Laman Webantu KM2A1: 3761 File Size: 14.4 Kb * |
Bila Kaum Badawi Mula Menyerang... Awaslah Mahathir ! By CDB 9/2/2001 11:11 am Fri |
[Satu lagi pendapat menarik dari CDB yang tentunya akan membuat ramai
terpesona membacanya. Imej Mahathir sememangnya semakin lemah, lebih-lebih
lagi bila temubual beliau dengan Asiaweek gagal menonjolkan apa-apa
melainkan kedunguan dan kelemahan. BBM mungkin senjata Pak Lah yang tiba-tiba
mencelah tetapi harus diingat Mahathir masih pakar juga berhelah.
Pemerintahan Mahathir yang penuh dengan tragedi mengaibkan orang itu pasti
menghiris luka yang amat dalam pada mereka yang pernah menjadi mangsanya,
walaupun mereka sudah 'berdamai' dan kembali di dalam Umno. Dia hanya
mengundang permusuhan yang tersimpan diam dan menjalar di peringkat
akar umbi - kerana cengkaman beliau tidak begitu kuat di situ. Pernah beliau
membuat kenyataan mahu bergiat memantapkan akar umbi dan memberi beberapa
tugas PM kepada Pak Lah satu ketika dulu.
Pihak KM2 mengambil sikap berkecuali walaupun dengan menyiarkan pendapat ini.
- Editor] Entah kenapa, tiba-tiba saya merasa 'bersimpati' dengan Dato' Seri PM kita
apabila melihat beliau telah dibelasah dengan teruk oleh segerombolan
singa-singa tua tak bertaring dan seekor katak yang terlepas dari
pertapaannya semenjak beberapa purnama yang lalu. Kalau selama ini saya
begitu hebat menghentam Dato' Seri PM kita, tulisan saya kali ini akan saya
titipkan sedikit rasa belas kasihan dan simpati yang mendalam terhadap PM
yang kita 'kasihi' itu. Rasa belas kat PM kita tu timbul bila beliau dibelasah dengan teruk oleh
Dato' Panglima Ibrahim Al-Kataki dalam perhimpunan BBM Ahad lepas.
"Perhimpunan 'Tak Akan Melayu Hilang di Dunia' anjuran segolongan pemimpin
Umno pada Ahad lalu bukannya medan untuk mempertahankan hak orang Melayu
tetapi gelanggang menghentam Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Mahathir
Mohamad". Demikian kolumnis Malaysiakini, Aman Rais dipetik sebagai
berkata. "Puak pro perubahan dalam Umno telah menggunakan perhimpunan ini sebagai pentas untuk menyuarakan rasa tidak puas hati dan amaran mereka kepada kerajaan khususnya pucuk pimpinannya. Mereka berselindung di sebalik nama Badan Bertindak Melayu (BBM) yang kononnya menganjurkan perhimpunan untuk menunjukkan kekuatan politik Melayu dan mempertahankan hak kaum itu tetapi jelas kini majlis ini mempunyai agenda tersirat. Sengaja saya memetik tulisan Aman di atas kerana ianya amat tepat sekali
dengan situasi yang wujud terkini. BBM pada Ahad lepas bukannya satu
sandiwara atau lakonan drama swasta, tetapi merupakan 'heavy drama' yang
'real' kesan kebangkitan semula puak-puak di dalam Team B. Tokoh-tokoh yang
terlibat dalam BBM tersebut nyata merupakan puak-puak Team B yang pernah
tewas pada Tahun 1987 dahulu. Kebangkitan semula Team B ini dipercayai untuk
melunaskan 'dendam yang belum selesai' selama hampir 14 tahun dahulu
apabila Ku Li dikalahkan oleh Mahathir dengan tipu muslihatnya.
