Laman Webantu KM2A1: 3715 File Size: 13.0 Kb * |
B1: Umno Mahu DiReformasi? Jangan Jadi Mat Jenin Lah..Hahah..! By Amin Sapiro 2/2/2001 6:18 am Fri |
Amin Sapiro (Maaf..! Kami Blah dulu'.!!)
[Bagaimana Umno mahu direformasi jika ia tidak bersedia untuk
melakukan perubahan menyeluruh di dalam diri. PW Umno seharusnya
menjemput dan mengajar orang Umno sendiri, bukannya orang reformasi!
Lainlah kalau mereka pun sudah tidak berguna lagi - yakni sudah jadi
orang reformasi. Jika tidak lupakan sahaja - membazirkan masa sahaja
kerana keranda Umno sudah terbuka di depan mata. Hanya terjun yang
diperlukan sahaja. Bahagian: 1
Tengku Mansor Tengku Mahmud yang mengendalikan laman Web
Reformasi 'UMNOnya' dan cuba mensia-siakan masa dan tenaga untuk
memutar jarum UMNO ('uMMno') kebelakang, kita akui itu haknya.
Bodoh-bodoh pun itu haknya. Tetapi masa dan gelombang sosio-politik rakyat dan orang Melayu semakin
jauh menuju era Reformasi dan Islah tidak akan menunggu UMNO yang
sudah ketinggalan angin. Kapal Reformasi Pembangkang Melayu sudah
sudah jauh ke tengah lautan dan tiupan angin yang ditunggu-tunggu
pemimpin UMNO macam si Tengku kita itu sudah mati. Barang angkutan
sudah membusuk dalam kapal UMNO. Orang Melayu semakin dan sudah bersatu dan berpadu. Adalah satu
pembohong Mega mengatakan 'Melayu berpecah'. Saki-baki penyokong
UMNO yang tinggal segelintir dalam parti itu tahu, dan kompnen BN juga
pun tahu bahawa orang Melayu tidak pernah berpecah seperti yang
diwarwarkan oleh Mahatir dan 'uMMno'nya.
Orang Melayu HANYA berpecah dan berbondong meninggalkan UMNO.
Malangnya, sementara lebih dari 70% orang Melayu sudah meninggakan
UMNO, saki baki pemimpin parti itu (UMNO) masih terkial bagai 'si kancil
yang tersepit kaki dicelah geraham buaya lapar'; kununnya cuba
melakukan Reformasi dari dalam. Gejala 'Mat Jenin' dan nostalgia lapuk yang masih meyakini kununnya
'UMNO' yang telah diMamak-Malbarikan Mahathir dan masing-masing
berbuih mulut mahu ditakrif 'uMMno' sebagai UMNO Lama, semakin telah
menyesatkan pemimpin UMNO ke simpang lain. Mereka sudah jadi
penyokong gerombolan Perasuah dan Konspirator politik paling busuk dan
jahat, kerana mereka adalah sebahagian dari pelaku Rasuah dan Konspirasi
politik yang menjijikkan itu. UMNO berjuang dengan pengaruh 'wang', tetapi Pembangkang berjuang
dengan 'semangat' dan keikhlasan. 'Wang' adalah 'limited resources',
tetapi 'Semangat' adalah sumber yang tidak terhad. Wang membawa
masalah kepada politiking dan masalah yang berpanjangan, tetapi semangat
akan membawa 'espiri de corp' dan toleransi berakhir dengan
kemenangan. Berikut adalah pandangan yang merumuskan hasil pemantauan terdekat
dengan menyelami lubuk hati orang Melayu. Bacalah sebelum puak UMNO
berkeras mahu 'mereformasikan' UMNO. Terserah..
'Think-Tank' UMNO Semakin Silap Strategi
Hematnya, jika rumusan orang-orang @ karekter seperti yang disebutkan
dalam rencana awal 'Petanda Kemusnahan Kepimpinan Dr.
