Laman Webantu KM2A1: 3751 File Size: 10.1 Kb * |
TJ MT MGG: Perunding Yang Mengenakan Caj RM100,000 Sejam By M.G.G. Pillai 7/2/2001 6:09 pm Wed |
MGG 3501 [Hubungan intim dengan orang dalam memang penting untuk membina
kekayaan melalui perniagaan dan ramai sanggup membayar ratusan ribu
untuk mendapatkan kunci kemewahan itu. Malah ia memungkinkan si orang
dalam itu mendapat pendapatan sampingan yang cukup lumayan hanya dengan
berbicara tidak sampai sejam. Inilah ekonomi maklumat (K-Ekonomi?) bawah meja yang sudah menjadi
tradisi sehingga komisyennya melangit tinggi. Ia mencetuskan budaya lobi
yang akhirnya berjangkit dari atas kepada akar-umbi. Patutlah indeks
rasuah dan korupsi Malaysia teramat tinggi kerana ramai pihak yang
terlibat, sehingga dia tidak mahu berhenti walaupun sudah tua dan
buncit di mahligai kini. (MGG: The RM100,000 An Hour Consultant)
Inilah yang merupakan anak tangga pertama dalam satu proses kemajuan
seorang ahli perniagaan di Darulboleh. Pada tahap awalan saya memang
tidak menyangkakan perkara ini boleh berlaku ke atasnya. Dia memang
pintar membuat dua kerja dalam satu masa, laksana meminum air sambil
menyelam. Kerana itu dia mampu mengejar masa sambil menyumpah dirinya
kerana tidak menceburi bidang perundingan itu lebih awal lagi. Dia memang
mempunyai segala kelulusan yang terpuji dan keupayaannya membuka
pintu untuk mendapatkan peluang memang sudah teruji. Oleh kerana
kebijaksanan itu saya pernah diberitahu betapa hadiah yang mahal-mahal
pernah dihulurkan selepas perjumpaan yang pertama.
Saya memang pernah mendengar betapa wang yang banyak bertukar
tangan sebagai tanda penghargaan yang diamalkan di sebuah negeri. Ahli
perniagaan selalunya sanggup bermati-matian berlumba-lumba
menyediakan wang yang banyak untuk mendapatkan pingat 'datuk'.
Memang tidak ada sesiapa yang mahu bercerita mengenainya, tetapi
memang ada pasaran khas bagi 'bisnes' seperti ini. Dalam urusan ini ada
kumpulan orang tengah yang lebih seronok kalau dikenali sebagai
perunding mengikut selera kerjaya masakini. Perunding jenis ini memang
diperlukan untuk memudahkan satu kumpulan yang memang sedia
membayar harga yang diperlukan untuk mewujudkan satu hubungan,
kerana tanpa hubungan itu bererti mereka menjadi mangsa kepada
peraturan birokrasi. Jadi, kita ada perunding yang bertindak sebagai broker
yang menjual projek, yang kebanyakannnya saya dapati adalah palsu. Ada
pula perunding yang merupakan agen yang mampu memberikan maklumat
awal kepada anda mengenai projek yang akan muncul pada bulan dan
tahun yang boleh dijangkakan. Bayarannya bukan murah, kerana mereka
ini merupakan rakan niaga yang menjalankan peranan sebagai agen makan
komisen sahaja. Malahan, tidak ada satu benda yang dapat dilakukan
melainkan ia diuruskan melalui perunding, tidak kiralah apa jenis
manusianya. Pernah tercetus satu skandal di Jabatan Perdana Menteri satu ketika dulu,
yang terpaksa ditutup rapat kerana malu. Skandal ini membabitkan seorang
pegawai kanan kerajaan yang menuntut bayaran antara RM10,000 hingga
15,000 semata-mata bersua muka dengannya untuk lima belas minit sahaja.
