Laman Webantu KM2A1: 3755 File Size: 19.7 Kb * |
TAG MT 31: BBM Menghulurkan Perasa Politik Terbaru By Shahanaaz S. Habib 8/2/2001 6:40 pm Thu |
TAG 031 [ Sekali pandang rencana ini menggambarkan Perhimpunan
Agung Umno (PAU) gagal memainkan peranan. BBM cuba berperanan
menjadi kumpulan pendesak yang sepatutnya dipelopori oleh pemuda
Umno. PAU sengaja diatur agar lebih merupakan upacara pemujaan
berlebihan kepada pemimpin dan gelanggang mencemuh pembangkang.
Seperti biasa 'perpaduan' menjadi alasan walhal dalam diam-diam
surat layang ditabur untuk meminggirkan seseorang yang tentunya
akan memecahkan perpaduan. Begitulah liciknya permainan Mahathir.
BBM yang didalangi oleh golongan terpinggir cuba menyelamatkan
Umno dan Mahathir sebenarnya. Ia sekadar menghantar satu resolusi
yang tidak sedikitpun menyentuh isu DSAI atau menyuruh Mahathir
berundur. Ia cuba menarik sokongan belia kerana sebahagian ahli
BBM adalah bekas exco pemuda Umno yang cuba menyaingi pemuda Umno
yang kini sudah tumpul bisanya. Tanpa sokongan kaum belia, Umno akan
berkubur kerana kebanyakkan pengundi baru adalah kaum belia.
Soalnya apakah Umno baru sedar dan ingin menjadi orang baik semula?
Selagi Mahathir menjadi diktator dan Anwar di penjara, itu semua
sorak kosong sahaja. Kerana isu Anwarlah Umno bercelaru jadinya.
Anwar disisihkan dengan aibnya tanpa sebarang bukti nyata. Kalau
itupun BBM masih buta, jangan harap BBM akan berjaya menggarap
sokongan reformis di seluruh negara. (MAF Offers New Political Flavour) "Tidak ada salahnya kalau kita membuat warung baru di kawasan
yang memang banyak terdapat warung di situ." Demikianlah analogi
yang digunakan oleh Dato' Ibrahim Ali sebagai penyelaras utama
Majlis Badan Bertindak Melayu di satu persidangan akhbar sehari
sebelum dilancarnya majlis persidangan itu. "Biarkan rakyat jelata
membuat pilihan warung yang mana menyediakan hidangan mi yang
paling menyelerakan," katanya lagi. Ibrahim menggunakan analogi ini untuk meyakinkan kenapa masih ada
ruang lagi untuk penubuhan satu lagi badan bertindak Melayu dalam
satu gelanggang yang samakin sempit itu. Kalaulah perhimpunan di
Putra World Trade Centre (PWTC) itu menjadi ukurannya, nampak
sangat para aktivis UMNO itu sedang mencuba mencuri gema daripada
para pesaingnya. Di sebalik segala laungan agar orang Melayu bersatu dan
mengeluarkan amaran kepada kumpulan bukan Melayu agar tidak
mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu, perhimpunan itu
telah mengambil kesempatan untuk mencemuh kerajaan dan juga
Perdana Menteri Mahathir Mohammad. Mereka mengatakan bahawa hanya
segelintir orang Melayu saja yang telah merasa nikmat projek
penswastaan kerajaan. Mereka menuduh konglameret tempatan bersikap
tamak dan mengsyorkan agar biasiswa diperbanyakkan lagi daripada
pemberian pinjaman bank kepada bumiputra yang belajar di
universiti. Beberapa penceramah telah bersuara lantang bagi pihak orang Melayu
yang mereka fikir sengaja telah terpinggir, polis, askar tentera,
pegawai perkhidmatan awam, para nelayan dan petani. Kritikan
seperti itu seolah-olah datang daripada pihak pembangkang.