Mahathir-UMNO/BN & Ledakan Kesedaran Massa', didengar dan
dipercayai oleh 'think-tank ' dan strategist UMNO/BN, PASTI kesan yang
akan 'back-fire' kepada UMNO/BN akan melejang ke tahap yang lebih
buruk lagi berbanding dengan tragedi yang dialami UMNO/BN November
1999 lalu. Jangan pemimpin UMNO cuba manafikan (diperingatkan begitu kerana
itulah kelaziman sikap mereka), bahawa kemaraan sokongan rakyat dan
lapisan muda yang berpendidikan, berminda terbuka dan semakin mengerti
hak-hak mereka, dan kini mereka semakin ampuh memberi sokongan
kepada Barisan Alternatif (BA); harus ditafsir sebagai suatu arus ledakan
politik massa paling gamat sejak negara mencapai Kemerdekaan 43 tahun
lalu. Penyokong Pembangkang Muda Sudah Bersedia
Dr. Mahathir harus sedar bahawa pengundi muda pada 2004 dianggarkan
1.8 juta. Mereka sudah siap dengan emosi dan jati diri menyebelahi
Pembangkang. Gelombang perjuangan Pembangkang BA yang wujud kebelakangan ini
adalah hasil ledakkan dari ketidakpuasan hati mereka melihat setiap
komponen UMNO (samada Pemuda, Wanita dan Induk) semacam
membudayakan 'sindrom takut', bersikap pasif dan tidak memihak kepada
rakyat marhain yang tersepit. Ini tidak akan merobah apa-apa, sebaliknya
menjerumuskan UMNO ke jurang yang lebih dalam.
Buktinya: Zahid Hamidi dan orang selepasnya wajar sangat disimpulkan
sebagai 'kaki temberang' dan 'pengecut berjiwa kerdil' paling ketara
dalam sejarah Pemuda. Dalam Perhimpunan tahun 1996, beliau dibelasah oleh Mahathir - akhirnya
melutut, lemah meliuk terkulai longlai bagai batang keladi diganggang api
apabila kesempatan sudah ada. Orang selepas beliau pun kecut-mecut
hingga bergelar 'Pondan Siam' kerana diugut oleh 'inner cirle'
Mahathir-Daim. Ini bukti wujud permasalahan melibat kepentingan diri yang
memperkuda nilai kepimpinan dalam UMNO!!
Wanita UMNO paling buruk perangai dengan menyokong Rafidah Aziz yang
diketahui korup (dengan bukti nyata) dan masih dibiarkan melata tanpa
membersihkan diri. Jangan bagi alasan kemenangan Rafidah yang cuma 12
undi menunjukkkan suatu penentangan Wanita. Itu alasan bodoh! Fikirkan
kebenaran tanggapan rakyat. Jika Wanita betul-betul peka dan berhasrat menegakkan kebenaran,
keadilan, menolak kezaliman dan justeru itu berhasrat membersihkan UMNO
- Rafidah wajar ditolak terus (100%), bukan? Apa yang berlaku sekarang?
Keberadaan Rafidah sebagai Ketua Wanita itulah yang memberi Mahathir
kekuatan untuk meneruskan agenda busuknya untuk melindungi perasuah
disekeliling belaiu (termasuk dirinya sendiri). Kerana itulah Rafidah menjadi
batu penghalang kepada reformasi dalam Wanita.
Sekarang sudah ada Shahrizat si 'tanggaci' Malbari yang naik pangkat jadi
menteri balaci Mahathir cum kroni tukang cari wang untuk Mahathir-UMNO.
Imej wanita semakin menghalau wanita menyebelahi Pembangkang Melayu.
UMNO Tidak Sehaluan Dengan Aspirasi Orang Melayu
Itu cuma untuk memberi contoh 'tips of the icerbergs'. Segala fakta-fakta
kesemberonohan gejala busuk dan buruk yang cukup berleluasa yang
sudah mendarah-daging jadi amalan pemimpin UMNO selama ini. Kesemua
fakta-fakta itu telah mendodorng wujudnya satu angka pertambahan
sokongan dari anak muda terhadap Pembangkang Melayu (termasuk kaum
lain) yang cukup tinggi (anggaran 1.8 juta). Bermakna UMNO sedang
berperang dengan orang rakyat, khususnya Melayu.
