Laman Webantu KM2A1: 3760 File Size: 12.8 Kb * |
TJ MT MGG: Peserta FELCRA Mesti Buktikan Kesetian Kepada UMNO By M.G.G. Pillai 8/2/2001 11:25 pm Thu |
MGG3601 [Kisah yang dipaparkan ini memang benar dan amat menyedihkan. Kos untuk
mengerjakan ladang kelapa sawit lebih tinggi dari hasilnya. Pelbagai syarat
remeh-temeh terpaksa dipenuhi tetapi itu pun masih belum dapat menjamin masa
depan peneroka apatah lagi untuk mendapat geran mereka. Mereka perlu
'bersyukur' dan 'menganut ugama' Umno dengan taat lagi setia pula barulah
diberi 'pahala'! Tidakkah kejam dewata yang bergelar Wira?
Menurut sumber teman terdekat PNB sebenarnya memberikan dividen yang lebih
tinggi dari sepatutnya untuk memberi gambaran ekonomi sihat sejahtera supaya
lebih ramai melabur dan tertipu dengan angka. Padahal beberapa pelaburan
semasa PNB, khususnya industri kelapa sawit merugikan sahaja (Setiap pohon
rugi RM10-RM20). Kerajaan tidak bersungguh-sungguh mahu membantu peneroka
padahal majoriti mereka mengundi Umno. Kini mereka sudah tidak rela menjadi
hamba lagi, dan kemenangan BA di beberapa DUN Pahang baru-baru ini adalah
tandanya. Itu sudah cukup untuk membuat Umno tidur tidak lena di mana-mana.
- Editor] Peserta FELCRA Mesti Buktikan Kesetian Kepada UMNO
(MGG: Felcra Settlers Must Prove Loyalty To UMNO)
Tetapi, para peneroka rancangan kelapa sawit itu memang tidak mampu
membayar premium yang dimestikan. Ramai yang sudah berusia menjangkau
lima puluhan, ada juga yang berusia enam puluhan dan lebih tua lagi. Mereka
terpaksa menggaji pekerja kontrak untuk mengerjakan ladang mereka. Di
kebanyakan rancangan Felcra dan Felda, hanya golongan tua yang tinggal
kerana yang muda sudah lama pergi mencari rezeki lain. Menggunakan tenaga
kontrak memang tidak menguntungkan. Ia memerlukan RM120 untuk menggaji
boroh luar yang mampu mengeluarkan hasil bernilai RM100. Pihak berkuasa
selalu mengabaikan kesulitan para peneroka dan mentadbir mereka dengan
kuku besi. Terpaksalah para peserta mengadu kepada pihak lain yang
besimpati dengan mereka. Selalunya pihak pembangkang, terutama sekali PAS.
Dalam pemilu 1995 peserta Felcra Sri Pendapat memberikan 38 undi kepada
pihak pembangkang. Pada 1999, undi mereka naik melonjak kepada 238. Itu
sebabnya peneroka Felcra Sri Mendapat mesti didera dan akan terus didera.
Dua puluh lima tahun dulu saya pernah melawat Kampung LBJ, satu rancangan
Felda di Negri Sembilan yang mengambil nama Pesiden Amerika yang
melawatnya satu dekad sebelum itu. Gelagat pegawai yang mengiring saya itu
memperlekehkan para peserta laksana anak-anak sehinggakan usaha mereka
memihak kepada PAS memang sudah dapat diramalkan. Apabila rancangan
FELDA diwartakan untuk pembangunan seperti pembangunan Putrajaya, dan
kalau mereka layak menerima pampasan melebih satu juta setiap seorang
peneroka, mereka kerap sangat ditipu. Hanya segelintir yang telah menerima
apa yang menjadi hak mereka. Kerajaan memang pandai menaikkan harapan
mereka dan lebih pandai melupakan mereka kalau janji-janji yang diucapkan
itu tidak dapat ditepati. Sikap memperlekehkan para peserta ini membuatkan
pegawai UMNO di akar umbi turut marah terhadap kerajaan.