Malahan, pandangan seperti itu hanya akan muncul daripada mulut
orang UMNO ketika perhimpunan tahunan UMNO bersidang. Jadi, apakah
sebenarnya sasaran kumpulan itu? Nampaknya dengan menggalakkan ahli UMNO bersidang dan membuat
kritikan terbuka terhadap pucuk kepimpinan parti, sasarannya ialah
untuk menumpulkan pengaruh parti pembangkang dan di waktu yang
sama menarik balik sokongan orang Melayu. Lagipun, kalau UMNO
sudah sedar akan kelemahan yang ada dan sanggup berbincang
mengenainya, apa lagi yang mampu dilakukan oleh parti pembangkang?
Ada pihak yang berpendapat bahawa majlis itu yang diberikan
kelulusan permit polis adalah satu strategi terbaru UMNO yang
didalangi oleh pucuk pimpinan parti yang mahukan sokongan Melayu
itu semula. Namun, apabila dilihat akan kata-kata keras yang
diucapkan untuk mengutuk Mahathir, adalah amat sukar untuk
mempercayai bahawa majlis ini adalah hasil tajaannya. Lagipun, BBM
itu telah 'menasihatkan' agar Perdana menteri mendengar suara
rakyat dan meminta beliau membersihkan kabinetnya.
Jelas, pendedahan segala kritikan itu telah mengejutkan banyak
pihak sehingga mereka berada di satu pihak yang semacam belum
bersedia. Seorang pemimpin pergerakan pemuda UMNO yang enggan
namanya disebut di sini, telah berkata: "Saya tidak faham apa
tujuan mereka sebenarnya sedangkan mereka adalah ahli UMNO juga.
Takkan mahu tubuhkan satu parti pembangkang dalam UMNO itu
sendiri". Seorang ahli exco pemuda UMNO, Zahari Wahab berpendapat bahawa BBM
seharunysa tidak terlalu ghairah tertiru-tiru gelagat pembangkang
mengkritik dasar parti semata-mata kerana mahu mengkritik. "Ini
tidak akan menyelesaikan apa-apa. Segala perkara yang dibangkitkan
itu adalah isu yang sememangnya menjadi prioriti kepada kerajaan
selama ini." "Adalah kurang bijak untuk mengatakan bahawa orang Melayu telah
dipinggirkan. Kalau apa yang dilakukan oleh kerajaan itu masih
tidak mencukupi, apakah cadangan anda? Kita mesti memberi cadangan
yang berkesan untuk menyelesaikannya," kata beliau.
Zahari telah menceritakan beberapa projek penswastaan kerajaan yng
mendatangkan kebaikan seperti sistem jalanraya, bandar baru,
kenaikan harga tanah di kampung-kampung, aktibiti ekonomik dan
sumber pekerjaan. "Kenapakah ditonjolkan perkara yang tidak baik
sahaja"? soalanya. Dia menyebut betapa dalam setiap dasar itu memang ada kecacatannya
dan masih ada ruang tertentu untuk rakyat termasuk ahli UMNO
mengemukakan pendapat mereka. "Kita tidak boleh bersikap angkuh
seolah-olah perkara ini tidak diketahui oleh kerajaan. Kita harus
bertolak ansur dalam menilai perkara ini secara rasional" katanya
lagi. Seorang ahli exco Pemuda yang kini menjadi ahli korporat
terkemuka membuat catatan bahawa pemimpin dalam BBM itu semuanya
pernah berkhidmat dalam kerajaan. "Mereka pernah diberikan
peluang. Tetapi apakah yang mereka lakukan ketika berkhidmat
dengan kerajaan dulu?" soalnya pula.
Di antara pemimpin BBM itu termasuklah Timbalan Menteri Penerangan
Datuk Khalid Yunus, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Drs.
Sulaiman Mohamed, bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana
Menteri Datuk Ibrahim Ali, bekas timbalan menteri pertanian,
Datuk Suhaimi Kamaruddin, ahli exco Kedah, Datuk Zakaria Said,
bekas MP Tamrin Ghfar dan Datuk Mazlan Harun.
Ramai pula yang mengharapkan BBM dapan menyuntik sesuatu yang baru
kepada sebuah parti yang sedang keuzuran.
