Laman Webantu KM2A1: 3716 File Size: 12.3 Kb * |
B2: Umno Mahu DiReformasi? Jangan Jadi Mat Jenin Lah..Hahah..! By Amin Sapiro 2/2/2001 5:06 am Fri |
Amin Sapiro (Maaf..! Kami Blah dulu'.!!)
[Selagi Umno tidak mampu untuk menyanggah presiden dan kepimpinan
mereka, selagi itulah reformasi di dalam Umno sia-sia belaka. Ahli Umno
kini sebenarnya terlalu mengikut pemimpin, tetapi pemimpin langsung tidak
mahu mendengar bukan sahaja pandangan akar umbi, malah pandangan ugama juga.
Dengan meminggirkan kehendak ugama, Umno tidak akan kemana - ia hanya
akan menyegerakan kepupusannya sahaja. - Editor]
Bahagian: 2
KONSEP 'Reformasi' tumbuh dalam UMNO. Memang. Lihat ucapan Anwar
di Johor tahun 1996 dan disokong oleh Musa Hitam. Di waktu itu memang
cukup ranum. Anwar telah menyarankan 'UMNO harus direformasikan'
(lihat juga ucapan Zahid Hamid di Perhimpunan Pemuda 1976).
Tetapi ia telah ditolak oleh UMNO (khususnya Mahathir. Beliau cukup marah
dan dengan angkuh dan biadap sanggup memalukan Zahid di depan
Perhimpunan. Pemimpin UMNO diam saja. Bermakna, UMNO tidak menyukai
reformasi itu. Akhirnya Mahathir yakin dengan angkuh bertukar menjadi 'Bapak
KONSPIRATOR'. Anwar dibuang tanpa perbicaraan yang adil. Elit
kepimpinan MKT UMNO tidak menyebelahi kebenaran Anwar secara protes
lantang; malah terbukti sudah kemudiannya, MKT dan 2000 Perwakilan
UMNO kaku, bisu dan kecut-mecut 'buah sentul'.
Mereka masih menyokong agenda Mahathir hingga hari ini. Mereka
mengharapkan perjuangan reformis akan reda. Ternyata sebaliknya. Dengan
kekuatan dalam BA, dan kerana itu, UMNO semakin aib. Sekarang
UMNO/BN sudah semakin hilang keserasian dengan iltizam pendukung
Reformasi dan Islah (ie. KeADILan dan PAS). UMNO sudah melepek sperti
'lempeng kering dilenyek compactor steam-roller'.
Tambahan pula, UMNO sudah bertukar jadi parti yang semakin
'pendendam dan pengkianat kehidupan lebih 1 juta warga Terangganu
(Kelantan lagi') dengan penarikan Royalti Minyak, pemecah konsep
Federalisme dan pelanggar Perlembagaan Negara (yang jadi kontrak sosial
rakyat) dan cuba pula menubuhkan 'kerajaan dalam kerajaan' di
Terengganu. Apa ini' Tengok tindakan Ali Rustam dengan kebodohan 'socio-political
management' paling 'unpolitical' di Melaka. Kalian fikir 1.8 juta anak muda
penyokong Pembangkang itu dungu-bebal macam haprak-haprak UMNO
kaaaa??? Hihihhi??!! (maaf kasar sikit).
'UMNO Baru(A)' Bukan 'UMNO Asal'
Regim Mahathir sudah terlalu jauh terlajak hingga menafikan 'Keadilan
rakyat'. Sebaliknya kalian semakin nampak 'menegakkan Kezaliman'.
