Laman Webantu KM2A1: 3714 File Size: 26.3 Kb * |
Siri 3 BPMP: Bila Dunia Semakin Hilang By Kapal Berita 2/2/2001 4:48 am Fri |
Isu 'Takkan melayu hilang di dunia' memang seronok dipalu orang, tetapi
soalnya mengapa sekarang sedangkan orang melayu juga dikatakan memegang
dan menguasai tampuk pemerintahan? Siapakah yang menghilangkan orang melayu itu
sebenarnya dan mengapa? Bukankah mereka yang menjerit slogan itu jugalah
orang selama ini mengoyak-rabakkan perlembagaan sehingga raja pun sudah
tidak di'berpelembagakan'? Sebenarnya ketuanan melayu sudahpun beralih kepada seekor setan yang
berpura-pura melayu sedangkan keasliannya sendiri masih dipertikaikan.
Dia melaga-lagakan orang melayu dan mengaibkan bukan sahaja semua
timbalannya malah bapak kemerdekaan. Kini seluruh bangsa melayu diaibkan
dengan melantik barua yang menjalar tanpa berakar.
Orang Cina memanggil binatang ini sebagai ular - tetapi bertuahkah
mereka sebagaimana bertuahnya tahun ular bila India bergempa buminya?
Bagi orang India, ular adalah binatang tradisi yang menjadi umpan
untuk menarik perhatian sehingga ia pernah menjadi mata pencarian
yang agak lumayan jika dibuai dengan bunyi-bunyian yang mengasyikkan.
Orang India dikatakan tidak akan membunuh ular kerana itu mungkin jelmaan
tuhan atau dewa mereka. Seseorang itu dipatuk supaya dosanya hapus..
Bagi orang melayu pula, ular tidak dianggap satu permainan kerana
bisanya begitu cepat menular jika terkena gigitan. Darah pada luka
itu perlu dihisap dan dimuntahkan beberapa kali dengan segera
jika tidak mangsa akan tidak sedar diri dan akhirnya mati.
Tetapi kita jangan lupa ular juga merupakan simbol kaum Yahudi untuk
menjajah bumi. Binatang itu dipilih kerana gigitannya bisa sekali dan
ia dapat menjalar dengan sebegitu diam tanpa dikesan orang. Sekali sekala
ia menukar kulitnya untuk menyesuaikan keadaan. Sebab itulah orang tua-tua
ada berpesan agar menyimpan buluh dan belerang (sulfur) supaya ia tidak
datang. Ada juga cerita yang mengatakan ular tidak akan berada di rumah
yang ada wanita yang mengandung - seolah-olah bayi itu mempunyai satu
kuasa yang ularpun tidak tahan berada berdekatan dengannya. Itulah satu
misteri yang perlu dikaji untuk mereka yang mempunyai aqal fikiran.
Sesungguhnya bayi itu mempunyai pelbagai makna yang amat mendalam....
Untuk berjaya dalam satu-satu perniagaan, hubungan perlu ada. Tetapi biarlah
ada sempadan dan had-hadnya. Daim kini menguasai MPB melalui beberapa permainan
koporat melalui dua kuda tunggangannya, LBSB dan SMSB. MPB dikuasai kerana ia
merupakan antara konsortium yang mendapat projek bernilai RM3 bilion untuk
pembangunan Putrajaya. Dengan Putrajaya menjadi Wilayah Persekutuan, raja
sudah tidak diperlukan lagi kerana semua yang terlibat adalah 'orang-orang
mereka' belaka. Patutlah bersyukur benar Mahathir merasmikan Putrajaya -
kerana ia sudah milik Kementerian Kewangan (MoF) yang tentunya dijaga oleh
Daim juga. Beginilah caranya mereka membalun kekayaan negara. Adalah semakin sukar
untuk pembangkang untuk memantau keadaan, apatah lagi BPR memang sudah
tidak boleh diharapkan. Di parlimen pula, majoriti dua pertiga BN dan
sikap speaker yang asyik tidak memberi laluan akan menyukarkan lagi
rakyat untuk melihat satu pembangunan yang bersih yang diharap-harapkan.