Seorang pemimpin bahagian UMNO telah berkata betapa dia memikirkan
perhimpunan pada hari Ahad itu akan merupakan satu lagi lakonan
Ibrahim Ali dan merasa lega melihatkan perjalanan majlis yang
sebenarnya. Ibrahim Ali telah mencadangkan agar ditubuhkan satu
jawatankuasa kerja untuk menilai masalah orang melayu yang
menyangkuti perkhidmatan polis, angkatan tentera, para petani dan
nelayan dan merangka satu Dasar Ekonomi yang baru. Tun Ghafar
yagn hadir di majlis itu sudah pun bersetuju menjadi pengerusi
majlis itu. Ibrahim telah menyebut berapa nama cendikiawan Melayu termasuklah
Tan Sri Ghazali Shafie, Prof Ungku Aziz, Tengku Razaleigh Hamzah,
Tan Sri Musa hitam, Tan Sri Awang Had Salleh, Tan Sri Nordin
Sopiee, Datuk Maznah Jalil dan Tan Sri Harun Hashim yang akan
dijemput menyertainya. Bekas exco pemuda Umno Tamunif Mokhtar telah berkata cadangan itu
menempatkan BBM di satu landasan yang betul kerana mereka yang
dinamakan untuk menganggotai jawatankuasa kerja itu merupakan
para pemikir yang memahami orang Melayu dan masalah di akar umbi.
"Jawatankuasa itu hanya kekurangan pakar ekonnomi," katanya.
Cadangan DEB yang kedua ini, katanya, memberi peluang untuk
menilai kembali beberapa perkara seperti pendidikan dan "ada
kalanya adalah lebih baik kalau kita menyorot kepada sistem lama
yang baik itu." Tidak ada sesiapa yang menyanggah pendapatnya
itu. Ahli exco Pemuda Umno yang tidak mahu namanya disiarkan itu
berkata dia dapat merasakan akan ada beberapa penama yang
dicadangkan itu menolak jemputan yang akan diajukan kepada mereka.
"Keadaan akan berbeza kalau jemputan itu datangnya daripada
kumpulan akademia yang bersikap berkecuali," katanya.
Ada pula pihak yang berkata BBM itu yang ditubuhkan dan
sebahagian besarnya dianggotai oleh bekas ahli exco Pergerakan
Pemuda Umno, adalah bertujuan untuk menyaingi tugas pergerakan
pemuda UMNO) yang ada tetapi gagal menarik minat kaum belia.
Ekoran penyingkiran Dato Seri Anwar Ibrahim, muda mudi Melayu
lebih berminat menyokong pergerakan reformasi. Kerana itu ramai
di kalangan bekas exco pemuda yang mahu memainkan peranan menyekat
kereputan keadaan itu. Tamunif masih teringat akan musim pilihan pemimpin UMNO yang
lalu, ada perwakilan yang mahukan penyertaan orang bukan kerajaan
menganggotai majlis tertinggi parti. "Mereka mahukan UMNO yang
lebih terbuka dan telus," katanya. Dia juga berpendapat oleh
kerana Khalid dan Sulaiman yang telah berucap kepada perhimpunan
itu adalah ahli majlis tertinggi parti, "mereka berdua seharusnya
berucap seperti itu juga apabila Majlis Tertinggi itu bersidang."
Mengenai nasihat BBM agar Dr. Mahathir mendengar rintihan akar
umbi, Zahari berpendapat bahawa Perdana Menteri memang mendengar
semua itu dan adalah tidak wajar kalau difikirkan lain pula.
"Saya menolak sebarang kenyataan bahawa PM tidak mendengar
rintihan rakyat. Minggu yang lalu saya ada menulis sepucuk surat
kepadanya. Saya mengemukakan kritikan membina terhadap sistem
parti dan mengemukakan cadangan terhadap penyelesaiannya.
"Sudah tentu PM membaca setiap surat yang diterimanya. Tetapi,
kita tidak boleh harapkan beliau sengaja berada di meja untuk
membaca surat kritikan sahaja," katanya.
