Laman Webantu KM2A1: 3732 File Size: 11.4 Kb * |
Dollah Ingin Membunuh Anwar? By CDB 5/2/2001 10:46 am Mon |
[Dimaklumkan dulu ini sekadar satu pendapat bila minda terencak oleh
beberapa perkara - oleh itu tanda soal pada tajuknya harus dipandang.
Musa Hitam gugur dengan kes Memali, apakah Pak Lah akan rebah kali ini
kerana dia menguruskan Kementerian Dalam Negeri (KDN)?. Atau Pak Lah
boleh membereskan Mahathir dan Anwar bersekali? Soalnya siapakah yang
terdahulu akan pergi atau Pak Lah yang termasuk jerat sendiri? Jangan
lupa kebanyakkan polis adalah anak-didik perdana menteri. Mereka semua
memerhati untung dan rugi lebih dari kesetiaan yang tersumpah di luar
hati. Nasib sesiapa pun mereka tidak akan perduli termasuk menteri.
- Editor] Di peringkat awal Gerakan Reformasi ini meletus dahulu, saya telah mengutara
dan mendedahkan sebanyak sembilan kali mengenai rancangan konspirator yang
ingin menamatkan riwayat Anwar dengan pelbagai taktik kotor dan jahat
mereka. Dalam tulisan saya yang boleh dirujuk di
http://www.geocities.com/Pentagon/Bunker/1711/bahan1103.html saya telah
mendedahkan mengenai Konspirasi Pembunuhan ke atas Anwar dimana pada
Perenggan ke 10 artikel tersebut saya telah melahirkan kebimbangan mengenai
keselamatan Anwar, "Percayalah saudara saudari semua, jika layanan dan
kekejaman yang dilakukan ke atas Anwar seperti yang berlaku sekarang di
dalam penjara berterusan, Anwar akan menderita yang berpanjangan (kalaupun
tidak mati) sebelum tamat tempoh beliau menjalani hukuman penjara ke
atasnya. Saya yakin Anwar tidak akan menjadi seorang yang 'sempurna' lagi
bila keadaan ini berterusan diperlakukan ke atasnya. [Terbukti sekarang
dengan penderitaan yang Anwar sedang alami]
Dalam artikel saya yang bertajuk 'Aziz Shamsuddin Diberi Kuasa Penuh Untuk
Hapuskan Anwar' yang boleh dibaca di
https://members.tripod.com/mahafiraun/15p09aziz.htm saya turut menulis dengan
cemas akan keselamatan Anwar selagi beliau berada di dalam cengkaman para
konspirator jahannam tersebut. Ekoran itu, saya telah menyeru para pendokong
Reformasi semua agar menyelamatkan Anwar melalui tulisan saya di
https://members.tripod.com/mahafiraun/19p08bahaman.htm selepas negara
digemparkan dengan kejadian Anwar diracun dengan arsenik. Setahun yang
lalu, iaitu pada 31 Januari 2000, dalam tulisan saya yang boleh dibaca di
https://members.tripod.com/mahazalimtwo/310100sac.html saya telah mendedahkan
mengenai usaha terbaru para bajingan konspirator untuk menghapuskan Anwar
dengan menggunakan ilmu hitam. Dengan Izin Allah dan mungkin berkat dan
makbulnya doa kita semua, permainan ilmu hitam yang ditujukan kepada Anwar
itu tidak 'berbekas' dan memakan dirinya.
Kini setelah lebih dua tahun Anwar dikurung dalam sel yang tidak selesa,
beliau menghadapi sakit tulang belakang yang serius, yang membawa kepada
risiko lumpuh. Keadaan fizikal di dalam sel penjara merupakan faktor kedua
terbesar selepas faktor utama kecederaan yang diakibatkan oleh Rahim Si
Bapak Anjing, yang membawa kepada penyakit slipdisc yang dialami oleh Anwar
kini. Mahathir dan anjing-anjingnya memang sengaja mahu melihat dan
membiarkan Anwar berkeadaan sebegitu dengan harapan Anwar akan cepat 'padam'
dan hapuslah riwayat musuh ketatnya itu.
