Laman Webantu KM2A1: 3697 File Size: 11.6 Kb * |
Bandingkan Siapa Dr Mahathir dan Siapa Tunku Abdul Rahman By Amin Sapiro 30/1/2001 9:14 pm Tue |
Amin Sapiro (beristighfar pajangggg masih..!!)
[Mahathir sudah lama memperlekehkan Tunku, sehingga dia
menulis buku untuk tujuan itu. Tetapi Tunku tidak pun
memenjarakan beliau dengan harapan dia sedar di hari
kemudian. Akhirnya Umno berpecah dan dibubarkan kerana
penipuan diperingkat cawangan dan membilang. Kuasa akhirnya
berpusat kepada presiden yang sudah mengaibkan semua timbalan.
Kini dia mengaibkan seluruh ahli umno dengan melantik barua
yang menjalar tanpa berakar. Mahathir sanggup bersekongkol dengan Bush mengizinkan
pegeboman Iraq tetapi Tunku tidak sanggup diperdaya British
untuk menyerang Indonesia. Inikah sikap 'wira dunia ketiga'
yang begitu mudah mengorbankan nyawa rakyat yang tidak
berdosa? Kini dia beria-ria mengimpot pendatang Myanmar
yang penuh dengan komando dan penyangak yang pandai menyamar.
Sepandai Mahathir dan barua yang sentiasa menyamar wira agaknya?
- Editor] Baca Ini [[SERANG INDONESIA: TUNKU TOLAK RANCANGAN BRITISH
"Perdana Menteri pertama, Allahyarham Tunku Abdul
Rahman telah menolak satu rancangan British yang akan
membolehkan Malaysia melancarkan perang ke atas
Indonesia dalam masa konfrontasi Indonesia di awal
tahun 60-an. Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu, Said Zahari
mendedahkan di dalam bukunya Meniti Lautan Gelora
bahawa rancangan British itu ialah untuk meledakkan
sendiri sebuah kapal perangnya di perairan Selat
Melaka dan kemudian menuduh Indonesia melakukannya.
Menurut Said, berikutan dengan itu ''Tunku Abdul
Rahman lantas akan mengisytiharkan perang ke atas
Indonesia.'' Sebalinmya, Tunku telah meminta setiausaha politiknya,
Yap Chin Kwee mencatatkan penolakannya terhadap
rancangan British itu kerana, kata Tunku beliau hanya
bergaduh dengan Sukarno dan bukan dengan rakyat
Indonesia yang sedarah sedaging dengannya.
Ketika itu Malaysia sudahpun memutuskan hubungan
diplomatiknya dengan Indonesia"]] SEBAGAI orang Melayu, kita merasa terpanggil meneliti
sinopsis buku itu. Kita harus bertanya kepada diri
sendiri dan mengimbanginya dalam fikiran kita:
Mahathir Mohamad yg itu sudah jadi Presiden UMNO(?)
dan PM Malaysia sejak 20 tahun dulu. Ada bukti sejarah
bahawa Mahathir itulah yang telah mengkhianati
Allahyarham Tunku, mengutuk dan memperlekeh beliau
dengan panggilan kurang sopan: 'anak Siam'. (Tidak
patut kita mengungkit asal-usul Mahathir pula?)
Mahathir mengkhianati wadah perjuangan UMNO yang
ditubuhkan bersama-sama pejuang anti Malayan Union,
mendendami kita sebagai orang Melayu yang berasal
(kebanyakannya) sama rumpun bangsa Indonesia,
menyebabkan UMNO Lama terkubur kerana Mahathir tamak
kuasa. Nah! Alang kepalang berseteru dengan si munafiq tua
ini, adakah dan apakah jasa besar Mahathir yang
mengaku diri 'patriotik'? Darah siapa yang mengalir
dan siapakah yang mati berjuang menentang gorila
komunis? Suku-sakat Mahathir kah? Lt. Adnan itu
keturunan Mahathir kah? Akhirnya, setelah UMNO Asal dikuburkannya, Mahathir
ini menubuhkan sebuah parti yang diciplak-plagiat
nama 'UMNO' yang kemudiannya di BARUAkan oleh beliau.
