Laman Webantu KM2A1: 3744 File Size: 12.1 Kb * |
TJ MT MGG: Kenapa Anwar Ibrahim Diberikan Layanan Istimewa di Penjara? By M.G.G. Pillai 7/2/2001 1:23 am Wed |
MGG3301 [Sebenarnya layanan yang diterima Anwar adalah layanan yang diberi
oleh penentu penjara sendiri, iaitu menteri-menteri terbabit. Bukan
salah Anwar, tapi salah mereka juga. Mereka berdilema kerana sudah mati
aqal kerana teramat takut reaksi rakyat. Salah mereka, tetapi mengapa
kita pula yang terpedaya dan mungkin menyalahkan Anwar pula?
-Editor] Penterjemah: -MT-
(MGG: Why Does Anwar Ibrahim Get Special Privileges In Prison?)
Catatan: Artikel asal disiarkan oleh 'Keadilan' keluaran
terkini. Kenapakah Perdana Menteri dan timbalannya menyalahkan beliau
kerana segala kemewahan yang diluluskan sendiri oleh menteri
Halehwal Dalam Negeri? Dia dimasukkan ke hospital kerana
menghidapi penyakit yang dianggap oleh para doktor boleh
membuatkannya lumpuh seandainya dia tidak diberikan rawatan
segera. Dia memerlukan rawatan di luar negara. Saya diberitahu
kerajaan bersedia membenarkan permintaannya itu sekiranya dia
bersetuju untuk tidak pulang kembali ke negara asalnya. Memang
dia tidak akan bersetuju dengan perkara itu. Pada 1973 dulu dia
ditahan di bawah ISA, sahabatnya telah mendapatkan biasiswa
untuk beliau menyambung pelajaran di Oxford, tetapi beliau
enggan menerimanya selagi kerajaan masih mengenakan akta
drakonian itu terhadapnya. Apabila kumpulan yang sama memberikan
tawaran yang serupa sebelum dia ditangkap pada September 1998,
dia menolak lagi, kerana tidak mahu dianggap laksana seorang
pencuri yang cuba lari di malam hari. Kalau dia pergi juga ke
luar negara untuk mendapatkan rawatan, dia akan pulang semula,
dan berkemungkinan menerima nasib yang dilalui oleh Benigno
Aquino. (Senator Aquino telah pulang daripada Amerika dan
ditembak mati oleh pembunuh upahan di landasan 'tarmac'
kapalterbang Manila - penterjemah)
Perdana menteri dan timbalannya boleh terus mengeluarkan
kata-kata yang muluk-muluk, merepet dan jua meracau. Tetapi,
secara berahsia mereka semakin sedar dan sanggup pula mengakuinya
bahawa musuh ketat mereka itu masih menerima sokongan dan simpati
rakyat marhaen. Kerjaya politik mereka kini banyak bergantung
kepada apa yang akan jadi akhirnya kepada Dato Seri Anwar.
Penyakit yang ditanggung oleh Anwar itu sudah dipolitikkan begitu
hebat sekali, dengan daya usaha dan kepintaran para penyokongnya;
kalau berlaku sebarang bencana di meja bedah kelak, ia akan
dijadikan bukti betapa kerajaan mempunyai peranan dalam bencana
itu. Para penyokong Anwar sudah semakin galak mengulang kisah
kematian pengerusi Hospital Pantai, Dato' Wan Adli, yang
menjalani pembedahan kerana sakit resdung di hospital
kepunyaannya sendiri dan mati ketika dibedah. Kemudian diungkit
pula cerita letupan misteri yang berlaku ke atas sebuah
helikopter yang sepatutnya dinaikki oleh Anwar ketika beliau
menjadi timbalan perdana menteri dulu. Begitu juga dengan kisah
Mercedes beliau yang terpaksa melanggar bukit di Langkawi
(kerana minyak berek yang kering - penterjemah). Tindakan dan
laungan para penyokong agar beliau menjalani rawatan di luar
negara sudah semakin lantang kini. Tetapi, perkara itu sudah
tidak penting lagi kerana para doktor percaya adalah lebih baik
kalau dilakukan 'microsurgery' ke atasnya. Kalau rawatan begitu
dilakukan risiko beliau lumpuh adalah sedikit sahaja berbanding
dengan pembedahan menyeluruh yang sudah tentu membawa risiko yang
lebih tinggi lagi. Tetapi, kenapakah beliau dikurung bersendirian? Kenapa pula pihak
kerajaan mengarahkan agar dua buah kamera dipasang dalam kamarnya
- satu kamera menghala ke arah pintu keluar dan satu lagi ke arah
ruang dalaman? Saya difahamkan pegawai penjara tidak pernah
menggeledah kamarnya, tetapi kerja jijik semacam itu dilakukan
oleh orang lain pula. Kenapakah kamarnya itu digeledah semasa dia
berada di hospital? Adakah untuk memeriksa samada dia mempunyai
satu komputer peribadi ataupun mempunyai talian telefon yang
boleh disambung kepada para penyokongnya? Layanan yang
diterimanya itu tidak seperti yang dinikmati oleh seorang banduan
istimewa yang merupakan kroni perdana menteri, yang mempunyai
tilam aqua untuk tidurnya dan di malam hari dibiarkan keluar
daripada penjara untuk menguruskan perniagaannya. Menteri hal
ehwal dalam negeri mempunyai hak menentukan apa bentuk
keistimewaan yang perlu diberikan. Dia boleh menamatkan semua
keistimewaan itu, tetapi risikonya dia terpaksa berhadapan dengan
penentangan yang lebih hebat lagi. Hakikatnya, Dato Seri Anwar mungkin pernah membuat kesilapan di