Walaupun tujuan BBM itu nampak mulia dan untuk kebaikan UMNO,
keadaan sebenar politik mengajar kita betapa sukarnya menelah
percaturan politik itu, akhirnya. Kalau kita sorot kembali analogi
yang digunakan oleh Ibrahim Ali, adalah terpulang kepada rakyat
marhaen memilih warung ataupun gerai yang mana menjadi pilihan
mereka untuk menikmati hidangan mi yang lazat. Tetapi, BBM mesti
membuat penentuan agar warungnya itu sentiasa bersih. Pengusaha
dan pekerja warung itu mesti sentiasa bersih dan menentukan
makanan yang dihidangkan itu sentisa bersih juga.
Mi yang lazat tetapi dihidangkan dalam satu mangkuk yang kotor
akan mengakibatkan pemakannya dihantarkan ke hospital kerana
keracunan. -Shahanaaz Sheer Habib- Sumber: http://thestar.com.my/news/story.asp?
file=/2001/2/7/nation/0704szma&sec=nation
The Star Wednesday, February 7, 2001 THEY sat bersila (cross-legged) on the floor as a
symbolic gesture of Malay tradition. Described by
critics as "political has-beens,'' the people behind the
Malay Action Front however should not be so easily
dismissed. Indeed, it adds a new dimension to the
current political scenario, writes SHAHANAAZ SHER
HABIB. FOR Datuk Ibrahim Ali, the setting up of the Malay Action
Front (MAF) can be likened to a food stall.
"Although there already are many other stalls, there is
nothing wrong with opening a new stall.
"Let the people decide which stall serves the tastiest mee,''
he said in a press conference a day before the MAF
solidarity gathering. Ibrahim, who is the MAF co-ordinating chairman, used the
analogy to justify why he believed there was still room for
yet another Malay body in the seemingly already crowded
field. And if the Sunday solidarity gathering at the Putra World
Trade Centre (PWTC) was anything to go by, the body led
by "Umno activists'' is trying to steal the thunder from the
opposition. Besides echoing the Umno line in calling for Malay unity
and issuing a warning to non-Malays not to mess with
Malay rights, it went as far as to lash out at the
Government and criticise the country's top leader Prime
Minister Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.
They claimed only a few benefited from a number of
privatisation projects, accused local conglomerates of
being greedy and called for scholarships instead of loans
to be given to bumiputra students at universities.
A few speakers spoke up for the segment of Malays who
they believe are being marginalised--the police, armed
forces, civil servants, fishermen and farmers.
Such comments could have easily come from the
opposition. And in fact in the past--the yearly Umno general assembly
being an exception--such hard-hitting comments aired so
publicly have almost always been exclusively an
opposition domain. So what is this group trying to do? It would appear that by having Umno members indulge in
this form of self-criticism, the motive is to try and neutralise
the influence of the opposition and win back Malay
support. After all, if Umno is aware of its weaknesses and are talking
and doing something about it, there would be no more
grounds for the opposition to attack them on that front.
Some claim the venue and the fact that the gathering was
granted a police permit was an indication that this could be
a new Umno strategy stage-managed by the Umno top
leadership or an "unseen hand'' to woo the Malays back.
Yet from the harsh attacks against Dr Mahathir, it would be
hard to believe this was stage-managed by him.
After all, MAF "advised'' the Prime Minister to listen to
views from the ground and even told him to "clean up his
Cabinet.'' But clearly, the public airing of such critical views seemed
to have caught others within the party off guard.
A former Umno Youth exco member who declined to be
named said bluntly: "I can't understand what they are trying
to do. They are still part and parcel of Umno.
"You can't have a party within a party--a pembangkang
(opposition) within Umno.'' Another former Youth exco member, Zahari Wahab, said
MAF should not be emotive and jump on the bandwagon
of the opposition and criticise policies just for the sake of
criticising. "That does not resolve anything. The matters raised are the
very issues that have been the priority of the Government
all this while. "It is not a fair comment to say that Malay groups have
been marginalised. If you say what the Government has
done is not enough, what are your suggestions? You must
offer effective solutions,'' he said.
