Laman Webantu KM2A1: 3750 File Size: 10.8 Kb * |
TJ MT MGG: Forum Badan Bertindak Melayu: Menggigit Balik By M.G.G. Pillai 7/2/2001 6:21 pm Wed |
MGG3401 [Membidas orang memanglah seronok, malah lebih seronok jika
orang yang diembak itu tidak berada di situ. Inilah gelagat
sebenar golongan terpinggir dalam Umno. Mereka takut menyerang
berdepan kerana suasana perhimpunan agung Umno tidak mengizinkan
mereka berterus terang kerana bimbang tenggelam dalam serangan
balas. Di sinilah kuasa pengerusi memainkan peranan berkesan
untuk mengawal citarasa (mood) dan hala tuju perbincangan.
Perhimpunan Agung Umno tidak bersedia untuk mempamirkan debat
sebegitu padahal ia mampu mengubat penyakit Umno yang sudah
parah itu. Ringkasnya perhimpunan ini lebih merupakan satu cetusan (escapism)
perasaan membuak-buak kerana satu impian yang tidak kesampaian yang
terlalu lama disimpan dalam geram. Ia bukan 'takkan melayu hilang
di dunia' tetapi 'takkan mereka sapu semua' kerana pendokong BBM
itu kebanyakkan bekas 'penyapu' belaka.
- Editor] (MGG: Malay Action Front Forum: Biting The Biter (fwd)
Walaupun tempat pelancaran forum berubah daripada padang
Kelab Sulaiman kepada PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra),
mesej yang mahu disampaikan oleh pihak penaja dan peserta
forum tidak pun tercemar dan menyimpang daripada tujuan
asalnya. Namun, inilah mesej yang tidak digemari oleh para
pemimpin UMNO. UMNO secara rasminya tidak ada kena
mengena dengan forum itu, MAYC (Malaysian Association of
Youth Clubs) telah menegah para ahlinya daripada turut serta.
Sekaligus ini menunjukkan bahawa para pengasas forum itu
tidak mendapat restu Perdana Menteri. Namun, di sebalik semua
hingar bangar majlis forum itu, satu kumpulan pendesak di
dalam UMNO muncul dari kalangan yang turut serta yang
memikirkan mereka masih mempunyai pengaruh untuk mendesak
UMNO memperbetulkan perjuangan mengikut pandangan yang
mereka kemukakan. Setiap fraksi besar dalam UMNO telah menyisihkan diri mereka,
walaupun kewujudan forum itu membantu beberapa kumpulan
yang tidak menyerlah dalam usaha menyokong si perdana
menteri. Sebelum perhimpunan itu diadakan, pihak penaja telah
cuba mendapatkan sokongan daripada veteran UMNO, tetapi
tidak ramai yang sanggup menerima tawaran mereka. Bekas
timbalan perdana meneri, Tun Ghafar Baba telah hadir, tetapi
ucapannya mengenai perpaduan perkauman bukanlah sesuatu
yang dijangkakan oleh hadirin yang berhimpun di situ. Setiap
insan yang berada di atas pentas adalah ahli UMNO dan
tentunya kehadiran mereka itu memberikan keyakinan betapa
wujudnya kini satu kumpulan pendesak dalam parti itu.
Hakikatnya tumpuan utama majlis itu ialah terhadap ketuanan
Melayu tetapi ia juga telah mengkritik kerajaan UMNO dan
peranannya dalam menangani masalah orang Melayu. Namun,
terdapat banyak kelonggaran dalam ucapan yang dikemukakan
itu. Ada beberapa penceramah yang berlagak seperti ahli
pembangkang. Kalau mereka sebenarnya ahli pembangkang,
sudah pasti mereka akan menerima bahana merasakan keadaan
sebenar menghuni sebuah kamar penjara. Terdapat beberapa
kenyataan mengenai orang Melayu yang berbaur perkauman
yang sungguh menakutkan. Perdana menteri Mahathir Mohammad memang tidak terlepas
daripada cemohan mereka. Ramai yang mencemoh cara
pembelaan yang dilakukan kepada MAS dan Projek LRT. Ramai
yang mahukan Mahathir mendengar rintihan akar umbi dalam
parti. Cemohan terhadap Mahathir semakin menggila
sehinggakan ada ketikanya pihak penaja majlis hampir meminta
ahli UMNO (yang tidak tahan mendengar cemohan
-penterjemah) keluar daripada majlis itu untuk seketika. Tentu
tidak dapat kita bayangkan apa yang mungkin terjadi kalau
semua penceramah yang berada di atas pentas keluar daripada
majlis itu, kerana mereka samuanya adalah ahli UMNO juga.
Kehadiran sekitar 3,000 peserta di majlis itu menunjukkan
mereka amat ingin melihatkan kehangatan majlis itu. Ramai yang
tiba dengan bas. Tetapi kehangatan yang dijangkakan tidak
pula tercetus. Sekali-sekala terdengar tepukan gemuruh para
hadirin apabila kerajaan dan juga perdana menteri dicemuh dan
sebaik sahaja rencana Dasar Ekonomi Terbaru dicadangkan.
Kalau hadirin seramai ini berada di padang Kelab Sultan
Sulaiman, kehadiran mereka mudah dianggap sebagai
kewujudan bunga-api yang sudah lembab sahaja.