Dan sekarang UMNO Baru(A) itu telah ditukar identiti
menjadi 'uMMno' (United MAMAK-MALBARI Nesynal
Organization) pula. Fikir sekarang, tidakkah anda ingat bahawa Mahathir
inilah juga yang telah memberi laluan bebas kepada
Presiden George Bush untuk MENYERANG Iraq dalam Perang
Desert Storm? Padahal Iraq adalah sebuah negara Islam,
dan banyak khazanah Islam musnah dalam serangan
terbabit..!! Hingga ke detik ini, rakyat Islam Iraq masih merengkok
dalam kemiskinan dan kehinaan di mata dunia dengan
berlanjutnya sekatan dagangan yang tidak ada hujungan.
Apa yang Mahathir buat untuk menebus dosa negara kita
(maksudnya kita juga sebagai ummah). Cuma setakat
bermuka-muka mengantar Siti Hasmah melawat Iraq dulu?
Mungkin Siti Hasmah diutus untuk melihat kesan
perbuatan terkutuk bersubahatan suaminya dengan Yahudi
- satu agenda yang sangat membanggakan suaminya?
Apakah seluruh orang Melayu masih menganggap Mahathir
ini layak bercakap tentang Kemerdekaan tanahair kita,
masih diyakini punya kasih sayang sesama rumpun bangsa
Melayu, betul-betul berniat mengiktiraf kedaulatan
wakil rakyat zuriat Melayu.? Mahathir bercakap kunun kulitnya 'sawo matang'.
Betulkah Mahathir mengerti makna 'sawo matang' itu?
Yang nampak kepada orang Melayu, kulit Mahathir
seperti lurikan kulit 'ular sawa' - berbelang-belang
mengikut edaran iklim politik yang dicenderunginya.
Hingga, beliau menyokong Yahudi dan memenjarakan
bangsa Melayu sendiri. Apakah beliau maksud Mahathir membawa masuk pekerja
Nepal dan Myanmar - warisan suku-sakat pemberontak
Horiger kaum India dan Gurkha Nepal utara India.
Beliau pulang dari Myanmar dengan pujian setinggi
langit!! Apa agenda beliau sebenar?
Beliau pulang dari Cuba. Yang terbit ialah: Wadah
beliau untuk 'membunuh' semangat Reformasi anak-anak
mudah Melayu yang mahu memerdekakan masyarakatnya yang
tertindas dan tertipu? Mungkin itu hasil
persahabatannya dengan Fidel Castro? Mengapa tidak diimpot pekerja dari negara jiran
Indonesia? Mereka pun miskin juga, malah lebih miskin
kerana baru melepaskan diri dari rompakan beragenda
oleh Soeharto, rakan sekarenah Mahathir, bukan?
Adakah kerana Mahathir takut rakyat Indonesia
berketurunan Melayu dan berbudaya yang sama akan
merosakkan agendanya; maka dengan itu pilihannya ia
pekerja dari Nepal dan Horinger Myanmar? Agenda apa?
Tengok di Mahligainya, siapa pengawalnya? Boleh agak
bukan? Bukti Mahathir tidak percaya kepada orang Melayu,
Mahathirlah PM dari puak 'UMNO' yang Apakah kita pasti ketaatsetiaan mereka menjadi
ahli-ahli Kabinetnya yang dilantik dari Senator itu.
Mereka bukan wakil rakyat yang dipilih rakyat yang
dipastikan bersumpah dan berjanji dihadapan rakyat
akan beramanah. Tapi Mahathir melantik barua-baruanya
itu walaupun secara 'pintu Belakang - Senator' saja.
Tidakkah Mahathir sudah nekad mahu mencucuk anak mata
orang Melayu. Apakah pemimpin UMNO tidak merasa
terpinggir dan sebaliknya masih mau taat.?
Mereka yang terpilih menambah kekuatan Kabinetnya
adalah pilihan Mahathir seorang saja - dicabut dari
kaumnya, diangkat dan dimartabatkan mengikut
kehendaknya. Di mana letaknya martabat UMNO, wakil
rakyat Melayu dan kedaulatan bangsa dan sistem yang
diperjuangkan oleh bapak-bapak dan ibu-ibu kemerdekaan
kita? Ke b*nt*t Mahathir? Apakah waris-waris orang Melayu yang beragama Islam
dalam uMMno tidak merasa diri mereka terhina dan
diperhina oleh si 'Mamak Tongkang' ini? Tidakkah orang
Melayu telah sanggup terpinggir dalam sistem
pemerentahan regim Mahathir ini? Ini adalah isu mutlak
yang hakiki yang mempersoalkan samada darah orang
Melayu 'merah atau hitam', kalian Malbari atau Melayu,
negara hak anda atau anda cuma pendatang haram!!
Memang ada sebab yang kuat dan persis bagi kita orang
Melayu wajib dan wajar meninggalkan uMMno sekarang.