Kini, puak Team B dengan berpaksikan Dollah Badawi sebagai 'orang dalam'
yang berada di kedudukan tertinggi, merasakan suatu peluang keemasan terbaik
untuk menjatuhkan Mahathir yang kian lemah akibat asakan Barisan Alternatif
dan rakyat, terutama akibat faktor penyingkiran Anwar. Ku Li yang merasa
tertipu dengan permainan politik Mahathir semasa pilihanraya lepas mencuba
sekali lagi untuk mengintai peluang untuk 'menyerang' Mahathir dengan
mengirim panglima jaguh lompatnya, Ibrahim Al K*t*ki. Serangan Al K*t*ki
terhadap Mahathir pada Ahad lepas dipercayai mendapat lampu isyarat daripada
Dollah dengan Ku Li bertindak sebagai ketua peninjau di medan.
Dalam keadaan Mahathir yang kian lemah dan diasak kiri dan kanan oleh BA
serta tekanan kemerosotan perniagaan para kroni dan anak-anaknya, Ku Li dan
para panglimanya dipercayai sedang menyusun strategi untuk menumpaskan
Mahathir. Dengan restu Dollah Badawi sebagai 'orang kuat' yang berada 'di
atas', Team B dibangunkan semula secara 'bawah tanah' iaitu bergerak di atas
platform Badan Bertindak Melayu. Ini samalah seperti orang-orang Arqam yang
setelah diharamkan pergerakannya, tetapi masih setia dengan amalan-amalan
ketika Arqam masih aktif dahulu sekalipun mereka kini sudah menukar jubah
dan serban. Dengan kedudukannya sebagai TPM dan Timbalan Presiden UMNo, Dollah Badawi
menghantar isyarat kepada Ku Li dan Ibrahim Al Kataki supaya menghantar
mesej yang kuat kepada Mahathir bahawa beliau (Mahathir) kini
'berseorangan' dalam mempertahankan kuasanya setelah di luar UMNo sana, BA
setiap hari menggempurnya dengan isu Anwar Ibrahim, sementara di dalamnya,
ahli-ahli UMNo sudah mula menyuarakan tentangan terbuka terhadap beliau.
Percaturan politik Dollah kali ini ialah untuk memastikan bahawa Mahathir
tidak lagi memiliki peluang dan ruang untuk menendangnya sepertimana
terhadap 3 timbalannya sebelum itu. Dalam tulisan saya yang boleh dirujuk di
https://members.tripod.com/mindarakyat2/2000sept/i2000-2023.htm pada 9
September tahun lepas, di bawah tajuk "Sampai Bila Mahathir Mampu
Bertahan?", saya telah membayangkan tentang ancaman besar yang bakal
dihadapi oleh Mahathir bukan sahaja datangnya daripada BA, tetapi daripada
Dollah Badawi sendiri. Ini kerana Dollah akan mengambil kesempatan atas
ketidakpopularan Mahathir semenjak kes Anwar dan faktor usia beliau yang
semakin nyanyuk. Bagi Dollah, adalah sesuatu yang sukar dan mengecewakan
untuk menunggu Mahathir berhenti dari kerusi PMnya. Dalam tulisan itu juga
saya telah menyebut betapa Dollah Badawi terpaksa mengamalkan politik 'lembu
kenyang' untuk menghadapi tindak tanduk Mahathir. Politik lembu kenyang
adalah merupakan strategi terbaik untuk Dollah mengatur dan menyusun langkah
bagi menjatuhkan Mahathir secara diam-diam.
