Laman Webantu KM2A1: 3706 File Size: 10.7 Kb * |
TJ MT MGG: Kuasa Yang Tidak Berkuasa By M.G.G. Pillai 31/1/2001 5:19 pm Wed |
MGG 2701 [Menyatukan parti tidak akan menyatukan orang selagi krisis dalaman
antara pemimpin dan yang dipimpin masih berantakkan. Seorang pemimpin
yang hebat pun gagal menyelesaikannya selagi jurang itu ada. Setiap
pemimpin perlu mendengar dan menjaga masalah pengikut mereka untuk terus
sihat dan berdiri. Tanpanya mereka akan tumbang walau disentuh perlahan.
Kegagalan melayan kaum sendiri itulah yang menyebabkan perpecahan, dan
jika ini tidak diselesaikan sampai bila pun masalah tidak akan padam
walaupun semua parti disatukan. Kuasa Yang Tidak Berkuasa (The Power Of The Powerless) Muncul di 'Chiaroscuro' pada January 29.
Boleh jadikah perkara itu? Kemudian, MCA dan Gerakan harus bersatu
pula di baah Ling Liong Sik. Oleh kerana PPP (People's Progressive Party)
pada dasarnya adalah sebuah parti kaum India, ia pun harus dibubarkan
untuk menganggotai MIC. Seandainya Gerakan dan PPP adalah parti
multi-kaum, dan bukannya parti perkauman, memang patutlah mereka
bersatu sahaja. Nampak sangat bodohnya perkara ini, bukan? Tetapi, begitulah halnya
dengan harapan Dr. Mahathir. Sesuatu masyarakat itu tidak besatu
disebabkan menyokong hanya satu parti politik. Bukannya politik yang
menyatupadukan masyarakat seperti yang dilakukan oleh sesuatu budaya.
Malangnya itulah anggapan setiap ketua kaum di dalam BN, yang
bertambah yakin bahawa perkara itu boleh terjadi kalau hanya satu badan
masyarakat yang mewakili semua kaum itu. Inilah silapnya.
Sesuatu masyarakat dapat bersatu dan maju kalau ia mampu menyelesaikan
masalah yang mencabar kemajuannya. Apabila masyarakat itu menjadi
terpinggir daripada para pemimpinnya seperti yang berlaku dalam BN kini,
masyarakat itu tidak akan berpatah balik untuk mengizinkan para pemimpin
itu meneruskan usaha mengaibkan mereka.
Pandithan telah tersilap langkah berpolitik apabila dia mengisytiharkan taat
setia kepada BN. Dia menyekat peluangnya untuk memimpin IPF menyertai
barisan pembangkang. Itu sebabnya BN boleh mengawal peranannya dan
dia tidak mampu berbuat apa-apa. Tetapi, BN tidak boleh melepaskan
beliau begitu saja. Kuasa undi yang sungguh diperlukan daripada kaum
India pimpinannya, mampu mencetuskan taufan Lunas di masa hadapan.
Dr. Mahathir sudah terlalu mengalut dengan wawasan meganya hinggakan
beliau terlupa akan peraturan biasa. Bagaimana mungkin sesuatu
masyarakat itu bersatu sama ada secara berpolitik ataupun mengamalkan
budayanya sedangkan ia mesti taksub hanya kepada pendapat seorang
pemimpin sahaja? Kedua-dua presiden MIC dan juga MCA amat cekap
menyingkirkan sesiapa sahaja yang cuba menyanggah kuasa mereka
dengan mengemukakan pendapat berbeza mengenai cara memajukan
kaumnya. Apabila sesuatu masyarakat itu menghadapi masalah yang luarbiasa seperti
Sekolah Wawasan ataupun dilema kaum India di ladang-ladang, para
pemimpinnya mengambil sikap diam membisu. Rakyat marhaen tidak
digalakkan memilih pemimpin untuk mewakili mereka, kerana golongan yang
memerintah yang akan memilih siapa yang patut mewakili rakyat marhaen
itu. Isu yang asas dan masalah yang mudah-mudah sengaja diabaikan.
Tercetuslah jurang pemisah yang dalam di antara sesuatu masyarakat itu
dengan pemimpin politik mereka. Para pemimpin di akar umbi menghabiskan masa yang lama untuk
mengkaji bagaimana caranya berada di tahap atas tangga kepimpinan parti,
sedangkan mereka harus membuat kajian bersama para pemimpin tinggi
parti dan menyelesaikan sikap para pengikut yang amat mudah meludah ke
arah mereka. Sikap para pemimpin yang angkuh dan sombong yang
diperkuatkan dengan sindiran ketika berucap memberikan kekuatan kepada
apa yang mereka cakapkan berbanding dengan apa yang sebenarnya
mampu mereka lakukan. Selalunya apa yang mereka katakan adalah
janji-janji palsu hanya layak untuk orang-orang yang otaknya sudah
keliru. Persidangan agong UMNO telah diatur begitu licik sekali lengkap dengan
koreografinya hingga menjadikannya satu majlis yang sungguh
bergemerlapan sehinggakan issu yang serius tidak layak dibincangkan.
