Laman Webantu KM2A1: 3695 File Size: 10.6 Kb * |
TJ MT MGG: Menantikan Kucing Bertanduk By M.G.G. Pillai 30/1/2001 5:19 pm Tue |
MGG2601 [Umno nampaknya lantang bersuara untuk 'perpaduan melayu' tetapi
semua perpecahan terbesar kini adalah kerana sikap Umno sendiri yang
mengundang benci. Kes Anwar dan kes royalti perlu diselesaikan segera
sebelum Umno boleh bersekemuka, barulah dapat dinilai apakah Umno
memang ikhlas atau cuma berpura. Lagipun PAS tidak boleh lupa muslihat
dan luka lama, begitu juga KeADILan yang teruk didera sehingga ulamaknya
sendiri diseluar-pendekkan hina di penjara. Umno sudah bukan melayu
lagi untuk menitip bicara, ia sudah barua yang langsung tidak boleh
dipercaya, walaupun setakat bersekemuka. Biarkan Umno merasa, jika
tidak ia akan bermaharaja-gila sepanjang masa. - Editor]
(MGG: When The Iron Tree Blossoms) Satu ketika dulu presiden Indian Progressive Front, Dato M.G.
Pandithan telah membuat permohonan untuk menjadi ahli komponen
Barisan Nasional (BN). Perdana Menteri telah menegahnya. Sebaliknya,
IPF harus dibubarkan dan ahlinya masuk menjadi ahli Malaysian Indian
Congress (MIC). Itulah caranya orang India dapat bersatu. Di waktu
yang sama dia telah berkata UMNO tidak akan menolak kalau PAS mahu
menyertai BN seandainya rakan koalisi yang lain mengizinkannya.
Dengan lain perkataan, IPF yang berminat tidak dibenarkan masuk, PAS
yang tidak pun berselera boleh pula diterima. PAS dan UMNO boleh
hidup seiring jalan; tetapi kalau parti lain di kalangan orang India,
mereka tidak boleh melakukannya. Apakah Perdana Menteri tidak boleh
bertegas agar PAS menyertai UMNO untuk menganggotai Barisan? Bukankah
sayap agama UMNO yang mula-mula dulu menarik diri daripada parti
sebaik sahaja Dato Sri Onn Jaffar turun daripada pucuk kepimpinan
parti pada 1951 dulu? Kenyataan perdana menteri mengenai PAS menganggotai BN adalah satu
taktik berlembut oleh UMNO untuk menarik perhatian orang Melayu
sebelum perbincangan perpaduan Melayu itu mahu dimulakan. Apakah
perbincangan itu akan dilaksanakan? Dia cuba melepaskan dirinya
daripada masalah itu setelah didesak oleh rakannya dalam kabinet.
Lagipun apa juga yang diingini oleh UMNO tentunya pertemuan itu akan
membincangkan lebih banyak isu, selain hak keistimewaan orang
melayu. PAS masih lagi memikirkan pembabitan orang bukan Melayu dalam
pasukannya. Seorang pegawai PAS menjangkakan perkara itu mungkin
dilangsungkan pada akhir tahun, setelah selesainya mesyuarat agong
UMNO. Presiden PAS, Dato' Abdul Fadhil Nor kini sedang berada di Mekah
dan hanya akan pulang pertengahan Mach. Mesyuarat Bahagian UMNO sedang
berlangsung sekarang. Dari sekarang sehinggalah persidangan UMNO yang
dijangka pada Mei tahun ini, perhatian Perdana menteri dan juga UMNO
tentulah tertumpu kapada masalah parti sendiri.
UMNO mahukan perpaduan Melayu itu dibincangkan untuk meminggirkan
PAS. Pada 1972, sebaik sahaja Dasar Ekonomi Baru mula bertapak,
Perdana Menteri Tun Abdul Razak telah bertemu presiden PAS, Dato' Asri
Muda yang ketika itu memegang jawatan Menteri Besar Kelantan. Mereka
berbincang untuk bersatu bagi kepentingan orang Melayu. PAS pun
menganggotai Barisan Nasional ketika ia dilancarkan pada tahun
berikutnya. Lima tahun kemudiannya PAS tersingkir daripada gagasan itu
dan juga kehilangan kuasanya di Kelantan yang dipegangnya selama 20
tahun itu berikutan satu krisis yang dirancangkan oleh UMNO.
Merempatlah PAS tanpa kuasa memerintah sebarang negeri untuk 12 tahun
lamanya sebelum ia berjaya naik semula di Kelantan pada 1990. Pada
1986, PAS berbincang dengan masyarakat Cina untuk membentuk satu
jawatankuasa perundingan Cina. Ketika itu UMNO berpecah dua di antara
pengaruh Perdana Menteri dengan pengaruh Tengku Razaleigh. Gelagat PAS
menunjukkan kuasa yang ada padanya membuatkan UMNO tidak senang duduk.
Perdana menteri dan juga timbalannya ketika itu, Dato Seri Anwar
Ibrahim merancang satu perbincangan secara rahsia. Itulah rahsia yang
dibocorkannya selepas itu sehingga sokongan rakyat terhadap PAS
menjadi kematu. Masyarakat Cina menarik balik sokongan mereka. PAS
menghadapi masalah besar dalam pemilu pada tahun itu dengan memenangi
hanya satu kerusi parlimen yang dipertandingkannya.