Buktinya, lihat saja apa nasib seorang pemimpin yang lebih telus dan
berkarisma besar dan lebih bewibawa dikhianati dan dipurukkan dalam
penjara oleh Mahathir sebagai 'the prisoner of conscience'. Tidakkah
regim Mahathir sudah terlalu jauh terlajak hingga tidak semudah itu berpatah
kebelakang' Fikir sendiri. Terimalah realiti ini bahasa regim Mahathir sudah terlalu jauh terlajak hingga
sudah merosakkan UMNO/BN cukup buruk sekali. Jangan Mahathir cuba
menyamakan UMNO Baru yang telah dibaru(A)kan nya dengan kehebatan
dan keterampilan UMNO Asal hasil perjuangan anti-Malayan Union yang
diteramilkan melalui 'statesmen' allahyarham Tunku, Tun Razak dan
lain-lain. Orang Melayu sudah tolak habis-habisan. Tidak ada nostalgia itu
lagi!! Jika Mahathir cuba memterampil dan mengambil kerja baik UMNO Asal dan
MENCIPLAK imej pemipin terdahulu; perbuatan itu akan mendorong orang
UMNO yang tersisa dalam UMNO membuat perbandingan antara 3 zaman
yang mereka pernah lalui; ie antara 'UMNO Lama' dengan 'UMNO
Baru(A)' dan kini sudah semakin jadi 'uMMno' (Union of
MAMAK-MALBARI Nesynal Organisation), ie. Fasa ke-3. Hihihhi' UMNO
sudah hancur. Sekarang sudah berpindah kepada Pembangkang Melayu!!
Ramai penyokong bekas UMNO Asal (yang masih akur menyokong UMNO
Baru(A)) telah cabut dan menyebelahi Pembangkang bila Anwar dikhianati
(lihat keputusan P/raya Nov. 99). Sekarang, setelah UMNO Baru(A)
dijadikan oleh Mahathir 'uMMno' (lihat perlantikan Senator-senator
Malbari jadi Menteri) - nisbah 32% Melayu penyokong dulu akan tinggal
ranting dan daun kering saja. Walaupun ada mereka-meraka yang mendapat faedah semasa menerajui
dann menyokong UMNO dulu; tetapi sekiranya pucuk pimpinan UMNO
berlaku biadap, kurang ajar dan keluar dari norma-norma kemanusiaan;
fikirlah ini bahawa 'Wang tidak akan merelakan pembunuhan nilai-nilai
murni kemanusiaan. Jika pemimpin UMNO berfikir untuk merelakan Mahathir
berbuat begitu bermakna UMNO adalah 'a gang of MAFIOSO'. Lantiklah
Mahathir adalah 'Don Corleon' nya, dan tunggulah rakyat akan
menghukum mereka yang sekongkol. Siapa Pemimpin 'uMMno' Sekarang'
Mungkin akhirnya 'UMNO Baru(A)' yang sudah dikhatan oleh Mahathir
menjadi 'uMMno' itu akan HANYA disokong oleh ahli-ahli 'Persatuan
Pekedai Runcit dan Pengendali Restoran Kari Kepala Ikan @ Nasi Kandar
Mamak-Malbari Se Malaysia' saja (hihihi'sindiran cuma). Biarlah - orang
Melayu sudah ada Parti lain!! Lihat: Para nelayan di Terengganu dan pesisiran pantai seluruh Malaysia,
pesawah dan pekebun Getah dan Sawit, setinggan dan buruh bergaji
murahan, peneroka bandar yang tidak cukup pendapatan membeli rumah
murah yang mahal, lapisan masyarakat yang tahu pembohongan dan
agenda Mahathir sudah BERPADU menyebelahi Pembangkang Melayu.
Golongan Miskin Dan Berada Sokong Pembangkang
Baca realiti kemenangan YB Azmin Ali (BA) di tengah-tengah masyarakat
pertengahan di DUN Ampang. Ia membuktikan bahawa BA mendapat
sokongan pengundi berpendapatan sederhana. Bacalah realiti kemenangan
YB Sifuddin Nasution di Lunas. Kesemua itu adalah petunjuk bahawa BA
sedang dihayati dan disokong oleh rakyat berpendapatan sederhana dan
rendah. Bermakna UMNO/BN sudah terperangkap.