Yang menjadi satu perkara luar biasa kali ini ialah cemohan
terhadap Mahathir. Mengikut budaya dan susur galur budaya
Melayu, adalah kurang manis mencemuh dan mengutuk
sesaorang pemimpin secara terus terang. Tetapi, sarong keris
sudah semakin tergoyang dalam cakapan seperti ini. Semakin
ramai orang Melayu yang semakin lantang bersuara masakini
berbanding dengan sikap mereka di masa yang lalu. Tidak
kiralah sama ada mereka masih berada di tepi pentas kuasa
politik ataupun mereka mewakili diri sendiri sahaja. Apa yang
mereka laungkan amat mudah disambung-sambung terutama
sekali kalau ucapan itu merupakan kritikan terhadap pihak
yang memegang kuasa. Perhimpunan itu berakhir dengan satu resolusi yang diputuskan
bersama untuk dikemukakan kepada Perdana Menteri. Resolusi
itu seolah-olah memberikan satu gambaran bahawa Perdana
Menteri tidak mungkin mendengar rintihan yang diucapkan
kalau tidak dirumuskan dalam satu resolusi untuknya. Apakah
forum seperti ini mampu merobah pemikiran Mahathir untuk
menilai dasar-dasrnya setelah kaedah yang lain didapati tidak
berjaya? Saya fikir inilah satu lagi cara untuk memberitahu
seluruh dunia betapa berkecamuknya pergolakan dalam UMNO.
Segala ucapan yang dituturkan tidak akan meberikan kelegaaan
kepada Mahathir. Semua itu akan menghantui ketenteramannya.
Akhirnya, kepentingan forum itu terletak kepada perkara yang
tidak dibincangkannya. Semua intipati ucapan yang diluahkan
itu adalah gambaran jelas betapa bergeloranya keadaan politik
negara. Namun, semacam ada satu usaha untuk menentukan
satu perkara yang Mahathir tidak mahu mereka bincangkan:
kisah yang menhantui mantan timbalan perdana menteri, Anwar
Ibrahim yang masih lagi terpenjara. Walaupun UMNO
menunjukkan kurang minat dalam perhimpunan itu, dua timbalan
menteri telah turut serta. Mereka berdua ini masih berada di
pinggir gelanggang kuasa. Keberanian mereka untuk turut serta
memberikan gambaran kisah yang memang sudah lama
diketahui oleh semua. -MGG Pillai- Rencana Asal: Malay Action Front Forum: Biting the Biter
Moving the venue from the open Suleiman Club grounds in
Kampung Baru to the Putra World Trade Centre did not weaken
the message the Malay Action Front meant to convey, but it
is one UMNO leaders would rather not have had held. UMNO
officially distanced itself from it, the Malaysian
Association of Youth Clubs (MAYC) discouraged its affiliates
from attending, the organisers not thought firmly in the
Prime Minister's camp. It was, when all is said and done, a
pressure group within UMNO of those on the fringes of power
which wanted UMNO to bend to its views.
Every major UMNO faction stayed clear, though that it
was held helped those groups not clearly aligned to the
Prime Minister. This group had called upon UMNO veterans
before the rally to enlist their support but there were few
takers. The former deputy prime minister, Tun Ghafar Baba,
came, but his message of multiracial amity was not what the
crowd expected. Everyone on the rostrum was from UMNO, and
it imparted the confidence of an inhouse pressure group.
The ostensible focus was to reassert Malay dominance,
but it also criticised the UMNO government and by extension
its role in the presumed Malay plight. But it had great
latitude. Some speakers, if they had spoken on opposition
platforms, would have experienced soon enough of what the
inside of a prison cell would look like. Some remarks about
the Malay was as racist as can be. Very quickly, Prime Minister Dr Mahathir Mohamed came
in for unwelcome mention. Speakers condemned the MAS and
LRT bailouts and wanted Mahathir to listen to what the UMNO
rank and file had to say. At one stage this became so
serious that UMNO handlers seriously thought of asking UMNO
members to leave the hall when he was attacked. One could
not explain how the meeting could go on if speakers on the
rostrum, UMNO members all, left. The respectable crowd of 3,000 came because many
expected fireworks. Hundreds were brought in by buses, but
the meeting did not raise the temperature one bit, except
for the intermittent clappings when the government or the
Prime Minister was taken to task or when a second New
Economic Policy was mooted. If this crowd had been at
Suleiman Club, it would have been dismissed as a damp squib.
What was unusual was the open criticism of Mahathir.
Malay feudal decorum disallow direct attacks on leaders. But
the gloves are slowly taken off, and what Malay speakers say
these days they would not have a year ago. It does not
matter if they are on to the fringes of political power, or
they represent no one but themselves. But what they say
these days is eagerly lapped up, especially if it criticises
those in power. The meeting ended with a resolution which they would
forward to the Prime Minister. Is the meeting suggesting
the Prime Minister would not listen to what they had to say
unless it is in the form of a resolution drumrolled through?
Can a forum like this force Mahathir to change his policies
when other means would not? It seems to me this is yet
another means of letting the world know of the convulsions
within UMNO. The speeches could not have made Mahathir
comfortable. It is yet another which destroys his
equanamity. In the end, the forum is important for what it did not
discuss. Running through the speeches is an unhappiness at
the current state of events. Even if it kept to not
discussing what Mahathir would not have wanted it to
discuss: the plight of his jailed dismissed deputy prime
minister, Anwar Ibrahim. Despite UMNO's disinterest in it,
two deputy ministers turned up. The two remain on the
fringes of UMNO. That they dared suggests what has been
known for some time. M.G.G. Pillai
|