masa yang lalu, tetapi kini dia adalah simbol segala kesilapan
yang berlaku dalam masyarakat Malaysia. Kalau boleh kerajaan
mahukan beliau lenyap begitu sahaja dari bumi negara ini. Tetapi,
di waktu yang sama kerajaan amat takut kalau-kalau perkara
semacam itu boleh berlaku. Kalau boleh, dia mesti hidup dan mati
pada satu waktu yang sama. Apa pun yang mungkin berlaku sudah
pasti mencetuskan kegusaran di kalangan pemimpin UMNO. Kerajaan
sudah tidak berdaya lagi mengabui pemikiran para penyokongnnya
bahawa dia diberikan layanan yang istimewa sedangkan dia tidak
pun menerima semua itu. Inilah yang membuatkan kisah Anwar itu
menjadi satu saga yang menakjubkan. Dato Seri Anwar telah
memperjuangkan satu rukun hidup yang bermaruah, dia tidak boleh
berganjak daripada pendirian itu kerana ini akan menamatkan
riwayatnya. Sebetulnya kerajaan sudah mati akal tentang cara
menangani masalah mereka dengan beliau. Lagipun kerajaan sudah
buta hati tentang tindakan yang patut dilaksanakan.
- MGG Pillai - Rencana Asal: I contributed this to the KeADILan party paper, and appears
in the latest issue. ------- WHY DOES DATO' SERI ANWAR IBRAHIM GET SPECIAL PRIVILEGES IN
PRISON? M.G.G. Pillai Why is the Prime Minister and his deputy blaming him
for the special treatment the home miniter has decreed for
him? He is in hospital for a serious medical problem his
doctors say could paralysis him if not treated quickly. He
wants treatment overseas, which I understand the government
would allow so long as he does not return. He would want no
such thing. When he was detained under the Internal
Security Act in 1973, his friends got him a scholarship to
Oxford for a higher degree, but he said he would not so long
as the Malaysian government decided he should be in. When
the same group offered the same offer before his arrest in
September 1998, he declined, insisting he would not run away
as a thief in the night. If he goes overseas for medical
treatment, he would return, as Benigno Aquino did, to
perhaps the same fate. The Prime Minister and his deputy can rant and rave,
but they admit, in private and now reluctantly in public,
that it is their nemesis that has the public sympathy. Their
political careers depends on what happens to Dato' Seri
Anwar. His illness is now so politicised -- the Anwarians
did a good job of that -- that any mishap on the operating
table would be ipso facto proof of government orders.
Those in the Anwar camp invariably point to the strange
death of the chairman of Pantai Hospitals, Dato' Wan Adli,
of a sinus operation that went sour in his own hospital.
They point to the mysterious helicopter crashes in which he
was to have travelled, as deputy prime minister, but did not
at the last moment. Or of his Mercedes crashing into a hill
in Langkawai. The rising political clamour amongst his
supporters to have him operated upon overseas keeps the
issue alive. But it is a non-issue. His doctors believe he
is better off with microsurgery, in which the risks of
paralysis is miniscule, as against invasive surgery in which
it is not. That is not all. Why is he in solitary confinment? Why
did the government order that two cameras be installed in
his cell -- one trained on the door and the other inside? I
understand the prison authorities would not inside the cell,
but the other has been. Why was his cell raided when he was
in hospital? To see if he kept a personal computer or had
radio connexions with his supporters outside? Unlike a
privileged prisoner, once a crony of the Prime Minister, he
does not have a waterbed nor does he leave the prison gates
to attend to his business outside. The home minister
decides what privileges he gets. He could turn the tap off.
But if he does, he would face even more opposition.
The fact is Dato' Seri Anwar Ibrahim, for all his
faults, is now a symbol of what is wrong with Malaysian
society. The government would want nothing better than to
have him disappear mysteriously from the face of the earth.
And frightened he would. He should be alive and dead at the
same time. But either sends shivers down many an UMNO
spine. The government cannot even convince his hyperactive
supporters he gets special privileges when he gets none. If
it cannot, they would continue to keep the Anwar Saga in the
public eye. Dato' Seri Anwar fights for the moral high
ground. If he blinks now, he is finished. He cannot afford
to, even at the cost of his life. Frankly, it does does not
know what to do with him. Nor what it should do.
M.G.G. Pillai |