Pengesahan para pakar yang merawat Anwar akan kemungkinan risiko lumpuh akan
dihadapi oleh beliau tidak sedikit pun mampu menarik sebarang rasa 'simpati'
oleh Mahathir dan anjing-anjing belaannya. Tuduhan yang mengatakan Anwar
berpura-pura sakit merupakan suatu isyarat tersirat untuk terus menekan dan
menghapuskan Anwar dari muka bumi ini. Dengan tuduhan itu jugalah maka si
Kaldai Padang Pasir, Dollah Badawi terus menjadikannya 'batu loncatan' untuk
melampiaskan dendamnya ke atas Anwar dengan memerintahkan Setiausaha
Politiknya pergi meninjau bilik kurungan Anwar di Penjara Sungai Buloh dan
seterusnya mengarahkan pihak penjara mengubahsuai untuk menempatkan Anwar
yang sedang kesakitan itu. Tindakan Dollah si Kaldai Padang Pasir yang mengarahkan agar Anwar dihantar
balik ke penjara dalam keadaan dirinya yang amat uzur itu bukan sahaja suatu
perbuatan kejam dan zalim, malah memungkinkan Anwar menemui ajalnya dengan
lebih cepat. Tindakan Si Dollah Kaldai Padang Pasir itu merupakan suatu
ancaman terhadap nyawa dan keselamatan Anwar sendiri, yang memungkinkan
Anwar akan mati dalam situasi yang menyedihkan di bilik kurungannya itu.
Tidak ada dalam mana-mana peruntukan undang-undang bagi manusia yang
bertamadun untuk menafikan hak seseorang yang mengidap apa-apa penyakit
daripada mendapatkan rawatan sehingga doktor telah mengesahkannya sudah
sihat dan mampu mengurus dirinya sendiri. Hatta jika terhadap musuh dan
tawanan perang sekalipun, rawatan perubatan seharusnya diberikan kepada
mereka sehingga sembuh. Adakah Anwar Ibrahim lebih teruk dan buruk dari
tahanan perang dan penjenayah merbahaya sehingga beliau patut dinafikan
haknya dari mendapat rawatan sehingga disahkan telah pulih sepenuhnya?
Sebenarnya kebimbangan si Dollah Kaldai Padang Pasir itu bukan lagi
terhadap Mahathir. Mahathir kini amat sukar untuk menyingkirkannya
sepertimana yang telah dilakukan ke atas tiga timbalannya sebelum itu. Ini
kerana kedudukan dan nyawa politik Mahathir sendiri sudah terlalu lemah buat
masa kini. Mahathir kini ibarat singa tua yang kesemua taring-taringya sudah
tercabut dan hanya menunggu hari sahaja untuk dikambus ke dalam lubang atau
dicampak ke dalam gaung. Mahathir kini sudah tidak berupaya lagi untuk
mengambil tindakan keras ke atas Dollah kerana kedudukan beliau telah
dilemahkan oleh faktor penyingkiran Anwar. Dollah melihat Mahathir kini
ibarat orang tua nyanyuk yang sedang nazak dan tidak mampu lagi untuk
membasuh beraknya sendiri. Disebabkan Mahathir sudah dianggap bukan lagi suatu ancaman besar terhadap
survival politiknya, Dollah melihat pula Anwar sebagai ancaman dan musuh
utama yang bakal menghambat cita-cita politiknya untuk menduduki kerusi PM.
Pengaruh dan kekuatan politik yang dibawakan oleh Anwar melalui Gerakan
Reformasi dianggap sebagai halangan paling besar dan getir oleh Dollah
kerana selagi Anwar terus bernafas, amat sukar untuk memadamkan bara
reformasi yang kelihatan tidak mahu padam itu. Selagi Anwar hidup, peluang
Dollah untuk menjejaki Mahligai Putrajaya peninggalan Mahathir nanti agak
tipis kerana sebaik sahaja Mahathir mati atau dijatuhkan, sudah pasti bukan
beliau yang akan naik tetapi Anwar lah yang bakal ditabalkan oleh rakyat,
termasuk oleh orang-orang UMNo sendiri.
Ketakutan orang-orang UMNo untuk melahirkan sokongan terbuka kepada Gerakan
Reformasi dan Anwar sekarang hanyalah disebabkan Mahathir masih hidup.
Sebaik sahaja Mahathir mati atau disingkirkan, Dollah yang tidak pernah
meyakinkan sesiapapun akan kewibawaannya itu sudah pasti tidak mampu
bertahan lama di kerusi PMnya. Samada beliau menjadi 'Habibie' atau
'diHabibiekan' tidak penting, tetapi karismanya sebagai orang nombor satu
negara sangat dipertikaikan. Atas sebab itu akan wujud pergeseran dan
pertelingkahan teruk di dalam UMNO apabila Mahathir jatuh. Untuk membendung
kekalutan ini serta kekosongan kepimpinan yang ada, maka orang-orang UMNo
sendiri nanti yang akan bersetuju untuk mengangkat Anwar sebagai PM.