Presiden MIC kerap mencabar sesiapa bertumbuk dengannya di
dipersidangan agong tahunan parti, kalau-kalu mereka tidak puashati
dengannya. Presiden MCA begitu popular di kalangan ahlinya sehinggakan
setiap kali dia berucap tidak ada sesiapa yang mahu mendengarnya.
Perubahan tidak dapat dilakukan kalau wujudnya kumpulan yang terdesak
bersatu di bawah kepimpinan seorang pemimpin yang sudah tersedak.
Sikap MIC menyerap IPF tidak akan menyatupadukan orang India, tidak
juga kalau MCA dan Gerakan bergabung sama-sama. Semua kaum telah
berpecah-pecah di antara satu dengan lainnya dan juga daripada
pemimpin mereka. Para pemimpin masyarakat telah mengabaikan
pengikutnya seperti juga kerajaan yang mengabaikan kepentingan dan
masalah mereka. Tetapi, dari kalangan mereka itu muncul pula pemimpin yang tidak punyai
kesetiaan kepada mana parti politik dan yang sanggup berusaha
menyelesaikan masalah yang ada. Sekaligus mereka mencabar pemimpin
politik itu. Inilah yang berlaku dalam kisah Sekolah Wawasan dan Sekolah
Damansara. Para pemimpin politik cuba berusaha merapati masalah itu
tetapi tidak berjaya. Orang yang berkuasa memerlukan sokongan puak yang tidak berkuasa
untuk terus berkuasa. Tetapi, golongan yang tidak berkuasa selalunya
memang mencari satu tapak kuasa sendirian pula. Inilah satu petua yang
telah dilupakan oleh BN selama ini: sesuatu masyarakat itu menjadi kuat
apabila pemimpin yang mewakili mereka muncul dari kalangan mereka jua.
Rencana Asal: 26 January 01 CHIAROSCURO MGG Pillai Would it? Then the MCA and the Gerakan ought to
reunite under Ling Liong Sik. Since the People's
Progressive Party is, to all intents and purposes, an Indian
party, the PPP should also with MIC. If Gerakan and PPP are
multiracial, not racial, parties, than they should unite
instead. It looks silly, does it not? But then so Dr Mahathir's
hopes. A community is not united because it backs one
political party. It is not politics which unites but
culture. But every racial leader in the National Front
insists it is. It also believes that if there only one
communal body to represent it. It does not.
A community unites under a clash of opinions that
clarifies what it must do to move ahead. When it is
alienated from its leaders, as now in the National Front, it
will not return to allow the leaders to continue to insult
it. Pandithan played his cards wrong in pledging loyalty to
the National Front. He will not lead his IPF into the
opposition. So, the National Front can lead him on. And
little he can do. But the National Front cannot let him go
either. His all-too-important vote bank of Indians can
throw up more Lunas typhoons. Dr Mahathir is so besotted with his grand view that he
forgets the essentials. How does a community unite,
politically or culturally, when it is allowed only one
worldview, that of its leader? The MCA and MIC presidents
are quick to expel any serious contender with a different
view of how the community should progress.
When a community is faced with an intractible
problem, like Vision Schools and Indians in estates, the
leaders keep mum. Leaders are discouraged from the ranks;
the ruling coterie selects them. Basic issues and problems
are forgotten, and widens the gap between community and
political leaders. The ground leaders spend more time on how they can go
up the political ladder than find out why they, and their
leaders, are spat at. The supercilliousness amongst
leaders, strengthened each time they speak, makes what they
say more important than what they do. And what they say is
often a pie in the sky. UMNO General Assemblies are so well choreographed that
it becomes a spectacle not where serious issues can be
aired. The MIC president challenges to a fight those who
disagree with him at its annual conferences. The MCA
president speaks but no one listens, so popular is he.
This cannot change if disparate groups unite under a
weak leader. The MIC absorbing IPF will not unite Indians,
nor would Chinese if the MCA and the Gerakan come together.
The communities are alienated -- from each other and from
their leaders. The leaders ignore their communities as the
government their concerns and problems.
But leaders emerge amongst them who owe no political
loyalty, work with it to articulate their concerns and
fears. This puts them into conflict with the political
leaders. This is what happened in the Vision Schools and
the Damansara new village school fiascos. The political
leaders have to run to catch up -- and cannot. Power
needs the powerless to survive. But the powerless seek a
power base of their own. The National Front misses an
important rule of thumb: a community is stronger when its
leaders emerge from amongst it. |