Laman Webantu KM2A1: 3707 File Size: 10.5 Kb * |
TJ MT MGG: Taufan Dalam Cawan By M.G.G. Pillai 31/1/2001 5:39 pm Wed |
MGG2801 [Satu rencana yang amat baik isi dan terjemahannya dalam isu
'Melayu Singapura lebih berjaya'. Ramai yang tertipu dengan
apa yang dikata tanpa mengetahui fakta sebenarnya yang ada.
Maka mereka berlaga sedangkan tiada apa-apa.
Setiap kaum, walau dimana-mana mereka berada tidak boleh menilai
kemajuan mereka mengikut suasana tempat lain. Singapura mementingkan
merit (kebolehan) tetapi Malaysia asyik mementingkan segelintir
rakyat memecahkan rekod 'Boleh' sahaja. Patutlah hanya sedikit yang
berjaya di sini berbanding di sana, kerana Singapura memberi peluang
agar 'SEMUA boleh', bukan peluang buat segelintir 'boleh' sahaja.
-Editor] (A Storm In A Teacup) Apa yang tertulis dalam buku dan apa yang disebut pada majlis itu, tidak
menjadi penting lagi. Tidak ramai di Malaysia yang pernah memegang buku
itu apatah lagi untuk membacanya. Sedangkan kemarahan mereka
menunjukkan seolah-olah mereka semuanya sudah pun membacanya.
Inilah gambaran betapa persepsi dan bukannya kenyataan yang telah
memainkan peranan. Utusan Melayu sudah pintar dengan mainan itu. Ia
menggunakan buku yang sudah berusia dua tahun itu dan ditulis oleh
sorang pendidik Melayu di Australia untuk menunjukkan betapa lemahnya
orang Melayu. Bukan sahaja mereka lemah di Malaysia bahkan di mana
saja mereka merupakan kumpulan yang minoriti. Inilah satu tindakan yang
populis dan berbaur perkauman. Sepatutnya sikap semacam itu biarlah
kekal di Malaysia sahaja. Nampaknya tidak pula.
Singapura mengambil pilihan untuk menjawab. Tetapi, kenapakah Goh Chok
Tong sanggup mencetuskan perkara ini sambil mencemarkan hubungan
baik dua hala, adalah sesuatu yang tidak menyenangkan ramai manusia.
Kenapakah dia tidak mewakilkan kerja-kerja semacam ini kepada seorang
ahli politik bawahan? Goh adalah seorang yang sungguh dihormati di
Malaysia. Ia memang lebih disegani daripada menteri kanan, Lee Kuan
Yew ataupun anaknya timbalan perdana menteri, Lee Hsien Loong.
Wisma Putra telah memanggil Pesuruhjaya Singapura, K. Kesavpany, untuk
menyerahkan bantahan terhadap kenyataan Goh itu. Tetapi perkara itu
ditenteramkan dengan cepat sekali. Menteri Luar Syed Hamid Albar
menyatakan bahawa kenyataan Goh itu adalah satu tindakan untuk
mencetuskan hubungan yang lebih akrab. Itu saja yang mampu
dilakukannya. Dia tidak mampu memanjangkannya kerana kenyataan Goh
itu memaparkan perbezaan pendirian dalam kaedah pemerintahan di dua
negara itu. Singapura terpaksa terus maju dengan kepintarannya dengan mendapatkan
khidmat golongan yang pintar-pintar untuk menjadikan negara itu sebagai
model antarabangssa. Itu sebabnya ia menggalakkan rakyatnya sentiasa
berwaspada, merangkul peluang yang ada dan berusaha menjadikan
negara mereka terunggul di rantau ini. Inilah kejayaan Singapura walaupun
ia dilakukannya dengan mencetuskan iri hati negara-negara jirannya. Inilah
kejayaan sebuah republik yang bermajoritikan kaum Cina sedangkan rantau
ini adalah bermajoritikan orang Melayu. Inilah kejayaan "sebuah kepulauan
Cina di samudera Melayu yang memang lama cemburu."
Singapura memang mementingkan meritokrasi, satu konsep di mana yang
paling cekap dapat bertapak, kerana itulah matlamatnya. Di Malaysia,
dalam dasar tindakan afirmatif terhadap orang Melayu, konsep meritokrasi
sengaja dipinggirkan. Orang Melayu Singapura mesti menyesuaikan diri
dengan pandangan meritokrasi itu, kerana kerajaan bersedia membantu
orang melayu ke arah itu dan tidak dengan cara memanjakannya. Kalau
konsep meritokrasi itu menjadi panduan di Malaysia ia akan
menghumbankan ciri-ciri "ketuanan Melayu" itu terpelanting jauh-jauh.
