Laman Webantu KM2A1: 3758 File Size: 6.1 Kb * |
Ahli Umno Lesap Ke Mana? By Dahlia 9/2/2001 1:41 am Fri |
[Kemunculan BBM hanya kan mencemarkan lagi imej Mahathir, tidak kiralah
samada mereka itu golongan terbuang atau tidak. Dengan tidak mengikut saluran
Muhyiddin dijangka akan bertindak dan bila itu berlaku Umno akan semakin rosak.
Malah Mahathir juga mungkin membalas kerana dia terkena beberapa das sehingga
terdiam sampai sekarang. Pengemaskinian rekod keahlian Umno menggambarkan banyak perkara yang tidak kena.
Lebih banyak hantu daripada manusia agaknya. Atau akar umbi sudah bosan dengan
kepimpinan yang ada sehingga mereka memboikot serta memberi satu protes yang
tidak kurang juga tajamnya. 2.8 juta ahli (?) - 300,000 hantar balik = 2.5 juta lenyap??. Jika 2.5 juta ahli
Umno tersebut melompat pagar, Umno sudah terpupus nyawa. Tentu Mahathir akan
kecewa dan terpinga-pinga. Itu semua isyarat buat beliau berundur SEGERA!
Itulah yang terbaik buat Umno - jika tidak bersedialah untuk berkubur tidak
bertanda. Atau mengambil orang dari kubur untuk menanda? Pihak BA perlu
berwaspada kerana SPR sudah tidak boleh dipercaya.
- Editor] Yang kita nampak, bekas-bekas barisan kepimpinan muda dalam umno seperti
Mazlan Harun Idris turut tampil utk memperjuangkan perpaduan Melayu. Maka
tampil beberapa nama yang sudah lama tenggelam termasuk Ibrahim Ali dan
Rahim Tambhy Chik (tahniah !) serta Ghafar Baba. Ehem!
Kehilangan mereka samada secara sementara atau selamanya tidak pernah
ditangisi oleh umno, jauh sekali untuk diratapi oleh orang-orang Melayu.
Bagi kelompok umno yang sudah loya dengan kepimpinan Mahdey merasakan
bahawa gerakan tersebut seharusnya menjadi satu platform atau pemangkin
kepada gerakan yang lebih berwibawa dan berkesan untuk menggoncang
kedudukan Mahdey. Tetapi ia seperti tersekat di sana sini. Apatah lagi apabila
beberapa tokoh MT termasuk Mat Tyson turut memberi komen yang tidak favour
kepada kumpulan berkenaan. Gerakan itu, pada pandangan setengah pihak, harus disertai oleh semua
golongan veteran dalam umno,termasuk Musa Hitam, Ghazali Shafie, Harun
Idris dan lain-lain. Lalu bertanya orang umno ini, mana mereka semua? Ketika
orang Melayu dalam umno berada di dalam kesempitan dan nazak yang teruk,
para pemimpin veteran seolah-olah menghilangkan diri. Alangkah baiknya jika
kumpulan ini dapat memberi tekanan terus menerus kepada Mahdey dan
barisan kepimpinan umno yang jelas sudah hilang upaya untuk menerajui parti.
Baru-baru ini, gerakan mengemaskini keahlian umno dijalankan di seluruh
negara. Maka bergeraklah beberapa orang kakitangan daripada PWTC ke
seluruh pelusuk negara untuk memberi penerangan dan mendapat lapuran
balas terhadap keahlian di peringkat akar umbi. Antara matlamat gerakan ini
ialah untuk mengemaskini keahlian umno, mendapat maklumat mengenai ahli
umno yang menyokong parti lawan, senarai cawangan yang aktif atau mati, dan
juga gerakan mendapatkan keahlian baru, terutama dari kalangan jenerasi
muda/belia. Menurut sumber, respon terhadap taklimat dan gerakan ini sungguh
mengecewakan! Kehadiran daripada kepimpinan di akar umbi sungguh
menyedihkan seolah-olah umno sudah mati dan terkubur.
Apa ketidaknya, borang mengemaskini ahli yang diedarkan kepada 2.8juta ahli
umno (hahahhaa... kelakar betul) di seluruh negara tidak mendapat sambutan
daripada ahli. PWTC hanya menerima setakat tidak lebih dari 300 ribu borang ,
dan sebahagian besar darinya telah dikembalikan dengan pengiriman lambang
BA. Malah , di ruang-ruangan tertentu, mereka dengan beraninya mewarnakan
borang berkenaan dengan warna hijau dan biru! Manalah tak haru umno!
Haru biru dalam umno sudah menjadi budaya, dulu kini dan selamanya. Tak
heranpun. Memangpun kebanyakan pemimpin atasan dalam umno berfikiran
haru biru dan celaru. Yang selebihnya otak blue. Banyak xxrated dalam hotak!
Tentang borang keahlian satu bab. Satu bab lagi ialah pertindihan keahlian
umno. Hampir 50 ribu daripada senarai keahlian terdiri daripada jumlah ahli yang
bertindih nama, termasuk nama ahli yang mati tetapi masih dianggap hidup dan
sah mengundi dalam pilihanraya umum.
Kepada sdr Saifudin Nasation (dan petugas BA di Lunas), syabas. Memang
benar kata Sdr Saifudin, sdr adalah bekas bapak segala hantu *. Masakan
pengundi hantu berani membuat onar di sana. Cuma, sebagai peringatan,
senarai 50 ribu itu masih dikira tidak tepat, kerana ia tidak termasuk senarai
sejumlah besar orang asli dan kaum pribumi di Sabah serta pendatang "haram
bermusim". Pendatang haram ini akan diberi ruang dan tempat yang cukup
selesa semasa musim pilihanraya, sengan syarat mereka sanggup menjadi
pengundi hantu. Berhati-hatilah dari sekarang dengan tektik dan strategi umno bagi tahun 2004
nanti. Satu sistem yang lebih canggih (dengar kabarnya) telah disiapkan untuk
diselaraskan dengan SPR. Kepada penggerak gerakan Perpaduan Melayu ala ala latuk , lepas ini apa
agenda kalian? Setakat melaung dan menjerit serta bertepuk tangan di PWTC
tempoh hari, adakah mencukupi untuk melaungkan semangat bangsa? Apakah
para pelajar yang diheret ke dewan pada hari itu mampu untuk merealisasikan
impian berkenaan? Huhhhh.. huh! Keringat belum kering, debar hati menanti
hentakan Mahdey pada Mesyuarat MT kali ini! Sabar jeler Bgahim...
Nota Kaki *: [Semasa Saifuddin menjadi S/U Pemuda Umno dahulu, beliau adalah antara orang yang terlibat dalam usaha membawa pengundi hantu atas arahan pihak tertentu di dalam umno. Istilah 'bekas bapak hantu' yang dimaksudkan adalah dalam konteks itu. Sila maklum - Editor] |