Laman Webantu KM2A1: 3742 File Size: 8.1 Kb * |
Cerita Sambil Menunggu Durian Tak Gugur?!! By Amin Sapiro 6/2/2001 11:41 pm Tue |
Amin Sapiro (buah langsat kuning mencelah?)
[Satu rakam bual menarik di kebun durian yang mengajar sesuatu
kerana di mana ada durian, disitulah akan terdapat banyak tupai
yang bergayutan. Tupai itu dilepaskan oleh pemimpin Umno sendiri
yang sudah lama mengidam selepas menang. Apabila durian semakin
berkurang, mereka akan saling berperang untuk menggempur lebih
banyak kebun durian. Kini beberapa kebun sudah dicantumkan kerana
tidak dapat menampung kekurangan. Di mana penjaga kebun jika
tidak kesibukkan dalam rutin kerja harian. Padahal berehat di
kebun itu banyak faedahnya kerana disana akan tampak tupai yang
asyik menebuk berpanjangan... - Editor]
DALAM satu Seminar pengusaha IKS Melayu tahun lalu, seorang
teman lama memberi tahu saya - Dr. Mahathir menyuruh
hadirin merujuk buku beliau 'Delima Melayu'. Beliau
bertanya samada saya ada buku itu. Beliau mahu pinjam. Nak
baca, katanya. Saya kata, 'OK. Boleh..' saya pun pinjamkanlah. Sebagai
bacaan tambahan saya beri beberapa ucapan Dr. Mahathir
mengenai manfaat dasar pengkopratan, penswataan, dll. Dalam
ucapan itu Dr. Mahathir menceritakan serba serbi kelemahan
orang Melayu dalam bidang perniagan dan keusahawanan.
Dr. Mahathir bukan main hebat menghentam orang Melayu;
kunun tak macam kaum Cina. Katanya (lebih kurang) begini,
'Orang Melayu suka beremosi saja. Kalau orang Cina tak ada,
mungkin kemajuan Malaysia tak seperti hari ini'. Di
sebutnya juga, orang Melayu jangan jadi 'masyarakat
subsidi. Mesti pandai berdikari'. Macam-macam lagi.
Selang seminggu, beliau bertandang ke dusun durian pusaka
kami. Sambil kami makan durian tembaga baka cantum se
negara dengan Astora Jabat; teman itu berkata, 'Eh, Wak.
Terfikir pulak saya, kok ia hebat sangat teori Dr.
Mahathir; kenapa Syarikat Perkapalan Mirzan lingkop. Kenapa
PERWAJA, walaupun Mahathir serahkan kepada kawan
sekelambunya Eric Cheah; tapi sekarang tersadai hutang
berpuluh billion. Kenapa Indah Water Konsortium Vincent Tan
terpaksa dibailout 800 juta RM. Itu tak masuk lagi MAS, LRT
dan lain-lain', tanya beliau. Kunci Kejayaan Berniaga Saya sengeh saja mendengarnya. Saya kupas sebuah durian
yang lebih baik lagi isinya. 'Nah, kita makan durian yang
ini. Cuba rasa isinya'. Kami pun menyentallah. Habis se
ruang, se ruang lagi. Bukanmain nyonyot lagik..hehehe..!!
Tiba-tiba beliau bertanya, 'Eh, Wak. Kalau di pasaran
berapa harga se kilo jenis ini, hah?' Saya tak jawab. Saya
tanya beliau balik, 'Berapa agak-agak?'.
Beliau tak jawab dengan cepat. Kemudian beliau berkata,
katanya, 'Saya tak pakar dalam hal-ehal durian Wak. Sumpah!
Kalau pasal makan, saya OK. Lain hal, saya lengit (orang
Johor kata 'lengit' maknanya sama dengan 'hampeh' kata
orang N9, 'nyot sayot' kata orang Sarawak, 'gedebe' kata
orang Kelantan, 'langiah' kata orang Minang macam Rais
laaa.. ) hihi?!! Saya jawab, 'Nah itu lah dia contohnya; apasal Syarikat
Perkapalan Mirzan lingkop, kenapa PERWAJA, tersadai hutang
berpuluh billion; kenapa Indah Water Konsortium Vincent Tan
terpaksa dibailout 800 juta, MAS, LRT dan lain-lain - sebab
diorang tak cakap macam you. You tak tau - cakap tak tau.
Diorang suka tipu diri sendiri. Tak macam you'.
Pandai Songlap 'Habis apa diorang tau, Wak' dia tanya lagi.
Saya jawab pendek saja, 'Diorang pandai 'songlap' aja?..!!'