Inilah yang telah diulang-ulang oleh perdana menteri Mahathir Mohamad
sejak berapa lama dulu lagi. Orang Melayu Singapura mudah mengeluh kerana dinafikan hak yang
dinikmati oleh saudara mereka di bahagian utara republik (Malaysia)
sedangkan kaum Cina di Malaysia mengeluh pula kerana tidak menikmati
peluang yang dinikmati oleh orang Cina Singapura. Kedua-dua anggapan
ini adalah bersalahan. Lebih-lebih lagi apabila seseorang itu menilai
kesenangan secara budayanya sedangkan yang lagi satu menilainya dari
aspek ekonomi pula. Kesenangan seseorang itu harus dinilai mengikut
suasana masyarakatnya dan bukan disebabkan keindahan nirwana di
taman lain. Pencarian menggapai peluang yang lebih indah sedangkan kaki yang
mencari itu masih dirantai di bumi yang menambatnya, tentu mencetuskan
suasana saling tidak mempercayai di antara kaum yang terlibat. Tidak
kiralah kalau masih wujud suasana mengawal perasaan itu daripada
mebuak-buak. Inilah mulanya segala masaalah itu, terutama sekali di
Malaysia. Di Malaysia, kaum yang dominan ialah Melayu sedangkan di
Singapura ia didominasi oleh orang Cina. Yang menjadi minoriti di satu
tempat menjadi yang dominan di tempat yang lagi satu. Apabila anggapan
ini terus bermain di minda seseorang, otak yang sama menganggap
kehadiran kaum yang lagi satu itu sebagai tembok besar kepada
kewujudannya sebagai kaum minoriti. Apabila anggapan itu ditonjolkan
sebagai satu kerumitan politik dalam sesuatu suasana, sudah tentu ia
meletup secara terbuka. Apabila semua itu diulang-ulang ia akan meledak
laksana taufan dalam cawan. Semestinya ia dibiarkan begitu saja.
Rencana Asal: 30 January 01 CHIAROSCURO MGG Pillai It matters not what the book, or indeed he, said. Few
in Malaysia have read it but are incensed at what they think
it contains. It is perceptions, not truth, that take over.
The Utusan Malaysia, particularly, used the two-year-old
book by a Singapore academic now in Australia to show how
vulnerable the Malays are, not just in Malaysia but in every
country where they are a minority. It is a populist, even
racist, call. It should have remained at that level in
Malaysia. But it cannot. Singapore chose to reply. But why Goh Chok Tong lit
the fuse of yet another bilateral spat bothers many. Why
did he not leave it to a lesser politician to say, if it had
to be said? Goh has much respect in Malaysia, certainly
more than either the senior minister, Lee Kuan Yew, or the
deputy prime minister and Lee's son, Lee Hsien Loong.
Wisma Putra, Malaysia's foreign ministry, summons the
Singapore high commissioner, K. Kesavapany, last week to
protest the remarks. But it was quickly hushed up. The
foreign minister, Syed Hamid Albar, said what Goh said
queered the pitch for better ties. He left it at that. He
could not milk this for what it was politically worth, for
Mr Goh's remarks showed up the different worldviews towards
governance in Malaysia and Singapore. Two Worldviews Singapore has to survive on its wits, ensure the best
talent it can muster, to make it a global showcase. So, it
wants its people to be on the ball, seize opportunities as
they arise, make it a centre for the region. It succeeds
even if it also stands out like a sore thumb. It is
predominantly Chinese as the region is Malay, "a Chinese
island in a hostile Malay sea". Singapore therefore extols meritocracy, the survival of
the fittest, as its worldview. In Malaysia, in its policy
of affirmative action for the Malay, it eschews it. In
Singapore, the Malay must fit into this meritocratic
worldview, the government prepared to nudge the Malay along
but not to mollycoddle. In Malaysia, Malay dominance, the
"ketuanan Melayu", would go the window if meritocracy is set
to work. The Prime Minister, Dr Mahathir Mohamed, no less,
has said so in so many words. The Malay in Singapore is disgruntled he does not get
the advantages of his brethren to the north, and the Chinese
in Malaysia that he would have got a better deal in the
island republic. Both worldviews are wrong. Especially
when one views one's comforts culturally and the other
economically. One lives within the ambit of one's society,
not point to the greener grass elsewhere.
But this seach for greener pastures while remaining
rooted in one's patch adds to the inherent racial distrust,
even if well managed in both. This is where problem begins.
Especially in Malaysia. In Malaysia, the dominant race is
the Malay and in Singapore the Chinese. The minority in one
is dominant in the other. With this at the back of one's
mind, one views the other as the bulwark for its minority.
When it is raised amidst a political difficulty in one, it
breaks out into the open. When all is said and done, it is a storm in a teacup.
It should be left at that. |