Laman Webantu KM2A1: 3723 File Size: 12.7 Kb * |
B1: 'Reformasi Umno' - Satu Gurauan Paling Lucu Melinium Ini By Amin Sapiro 3/2/2001 10:11 pm Sat |
Amin Sapiro (kan dah kata sudah berkerat Rotan!)
[Jika Umno mahu mereformasikan dirinya ia tidak perlu membina laman
web, bahan percuma di dalam laman web reformis yang sedia ada sudah cukup
untuk dijadikan petua sehingga tidak habis untuk membaca kesemuanya. Memang
benar kata Wak, lebih mudah dan boleh dicapai bila-bila seikut rasa.
Usaha membaiki Umno sudah lama dibunuh dengan kejam lagi aibnya, sehingga
Umno sendiri terbelah lebih daripada dua. Yang tinggal kini hanyalah
mahluk perosak belaka yang sudah tiada harapan lagi untuk disembuh sesiapa
walaupun oleh seorang bomoh dari India. Mungkin elok dipenggal sahaja
kepalanya sebagaimana yang tercatat di dalam sejarah ngeri di Batu Talam.
Sesungguhnya banyak manusia mudah musnah dengan kepercayaan yang tidak
bersempadan apabila terpukau oleh beberapa helah kesaktian.
- Editor] Bahagian 1
SAYA menerima e-mail dari seorang teman PW LamanWeb Reformasi
memaklumkan kewujudan satu LamanWeb UMNO yang beragenda lain -
kununnya bertujuan untuk 'reformasi'kan UMNO.
Perkara pertama yang datang ke kepala saya ialah, 'UMNO sudah ketinggalan
keretapi'. Daripada membazir dan mensia-siakan masa dan tenaga
mereformasikan UMNO lebih baik saya ke dusun durian pesaka dan mengutip
telur ayam dari reban sebelum jadi tembelang, bersembang di warong Pak Mat
dengan teman-teman yang sehaluan. Itu lebih banyak memberi faedah.
Perbandingan dalam kepala saya: Janganlah saya cuba nak jadi jaguh berhajat
setinggi langit kununnya nak meratakan bukit Kaff dengan cangkul sebilah.
Silap cara, diri sendiri akan menghempap kepala oleh batu yang luruh sebesar
piramid. Tak kan mampus sudahnya?! Tak salah jika orang ketawa dengan berkata, 'Nah! Itu lah macamnya kerja
orang bangang! Kalau UMNO dah nazak 'nyawa-nyawa ikan', buat apa nak
pasang tali-temali 'life-saving equipments' lagi. Cabutkan saja semua - kalau
nak hiduplah, kalau nak mampos biarkan ia mengikut 'natural proses'. Kalau
hidup pun bukan mendatangkan faedah..?.
Amin Sapiro - Berkerat Rotan Saya tak sangka ada artikel saya di LamanWeb Reformasi dititip ke Laman
UMNO itu. Saya rasa adalah lebih mudah puak yang nak mereformasikan
UMNO itu melihat arkib di laman webaNtu, Feu dan Tranung Kite saja. Kalau
nak respond pun elok sangat mereka bertandang ke pondok reformis di FGR.
Kita boleh sembang-sembang ala 'warong teh tarik' yang terhidang goreng
pisang panas dan roti prata yang dicanai anak Melayu yang serba
berkebolehan sekarang. Jangan fikir Amin Sapiro seorang saja. Ada banyak mereka sehaluan Wak
Amin di sana. Beliau ramai adik-adik, kakak, abang, pak cik-mak cik,
datuk-nenek, sehabat handai. Mereka adalah kelompok Melayu yang
bernawaitu satu. Mereka berjuang demi 'menegakkan Keadilan' yang terhakis
dan 'menumbang Kezaliman' yang semakin mendarah dalam UMNO/BN. Tidak
ada agenda lain. Jika dipantau apa nawaitu perjuangan penulis Reformis dan Islah, jawapan
mereka itulah dia. Jika kami disangka beragenda sendiri, tak salah penulis
Reformis berkata, 'itu adalah pandangan orang celik mata tetapi buta hati..!!'.