Saya tertarik dengan komen Suqui di mana Kuala Lumpur sahaja mendapat
14.26% (RM1.2 bilion) peruntukkan belanjawan. Sudah tentu kroni sudah
lama mengidam untuk menjamah wang dari peruntukkan ini. Dengan Daim
menjaga MoF, dan syarikat suku sakatnya mendapat tender membangunkan
Putrajaya, patut sangatlah beliau diam kerana semua sudah berada dalam
tangan. Dalam siri YTDT kita dapati tanah-tanah tersebut dibeli dengan begitu murah
sekali oleh kroni yang sudah diberitahu awal-awal lagi. Kerajaan kemudiannya
membelinya dengan begitu mahal pula dan terus menukar namanya untuk menaikkan
spekulasi. Tetapi ketika meminta tanah itu dari Selangor harga yang ditawarkan
tidak boleh dipersoalkan pula - malah mereka menegaskan sebarang desakkan
tidak akan dapat mengubah apa-apa. Bukankah ini penjajahan namanya?
Kita tertarik dengan sekumpulan mereka yang menggelarkan diri sebagai
pejuang 'takkan melayu hilang di dunia' ingin berdemo di Kampung Baru pada
4/2/2001 tetapi cuba menipu orang lain sehingga banyak laman web terkena
dan menyiarkan iklan mereka. Tidakkah itu bermakna mereka pun cukup ragu ramai yang akan turut serta?
Kalaulah dalam mengajak pun sudah sanggup menipu, apakah mereka ini boleh
diharapkan untuk menolong orang melayu selepas itu?
BILA DUNIA SEMAKIN HILANG Renong Group diberi keuntungan secara mudah/percuma bila dianugerahkan
tanah seluas 27,000 ekar di Gelang Patah, Johor. Harga jual tanah tersebut
RM1.00/kaki persegi. Bila projek Link Kedua siap tanah itu dijual semula
kepada kerajaan Umno dengan nilai RM10/kaki persegi. Sepuloh kali ganda
pun kerajaan sanggup bayar asalkan kroni. Tetapi kalau sawah padi (seperti
Kerpan), jangan harap rakyat dapat menjual sebegitu tinggi.
Tanah Rizab Melayu (TRM) diwartakan 3 juta hektar pada tahun 1957. Tapi setelah
Akta Pengambilan Tanah dipinda oleh mereka (tahun 1991), apa jadi pada TRM?.
Tahun 1995 tinggal 1.7 juta hektar, merosot 44%.
Berikut adalah antara contoh tanah yang sudah dilesapkan:
Tanah-tanah wakaf Melayu diambilalih oleh kerajaan negeri atas nama
pembangunan dan akhirnya memaksa Melayu menumpang di tanah airnya
sendiri. Mereka lebih gembira bila tanah yang ada dijadikan padang golf dan
taman rekreasi umum daripada kepentingan rakyat jelata (739 ekar di Batu
Gajah, Clearwater Sanctuary Resort dan Pulau Pangkor). Isu tanah bendang
Tandop, Alor Star seluas 638.32 hektar diambil untuk perumahan dan
perindustrian yang akhirnya dijual kepada bukan Melayu. Akan selamatkah TRM
di Langkawi bila Mahathir sudah mula "melelong"nya atas nama pembangunan?
Masih punya tanahkah umat Melayu masa depan di pulau ini?
"Kerajaan sudah melabur sebanyak RM1 bilion di Langkawi. Peruntukan
pelaburan ini dibuat tanpa memikirkan pulangannya kerana yang penting ialah
melihat Pulau Langkawi membangun." - Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad (The Star, 24 Okt. 1996.)*
"Bagi melancarkan proses pembangunan ini kerajaan telah menubuhkan Lembaga
Pembangunan Langkawi (LADA). Alor Setar sebagai ibu negeri Kedah pun tidak
boleh menyaingi Langkawi. Tidak ada se buah pun hotel lima bintang di Alor
Setar, tetapi di Langkawi ada beberapa buah."
- Datuk Seri Mahathir (NST 24 oktober, 1996.)*
Banyak cantik, siapa yang menjadi Pengerusi bersama LADA? Daim Zainuddin lagi!
"Sebuah pusat membeli belah (Taman Raya Dunia) dengan keluasan 160 hektar
akan dibina dengan kos RM150 juta di Langkawi. Pusat ini akan menawarkan
barang-barang berjenama dunia seperti Christian Dior, Gautier dan Estee
Lauder. Kewujudan pusat membeli-belah ini akan mengubah nasib 69 peneroka
tanah Felcra yang hanya berpendapatan RM500 sebulan menjadi anggota baru
kelas menengah Melayu dengan pendapat RM8,000-RM9,000 sebulan."
