Laman Webantu KM2A1: 3764 File Size: 15.8 Kb * |
TJ MT MGG: Apakah Dato Seri Anwar Dipecat Kerana s###m*? By M.G.G. Pillai 9/2/2001 4:06 pm Fri |
MGG3801 [MGG Pillai membongkar betapa Mahathir sebenarnya memecat Anwar
kerana bimbang pengaruh dirinya sendiri terhakis olehnya. Sebab
itulah dia tidak lagi menyebut s**** itu kerana ia akan semakin
menjerut tengkoknya. Faktor Anwar kini menjadi tajuk penentu pertemuan PAS dan Umno.
Mahathir dikatakan bersedia untuk mengampunkan Anwar, tetapi
penolakan mahkamah rayuan itu membuntukan prosesnya. Anwar
sebenarnya menjadi lambang perpaduan orang melayu yang teruk
berpecah akibat ambisi Mahathir sendiri. Dia perlu melakukan
sesuatu kerana ahli Umno sudah berbondong-bondong lari, samada
ke BA atau ke BBM jika masih kuat berdaki. Mereka mungkin tidak
akan memaafkan Mahathir jika beliau terus berdegil lagi. Nyatalah
Mahathir di dalam dilema akibat sentuhan dirinya sendiri.
- Editor] (MGG: Was Dato' Seri Anwar Ibrahim Sacked For s###m*?)
Catatan: Tulisan asal ditujukan untuk HARAKAH keluaran
15-28 Februari 01 yang sudah berada di pasaran sejak semalam.
Kes mahkamah sudah pun selesai. Walaupun proses rayuan masih
belum selesai lagi, Mahathir dan UMNO sudah pun dihantui oleh
sokongan Melayu yang sudah lama berubah. Ini yang membuatkan
beliau berubah sikap pula. Dalam satu wawancara dengan Asiaweek
bulan yang lalu, dia telah menuduh Dato Seri Anwar kerana mempunyai
ambisi plolitik yang terlalu tinggi, sehingga berhasrat menggantikannya
dan melakukan kegiatan politik di luar garisan norma. Tidak pula dia
menyebut kisah Dato' Seri Anwar yang tidak bermoral dan tidak layak
memimpin negara kerana tuduhan s###m* yang memenjarakannya.
Dengan lain perkataan, yang membuatkan Dato' Seri Anwar terpenjara
ialah kerana dia mempunyai ambisi politik (yang tidak disenangi oleh si
diktator tua -penterjemah) Intisari yang terdapat pada politik ialah konflik yang tercetus di kalangan
manusia yang berambisi dan yang sanggup bertelagah sesama sendiri
sambil tendang-menendang di tiang licin yang menjanjikan kejayaan
gemilang. Setiap pertubuhan yang berjaya mesti mempunyai pemimpin
yang berambisi dan juga tamak-haloba untuk memimpinnya. Sesaorang
itu menceburi politik kerana mahu menikmati kemuncak ambisinya tidak
kiralah apa bentuknya. Dato' Sri Anwar Ibrahim sepatutnya memimpin
Malaysia dan membasmikan segala ketidakadilan yang menebal yang
sungguh berkarat. Kehangatan usahanya itu telah dirasai oleh Perdana
Menteri dan para sukusakatnya. Kerana itu mereka berkomplot untuk
mengnyah Anwar. Tan Sri Musa Hitam dan Tengku Razaleigh merupakan manusia yang
berambisi juga tetapi dinyahkan kerana Perdana Menteri tidak
mengaibkan mereka seperti yang dilakukannya terhadap Dato' Seri
Anwar Ibrahim. Namun, beliau dan juga UMNO tidak dapat bertahan
dalam suasana yang dihangati oleh kritikan yang terlalu pedas. Kini,
Perdana Menteri tidak lagi mampu mengulang-ulang segala tuduhan
mengenai korupsi dan s###m* tanpa menghadapi risiko kehilangan
sokongan orang Melayu terhadap dirinya dan juga UMNO. Inilah sebab
utama kenapa orang melayu terlalu bencikan Perdana menteri. Cardinal
Richeliu pernah mengilhamkan satu bidalan yang berbunyi: "Berikan
saya dua ayat yang diungkapkkan oleh seorang insan yang jujur dan