Jika puak 'meneliti satu persatu corak penulis reformasi bekas UMNO,
ternampak seolah-olah ada suatu kemarahan yang memuncak pada diri
mereka keatas UMNO;jawapannya adalah satu, iaitu cuma orang buta mata hati
dan beku perasaan kemanusiaan saja yang tak nampak dan tidak merasa apa
akan jadi jika dibiarkan budaya 'tandil-tandil' Mandeliar menyusup menular
budaya ketimuran orang Melayu. Jika dikatakan 'kemarahan ini cuba di suntik oleh mereka kepada
pendokong-pendokong reformasi BA agar semangat juang mereka senantiasa
di bakar untuk membantu perjuangnya agar kejayaan menjadi satu kepastian
baginya'; jawapannya 'Itu adalah tanggungjawap kami. Kami memikirkan nasib
zuriat akan datang. Sementara pemimpin UMNO sekarang cuma sibuk
berkompromi belot kepada orang Melayu dan beragenda mengisi tembolok
sendiri saja'. Dalam politik, masing-masing ada strategi untuk mengaut sokongan rakyat.
Selagi BA berteraskan Keadilan dan mendaulatkan Agama (tanpa 'cakap tak
serupa bikin' macam UMNO), rakyat akan semakin faham; dan sokongan
semakin melimpahruah. Jika UMNO/BN boleh tahan - tunggulah. Dongeng usang seperti 'perpaduan
Melayu' dan 'Tak akan Melayu hilang di dunia' itu adalah slogan Feudal
yang dangkal dan tidak releven. Orang celik nampak siapa bedebah yang
'memecah perpaduan' Melayu dan siapa penyebab 'Melayu hilang di
dunia'. Kebelakangan ini 'UMNO' yang terbatal, sesudah UMNO baru ditubuhkan, ia
dibaru(A)kan pula. Paling mengaibkan orang Melayu akgi, UMNO Baru(A) itu
sudah di'MAMAK-MALBARI'kan pula. Tidakkah Melayu sudah hilang di
dunia? Nostalgia Sia-sia Saya tau, malah banyak kali menemui seorang berdua teman-teman UMNO
lama yang pernah seperahu mendayung UMNO ke seberang sana. Tetapi
apabila 'Dacing' tidak meneraca imbangan yang setepatnya, dicuba juga
memperbetulkan jarumnya 'dari dalam', namun ramai yang bertenggek di
dulang sebelah kiri, maka dacing yang sepatutnya berimbangan sama semakin
senget dan tidak boleh diimbangi lagi - waktu itu, elok dibiarkan saja.
Bukan saya seseorang saja yang pernah menyanyikan lagu bersatu teguh itu
yang sudah 'fed-up' kepada karenah pemimpin elit UMNO yang sudah
mengikut jalan salah simpang; malah ramai yang 'meronggeng dan
mendondang-sayangkan' lagu itu pun sudah 'Blahhhh..' mengikut sempang
lain. Jika saya salah langkah, masakan mereka salah juga. Hari ini nampak
bahawa UMNO memang sudah salah sempang. Lebih jual temberang
menunjukkan belang. Proses mereformasikan UMNO sudah dilakukan lebih awal sebelum bekas YB
UMNO seperti Tengku Mansor mewujudkan LamanWeb 'reformasi UMNO dot
com'. Anwar sendiri lebih awal mencanangkan supaya UMNO berfikiran
terbuka membuat perubahan mereformasikan parti dari dalam.