Kita wajib dan wajar tumbangkan BN yang menjadi kuda
tunggangan Mahathir dan jongos-jongosnya.
Mahathir tidak nampak lagi akan membela orang Melayu
dan agama Islam. Sudah terbukti selama 20 tahun beliau
telah mencemuh Melayu PAS dan Islam PAS. Bukti sahih
ada dalam dokumen ucapan beliau di setiap Perhimpunan
UMNO. Bila PAS mengalami kekalahan, Mahathirlah yang
bertepuk tangan dan mencemuh. Tetapi, bila orang meninggalkan UMNO Baru(A)nya,
dialah pertama yang bermati-matian berbohong untuk
meyakinkan orang Melayu kununnya kita 'berpecah'.
Tidakkah terbukti dengan nyata bahawa sebenarnya UMNO
versi Mahathir inilah yang sudah reput dan terbelah
hancur tidak mendapat sokong orang Melayu? Mahu bincang
pasal apa? Jika tangannya yang mencincang maka bahunya
lah yang wajib memikul. Apakah Mahathir ini seorang
pengecut? Jika benar Mahathir seorang yang jujur terhadap nasib
orang Melayu, mengapa Royalti Minyak Terengganu
ditarik balik tanpa berlandaskan undang-undang yang
terpakai? Apa jenis pemimpin Mahathir ini, apa jenis
pemerentah Islam yang dianut oleh regimnya jika
Kerajaan tadbiran beliau semudah itu "mungkir janji'.
Islam anutan Yahudi di zaman Rasulullah pun masih akur
dengan 'perjanjian', bukan? Sekarang ada berita tersebar luas bahawa:
[[PUNB telah mengeluarkan Bon bernilai US$5.0
Billion bersamaan RM19.8 Billion dengan jaminan
kerajaan. Bon ini dikeluarkan pada 3hb. September 2000
hari-hari akhir Tan Sri Abu Hassan Sulaiman menjadi
Gabenor Bank Negara]]. Persoalannya, jika berita ini benar, siapa yang
bertanggungjawab dan bagaimana wang sebanyak ini
digunakan. Oleh kerana wang yang terlibat begitu besar
dan memerlukan pelbagai kelulusan kerajaan maka
mereka-mereka ini tidak boleh lari dari tanggongjawab
membentangkan isu di Parlimen untuk dianalisa!!
Sehungungan itu, persoalan yang timbul apakah negara
ini sedang ditadbir secara 'Kleptocracy' yang
bermaksud 'Kerajaan Perompak'? (Kleptocacy - the
government of thieves). Sekarang beliau mahu berbincang, kununnya demi
perpaduan Melayu dan penghayatan Islam?? Masih
percayakah kita kepada lidah ular yang memagut batang
leher Nabi kita dengan mempersenda Baginda kununnya
berjanggut kerana tak ada pisau Gilette. Ia terbukti
memutar aqidah kita orang Islam ke zaman Jahiliah!!
Nak harap Abdulah Ahmad Bedawi penggantinya? Beliau
sendiri berkata, 'Tidak ada yang kekal melainkan
UMNO'. Habis, pengganti Mahathir ini menyuruh kita
beranggapan bahawa Tuhan sudah matikah atau boleh
mati? Nauzubillahhhhh. Inikah pemimpin sebuah negara
Islam? Kita semakin nampak semua (ulang: semua) pemimpinn
uMMno yang hidup mewah kayaraya dalam regim Mahathir
sudah 100% penjilat punggung si 'munafiq tua' ini. Jika
sehingga kini mereka masih menjadi penyokong kuat
regim Mahathir, bermakna mereka adalah golongan
keparat yang tidak boleh diharap lagi. Jangan fikir
uMMno ini akan berubah sikap. Pepatah Melayu, 'biar bah tengkujuh merobah lupur,
jika tidak tanaman padi di sawah tak akan subur'.
Fahamkan? Faham-fahamkanlah maksud yang tersirat!!
Akhir sekali: Kita tidak dapat menggambarkan wajah
Nabi saw. TETAPI kita semua tengok sendiri muka mummy
FIRAUN yang dikupas dari bungkusan kain perca pembalut
tubuh keringnya. Rupa Firaun saling tak tumpah macam MAHATHIR anak
lelaki Mohamad Iskandar Kutty - si mahaFIRAUN yang
semakin kurus kering tinggal tulang..!!
Berfikirlah menanti tahun 2004.
|