saya akan usahakan untuk menjerutnya di tempat pergantungan yang
terdekat." Jadi, tuduhan s###m* dan korupsi adalah satu alasan untuk
menyingkirkan Anwar daripada pentas politik secara yang sungguh
mengaibkan. Tindakan itu memakan tuannya. Dua tahun sudah pun
berlalu (872 hari sebenarnya - penterjemah) Dato Seri Anwar yang
terpenjara adalah lebih dihormati daripada sorang perdana menteri yang
sedang bebas bergaya. Wawancara Asiaweek itu telah memusnahkan kewibawaan Perdana
Menteri itu daripada arena politiknya. Kini, dia dihantui oleh persoalan
bagaimana mahu menangani kisah Anwar dan segala tuduhan yang
pernah direncana ke atasnya. Untuk tujuan membetulkan rekod negara,
Mahathir terpaksa menjelaskan perkara sebenarnya kenapa Anwar
diaibkan. Mahkamah telah menolak tuntutan Anwar terhadap Perdana
Menteri. Rayuan telah dikemukakan terhadap keputusan mahkamah
yang memang telah melakukan kesilapan untuk menolaknya.
Masa terus berlalu, Perdana menteri semakin kehilangan sokongan akar
umbi sedangkan sokongan terhadap Anwar semakin menggunung tinggi.
Perpaduan Melayu, yang menjadi isu perundingan di antara UMNO dan
PAS berkisar kepada persoalan bagaimana Anwar Ibrahim boleh
dibebaskan daripada penjara tanpa mencemarkan imej UMNO (yang
sudah pun tiada - penterjemah). Dengan lain perkataan, apa juga
agenda mengenai perpaduan Melayu itu, ia mesti tunggu dulu sehingga
masalah Anwar Ibrahim diselamatkan daripada jalan buntu. Sekaligus,
Anwar Ibrahim sudah menjadi lambang perpaduan orang Melayu.
Perdana Menteri harus bertanggungjawab kerana dilema itu.
Perdana Menteri tidak punya pilihan lain lagi selain mengatakan
bahawa Anwar Ibrahim sebagai seorang ahli politik yang berambisi.
Saya telah diberitahu bagaimana wakil daripada kedua-dua pemimpin
ini telah bertemu untuk menyelesaikan kemelut itu. Perdana Menteri
sudah bersedia menguruskan satu keampunan untuk Anwar tetapi
Anwar sudah pun menyatakan syaratnya. Dia bertegas agar ditubuhkan
satu suruhanjaya (siasatan) diraja untuk menyelongkar balik kisah
perbicaraan dulu dan diberikan hak, kalau dia fikirkan berselera, untuk
menandingi jawatan presiden UMNO.
Ada bidalan yang mengatakan: disebabkan nafsu- nafsi membuatkan
kucing sanggup menyamar seperti merpati. UMNO dan Perdana menteri
mahukan Anwar terus dipenjara kerana pertaruhan yang tinggi menjadi
percaturannya. Inilah yang menghantui UMNO dan Perdana Menteri;
Anwar adalah insan yang membahayakan mereka apatah lagi kalau dia
dibebaskan. Anwar sudah menjadi satu tokoh penentu dalam usaha
UMNO menyatupadukan semula orang melayu. Apabila dan kalaupun
presiden UMNO dan PAS bertemu untuk berunding mengenai
perpaduan Melayu itu, mereka mesti bersetuju dengan langkah terbaik
untuk diambil dulu terhadap Anwar, sebelum mereka membuka bicara
terhadap isu yang lain. Pemenjaraan Anwar telah menentukan betapa UMNO sudah semakin
tidak relevan lagi dalam tatasusila kehidupan di negara ini. Di dalam
UMNO sendiri, dua pertiga ahlinya sudah tidak menyokong pucuk
kepimpinan parti, sekitar satu pertiga masik menyokong seorang
'Pertapaan' (Tengku Razaleih Hamzah) di Langgak Golf. Yang berbaki
masih menyokong Dato Anwar. Kerana fenomena inilah makanya
peraturan pilihanraya dibuat begitu mengelirukan.