- Datuk Annuar Musa Bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar
(The Sun 26 Mac, 1997.) Nah lihat apa nak jadi, tanah hanya layak menjadi pusat pertunjukkan
barangan mewah yang tidak mampu rakyat nak membeli. Bukan kecil bang,
tetapi 160 hektar! Tetapi tidak kelihatan seorang pun peneroka yang kaya
raya sampai sekarang... Kalau ada pun yang mengampu itupun orang
sebelah sana. Orang di sini hanya termenung sahaja.
"Seorang penduduk, Haji Ishak Ismail, 50 berkata mereka sedar bahawa proses
pengambilan tanah oleh kerajaan adalah proses jual beli tanah di antara
penduduk tempatan dengan seorang tokoh korporat Cina yang cukup terkenal di
pulau itu, manakala pihak Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) hanyalah
menjadi orang tengah dalam proses jual beli tersebut." *
Menurut Haji Ishak, jika diberi pilihan, rata-rata penduduk Langkawi tidak
mahu menjual tanah-tanah milik mereka kepada sesiapa pun termasuk kerajaan.
"Tetapi, dengan adanya Akta Pengambilan Tanah 1991, kami langsung tidak
diberi ruang untuk membuat pilihan. Sekalipun kami membantah, ia tidak
memberi apa-apa kesan, sebaliknya kerap ditolak mentah-mentah," katanya
mengingatkan bagaimana penduduk menghadapi dilema kehilangan tanah sejak
pembangunan Langkawi giat dilaksanakan.*
[Sumber: *Utusan Pengguna Ogos 2000] Takkan orang Umno tidak tahu siapa yang cukup rapat dengan LADA.
Sebelum mahu berdemo di Kampung Bharu, pergilah ke seluruh negara
dan bilang berapa banyakkah tanah orang melayu yang sudah tiada lagi.
Naiklah semua bangunan yang melangit tinggi dan tanyalah milik
siapakah itu semua dan siapa yang menghuninya. Itulah antara gunanya
mata dan kaki yang diberi tuhan selama ini. Bukannya asyik ke coffee
house dan menengok gadis muda sana sini sehingga dimarahi bini sendiri.
Itu belum termasuk yang dibunuh tetapi tidak dapat dikesan.
ORANG MELAYU MAHU KEMANA? Mahu kemana lagi jika tidak terpinggir di dalam semak. Muncullah
rumah-rumah setinggan itupun terpaksa menyamar dengan beberapa bendera
dan logo parti kebangsaan. Tetapi tidak selamat juga, kerana di mana ada
tanah di situlah kroni akan datang. Silap haribulan dibakar sahaja jika
tidak mahu ditendang. Sungguh kesihan. Merempatlah mereka sehelai
sepinggang, dengan air mata jatuh bercucuran.
Masalah setinggan ini sudah berlarutan selama 30 tahun tanpa penyelesaian.
Terdapat 211 kawasan setinggan (42,000 keluarga) di KL. Dalam pada itu bagi
melariskan rumah mewah yang tak mampu dibeli oleh rakyat Malaysia, dibenarkan
orang asing memiliki rumah RM250 ribu tanpa levi. Bayangkan apa sebenarnya
berlaku, bila 6,600 unit rumah kos rendah disediakan telah diserbu oleh
15,000 orang rakyat Malaysia di JB. * Setelah 20 tahun Dasar Ekonomi Baru (DEB), apakah yang Melayu ada
sekarang? Usahawan Melayu hanya memiliki 6% sahaja dari rumah-rumah kedai
di seluruh negara. Keseluruhan ekuiti bumiputera dalam syarikat yang
disenaraikan hanya 27% pada Feb 1998. Bilangan keluarga miskin meningkat
dalam tempoh 1997-1998 dari 346,000 kepada 414,700 di mana
kebanyakannya adalah orang Melayu. Kadar pengangguran (1997-1998)
meningkat dari 2.7% ke 6.4% (229,700 ke 544,200) dan yang ramai adalah
Melayu. Penagihan dadah dan gejala pergaulan seks bebas sungguh
memalukan. 70% dari 200,000 angka resmi penagih tegar adalah belia-belia
Melayu. Laporan Kementerian Kesihatan pertengahan 1996, 70.33% dari 17,000
pembawa HIV dan pengidap AIDS adalah remaja Melayu. Kajian kerajaan
Selangor, 80% GRO adalah gadis Melayu. *
Masalah penagihan dadah tak dapat dibendung selama 42 tahun pemerintahan
BN. 25 pusat serenti (mampu menampung 12,000 penagih) mengalahkan jumlah
pusat pengajian tinggi. Gaya hidup masa kini, bebas berpeleseran, faktor emosi
dan tekanan persekitaran rumah yang sempit mewujudkan ketidaktenteraman
keluarga. Kegagalan dalam pelajaran dan paling utama kegagalan mengawal
iman dan akhirnya akan membuat sesuatu dengan hanya mengikut perasaan.