Pemuda UMNO sendiri sangat kritikal supaya pemimpin elit UMNO jangan
bersikap memaksa Pemuda mengadaptasi 'sindrom bisu'. Selaku pemimpin
pelapis, Pemuda UMNO berpendirian supaya harus dibebaskan melaksanakan
fungsi 'ombudsmen'. Tetapi apa sudah jadi? Anwar sendiri adalah mangsa proses mereformasikan
UMNO dari dalam. Seluruh UMNO ternyata tidak membantu beliau
melaksanakan iltizam semurni itu. Sebaliknya, pemimpin sebesar Anwar itu
dibiarkan 'rotting away with nobody in UMNO itself seemed to be bothered to
come to his side'. Ini nampak semasa Mahathir membuat keputusan membuang
beliau di mesyuarat MKT (bulan September 98).
Inilah nostalgia yang menguatkan tekad 1.8 juta anak-anak muda terpelajar
dan berminda terbuka untuk melupakan UMNO untuk sekali dan
selama-lamanya. Inilah menyebabkan penyokong berkerat rotan seperti Amin
Sapiro berhijrah ikut simpang lain. Bukan sikit Amin Sapiro yang berhijrah itu.
Tengok apa jadi di Terengganu dan Kelantan, Kedah dan Pahang!!
Nostalgia itu lebih bermanfaat dari mensia-siakan masa menostalgiakan UMNO
yang dipimpin oleh Allahyarham pejuang 'Anti Malayan Union' dulu. UMNO
Asal itu sudah terkubur kerana UMNO merelakan Mahathir Mohamad (baka
paria Krala warisan Raja Mandeliar dan si Kitul) itu menjadi 'Belanda dapat
tanah' bila diagih peluang menerajui kepimpinan sebuah parti tunjang orang
Melayu. Mahathir Perosak Kontrak Sosial UMNO dan Orang Melayu
Semakin nampak, Mahathir inilah 'jelatang' paling busuk yang beragenda
merosakkan fabrik UMNO yang 'disosial-kontrakkan' oleh semua parti-parti
nasionalis Melayu yang berbagai corak dan ragam yang bersetuju membentuk
UMNO Asal supaya ditubuhkan. Mahathir yang biadap ini semakin nampak tidak berterima kasih kepada orang
Melayu. Si 'munafiq tua' ini beragenda busuk terhadap orang Melayu.
Mahathir ini jugalah yang telah menghasut dan merosakkan budaya
kepemimpinan dalam UMNO Asal hingga kedaulatan Raja-raja Melayu dalam
Perlembagaan beralih ke tangan beliau.
Mahathir betul-betul sudah menjadi seperti Raja Mandeliar. Pemimpin
berkaliber Melayu sentiasa menghadapi proses pemusnahan sekiranya tidak
sehaluan dengan agenda peribadi beliau. Kedaulatan Raja-raja Melayu
dengan peruntukan Perlembagaan yang menjadi pasak perlindungan orang
Melayu dimusnahkan. Mahathir mau kuasa itu berpindah ke tangan beliau
untuk dipergunakan bagi melaksanakan agenda keparat peribadinya.
Budaya UMNO sudah diubah kepada 'gejala mengharapkan emas sebahara'
hingga pemimpin UMNO sanggup bersekutu dengan si Mandeliar ini
memusnahkan sopan santun ketimuran orang Melayu, kedaulatan
undang-undang, cara mencari kekayaan, keunggulan agama Islam dan 1001
keaiban lagi. Pemimpin UMNO Terbeli Murahan Mahathir inilah yang semakin menghebat merasa dirinya berkuasa mutlak boleh
buat apa saja. Sebabnya, pemimpin UMNO (dan saki baki penyokong yang tak
seberapa yang boleh dibeli dengan ringgit dan sen) yang seharusnya tahu
'people power' sebaliknya berwenang-wenang tidak mempedulikan kuasa itu
dan menyerahkannya kepada 'mamak tongkang' ini.