Khabarnya dia menambun begitu banyak wang dalam usaha itu sebelum
bersara dan kini berlagak sakan dalam dunia korporat pula. Saya peranh
diberitahu mengenai dua gelaran Tan Seri yang 'diculik' dan
'dianugerahkan' kepada orang yang tidak pun layak dipertimbangkan untuk
menerima gelaran itu. Kerana itu di setiap penjuru putaran sesuatu roda itu,
wang akan bertukar tangan menepati putarannya. Memanglah, cerita seperti
ini tidak ada buktinya, tetapi orang yang memberi memang enggan
bercakap kerana BPR akan menyoal orang yang memberi dan juga yang
menerima pemberian itu. Tidak ada sesiapa yang akan dikenakan tuduhan
kerana selalunya orang yang mahu dikenakan tuduhan itu bertaraf
golongan yang tidak boleh disentuh. Seseorang yang terpaksa berhadapan
dengan siasatan seperti itu, ia adalah satu penyiksaan yang tidak dapat
dibayangkan langsung, kerana ia akan merobah cara hidup orang yang
terlibat. Tetapi, memang saya ini sepatutnya tidak bersikap dungu seperti itu. Tidak
ada sesuatu di Darulboleh ini yang boleh didapati secara percuma lagi.
Pemeriksaan perubatan sudah menjadi sesuatu yang menekan hidup saya
sehingga saya merasakan tidak lagi termampu menanggungnya. Satu ketika
dulu saya hanya dikenakan caj sebanyak RM10 setiap enam bulan. Kini, ia
memerlukan RM2,000 untuk satu lawatan. Saya fikir ini adalah bertepatan
dengan kadar seorang perunding yang mengenakan caj sebanyak
RM100,000 bagi setiap jam. Inilah gambaran betapa dia bersedia
memberikan perkhidmatan di mana orang lain sanggup bergadai golok untuk
menyediakan harga perkhidmatannya itu. Patutkah kita bising-bising
mengenai hal ini? Untuk apakah kita riuh-riuh mengenainya?
-MGG Pillai- Rencana Asal: Consultants are the rage in Bolehland. They come in all
sizes and shapes. One needs one to open doors if one wants
to be in the inner circle. One needs them to lobby for
contracts, or to ensure the purchase of an overpriced
irrelevancy. The consultants are paid handsomely, and some
are very good at what they offer. That does not come cheap.
But even I, used to hear such fantastic stories that have,
in Bolehland, an undenial ring of truth, blanched when I
heard of the RM100,000 an hour consultant. He is obviously
so successful that he can live, without effort or debt, the
life of the Bolehland business man. In my innocence, I
asked about what he does that people willingly pay him that
kind of money. I was soon put right. The fellow could
charge twice that month an hour and people would still queue
to see him. It is the first rung into the rise and rise of the
Bolehland business man. I somehow do not think though he
would be one of those. He makes hay while the sun shines.
He catches up for lost time, no doubt kicking himself for
not having entered the consultancy business much earlier.
He has excellent credentials and his promise to open doors
to the highest in the land is genuine. And he obviously
delivers. For I have heard of expensive gifts given after
the initial meeting. I have heard of this kind of money exchanging hands for
a bauble from one of the states. Business men normally
would fall head over heels to fight to pay rising sums of
money for a datoship. No one talks about this, but there is
an informal market for such things. As there are
go-betweens -- they call themselves consultants these days
-- who ease the way of those who would rather pay and
establish a link than be left to the mercies of bureaucratic
proceedures. So we have consultant brokers who sell
projects, many I have seen spurious; consultant agents who
get you advance information of projects that could come
onstream in the months and years ahead. And they do not
come cheap. Often they condescend to be joint venture
partners, their role nothing more than commission agents.
Indeed, nothing gets dons without a consultant of whatever
hue in tow. There was a scandal in the Prime Minister's department,
hushed up in embarassment, when a senior official was
collecting RM10,000 to RM25,000 for 15-minute appointments.
He apparently made a tidy pile before he retired, and does
well now in the corporate world. I was told of two Tan
Sriships formally approved by all concerned hijacked and
given to two not even considered for the honour. So, at
every turn of the wheel, money changes hands. There is no
proof of this, of course, and those who paid would not talk
since the Anti-Corruption Agency threatens to investigate
both the giver and taker of bribes. No one is unlikely to
be charged, since the finger points to those who should not
be touched. But to one who has to face its inquisition, it
is a terror better imagined. Besides turning one's life
upside down. But I should not have been so naive. If nothing in
Bolehland is free -- routine medical checkup for me is so
ruinious that I can no longer afford it; where once it cost
me RM10 every six months, today it is about RM2,000 -- I
suppose it is fair that there are consultants who can
command RM100,000 an hour. Obviously, he provides a service
people are prepared to mortgage their eyeteeth for. Why
should we complain? Why indeed? M.G.G. Pillai |