Adakah system pemerintahan BN tidak menggalakkan semua gejala ini. Cuba
nilaikan. * [Sumber: *Antu Umno] BUKAN SALAH IBU MENGANDUNG? Nyatalah orang melayu semakin terpinggir di bumi mereka sendiri.
Golongan mudanya lebih ramai yang rosak dan 'menuntut' di pusat serenti
daripada daripada yang mungkin berguna yang menuntut ilmu di universiti.
Itu semua berlaku selepas 43 tahun kita merdeka dan dipimpin oleh
BN dengan Umno sebagai terasnya. Sistem pendidikkan negara sering
bertukar setiap kali bertukar menterinya, tetapi semakin banyak pula
masalah yang menghantui remaja. Gejala samseng dan hubungan haram
sudah menular sebegitu dalam, sehingga seorang guru (ibu tunggal)
baru-baru ini dibunuh kerana wang. Beliau mati meninggalkan seorang
anak perempuan dalam kesedihan. Tidakkah ini tersangat kejam?
[Rujuk Star: 31/1/2001] Rosaknya orang melayu dan hilangnya tanah mereka bukan salah ibu
yang mengandung tetapi salah sistem yang terlalu condong kepada
pembangunan yang tidak seimbang yang lebih mementingkan keuntungan.
Guru-guru al Quran sengaja dibuang dengan alasan tidak mendapat
kebenaran sedangkan itu bukan ukuran ilmu seseorang. Masjid-masjid
kini sudah sepi kerana logo parti menjadi 'tauliah' untuk menyampaikan
ilmu yang terpendam. Patutlah negara penuh dengan setan berpeleseran
kerana iman sudah begitu jauh terbang.
http://detik.daily.tripod.com/jan/29jane.htm
Oleh Wartawan Kita SEMASA membahas Rang Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) Pindaan
2000, Ahli Parlimen Kamaman, Abd Rahman Yusof meminta BPR atau Badan
Siasatan Bebas ditubuhkan bagi menyiasat penglibatan Daim Zainuddin selaku
Menteri Kewangan dalam transaksi 'restructuring exercise' terhadap syarikat
Malaysian Plantation Berhad yang didakwa melibatkan Daim secara peribadi serta
mempunyai unsur penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah.
Menurut Abd Rahman 'restructuring exercise' ini melibatkan penjualan 100%
saham International Bank of Malaysia Berhad kepada Multi Purpose Bank Bhd
yang merupakan anak syarikat kepada Malaysian Plantation Berhad yang
menguasai 70% dari jumlah sahamnya. Melalui penjualan ini pemegang saham
International Bank of Malaysia Berhad iaitu Langkah Bahagia Sdn. Bhd dan
Malaysian British Assurance ditawarkan saham baru Malaysian Plantation Berhad.
Dengan ini Langkah Bahagia Sdn Bhd (sebuah syarikat yang dikuasai Lutfiah
Ismail, yang dikaitkan mempunyai hubungan dengan Menteri Kewangan) akan
menjadi 'substantial shareholder' Malaysian Plantation Bhd.
"Daim yang menguasai Bolton Finance Bhd melalui Syarikat Maluri Sdn Bhd juga
menjual saham Bolton Finance kepada Multi Purpose Bank Berhad dengan kaedah
yang sama iaitu pertukaran dengan saham baru Malaysian Plantation Berhad,"
katanya. Di antara pemegang saham Maluri Sdn Bhd ialah Daan Sdn Bhd (syarikat keluarga
Menteri Kewangan), Asnida Abdul Daim (anak Menteri Kewangan), Aslinda Abdul
Daim (anak Menteri Kewangan), Mahani Idris (isteri Menteri Kewangan), Daza
holdings Sdn Bhd (syarikat keluarga Menteri Kewangan).