Bukan saja angka jumlah itu sudah mampu memberi 'off-set' kepada jumlah
kelebihan majoriti kemenangan UMNO/BN sebanyak 3 kali ganda ie.
berdasarkan jumlah kelebihan bilangan undi majoriti BN (Nov. 1999); -
malah penyokong UMNO yang sedia ada pun sudah cabut. Dimanakah
UMNO akan mendapat sokongan lagi' Tidakkah itu bermakna UMNO/BN
akan lumpuh, dan berkemungkinan pemerentahan negara akan beralih
tangan kepada Pembangkang! InsyaAllah..!!
Kekecundangan UMNO/BN Lebih Kompleks
Mahathir dan UMNO/BN tidak usah cuba menafikan fakta benar ini.
Mahathir dan pemimpin UMNO/BN harus sedar bahawa punca terpenting
yang menyebabkan Pembangkang (dengan sokongan pengundi yang pasti
lebih 2.5 juta) berjuang/berjihad untuk menumbangkan UMNO/BN bukan lagi
semata-mata atas isu Anwar sahaja atau bencikan kepada kepimpinan
'biadap' Mahathir saja; malah lebih kompleks dari itu.
Kekompleksan isu-isu itu adalah saling 'interwoven' dalam konteks
parameters politik yang lebih luas (dan terus meluas. Ia menghasilkan
senario saikologi socio-politik dan opportuni ekonomi (khusunya bagi orang
Melayu) yang memberi tanggapan yang sangat negatif terhadap UMNO.
UMNO tidak menunjukkan daya keterampilan kontrak sosial sesama UMNO
- acapkali pinda perlembagaan untuk disesuaikan bagi menegak
sekumpulan orang berkepentingan.
Dalam konteks pemerentahan, UMNO menafikan hak-hak orang Melayu
dan golongan yang tidak berada dan golongan pekerja (lihat rungutan
Zainal Rampak MTUC) yang semakin dipinggirkan. Ini adalah kesan dasar
penswastaan dan pengkopratan Mahathir yang yang salah tadbir oleh kroni
terpilih demi menjaga kepentingan orang politik tertentu (siapa?); hingga
ramai elit puak UMNO menjana peluang melakukan segala macam rasuah
dan penyelewengan sesama UMNO/BN. Pembangunan perindustrian tidak mengembangkan keusahawanan
usahawan dan peniaga IKS (khususnya Melayu) - dibiarkan tanpa
pengawasan, cuma setakat memberi peluang pekerjaan kepada 'minah &
mamat Kilang' saja. Tidak ada satu program pro-aktif yang boleh menjana
daya keusahawan Melayu yang terpelajar dan terdidik dibidang teknikal
yang boleh berkembang dan berkemampuan boleh subur. Semuanya
melepaskan batuk ditangga tanpa diberi bantuan yang berkesan.
Puncannya, kronisme dan nepotisme terlalu menggugat. Inilah yang menimbul
frustasi golongan muda. Pemimpin Menjarak Dari Rakyat Hematnya, itupun cuma 'tips of the icebergs' lagi. Dan, dalam
'complex-whole' dan keseluruhan senario kacau-bilau dan 'mud
slinging' dalam UMNO sendiri, akhirnya telah menyebabkan rakyat merasa
terhakisnya hak-hak mereka sebagai rakyat. Itu semakin ketara semakin
dicabul oleh pemimpin UMNO/BN. Pemimpin UMNO/BN sudah semakin menjarak dan putus hubungan dengan
rakyat sehingga tidak tahu realiti kehidupan/rintihan rakyat. Mereka semakin
angkuh dan menafikan kritikan dan saranan rakyat - hingga pemimpin
UMNO (khusunya Mahathir) sudah begitu angkuh dan menafikan realiti
kedudukan dan kehidupan orang Melayu (khususnya) di kampung dan di
desa-desa. Contohnya: anak-anak Melayu tidak diberi biasiswa (sebaliknya pinjaman
dengan faedah 4%) dan ibu bapak Melayu miskin merengkok menanggung
hutang berjuta (jika anak mereka 5 orang). Pekebun kecil dinafikan subsidi
walaupun mereka adalah penyumbang kepada 'cess ekspot' (eg. Getah).