Kami ketawa. Selang beberapa minit, kami duduk bertenggek di tepi
pangkin pondok durian mengirup kopi panas dari thamos yang
dibawak dari rumah. Kali ini kami tak melawak lagi. Saya
kata: ''Dr. Mahathir fikir orang Melayu bodoh agaknya. Orang
Melayu tidak bodoh. Cuma orang ini lurus bendul. Apa orang
cakap, mereka fikir itulah sebenarnya. Bila Delima Melayu
dibaca, woiiihhh? orang Melayu dah naik ghairah. Terus
sangka: Mahathirlah orang paling layak - berpotensi jadi
PM. Tak pandang sebelah mata pesanan Tunku. Tak tengok kiri
kanan - PAS ke, PRM ke. Siang-siang saya dah kata dulu,
jangan sokong membuta tuli. Fikir dulu - bagi UMNO sikit
kejutan. Biar pemimpin UMNO sedar bahawa 'people power' itu
jangan dijual murahan. Esok-esok menyesal kemudian. Saya
cuma mengingatkan'', kata saya. Serius juga.
Beliau mengangguk. Kemudian beliau bertanya, 'Habis amacam
nak buat Wak. Kan dah terlambat?', katanya.
Dunia Belum Kiamat Cepat-cepat saya jawab, 'Hei..hei.. dunia belum kiamat,
youuuu'.!! Esok masih ada. Dunia masih berputar. Bintang,
bulan dan matahari masih menyinar. Orang Melayu jangan
cepat rasa gagal. Kalau pemimpin UMNO tak boleh diharap,
kita ada pilihan lain parti. Kita ada BA, ada PAS, ada
KeADILan. Jangan fikir kita 'berkail sebentuk dan berumpan
seekor'. Tak! Tak! Nabi tak tegah kita berhijrah. Malah
digalakkan untuk mencari kelebihan. Takkan lah orang jual
durian sompong pun kita nak beli. Duit kita punya, durian
dia punya - kalau kurang baik, kita beralih penjaja. Kan
itu cara berniaga - berjual beli??. Dia ketawa. Saya senang
hati. Saya sambung lagi, 'Maknanya, jangan serah hak kita bila
tengok orang pelemah kita. Mungkin itu agendanya nak menipu
kita. Tengok apa jadi hari ini?' saya memandang ke mukanya.
Dia angkat muka semacam bertanya - tapi tak menjawab.
Saya jawab, 'Haa..haaa' Mahathir dah buat orang Melayu sama
macam orang kulit hitam di hutan Afrika - kaum 'Hutu' dan
'Tutsi'. Dilaga-lagakannya kita sesama se kaum. Polis
Melayu belasah Melayu. Rahim Nor belasah Anwar. Mokhtar
'dugong' tuduh Anwar yang bukan-bukan. Sampai 3 kali alih
tarikh Villa tu. Sampai bawak tilam berlobang 13. Padahal
belum dibina lagi. Ugut Murad tuduh Anwar rasuah Rm3
bilion. Bila nak panggil ke mahkamah - dikatakan Murad
sakit gigi? hihih! Nak cabut pun pergi England?? gurau saya.
Kawan tu ketawa. Saya sengeh juga. 'Tak cukup dengan tu, suruh Wanita UMNO gadoh dengan 'anak
dara' dan 'janda muda'. Rafidah naik radang sampai nak
tunjuk 'ape ke bendanya'. Pemuda UMNO nak debat dengan
Mahfoz - nasib baik tak jadi. Dah tu pulak, endorse BBM
'Tak akan Melayu hilang di dunia'. Nasib baik yang datang
tu seramai orang datang 'kenduri janda' aja. Nampaknya
Mahathir suka Melayu sama Melayu beramok?..?. Kami ketawa
bila sebut 'kenduri janda' tuuu.. hehehe..!!
'Logik' Satu Fatwa Unggul 'Jadi amacam kita nak maju dalam perniagaan Wak?' tanya
beliau. Susah juga saya nak jawab. Saya cuba juga, kata
saya,'Mulakan dengan Bismillah'. Tetapkan nawaitu kerana
Allah swt. Sudah itu kaji kelemahan dan kekuatan kita -
makna kata kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan
hendak diduga. Kemudian - bercakap siang pandang-pandang,
berakap malam dengar-dengar. Lebihkan banyak tunduk dari
tengadah. Jangan berniaga 'buluh kasap, dapat hujung
pangkal lesap!!' Saya tengok kawan kita tu terangguk lagi, saya
sambung, 'Jangan ikut macam perangai orang Melayu berjudi -
untung sepuluh dikatakan seribu. Bila rugi 1000 dikatakan
10 aja. Bandingkan dengann orang Cina, untung 1000
dikatakannya?..?Haiyaaa.. tak dak untung lho!!? Tapi kalau
rugi 10 dikatakannya?.. 'Haiyaaaa'lugi manyak terok
hooooo?.!? Tengok bezanya?, kata saya mencuit mindanya.
Apa Gunanya 'Malay Delima'? 'Jadi tak gunalah baca Delima Melayu tu, ya Wak?' soalnya.
'Eh bergunaaaa.. Mana pulak tidaknyaaaa?!' balas saya.
'Paling kurang kita tahu dimana kita sudah buat silap
besar! Kalau tak baca kita tak tahu macamana pemimpin UMNO
yang ada sekarang dah terjual murahan. Dimana kita kena
tipu bontang. Kena temberang?..? Kami pun bangun dan berjalan pulang, sambil sendawa
panjang. Terlampau kenyang. Badan pun rasa panas miang.
|