BAHAYA YANG BESAR kepada UMNO ialah apabila ahlinya beralih
kesetiaan untuk menyokong PAS ataupun Keadilan. Penyebab terbesar
beralihnya kesetiaan itu adalah terletak di bahu seorang insan sahaja:
Perdana Menteri. Inilah pendapat yang semakin disokong oleh rakyat
marhaen sekarang ini. Inilah juga yang diberikan penekanannya oleh
Badan Bertindak Melayu (BBM) ketika berforum di PWTC pada 4
Februari 2001. Kehangatan ucapan yang mengutuk Perdana menteri
hampir mendesak penaja forum meminta ahli UMNO keluar daripada
dewan ketika cemohan dan serangan itu semakin galak
diperhangatkan. Apakah kaitannya semua ini dengan pemenjaraan Dato Seri Anwar di
atas tuduhan salah guna kuasa dan s###m*? Semua sekali ada
kaitannya. Kalaulah dia tidak dipecat dan diaibkan berasaskan tuduhan
s###m* yang direncana oleh Perdana Menteri, UMNO dan juga
Perdana Menteri tidak merasakan keributan yang melanda kini,
sokongan orang Melayu tentunya semakin padu dan UMNO tentunya
terus hidup tenteram. Malahan, ada orang yang sudah membaling batu
terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim kerana beliau diunjukkan sebagai
pengganti perdana menteri. Sebaliknya, negara ini tidak mahu mengampunkan Perdana Menteri di
atas keaiban yang dilaksanakan terhadap bekas timbalannya. Dalam
usaha UMNO mencari perpaduan Melayu itu, katakunci usaha itu ada
di tangan bekas timbalannya itu. Begitu berpengaruhnya beliau,
Perdana Menteri sudah tidak lagi berani mengeluarkan perkataan
s###m* sebagai merujuk kepada Dato Seri Anwar, sedangkan satu
ketika dulu itulah perbuatan yang dia terlalu yakin dapat meyakinkan
orang lain juga. Nampaknya dia berada di satu keadaan disebabkan
ambisinya itu. Apakah ambisi itu mengikut takrif perdana menteri sama
maknanya dengan s###mi? -MGG Pillai- Rencana Asal: COLUMN M.G.G. Pillai Now that the trials are over, even if the appeals are
not over, he and UMNO in a spot with the Malay ground, he
changes tack. In an interview with Asiaweek last month, he
accuses Dato' Seri Anwar of political ambition, of wanting
to displace him, and of other normal political activities.
Not once did he talk of Dato' Seri Anwar's moral unfitness
for office nor of the s###my for which he was convicted.
In other words, it was ambition which brought Dato' Seri
Anwar down. The very essence of politics is conflict when men of
ambition fight the greasy pole up to the top. For any
organisation to succeed, it must have at its helm men of
ambition and even greed. You enter politics to achieve your
ambition whatever it is. Dato' Seri Anwar Ibrahim's was to
lead Malaysia and put the gross injustices to right. The
Prime Minister felt the heat, his acolytes felt the heat,
and they ganged up on him. Tan Sri Musa Hitam and Tengku Razaleigh Hamzah were
also ambitious men who was sidelined because the Prime
Minister did not humiliate them as he did Dato' Seri Anwar
Ibrahim. But he and UMNO could not also sustain this
excoriation. Now even the Prime Minister cannot repeat his
oft-repeated allegations of corruption and s###my without
losing further ground, not only his but UMNO's as well.