Sementelahan pula mereka sendiri tidak percaya bahawa Anwar seorang yang
bersalah dalam tuduhan kotor yang dilemparkan oleh Mahathir itu.
Atas faktor dan perkiraan politik inilah maka Dollah melihat faktor Anwar
sebagai ancaman utama terhadapnya untuk menduduki kerusi PM itu. Beliau
melihat faktor Anwar akan menjadi halangan besar kerana orang-orang UMNo
sendiri masih ramai yang menyokong dan bersimpati dengan Anwar. Tidak
mustahil Anwar akan dipulihkan ke kedudukan yang tinggi semula sementara
Dollah sendiri akan dipinggirkan begitu sahaja. Inilah ancaman dan
kebimbangan utama Dollah terhadap masa depan politiknya sekiranya Anwar
dibiarkan terus hidup. Padanya, Gerakan Reformasi akan terus membara dan
menjadi ancaman selagi Anwar bernafas. Apabila Anwar meninggal, gerakan
tersebut akan padam dan terus lenyap sedikit demi sedikit dan sokongan
rakyat akan kembali berpihak kepada kepimpinannya. Ini ditambah kerana
Mahathir sudah tidak lagi berkuasa dan kebencian rakyat terhadap Mahathir
akan turut terpadam sebaik sahaja beliau dijatuhkan dari puncak kuasa. Atas
perkiraan yang rakyat cuma bencikan Mahathir dan tidak dirinya, Dollah
mengharapkan kepimpinannya nanti akan diterima semula oleh rakyat (dengan
syarat Anwar juga sudah tiada). Berdasarkan perkiraan inilah maka Dollah Si Kaldai Padang Pasir cuba
bertindak lebih kejam dan zalim daripada Mahathir sendiri dengan mengarahkan
Anwar yang sedang dirawat di HKL itu dihantar pulang ke penjara Sungai Buloh
pada Selasa ini (esok). Padanya, nyawa Anwar sudah tidak mempunyai apa-apa
nilainya lagi. Lagi cepat Anwar 'padam' lebih selamatlah survival
politiknya. Niat dan tujuannya cuma satu - 'biarkan Anwar cepat mati'.
Tindakan Si Kaldai Padang Pasir itu merupakan satu kecenderungan untuk
membunuh Anwar di luar batas peri kemanusiaan. Dalam keadaan Anwar yang
terlantar sakit itupun, soal belas kasihan dan peri kemanusiaan sudah tiada
lagi di hatinya. Usah bercakaplah soal sesama Islam. Lebih jauh lagi dari
itu. Saya ingin memberi amaran kepada semua pendokong Reformasi dan Barisan
Alternatif bahawa JIKA SEKIRANYA APA-APA BERLAKU KE ATAS ANWAR selepas dia
dikembalikan dalam keadaan masih kesakitan ke penjara Sungai Buloh pada
Selasa ini, ABDULLAH AHMAD BADAWI, TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP
MENTERI DALAM NEGERI MALAYSIA MESTI DIPERTANGGUNGJAWABKAN !! HUTANG DARAH
AKAN DIBAYAR DENGAN DARAH, HUTANG NYAWA MESTI DITEBUS DENGAN NYAWA JUGA !!
ADAKAH DOLLAH BADAWI KEPINGIN MENYUSULI JEJAK DATO? TAHA ATAUPUN DR JOE
FERNANDEZ DI LUNAS BEBERAPA BULAN LEPAS ?
Sampai bila kita hendak bersabar dan terus bersabar dengan telatah dan
kekejaman manusia durjana bernama Mahathir dan Abdullah Badawi itu ? Sekadar
mengutuk, mengecam dan membantah sahaja ? Arahan penghantaran pulang Anwar
ke sel penjaranya oleh Dollah Badawi itu perlu disusuli dengan jawapannya :
DEMONSTRASI BESAR-BESARAN DI DEPAN HOSPITAL KUALA LUMPUR !! [Saya masih
mengharapkan Dollah Badawi mengubah fikirannya apabila membaca tulisan ini
dan tidak mengambil tindakan bodoh menghantar Anwar balik ke Sungai Buloh
sehingga beliau benar-benar sihat ] -Cucu Datuk Bahaman- (darah sedang menggelegak ni) |