Menurut Rahman, dengan penjualan International Bank Of Malaysia dan Bolton
Finance Bhd kepada Multi Purpose Bank Berhad melalui cara pertukaran saham
Malaysian Plantation Bhd, Daim akan menguasai Malaysian Plantation Berhad
melalui Langkah Bahagia Sdn. Bhd dan Syarikat Maluri Sdn Bhd.
Malaysia Plantations Berhad mengadakan Mesyuarat Agong Luarbiasanya pada 14
Dis 2000 dan meluluskan 'restructuring exercise' ini. Melalui 'restructuring
exercise' yang diluluskan Malaysian Plantation Berhad akan menguasai Multi
Purpose Bank Bhd, Bolton Finance Bhd, Bumiputra Merchant Bank Bhd, MBf
Finance Bhd, Sabah Bank Bhd, Sabah Finance Bhd, Amanah Merchant Bank Bhd
dan lain-lain. Bank yang dilantik sebagai penasihat ialah Commerce International Merchant
Bankers Berhad yang dikuasai Kumpulan Renong. Pada asalnya Danamodal
(sebuah badan yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan) bercadang
menjual 60% saham MBf Finance kepada Multi Purpose Bank Berhad dengan
harga RM480. Harga ini ialah 50% harga asal yang dibeli Danamodal bernilai
RM960 juta yang boleh mengakibatkan kerugian RM480 juta oleh Danamodal jika
ia diteruskan. Bagaimanapun ia tidak diteruskan setelah dibongkar Abd Rahman Yusof di
Parlimen sebelum Mesyuarat Agong Luar Biasa pemegang saham Malaysian
Plantation Berhad diadakan. Semasa perbahasan Pindaan Perlembagaan -
Putrajaya menjadi Wilayah Persekutuan dan Rang Undang-undang Perbekalan
Tambahan Kementerian Kewangan Abd Rahman juga mengungkitkan bahawa
Malaysian Plantation Berhad merupakan salah sebuah syarikat di dalam konsortium
Putrajaya Perdana yang ditawarkan projek bernilai RM 3.0 billion untuk
pembangunan Putrajaya dalam fasa pembangunan tempat kediaman dan
perdagangan. Ini tidak termasok fasa-fasa lain yang mungkin akan ditawarkan
juga kepada Malaysian Plantation Berhad.
"Transaksi ini jelas menunjukkan ada unsur penyalahgunaan kuasa, penyelewengan
dan rasuah" ujar Rahman. Ini kerana:
24G, Jalan 4/21D, Medan Idaman, Gombak
53100 Kuala Lumpur Sumber: Bernama http://www.bernama.com/bernama/general/ge0102_1.htm
PUTRAJAYA OFFICIALLY DECLARED FEDERAL TERRITORY
"In furtherance of the said agreement, I, in the name of God the compassionate and the merciful,
hereby declare Thursday, Feb 1 2001 coinciding with the seventh of Zulkaedah of 1421 Hegira,
the inception of the Federal Territory of Putrajaya which encompasses the areas shown in
gazetted plan No P.P. 2-2000. "I pray that the Federal Territory of Putrajaya will remain as the administrative centre of
independent and sovereign Malaysia," Dr Mahathir said when inaugurating the ceremony.
Putrajaya is the country's third Federal Territory after Kuala Lumpur and Labuan.
Dr Mahathir said today's declaration of Putrajaya as the country's administrative centre
significantly placed for posterity the contributions and services of first prime minister Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj, the Father of Independence and the Father of Malaysia.
"The federal government is overly pleased for being able to create and build Putrajaya and
subsequently secure the agreement of the Selangor state government to alienate it to the federal
government to be turned into a federal territory," Dr Mahathir said.
Putrajaya's creation placed the federal government in a better position to improve further its
services to the masses more efficiently, speedily and effectively, he said.
Development of townships in the country, such as Putrajaya, should be well-received as it
contributed enormously to national economic growth, the prime minister said.
Oddly, when the government started building Putrajaya, it was accused of indulging in wastage,
he said and asked why no such accusation was hurled when towns like Petaling Jaya, Subang
Jaya and Shah Alam were planned and constructed.
"The answer is politics and the penchant to create issues to run down the government. National
interests are swept aside for the political interests of specific groups.Merely for such interests,
these groups have no qualms about colluding with outsiders in branding Putrajaya as a wasteful
mega project," he said. "No one, be it the government or the private sector, loses from development of townships. All
will gain and benefit," he said. Given that urban areas enjoyed robust business compared to villages and estates, more
Malaysians tend to gain from job and trading opportunities created by development of
townships, he said. "These activities bring revenue to local authorities, the state governments and the federal
government and this income is ploughed back to urban-dwellers in the form of various public
projects," he said. The prime minister said Putrajaya, the country's biggest commercial project, was not created for
the present day government leaders but to avoid erecting new premises "each time a new leader
is installed and worse still, each time a new town is turned into a capital".