Masihkah UMNO/BN cuma mengharap 5% mereka yang menerima imbuhan
rasuah dengan gaji lumayan seperti Ketua Polis Negara, Peguam Negara,
Hakim Negara dan kakitangan awam yang rakus seperti bekas KP Unit
Perancang Ekonimi itu? Atau sekelumit mereka yang menganggotai Isu
'Tidak Melayu Hilang Di Dunia' itu? (Ih..ih..ih..!!)
Jadi isu 'Perpecahan Melayu' tidak timbul sekarang. Isu 'Tidak Melayu
Hilang Di Dunia' cuma agin panas - ala gendang-ronggeng tin kosong
saja! Orang Melayu sudah tahu agenda mereka yang menerajuinya.
Ini termasuklah angan-angan 'Mat Jenin' pengendali Laman 'Reformasi
UMNO dot com' yang bersifat 'bernafsu ganas tenaga kurang' (maaf perlu
cakap). Approach, masa dan ketika melakukan reformasi dalam UMNO sudah salah
letak; sebab kalian yang bergelar pemimpin UMNO tidak 'bend the steel
while it was still hot'. Sudah cukup-cukup terlambat. Besi itu sudah
'mempelengkung' kepala kalian. Tahanlah sakitnya hingga melepasi tahun
2004, insyaAllah! Mungkin beberapa kerat pemimpin UMNO (khususnya) akan mampu setakat
mempertahankan kerusi Parlimen atau ADUN sendiri - tetapi jangan harap
kalian mampu pertahankan UMNO/BN 'as one single parti sebagai parti
memerentah'. Kerana, pemimpin UMNO yang sudah masak dengan taktik
UMNO (sekarang sudah menerajui Pembangkang Melayu) sudah tahu 'trick
of the trade' UMNO/BN. Lihat saja apa jadi di Lunas. Postmortemlah baik-baik dan jangan bikin
taktik kotor lagi. Kelak diri sendiri yang terjerat dan tererangkap!! Itulah
manifestasi jika pemimpin lupa 'the people power'..!!
Barang diingat, orang Melayu golongan lapisan kurang berada semakin
terpinggir, dan hak mereka (terbukti) semakin dicekik dan dikaut secara
rakus oleh pemimpin UMNO/BN. UMNO/BN menganggap diri
masing-masing sebagai 'the cream of the society' dengan jolokan
'UMNOPutera'. Mereka boleh buat apa mereka suka - walaupun memecah
undang-undang negara. Itu silapnya! Inilah antara faktor yang menjana penentangan yang semakin kuat dari
dalam UMNO sendiri. Sekali lagi 'sample' di Lunas adalah manifestasi
sebenar apa yang akan berlaku pada 2004.
Dasar Busuk: 'NKKK' & 'Kleptocracy'
Bukti-bukti rasuah dan krosnisme yang dilemparkan oleh Pembangkang ke
muka regim Mahathir dan menteri Kewangan Daim Zainuddin, hingga hari
ini, tidak ada satu yang terjawab oleh pemimpin UMNO/BN. Malah,
bukti-bukti semakin ampuh meledak dan satu demi satu terbit dipermukaan
sosio-ekonomi dan pentadbiran negara. Mereka sah 'bapak
penyeleweng'!! Sebagai bukti, Nepotisme, Kronisme, Korupsi dan Kolusi (NKKK) yang
mendarah daging dalam pentadbiran regim Mahathir, semakin nampak kian
berwenang-wenang dilakukan, dengan kemungkinan besar akan terus
dilakukan oleh pemimpin regim ini secara berleluasa.