"Kami menanti selama 15 tahun," kata seorang pemimpin PAS kepada saya,
"untuk mendapatkan balik sokongan rakyat dan maruah parti". Malahan,
ketika jawatankuasa Suqui berbincang untuk merangka strategi baru-baru
ini, ia mempunyai seorang ahli yang bukan Cina untuk turut serta -
seorang Melayu daripada PAS. Inilah yang membuatkan PAS berwaspada
dengan kata-kata Perdana Menteri. PAS tidak boleh menolaknya
sembarangan kerana tidak mahu mencemarnya lagi; Ia tidak menerima
hakikat bahawa perpaduan Melayu sudah tergugat, kerana beranggapan
bahawa orang Melayu sebenarnya sudah berganjak dalam memberikan
sokongan mereka dan tidak berpecah lagi sebagai satu bangsa. Tidak ada
sebarang perbincangan mengenai perpaduan orang Melayu selagi nasib
Dato Seri Anwar Ibrahim tidak diambil kira dan selagi kerajaan pusat
menafikan hak rakyat Terengganu kepada wang royalti petroleum mereka.
Dua perkara ini adalah lambang perpecahan orang Melayu yang
dicetuskan oleh UMNO. UMNO beranggapan perbincangan mengenai perpaduan orang Melayu akan
mengembalikan maruah mereka untuk meraih kembali sokongan orang
Melayu. Terdayakah mereka selagi tidak diselesaikan apa yang
sebenarnya menyebabkan masalah itu: Perbuatan aib yang dilakukan
terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim dan segala tuduhan yang boleh
dipertikaikan dan menyebabkan terjatuhnya hukuman ke atasnya. Parti
Keadilan tidak mahu terlibat dalam perbincangan itu. Kalaupun
perbincangan itu mahu dilaksanakan, pembebasan beliau mesti diambil
kira. Inilah yang membuatkan UMNO jatuh terpelusuk laksana beruk duduk
diceruk. Usaha UMNO itu tidak akan berjaya selagi Anwar tidak
dibebaskan dan selagi pembayaran royalti minyak rakyat Terengganu
tidak dilunaskan. Orang UMNO hanya mampu berkhayal dengan impian itu. Kata orang barat;
'When the iron tree blossoms and the cow jumps over the moon.'
Serupalah seperti menanti kucing mula bertanduk. Akhirnya yang usul
akan pulang ke asal juga. -MGG Pillai- Rencana Asal: When the Indian Progressive Front of Dato' M.G. Pandithan
asked to join the National Front, the Prime Minister said it
should not; instead it should dissolve itself and its
members join the Malaysian Indian Congress. That way there
would be a united Indian community. In the same breath, he
says UMNO would not object to PAS in the National Front if
the other coalition partners allow it. In other words, IPF
which wants in is out; PAS, which does not, can. PAS and
UMNO, as Malay parties, can co-exist in the National Front
but not Indian parties. Should not the Prime Minister
insist PAS join UMNO to be in the coalition? After all, it
was the religious wing of UMNO that left it when Dato' Sir
Onn Jaffar walked out of the presidency in 1951.
But his irrelevant remarks of PAS in the National Front
is UMNO "softening" the Malay ground before Malay unity
talks with it. Would it be held? He tries to wriggle out
of it after his cabinet colleagues pushed him over the edge,
and despite what UMNO wants, and more than Malay rights will
be discussed. PAS still toys with non-Malays in its team.
When? A PAS official expects it later in the year, after
the UMNO general assembly. The PAS president, Dato' Abdul
Fadhil Nor, is on a pilgrimage to Mecca and only returns
mid-March. The UMNO divisional meetings are now on. From
now on until the UMNO general assembly, in May but
could be later, the Prime Minister's, and UMNO's, focus is
on that. UMNO wants Malay unity talks to isolate PAS. In 1972,
with the New Economic Policy in place, the prime minister,
Tun Abdul Razak, met the PAS president and Kelantan mentri
besar, Dato' Asri Muda. for a grand coalition to further
Malay interests. PAS joined the National Front when it was
formed the next year. Five years later, PAS is out of the
coalition, and out of office, in street riots over a crisis
UMNO engineered, from Kelantan which it had governed for 20
years. It was of office for another 12 before it returned,
in Kelantan, in 1990. In 1986, PAS forged a link with the
Chinese community, and established the Chinese Consultative
Committee. UMNO was split between the forces of the Prime
Minister and of Tengku Razaleigh Hamzah. PAS's show of
force frightened the UMNO rump. The Prime Minister and his
then deputy prime minister, one Dato' Seri Anwar Ibrahim,
negotiated in secret for secret talks. They leaked it.
The public outcry broke PAS's back. The Chinese deserted
it. It was returned in the elections of that year with only
one seat in Parliament. "It took us 15 years," a PAS leader told me, "to get
back that support and respect." Indeed, when the Suqiu
committee met to discuss strategy recently, it had one
non-Chinese -- a Malay from PAS. So, PAS is wary of what
the Prime Minister has in mind. It cannot reject it, for
that would harm it more; it does not accept that Malay
unity if fractured; it believes there is a shift, not a
rift. No Malay unity talks could succeed now if it ignores
Dato' Seri Anwar Ibrahim and Kuala Lumpur's denial of oil
royalties to Trengganu. Both are symbols of Malay disunity
UMNO caused. UMNO hopes the talks would return it the Malay cultural
ground. Could it if it would not resolve what caused it:
Dato' Seri Anwar's humiliation and questionable convictions
for s###my and corruption. His National Justice Party
(KeADILan) declined to be in on the talks. If it is held,
his release must be discussed then. UMNO is painted into a
corner. It cannot succeed unless Dato' Seri Anwar is
released, and Trengganu is restored its oil royalties.
That would happen, in present UMNO thinking, when the iron
tree blossoms. So, we would back to Square One.
M.G.G. Pillai |