"Putrajaya is for all future leaders, leaders of a nation that has attained high level of
advancement and which will become a developed country, God willing," he said.
Dr Mahathir said the country's finances were the least affected by the development of
Putrajaya, the Kuala Lumpur International Airport and other major projects.
This was why Malaysia remained the only country able to revive its economy wrecked by rogue
speculators without having to borrow from the International Monetary Fund and let foreign
agencies manage its economy, he said.
"We used our own funds to revive the economy and at the same did not default on debt
repayment while carrying on with national development. We were able to pay salaries, bonuses,
eradicate poverty and continue providing a host of infrastructures," he said.
Had the government bowed to the detractors, there would obviously be no Penang Bridge,
North-South Expressway, national car, Putrajaya and several other projects, he said.
"Remember that outsiders who are critical of us are actually frustrated they did not get the
projects. Malaysians who welcomed these foreign critics are actually allowing themselves to be
the tools of foreigners," he said. By creating Putrajaya, the federal government could directly develop the surrouding areas
through erecting various infrastructures, commercial centres and social amenities, he said.
The venture would also facilitate speedier and efficient communication with state governments
because of Putrajaya's strategic location and proximity to the KLIA, Cyberjaya and Kuala
Lumpur, he said. Four years ago, Putrajaya, covering 4,581 ha, was an oil palm-cum-rubber plantation in an
economically less-significant area known as Perang Besar which only had 60 homes for estate
workers, he said. However, over a short time, after Putrajaya came up there are already 26 blocks of
administrative buildings with 42 blocks more due for completion by 2003. By 2010, altogether
67,000 residential units would have been completed.
Currently Putrajaya has a population of 7,250 from 1,450 households and 1,500 units of
dwellings. Dr Mahathir said the federal government also thanked the Sultan of Selangor Sultan Salahuddin
Abdul Aziz Shah, the Regent of Selangor and the state government for agreeing to alienate
Putrajaya as a Federal Territory. "I'm mindful that despite the small size of the area, any surrender of state land to the federal
government is a sacrifice. It is out of the commitment of states under the concept of federalism
that Selangor willingly made the sacrifice.
"The nation is thankful to Selangor for this," said Dr Mahathir.
The state government signed the agreement for alienating Putrajaya to the federal government
on Nov 7 last year. Dr Mahathir added that the creation of the Federal Territory of Putrajaya augured well for
realising Vision 2020 to make Malaysia a developed nation by year 2020, signifying that Malaysia
was on track towards that end. Restore Local Elections To Make FT Day A Celebration
The Suqiu Committee urges the Federal Government to amend the Local
Government Act and other relevant legislations to reintroduce the local
government election nationwide. If citizens cannot determine how their
community's daily affairs are to be run, participatory democracy is
practically non-existent. Without effective public participation, there
could hardly be transparency and accountability. Kuala Lumpur and other
Federal Territories are the most disadvantaged as they do not even have an
elected state government. Thus, the local election must be revived before
the Federal Territory Day could mean to the residents a day of celebration
instead of a day of mourning for the paralysis of democracy.
The appointed local councils system has jeopardized Malaysia's democracy in
many ways. In the first place, it limits the people's participation in
public affairs. Without an electoral mechanism for check and balance, many
local authorities are also likely haunted by mismanagement and the abuse of
power. As a result, Parliamentarians and State Assemblymen are often
burdened with problems that are the local authorities' responsibility,
depriving their focus on more important issues.
The need for an elected local government is most pressing for Kuala Lumpur
and other Federal Territories that operate like a state but without an
autonomous state authority. Kuala Lumpur's total budget for the year 2001
amounts to RM 1,299 million, some 14.26% of the Federal Government¡¯s
Budget. Its importance and challenges definitely require an authority
accountable and answerable to the people in election.
Suqiu Committee urges Malaysians to celebrate the Federal Territory Day with
stronger conviction for the restoration of local democracy. From London to
Tokyo, from Hanoi to Tehran, the authorities of the world¡¯s capitals are
elected. There is no reason for the Malaysian capital to be an exception.
-Suqiu Committee- |