Zahari noted many good things have come out of the
Government's privatisation policy such as a good road
system, many new townships, enhanced value of villages,
economic activities and new jobs. "So why highlight only the bad?'' he asked.
Every policy, he noted, had its weaknesses and there
were "proper channels'' for people, including Umno
members, to air their views. "Let us not be presumptuous that these are not known to
the Government. Let us be fair and look at the total policy
rationally,'' he said. A former Youth exco member who is now a corporate figure
noted that the leaders in MAF who are speaking out had
once served in the Government. "They had their chance. What did they do when they were
in the Government?'' he asked. Some of the MAF leaders include Deputy Information
Minister Datuk Khalid Yunus, Deputy Health Minister Datuk
Dr Suleiman Mohamed, former minister in the Prime
Minister's Department Datuk Ibrahim Ali, former deputy
agriculture minister Datuk Suhaimi Kamaruddin, Kedah
state exco member Datuk Zakaria Said, former MP Tamrin
Ghafar and Datuk Mazlan Harun. For some, MAF offers hope to help rejuvenate an ailing
Umno. An Umno divisional leader said he expected Sunday's
gathering to be "another round of Ibrahim Ali theatrics but
was pleased with the rabbit that was pulled out of his hat.''
This being Ibrahim's proposal for a task force to look into
the Malay problem pertaining to the police, armed forces,
farmers and fishermen and to draw up a second New
Economic Policy. Tun Ghafar Baba who was present at the MAF gathering
agreed to chair it. Ibrahim said a number of prominent Malays including Tan
Sri Ghazali Shafie, Prof Ungku Aziz, Tengku Razaleigh
Hamzah, Tan Sri Musa Hitam, Tan Sri Awang Had Salleh,
Tan Sri Nordin Sopiee, Datuk Maznah Jalil and Tan Sri
Harun Hashim would be invited to be in it.
Former Youth exco member Tamunif Mokhtar said the
proposal seemed to put MAF on the right track because
those named in the task force were among the brains in the
country who really understood the Malays and the situation
on the ground. "The task force only lacks economists,'' he said.
The second NEP proposal, he said, offered the opportunity
to relook at some things like education and "sometimes it is
better to revert to the good old system.''
Understandably, there are sceptics. The Youth exco member who declined to be named said
he had a feeling that a number of those named would turn
down the invitation. "It would be different if it came from a non-partisan group
like academics,'' he said. Some also say the MAF which is made up mostly of former
Umno Youth executive council members was set up
because the current Umno Youth movement has been
ineffective in attracting the youths.
Following the sacking of former deputy party president
Datuk Seri Anwar Ibrahim, the youths seem more inclined
towards the opposition's reformasi movement.
Thus these old guards of former Umno Youth executive
councils felt they had to step in to arrest the situation.
Tamunif also noted that in the last Umno election, delegates
made it clear that they wanted "something fresh'' by voting
in more non-government people into the supreme council.
"They want a more transparent and open Umno,'' he said.
He said as both Khalid and Suleiman who spoke at the
gathering were also Supreme Council members, "the two
should also say the same things that were said at the
gathering during the council meetings.''
As for MAF's advice to Dr Mahathir to listen to the
grassroots, Zahari believes the Prime Minister does listen
and it is unfair to say otherwise. "I defer vehemently and profusely to the statement that the
PM does not listen. "I wrote to him last week, giving him constructive criticisms
on the Umno system and a solution to it.
"And, of course, I believe he reads every letter he
receives. "But you can't expect him to be manning a table of
complaints,'' he said. Although MAF's intentions may be noble and for the good
of Umno, in politics it is often difficult to predict how things
will turn out. And going back to Ibrahim's analogy of the MAF and the
food stall, it is up to the people to pick which stall they eat
at and which mee they like best. But MAF also must ensure that its stall, stall owner and
food handlers themselves should be clean and that food
being dished out is hygienic. A tasty but unclean bowl of mee would only land people in
hospital because of food poisoning. |