Usahawan IKS Melayu terbiar tanpa penyelarasan yang efektif (Menteri
UMNO seperti Mustafa Mohamad dulu menganggap keadaan sebagai 'fait
accomple' tanggung beres - padahal masalah IKS Melayu berserabut
macam rambut betina lacur sundalan bangun tidur), dan ratusan rungutan
lain. Kerana pemimpin UMNO yang berjawatan dan berkuasa terlalu cenderung
'to take things for granted' - tidak berjejak di bumi realiti politik rakyat
marhain, menolak kebenaran kewujudan pelbagai 'aspects and facet'
kesengsaraan sosio-ekonomi orang Melayu; mereka tidak pro-aktif.
Majoriti mereka yang berjawatan tidak nampak menggerakkan urustugas
berasaskan kehebatan UMNO sebagai parti tunjang BN. Sebaliknya mereka
bersenang-senang melakukan rasuah mengenyangkan tembolok
masng-masing. Semakin memburukkan keadaan lagi apabila (sambil itu)
Mahathir & Kroni melakukan jenayah rasuah dan penyelewengan untuk
dirinya, anak-anak dan Kroni-nominee nya).
Semua ini menyebabkan anak-anak dan penyokong UMNO yang 'insaf
dan celik politik' dan bersimpati kepada bangsa sendiri telah menolak
UMNO. Siapa yang tinggal dalam UMNO' (heheh' no body kecuali mereka
yg rasuah dan pengkhianat bangsa dan agama saja..!). Ini bukan cerita
yang sama dengan penubuhan S46 lagi. UMNO sudah mengahadapi
masalah paling serius. Orang Melayu Ampuh Memilih Pembangkang
Kini orang Melayu tidak ada pilihan melainkan menolak UMNO. Mungkin
sokongan yang tersisa kurang lebih cuma 32% (ikut banci UMNO). Kerana
tidak ada tanda-tanda UMNO akan dapat dibaiki lagi (termasuk komponen
BN yang tak kurang hapraknya), Pembangkang sudah semakin diyakini.
Konspirasi dan pengaiban keatas Anwar dan segala pembongkaran
kebusukan setiap pemimpin (waima MB dan pemimpin UMNO berstatus
ulamak ketayap perang pun melakukan 1001 macam rasuah dan
penyelewengan, eg Wan Mokhtar dan Yusuf Nor tidak boleh dipercayai);
semua ini membuktikan bahawa UMNO sudah rosak hancur-lebur dimakan
anai-anai dalam teras batang tubuhnya.
Cuma satu saja pilihan yang logik dan rasional bagi orang Melayu
sekarang, iaitu UMNO/BN tidak wajar lagi disokong. Parti ini sudah tidak
boleh lagi direformasikan selari dengan konsep 'Reformasi dan Islah' yang
diterampil dan diiltizamkan oleh Pembangkang Melayu.
Ingat KeADILan adalah kelompok anak muda berpengalaman dalam UMNO.
Mereka tahu sepak terajang dan kebobrokan UMNO. Mereka ada visi dan
mereka sudah mendapat sokongan ampuh 2.0 juta anakj muda terpelajar.
Jangan perkecilkan jati diri dan daya juang mereka, kecuali kalau pemimpin
UMNO mahu terus salah strategi lagi. Kalau kalian menafikan realiti ini -
Nah! Mampuslah. Mereka tidak peduli sebaliknya 'good for me', kata
mereka!! Apakah UMNO masih bernyawa lagi? Apakah yang mesti direformasikan
oleh pemimpin UMNO lebih dulu? Kita akan lihat di Bahagian Ke-2.
Amin Sapiro |