Dengan penubuhan Badan Bertindak Melayu yang dipelopori oleh Al Kataki,
ianya merupakan platform 'ujian' untuk Dollah melihat 'riak dan reaksi'
strateginya itu dan Mahathir sendiri. Dengan berpura-pura kununnya berasa
kesal dengan tindakan BBM kerana menjadikan perhimpunan itu gelanggang untuk
melepaskan geram dan rasa tidak puas hati terhadap Umno sendiri, Dollah
berpura-pura mahu tunjukkan yang beliau tidak terlibat baik secara langsung
mahupun tak langsung dengan program Ibrahim Katak/Ku Li itu. Ini samalah
seperti kata pepatah 'lempar batu sembunyi tangan'. Jika nak dibuat
bandingan, ianya hampir samalah seperti ketika Zahid Hamidi menghentam
Mahathir dalam perhimpunan agung UMNo 1997 dahulu bilamana beliau
membangkitkan isu-isu kronisme dan nepotisme walhal umum mengetahui beliau
ketika itu adalah 'orang Anwar'. Perhimpunan 'Tak Akan Melayu Hilang Di Dunia' yang dibuat oleh Al Kataki
pada Ahad lepas itu juga merupakan isyarat jelas kepada Mahathir bahawa
Team B yang disangkakannya telah berkubur 14 tahun dahulu, kini telah
bangkit kembali (dengan diketuai oleh Dollah Badawi sendiri secara diam)
untuk mengatur serangan yang lebih hebat, di ketika mana kedudukan Mahathir
sudah kian lemah. Serangan 'kaum Badawi' yang diketuai oleh
panglima-panglima terbilang Dollah seperti Al Kataki dan beberapa orang
lagi secara terbuka dalam perhimpunan tersebut juga menunjukkan yang
Al-Badawi sudah berani untuk 'mencuba' menjatuhkan Mahathir secara
berterang-terangan. Saya percaya perhimpunan 'Tak Akan Melayu Hilang Di
Dunia' itu hanyalah permulaan sessi 'memanaskan engin' sahaja supaya
serangan selanjutnya nanti lebih mendebarkan.
Dalam keadaan Mahathir yang boleh dikatakan semakin kurang bermaya dan
bertenaga sekarang, sebarang serangan yang dilancarkan oleh 'kaum
Badawi' itu sudah pasti akan disambut dan mendapat sambutan dan sokongan
kuat daripada ahli-ahli UMNO yang sudah muak dan jelak dengan pemerintahan
20 tahun Si Nyanyuk itu. Saya percaya keberanian yang ditunjukkan oleh 'kaum
Badawi' dalam perhimpuan BBM tersebut berkait rapat dengan kegoyahan
kedudukan Mahathir di singahsananya sekarang. Kebangkitan semula secara
terbuka Team B dipercayai atas restu Dollah Badawi sebagai persiapan rapi
untuk menyingkirkan Mahathir sebelum 2004.
Dengan kedudukannya yang semakin tidak popular baik di dalam UMNo mahupun di
kalangan rakyat, Mahathir kelihatan semakin terpencil. Tidak mustahil
bahawa 'orang-orang Badawi' sendiri yang bergerak halus untuk menanam jarum
di kalangan sesama ahli UMNo dan rakyat untuk mewujudkan sentimen kebencian
dan pemencilan terhadap Mahathir. Sebarang langkah dan tindakan yang akan
atau cuba dibuat oleh Mahathir kelihatan tidak menjadi dan seperti suatu
sandiwara dan ditertawakan. Pengalihan isu tertentu dengan mewujudkan
isu-isu sensasi menjadi semakin tidak meyakinkan. Sementara 'orang-orang
Badawi' bijak mengatur langkah dengan membocorkan segala maklumat sulit
kepada pembangkang dan juga laman-laman reformasi untuk mendedahkan segala
keburukan Mahathir. Harus disedari bahawa selama Anwar berada di dalam UMNO dan kerajaan,
selama 14 tahun Team B berkubur tanpa nesan. Kehebatan 'laksamana' Anwar
Ibrahim itu dalam mempertahankan Tuanku Mahathir selama beliau berada di
dalam UMNO sepatutnya membuka mata Mahathir bahawa tanpa Anwar beliau tidak
akan dapat ke mana pun ! Sama-samalah kita tunggu dan lihat siapa akan
menyembelih siapa dalam 'heavy drama' kali ini. Yang pasti, kebencian
ramai terhadap Mahathir membuatkannya semakin terpencil dan dipencilkan
secara diam-diam dan terang-terangan. Hanya cengkaman kuasanya sahajalah
yang membuatkan beliau kelihatan masih gagah . Kesian Mahathir !!
Cucu Datuk Bahaman |