Terdengar desas-desus bahawa baru-baru ini hampir RM20 billion bond
pinjaman luar negara telah diapung oleh Perbadanan Ushawan Nasional
Berhad (PUNB) untuk membailout kroni pemimpin regim ini tanpa kelulusan
Parlimen. Bermakna regim ini memperhutangi rakyat miskin demi kepentingan
diri dan kroni mereka. Ini adalah pertambahan dari hutang luar negara yang sedia ada sejumlah
RM160 billion - dan faedah makin meningkat, walhal manfaatnya kepada
rakyat belum pasti. Dengan itu, kerajaan pimpinan Mahathir sudah semakin tepat menganut
faham 'KLEPTOCRACY' yang bermaksud 'Kerajaan Perompak' (The
Government of Thieves. Rujuk: Hari Heath, July 2000 Idaho Observer: July,
2000). Ejekan itu semakin tepat dengan terbuktinya beberapa kes penyalahgunaan
undang-undang untuk mengapung kepentingan korporat anak-anak,
suku-sakat dan Kroni yang ada petalian kepentingan dengan mereka
bergelar pemimpin itu. Mereka yang sekongkol dalam 'Nepotisme, Kronisme, Korupsi dan Kolusi'
itu, kewujudan faktor yang memusnahkan ciri-ciri demokrasi, perampasan
hak dan kebebasan bersuara media rakyat, dan penggunaan kuasa polis
dan ugutan 'tangkap dan penjara' yang diarah oleh regim Mahathir - telah
meruntuhkan daya tahan regim Mahathir yang didukung oleh UMNO/BN
yang semakin dibaruakannya..!! Apakah pemimpin UMNO berkesanggupan menjana reformasi menurut jalan
Reformis BA' Kalau ada jiwa dan iltizam begitu - Nah! AYUH'..BA sudah
menyediakan platform untuk anda. Buat apa bikin susah-susah mau reform
UMNO kalau anda akan dibelantan juga, dong..heheh!! Tambahan pula,
reformis dalam kelompok UMNO macam nyamuk cuma!!
Mampukah Gagasan 'Tidak Melayu Hilang Di Dunia' Berfungsi?
Pembangkang Melayu semakin nampak bahawa Mahathir dan vetren
UMNO sudah semakin resah dengan ledakan sokongan beralih dari UMNO.
Mereka berkumpul dalam NGO 'Tidak Melayu Hilang Di Dunia' itu
semata-mata kerana sayangkan UMNO, bukan sayangkan Melayu.
Personaliti yang hadir adalah muka-muka yang sudah mendapat nikmat
kayaraya secara rasuah dan penyelewengan. Jika Rahim Thamby Chik,
Ghafar Baba, Ibrahim Ali (yang lain belum tau siapa) adalah antara mereka,
maka sudah nampak bayangnya bahawa mereka itu bermaksud berkumpul
untuk menjamin supaya 'mereka tidak hilang harta rompakan' saja.
Agenda seperti ini akan memburukkan lagi imej UMNO dan sekaligus
mencederakan hubungan UMNO dengan komponen BN bukan Melayu.
Tepat sekali jika Pembangkang Melayu menolak tidak menganggotainya,
kerana falsafah 'TMHD' itu bertentang dengan perjuangan mereka yang
berhaluan tengah yang serba adil. Mahathir & UMNO/BN Wajar Baca Mood Rakyat
Tentu anda ingat: Sokongan politik kepartian adalah berasaskan keyakinan
dan sokongan rakyat terhadap pemimpin. Jika faktor ini sudah tandus,
alamat parti itu akan terkubur. Jika rakyat sudah mulai curiga, itu pertanda awal kejatuhannya. Jika rakyat
sudah tegak berjuang menentang, regim itu pasti akan tumbang.
Dengan itu, Mahathir dan UMNO/BN wajib membuang imej paling kotor
yang menyaluti batang tubuh parti dan pemimpin mereka terlebih dulu. Itulah
'reformasi' yang UMNO harus buat dulu.
Hematnya, sesebuah regim penganut 'Kleptocracy' tidak panjang umur!!
Gejala inilah yang bakal menumbangkan regim Mahathir pada 2004 nanti -
sekaligus 'uMMno' akan lenyap dicelah lipatan sejarah! Amin, ya Rab..!!
|