No wonder the Malay ground is so incensed with the
Prime Minister. Cardinal Richeliu, in a famous aphorism
said, "Give me two sentences by a honest man and I would
have enough to have him hung from the nearest gibbet." So,
the s###my and corruption was an excuse to have him removed
from the political scene in disgrace. But it backfired.
Two years on, Dato' Seri Anwar in jail is more credible than
the Prime Minister outside. The Asiaweek interview all but destroys the Prime
Minister politically. He must now state, address Anwar's
alleged s###my once and for all. He should clearly and
unequivocally, for the public record, why he was humiliated.
The courts struck out Dato' Seri Anwar's defamation suit
against the Prime Minister. The decision is appealed but
the courts were wrong to strike it out.
As the days wear on, the Prime Minister loses ground as
Dato' Seri Anwars gains. Malay unity, the subject of talks
between UMNO and PAS hinges on how Dato' Seri Anwar Ibrahim
can be whisked out of jail without damaging UMNO. In other
words, whatever complusions for Malay unity, that must wait
until the Anwar Ibrahim problem is solved. He has, willy
nilly, become the human face of Malay unity. The Prime
Minister must take the credit for that.
But the Prime Minister would well have had no choice
now than to paint Dato' Seri Anwar as an ambitious
politician. I am told representatives of the two men meet
to seek a way out of the impasse, that the Prime Minister is
prepared to offer a free pardon but that Dato' Seri Anwar
insists upon that with a royal commission into the two
trials, and the right, should he so desire, to contest the
presidency of UMNO. Self-interest puts the proverbial cat amongst the
pigeons over it. But UMNO's, and the Prime Minister's,
dilemma is that so long as he remains in jail, future is at
stake so long as the man remains in jail. UMNO and the
Prime Minister in a dilemma: he is dangerous in and more
dangerous out. He has become the key figure in this UMNO
quest for Malay unity. When, if, PAS and UMNO presidents
meet over it, they must agree on what to do with Dato' Seri
Anwar before they go on to substantive issues.
Indeed what Dato' Seri Anwar in jail ensures it the
growing irrelevance of UMNO in national life. Within UMNO,
about two-thirds are against the leadership, roughly
one-third backing the Hermit of Langgak Golf, Tengku
Razaleigh Hamzah, and the other third Dato' Seri Anwar and
others opposed. It is for this that the election
proceedures are made so complicated. The bigger danger for UMNO is for members to drift
towards the Islamic Party of Malaysia (PAS) or the National
Justice Party,(KeADILan). The focus of UMNO's disaffection
with the Malay ground is one man: the Prime Minister. It
is a view that gets a more public airing these days. The
Malay Action Front, at its tamasha at the Putra World Trade
Centre yesterday (04 February 01) said so with such force
that UMNO handlers at one time seriously thought of having
UMNO members walk out when the Prime Minister was attacked.
What has this got to do with Dato' Seri Anwar's
conviction for misuse of office and s###my? Everything.
If he had not been expelled and dismissed for s###my, as now
appears from the Prime Minister's own words, the Prime
Ministe and UMNO would not be in the spot they are these
days, the Malay ground would have remained intact, UMNO
would have drifted along, indeed the crowds would have been
throwing stones at Dato' Seri Anwar, as the Prime Minister's
successor. Instead, the country cannot forgive the Prime Minister
for humiliating his former deputy. And the deputy holds all
the aces now in this UMNO search for Malay unity. So much
so that the Prime Minister cannot even repeat for the record
that Dato' Seri Anwar is a s###mist, a view he is convinced
of, without more calumny thrown on to him. It now appears
he is where he is for his ambition. Does ambition, in the
Prime Minister's view, equal s###my? M.G.G. Pillai |