Laman Webantu KM2A1: 3699 File Size: 5.5 Kb * |
Sebab Lidah Tak Dipekena Jering Petai, Cencalok & Budu Ke?? By Amin Sapiro 30/1/2001 11:19 pm Tue |
Amin Sapiro (sentiasa makan buah-buah sendiri..hehe)
[Bahasa itulah jiwa bangsa, ia akan merangsang minda
jika betul rentak dan iramanya. Sebaliknya ia akan
memusnahkan identiti dan budaya bangsa jika sumbang
paluannya. Orang dulu-dulu mencipta bahasa untuk mengabadikan
pengalaman yang bermakna. Ia diharapkan dapat
menghidupkan semangat yang hilang bila merantau
meredah zaman. Kita hairan kenapa UMNO memilih untuk menonjolkan
nama inggeris (United Malay National Organisation)
sedangkan ia mengaku memperjuang bangsa dulu kini
dan selamanya. Sepatutnya UMNO dimuzeumkan terus kerana ia lambang
orang yang tidak sedar dia dijajah bahasa sebenarnya.
Ia hanya memberi kemenangan percuma kepada lawan
dan menjadi bahan ejekan ketawa sahaja.
- Editor] SUDAH lebih 40 tahun negara ini diistiharkan Merdeka, tetapi masih
banyak lagi perkara-perkara berbau penjajahan dikekalkan. Kita
pernah melihat tugu Frank Swetenham berhampiran mahkamah dihenjut
oleh pekerja bandaraya hingga tumbang. Sekarang disemadikan di
belakang Museum Negara. Baguslah..!! Memang kesan sejarah begitu, jika lebih sesuai ditempatkan di sana,
jika ia berbentuk mudahalih seperti 'fixture' saja, eloklah dialih
saja tempatnya. Apatahlagi, jika ia berbau penjajahan yang ingin
sangat kita semua cuba nak lupa. Perdana Menteri Malaysia sering menakutkan rakyat dengan gejala
penjajahan. Sebagai Wira Dunia Ke-3, ke mana beliau pergi rakyat
diberi amaran supaya berwaspada agenda penjajahan. Ada yang ketawa
terbahak-bahak. Ada juga yang bertanya sesama sendiri!! Hairan -
banyak sangat perkara yang bercanggahan yang diamalkan oleh pemimpin
UMNO/BN. Makin terserlah amalan 'Cakap tak serupa bikin'.
Tapi jangan pula ada orang, kerana hendak menunjukkan patriotik,
cuba pula mengalih 'The Formosa' - gerbang Kota Melaka binaan
Portugis itu. Itu samalah seperti memotong telinga kerana
keindahannya, dan meletakkannya ke dalam ceper. Itu sudah tak masuk
akal, kan? Dalam menghayati kesan sejarah dan peninggalan lama (artifek) ini,
kita tentu bertanya - apakah masih releven jika nama-nama tempat
yang eja dengan ejaan penjajah itu masih wajar di kekalkan?
Contoh yang mudah dan sangat menyilau-mata ialah; dalam akhbar
Melayu ditulis ejaan 'Melaka' sebegitu rupa. Tetapi didalam akhbar
The Star dieja sebagai 'MALACCA'. Begitu juga dengan Pulau Pinang,
ia dikekalkan dengan ejaan sebagai 'PENANG' sampai sekarang!!
Ingin juga kita bertanya, apakah Ali Rustam yang begitu perkasa
(kununnya) kepimpinan beliau dalam UMNO semacam tidak terasa 'cacing
melarat ke mata'? Kuat sangatkah budaya Portugis, Belanda dan
Inggeris dalam diri beliau hingga tidak merasa janggal negeri beliau
dieja bukan mengikut sebutan lidah ibunda beliau? Apakah Ketua
Menteri yang ini sudah lupa rasa 'cencaluk'?
Kita fahamlah, mengapa Pulau Pinang masih kekal dengan ejaan
'PENANG', kerana negeri itu sekian lama di bawah pemerentahan
GERAKAN. Sekarang budaya di sana saling tak tumpah seperti Hong
Kong..!! Timbalan Ketua Menteri cuma jadi 'Pak Tonggok'. Cuma duduk
memanaskan kerusi kosong - tak ada fungsi langsung. Bangang -
tongong?!! Dalam ledakan 'Bahasa Jiwa Bangsa' ini, kita masih lagi mendengar di
TV3 dan Radio Malaysia, sebutan oleh pembaca di saluran bukan
berbahasa Melayu, masing-masing membunyikan sebutan nama-nama tempat
terbabit dengan 'slang' seorang yang baru saja menjejakkan kaki di
negara ini. Yang anihnya, selama hampir 15 tahun mereka bersekolah di sekolah
Kebangsaan. Dan sekolah berjenama ini telah hampir 40 tahun
dijadikan dasar Pendidikan Kebangsaan. Tetapi mengapa masih ada lagi
juruhebah dan editor saluran media Kerajaan lebih 'Mat Saleh dari
Mat Saleh'? Nampaknya objektif integrasi nasional melalui Bahasa Kebangsaan
semakin terpinggir dari amalan. Jika nenek-moyang kita dulu boleh
menukar kerabat Hang Li Po menjadi 'Baba Melaka', hingga Dondang
Sayang pun boleh dinyanyi seindah irama - mengapa Ali Rustam tidak
mengekalkannya? Dah beralihkan keutamaan Ali Rustam dalam menghayati
Bahasa Kebangsaan? Terasa sangat janggalnya bunyi nama 'Kelang' dibunyikan oleh
juruhebah RTM. Ada yang menyebut 'KLENG'. Kita takut jika tersasul;
akan terdengar pula perkataan itu disebut 'KELING'. Mungkin Samy
Vellu atau Keyveas akan melenting?..!!
Yang lebih menakjubkan kita, juruhebah itu adalah terdiri dari orang
Melayu. Mustahil lidah mereka tidak pernah menyentuh 'Belacan,
Cencalok dan Budu'. Apa sangatlah lidah 'omputeh' tu sangat nak
tiru? Owww? sebab lidah 'omputeh' hebat bercumbu ke?
Kok ya kununnya 'TIDAK MELAYU HILANG DI DUNIA'. Terbaca diakhbar,
Tun Ghafar pun salah seorang yang ikut serta. Termasuk Rahim Thamby
Chik dah cukup berdua. Kesemua mereka itu ada bekas Ketua Menteri
Melaka (Malacca?). Tak ingatkah 'Hang Tuah' adalah Laksemana berasal
dari sana? Adakah Hang Tuan berasal dari 'MALACCA'?
Amacam teman-teman kita di Dewan Bahasa. Ada apa-apa komen agaknya?
|