Dato Ali Rustam mahukan peserta Felcra di Melaka terus bersyukur kepada
UMNO kerana mengizinkan mereka terus kerugian. Para peneroka Felda dan
Felcra memang telah lama dirantai. Ketika pendapatan mereka naik lumayan,
kadar bayar balik hutang dinaikan lagi. Kalau pendapatan itu turun daripada tahap
yang ditentukan, mereka dikenakan membayar hutang juga. Sebagai petani
mereka kerap diarahkan melakukan sesuatu yang tidak munasabah, tetapi
mereka tidak ada alternatif untuk memilih.
Saya masih ingat bagaimana para peneroka di satu rancangan diarahkan
menanam hanya satu jenis sayuran sebagai tanaman kontan. Hasil tanaman itu
telah membuatkan harga sayoran terus merudum kerana terlalu banyak.
Rancangan itu turut merudum sama, para peserta dipersalahkan. Sepatutnya
mereka telah diberikan peluang lebih awal lagi memilih apa juga jenis yang
mereka suka tanam. Tetapi, pihak pengurusan membuat pilihan untuk menanam
hanya satu jenis untuk dipasarkan kerana pihak pengurusan fikir dapat
menjanjikan harga jualan yang tinggi. Inilah puncanya bagaimana kerajaan
secara tidak sedar membuatkan para perserta itu menjadi penyokong kuat parti
pembangkang. Satu kesilapan besar yang terdapat di rancangan Felcra dan
Felda itu ialah pengamblan peserta ketika usia sudah lanjut. Mereka diambil
ketika di hujung 40 tahun hinggalah yang berusia 60 tahun.
Harga kelapa sawit merupakan masalah yang lebih besar lagi. Tuaian buah
tidak boleh dilakukan oleh peserta secara bersendirian. Pengurusan rancangan
Felda melakukannya bagi pihak peserta dan segala kerugian terpaksa
ditanggung oleh peserta juga. Kerugian itu bukan ditanggung oleh peserta
sahaja. Kos menghasilkan minyak sawit di Malaysia adalah sekitar RM750 se
tan. Harga pasaran dunia adalah lebih rendah daripada itu. India pernah
membuat perjanjian 'barter' dengan membeli minyak sawit Indonesia dengan
membayar secara membekalkan kelengkapan pertahanan. Malaysia
beranggapan sikap itu boleh mengurangkan stokpail minyak sawit yang ada.
Malangnya Perdana Menteri India, Mr. Atal Bihari Vajpayee, telah
menangguhkan lawatannya ke Malaysia (gara-gara gempa bumi di Bhuj -
penterjemah). Inilah yang membuatkan Dato'Seri Lim Kheng Yaik, Ketua jurujual
minyak sawit merasa hampa. Malaysia memang berusaha mencari jalan untuk mengurangkan stokpail minyak
sawit, termasuk membuat penyelidikan menukarnya menjadi bahan bakar
seperti disel. Kesannya kepada kerajaan memang agak serius. Perbadanan
Nasional Berhad (PNB) mudah mengisytiharkan dividen yang tinggi, walaupun
ia tidak difikirkan perlu, kerana harga minyak sawit yang sedang naik. PNB
mempunyai kawasan ladang kelapa sawit yang besar di negara in. Apabila PNB
kerugian, bagaimanakah ia mampu menyogok orang Melayu dengan dividen
yang tinggi agar mereka terus bersyukur kepada UMNO? Lebih-lebih lagi
apabila orang Melayu itu kerap ditipu dan tertipu kalau mereka menjadi peserta
rancangan? Sejak bilakah mereka diberitahu agar terus bersyukur kepada
UMNO kerana keistimewaan untuk terus diperdayakan itu?
