Laman Webantu KM2A1: 3730 File Size: 3.9 Kb * |
UMNO Mendaulatkan 'MahaFiraun' Di Singgahsana By Amin Sapiro 5/2/2001 12:53 am Mon |
Amin Sapiro (Menggeleng kepala..!) [Jika Mahathir betul-betul jujur, sudah lama Anwar diadili di mahkamah
syariah tanpa perlu pening kepala dan terduduk Umno dibuatnya. Selagi Umno
tidak mampu membuang penyakit sebenar dalam dirinya, selagi itulah ia akan
teralpa dan membenarkan sahaja semua yang dititahkan oleh presiden mereka.
"He who does not exist a preacher within himself, would not be affected by
others preaching". ORANG Melayu begitu malu dan kesal melihat saudara mereka di
puak UMNO yang kununnya mengaku diri 'orang perjuangan'.
Mereka berbangga - sesungguhnya UMNO sebuah parti tunjang
Melayu dengan 50 anggota MKT, 2,000 perwakilan, lebih 70
anggota Parlimen. Mereka bermegah dengan angka lebih 2 juta ahli (kunun).
Setiap tahun mereka dilihat merafa'kan sembah
mengulang-ulang ikrar umpama rakyat Mesir purba mengangkat
Firaun sebagai Tuhan dan raja mereka.
Untuk kesekian kali, puak UMNO semakin jelas menabalkan
seorang Firaun alaf baru ciptaan mereka sendiri dan
mendaulat ia menjadi 'mahaFIRAUN'. Kerana itu, sekaligus saudara-saudara kita Melayu UMNO
semakin hilang keyakinan dan jati diri. Seolah-olah, mereka
menafikan kebijaksaan yang dianugerahkan Allah swt. kepada
mereka. Seperti sudah tidak ada lagi.
Dilihat, mereka semacam tidak mampu berfikir secara rasional
untuk melihat dengan mata kepala ke dalam diri mereka dan
masyarakat disekeling dalam kelompok mereka. Seolah-olah
mereka tidak pernah bertanya, 'Apakah Mandeliar yang seorang
ini manusia terbaik mengatasi mereka semua?'.
Semakin nampak, puak UMNO sudah kehilang wadah, jiwa, rohani
dan harga diri. Mereka lebih selesa bermalas-malas dan
mengharap orang lain memimpin mereka. Mereka sanggup
menyerahkan untung nasib diri dan kaum mereka kepada taqdir
tanpa berfikir bahawa mereka punya peranan menegakkan
Keadilan dan menumbangkan Kezaliman Puak UMNO ini semacam memilih untuk menyerahkan hak dan
tanggungjawap diri mereka terhadap bangsa, negara dan agama
kepada orang lain. Apakah mereka layak direstui sebagai
pemimpin? Tidak salah anak-anak muda yang berpendidikan dan berminda
terbuka mencari jalan keluar dengan tidak menyertai UMNO.
Mereka terbukti menjana satu kelainan dari amalan lazim yang
dijadikan dasar mentadbir diri oleh 'Blodok-blodok' goblok
brensek bangsat dalam UMNO yang hidup atas keringat rakyat
yang dikaut secara korup. Pemimpin UMNO sudah hilang pegangan 'cybernetics' dengan
ummah seagama; hingga seorang menteri yang bertanggungjawap
mengenai Hal Ehwal Agama Islam pun mengikrarkan sumpah
perlantikannya di hadapan seorang bukan Islam. Sudah matikah
semua Speaker Dewan Rakyat yang beragama Islam?
Itu baru satu contoh ketidak-prihatinan puak UMNO yang
kununnya berjuang mendaulatkan Islam. Malang!
Sehari dua dulu, sudah diraya dan ditabalkan pula seorang
'mandeliar' dengan selamat penuh agam. Bermakna, selamatlah
fungsi UMNO melaksanakan agenda membantu seorang 'munafiq
tua' merampok tanah pesaka orang Melayu dan jadikan milik
dan tadbirnya. Puak UMNO bermegah dianugerah pingat 'Patih Karma Wijaya'
(PKW). Berpusu-pusulah mereka menjulang 'baginda paria' itu
setinggi langit; sementara ahli UMNO yang berbaki melopong -
papa kedana sampai ke anak cucu hingga ke cicit..!!
Isyy?. Bijak UMNO. Bijak! Bijak!! Tak akan hilang Melayu di
dunia. Iya kah? |