Pemimpin UMNO tidak peduli kepada rintihan rakyat marhain. Kerana, mereka
sibuk bersengkongkol mengisi tembolok sendiri. Mereka leka mencari jalan
mudah hingga sanggup menyerahkan 'people power' kepada kepada
Mahathir, asalkan mereka terus dapat mengenyangkan tembolok
masing-masing. Siapa dalam kepimpinan UMNO yang berjawatan yang masih tinggal tidak
melakukan rasuah? Orang berserban besar seperti Wan Mokhtar (sekadar
contoh dari 1000) yang memerentah Terengganu lebih 20 tahun adalah
'penyangak paling gampang' mengkaya-rayakan diri dan kroni mengikut cara
ini. Tidakkah Terengganu antara negeri termiskin walaupun lebih RM7.0 billion
Royalti minyak habis begitu saja. Sebaliknya PAS/BA mengambilalih
Terengganu tersadai dengan hutang lapok Rm700 juta? Bersihkan ulamak
politik dalam UMNO? Mahathir dan pemimpin UMNO yang tersisa ini telah berdendam kesumat
kepada rakyat yang insaf yang merobah Kerajaan Terengganu. Dengan
kelentong 'lembu paria' yang disangkutkan oleh si Mandeliar ini ke leher
pemimpin yang tinggal di kandang UMNO, mereka sama-sama berhujah
umpama seorang buta huruf. Mereka memberi alasan bangang yang terkeluar
dari undang-undang untuk memberi justifikasi perampasan hak 1 juta rakyat
Terengganu yang masih hidup dalam kemiskinan.
Apa UMNO sudah buat dulu, dan apa agenda sekarang dan masa depan?
UMNO Terengganu nak reformasikan UMNOnya? Piraaahhhhh?..!! Anda
sakelian sudah jadi nyamok. Reformasi BA sudah pakai SHELTOK dan
FUMAKILA sekarang!! Rasuah Dalam UMNO Sudah Jadi Madat
Sekarang pemimpin UMNO semacam orang ketagih madat, sanggup menjilat
p*ngg*ng Mahathir untuk mendapat reja-reja rempah yang keluar dari d*b*r si
Mandeliar ini. Inilah yang dijilat-nikmat oleh pemimpin UMNO sekarang.
Bermakna Mandeliar ini sudah merobah seluruh iltizam UMNO sejak 20 tahun
beliau menerajui UMNO. Mandeliar ini sudah begitu yakin kepada dirinya.
Bukan setakat Khir Toyo saja yang sudah dijadikan 'Pateh Karma Wijaya
(PKW)', tetapi ramai lagi sudah jadi PKW dalam UMNO. Mereka sudah siap
ditempatkan oleh si Mandeliar ini menerajui korporat-korporat, agensi-agensi
dan Jabatan kerajaan yang berhubungkait dengan rakyat. Mereka inilah yang
membuat keputusan dan melaksanakan agenda Mahathir.
Kerana mereka 'mengharapkan sebahara emas', ulamak UMNO sendiripun
sudah menghumbankan intipati praktikal Al-Quran dan Hadis. Masing-masing
sudah jadi 'Kakak Tua' yang sekali sekala mencok di jendela, semacam ayam
jantan laga - cuma berkokok berderai-derai tetapi, bukan saja ekor sendiri
bergelumang taik malah sudah makan tahi sendiri!!
Ulamak UMNO - mereka inilah 'bikin karenah tak serupa buku cakap'. Mereka
inilah paling kuat 'Ngap' beratus juta secara rasuah dan penyelewengan.
Mereka cuma jadi 'jembalang' menggadai Al-Quran dan Hadis, rela serban
mereka dijadikan penyapu punggung Mandelia ini selepas berhadas ditandas
- asalkan mereka dapat fulus juta-juta dan karenah busuk mereka diberi
perlindungan! Kita bicara lagi di bahagian ke-2: apa UMNOkah yang nak di reformasikan
lagi? (Geleng kepala kita). Amin Sapiro |