-MGG Pillai- Rencana Asal: The Malacca chief minister, Dato' Wira Mohamed Ali Rustam,
warns Felcra Sri Mendapat settlers in Merlimau who have
waited 16 years for their land grants must cross another
hurdle: show their gratitude to UMNO (The Sun on Sunday, 04
February 01, p13). The 70 settlers must each also pay
RM2,500 premium first. "They should be thankful and not
forget the benefits provided by the BN (National Front)
government. The settlers should show support for us as a
mark of their appreciation, rather than support the
Opposition." He said the 16-year wait is not unusual: the
ungrateful Felcra Kampung Tun Razak settlers in the state
waited 35 years before they got theirs: it them that long
to come up with the premium. But settlers in the palm oil schemes cannot pay.
Many, in their late fifties, often older, must hire hire
workers to harvest the fruit. In most Felcra and Felda
schemes, only the old folk remain, the young having gone
elsewhere to earn a living. But hiring workers makes it
uneconomical. It costs RM120 to harvest RM100 worth of oil
palm fruit. But the authorities ignore the settlers'
difficulties and rule the schemes with an iron hand. The
settlers turn to others who could help them. Often it is
the opposition, especially PAS. The 38 votes in Felcra Sri
Mendapat the opposition obtained in 1995 rose to 238 in
1999. For that, Felcra Sri Mendapat must be punished. And
punished it will be. Twentyfive years ago, I visited Kampung LBJ, a Felda
settlers scheme in Negri Sembilan, a scheme named after the
US President who had visited it a decade earlier, but the
officials I accompanied treated them like small children
that the shift to PAS could have been predicted. When Felda
schemes are required for development, as for Putra Jaya and
its related development, and settlers stood to gain more
than a million ringgit each, they are shortchanged. Few
have received what they were promised. The government
raises their hopes, and cavalierly ignore them when they was
promised is not what they get. Even UMNO officials there
are incensed at moves like these. Dato' Wira Ali now tells Felcra settlers in Malacca to
be eternally grateful to UMNO for being allowed to lose
money. The Felcra and Felda settlers have always been kept
on a tight leash. When their earnings went beyond a figure,
the repayments for the land increased. When it went below
that, a minimum sum had to be paid. They were often ordered
to do what they, as farmers, would have thought unworkable.
But they had no choice. I know of one Felda scheme when the settlers were
ordered to grow one vegetable as a cash crop; the glut from
that scheme destroyed the price for that vegetable when it
was time to sell them. When the scheme collapses, they are
blamed. Instead of letting them choose the marketable
produce they grow in their small plots around their houses,
they are forced to what the managers think would fetch the
highest price. The glut ensures they would not. The
government turns them willy nilly into opposition
supporters. A major fault in the Felda and Felcra schemes
is little attention is paid to the settlers, who come in
when they are 40 or so, when they are 60 and older.
Far more serious is the palm oil price. Palm oil
cannot be harvested by an individual settler by himself.
The Felcra scheme harvests it for them, and the settlers
bear the loss. It is not only the settlers who suffer.
Malaysia, a high cost producer of oil palm at about RM750 a
tonne, sells its produce on the international market at less
what it costs to produce. Indonesia, on the other hand,
with a production cost half this, does well. When India
agreed to barter its defence products to Indonesia for palm
oil, Malaysia thought it a good way too to reduce its
burgeoning stockpile. When the Indian prime minister, Mr
Atal Bihari Vajpayee, cancelled his visit to Malaysia, the
minister of primary industries and chief palm oil salesman,
Dato' Seri Lim Kheng Yaik, was not the only one
disappointed. Malaysia looks into creative ways to sell its
burgeoning stocks of palm oil, and even looks into research
for converting into diesel. Its impact on the government is
more serious. The Perbadanan Nasional Berhad (PNB) can
continue to high dividends, even when it seems it does not
make sense, only because of the high prices obtained for its
palm oil. It controls the country's largest oil palm
estates. When it loses on its palm oil deals, how can it
continue to bribe the Malay with higher divideds so that it
hopes they would be eternally grateful to UMNO? Especially
when the Malay is shortchanged if he went into a Felda or
Felcra scheme to survive. When was he told he ought to be
eternally grateful to UMNO for the privilege of being
shortchanged? |