bahawa si tua itu sudah kehilangan mandatnya.
Namun, para penjilat Perdana Menteri cepat-cepat menyorokkan diri
ataupun sengaja cabut lari. Sikap mereka tidak melemahkan puak yang
masih bertenaga untuk berhimpun secara terbuka, termasuklah ahli
kabinetnya sendiri. Dua timbalan menteri, Datuk Sulaiman
Mohamad (kesihatan) dan Datuk Mohama Khalid Yunus (penerangan)
telah menggunakan kata-kata keras dalam mengkritik Perdana Menteri
dalam ucapan mereka. Rencana asalnya ialah menghimpunkan manusia di Padang Kelab
Sultan Sulaiman di Kampung Baru, tetapi polis enggan mengeluarkan
permit untuk perhimpunan di situ. PWTC dipilih sebagai penggantinya
untuk membolehkan polis mengeluarkan permit mereka. Penganjur tidak
pernah berhasrat mengumpulkan ahli-ahli yang tidak puashati terhadap
UMNO. Kalau diadakan himpunan itu di Sulaiman Club, anggaran
kedatangan dijangka sekitar 10,000. Tidak ramai yang setuju dengan
taksiran itu tetapi di PWTC, kedatangan mencecah 3,000. Ramai yang
datang kerana berminat mendengar kutukan terhadap Mahathir kerana
segala belit-belitan dan songlapannya. Tidak ramai orang luar parti
yang hadir. Itulah gambaran betapa satu bahagian besar ahli parti
sudah muak dan mual dengan Mahathir dan UMNO.
Kalaulah ucapan yang dituturkan itu diluahkan oleh ahli parti
pembangkang, sudah pasti para pemidatonya dikenakan tindakan
hasutan dan didera lebih teruk lagi. Ornag Melayu mesti diberikan hak
mereka, si pemidato itu berkata, dan orang lain harus dinafikan hak itu.
Tidak ada banyak bezanya di antara tuntutan Kumpulan Suqui dengan
apa yang dicanangkan oleh BBM itu, sebagai penyambung hasrat
masyarakat yang mereka wakili. Hanya Tun Ghaffar Baba yang
mengambil jalan menyimpang daripada pendekatan yang ramai apabila
dia menyarankan agar perpaduan di kalangan rakyat Malaysia di
utamakan; dan seperti yang pernah dicadangkan oleh Suqui agar
perbezaan di antara Bumiputra dan bukan Bumiputra itu dihapuskan.
Tetapi, itu saja suara yang penuh kewajaran. Yang lain bersuara
lantang tanpa sesalan. Yang diura-urakan agar ditubuhkan satu badan bertindak untuk
melindungi dan menyelesaikan masalah Melayu adalah tidak begitu
serius bahananya jika dibandingkan dengan apa yang telah mereka
lakukan ketika itu. Majlis itu telah mencabar secara terbuka kesahihan
kuasa yang ada pada Dr. Mahathir kini. Adalah satu amalan budaya
Melayu feudal yang tidak mencabar ataupun mengkritik pemimpin
unggulnya secara terbuka. Tetapi, ia akan berlaku juga apabila apabila
sesaorang pemimpin itu sudah tidak lagi disenangi oleh masyarakatnya.
Kini rakyat menantikan reaksi Mahathir terhadap dua orang timbalan
menterinya yang telah menunjukkan sikap derhaka. Kalau dia tidak
bertindak banyak lagi perbuatan 'kurang ajar' yang akan dihadapinya.
Seandainya dia menyingkirkan mereka daripada jawatan yang ada, dia
terpaksa menahan tekanan yang lebih kuat lagi untuk melepaskan
jawatannya. Masalah perpaduan Melayu tidak pun diselesaikan. BBM telah muncul
sebagai satu kumpulan pendesak untuk menekan pemimpn UMNO
mendengar desakan mereka dan menyulitkan lagi usaha Mahathir
untuk terus berkuasa. Bagaimanakah tindakan ini dapat menjamin oang
Melayu tak akan hilang di dunia, adalah sesuatu yang tidak dapat
saya fahami lagi. Tetapi, ada satu perkara yang semakin jelas kini:
kalau lebih banyak perhimpunan begini direncanakan, lebih ramai lagi
rakyat marhaen yang akan datang, laksana perhimpunan pihak
pembangkang. Kaedahnya mungkin berbeza tetapi pendekatannya
mungkin sama sahaja: bagaimana mahu menyingkirkan seorang
perdana menteri tua. Walaubagaimana pun, Dr. Mahathir tidak pula
menampakkan bahawa dia terkejut dengan apa yang telah berlaku.
Rencana Asal: Harakah 15-28 February 01 For Front Page Billed an unofficial gathering, in which Dr Mahathir
disdained even to acknowledge, its organisers exist on the
fringes of power, or hasbeens, in UMNO politics. The roster
of those who backed it is long, the organisers having called
upon anyone who felt that Dr Mahathir has lost the Malay
mandate. Dr Mahathir's backers quickly distanced themselves
from the gathering well before it was held. But it had the
clear support of those opposed to the man, even some in his
cabinet. Two deputy ministers -- of health, Datuk Sulaiman
Mohamed, and of information, Datuk Mohamed Khalid Yunus --
also openly attacked the Prime Minister in their speeches.
It was at first to have been at the Sulaiman Club
grounds in Kampung Bahru, but when police refused the
permit, it shifted to the PWTC. At no time was this any
more than a meeting of disgruntled UMNO members. The
organisers expected a crowd of 10,000 at Sulaiman Club. Most
had thought that impossible, but 3,000 turned up at the
PWTC. Many came to hear the speakers attack Dr Mahathir and
his cabinet for acts of ommission and commission. There
were very few non-UMNO members around, and what it
represented is a growing section of UMNO unhappy with Dr
Mahathir and UMNO as it is set up now.
If the speeches at the gathering had been uttered at an
opposition meeting, the speakers would have found themselves
charged with sedition and worse. The Malays should be given
rights, the speakers droned on, that the others should not.
There is little in the worldview of Suqui and the MAF on
what their respective communities want. Indeed, one speaker,
former deputy prime minister, Tun Ghafar Baba, pressed home
for Malaysian, not Malay, unity and wanted, as Suqui does,
to remove the distinction between bumiputras and
non-bumiputras. But his was the rare voice of reason. The
others had no such compunction. What is aims to do -- a task force to protect and
overcome Malay problems -- is nothing as serious as what it
did. It openly challenged the legitimacy of Dr Mahathir to
remain in office. Malay feudal and cultural practice does
not allow the leader to be challenged or criticised. This
is only done when the leader has lost the respect of the
community. Indeed, the Malay cultural ground has shifted
firmly to the opposition. It is interesting to see how Dr
Mahathir would react to the deputy ministers for their
"derhaka" (treachery): if he does nothing, more acts of
defiance would follow; if he removes them from office, it
could strengthen the pressures against him to leave.
Malay unity was unaddressed. The MAF became no more
than a pressure group to force UMNO leaders to its bidding
and to make it difficult for Dr Mahathir to coninue. How
this would ensure that the Malays would not disappear from
this earth is beyond my understanding. But one thing is
clear: if gatherings like these are held, they would
attracts crowd like the opposition gather. The methods may
differ bit the theme of both gathering would be the same:
how to get the Prime Minister out of office. Somehow, one
gets the impression, Dr Mahathir was not surprised at what
happened. -- MGG
|