Laman Webantu KM2A1: 3694 File Size: 8.9 Kb * |
TJ MT MGG: Siapa Pilih Ikut Yang Saya Suka By M.G.G. Pillai 30/1/2001 4:24 pm Tue |
MGG2501 [Kebimbangan pengaruhnya semakin merosot dibayangi oleh pencabarnya
yang lebih berkaliber menyebabkan Mahathir memilih senator yang tidak
ada sokongan di peringkat akar-umbi. Pilihan itu bermakna Mahathir
mahu terus kekal berkuasa kerana jawatan kabinet selalunya menjadi
tiket untuk semakin popular Tanpa pengalaman dalam kabinet, adalah
sukar untuk sesiapa di dalam Umno untuk mencantas Mahathir, tambah
lagi beliau kini dipenuhi oleh banjingan belaka. Terpaksalah mereka
memendam sahaja kerana bimbang terkubur karier dan pengaruh jika
dihukum diktator seaib-aibnya. Itulah nasib akarumbi Umno yang masih
setia sedangkan tidak beroleh apa-apa. Sepatutnya mereka memberontak
untuk menyelamatkan Umno barulah rakyat dapat menilai kejantanan
mereka. -Editor] Penterjemah: -MT-
(MGG: Dr. M: I Appoint Who I Like Into My Government)
Perdana Menteri telah memperingatkan ahli parlimen UMNO jangan
merasa kecewa kalau dia memilih bukan ahli parlimen (MP) menganggotai
kerajaannya. Itu adalah haknya untuk melantik sesiapa yang dia suka.
Pada kali ini dia memilih mereka dari kalangan senator semuanya. Ada
kalanya kia melantik orang yang bukan MP kerana 'kita perlu
mengambil kira beberapa pertimbangan tertentu.' Apakah 'beberapa
pertimbangan tertentu' itu? Dia tidak pula memberikan penjelasannya.
Inilah yang mengegarkan keadaan. Kenapakah dia memilih senator
sahaja? UMNO sudah terlalu sarat dengan kayu hanyut di kalangan
pemimpin yang ada; sehinggakan presiden parti yang merangkap perdana
menteri, tidak lagi berupaya merombak kabinetnya tanpa menghadapi
risiko yang berbahaya. Satu ketika dulu, Pedana Menteri tidak mahu
mengambil kira langsung senator dalam pemilihan kabinetnya. Kini,
dia melantik mereka secara eksklusif pula. Sebabnya hanya satu:
Mereka semua bukannya dilantik oleh akar umbi parti, tentunya mereka
tidak akan menentangnya, nanti.
Dia memang sedang tertekan teruk dan tidak berupaya berhadapan dengan
akar umbi. Keadaan UMNO bukanlah lagi seperti di tahun 1981 ketika
dia mula-mula memimpinnya. Parti itu sudah berpecah-pecah dan
berpuak-puak sehingga menjadi semakin sukar untuk dikuasai oleh
seorang insan sahaja. Tidak juga oleh Seorang Insan di Langgak Golf
ataupun Insan Yang Mesti Dimusnahkan Dengan Apa Cara Jua. Mereka
berdua ini mempunyai kumpulan pendesak yang berpengaruh dalam parti
itu. Kalaulah Perdana Menteri mahu sedikit kelegaan, sepatutnya dia
telah memilih beberapa MP (ahli Parlimen) yang mempunyai sokongan dan
berkelayakan untuk menyerikan suasana kabinetnya yang terlalu suram.
Orang-orang seperti Dato' Shahrir Samad, seorang menteri yang pernah
disingkirkan tetapi kini menjadi seorang pengkritik yang berbisa dan
Tengku Razaleigh Hamzah, setakat mencadangkan dua nama sahaja.
Perkara semacam ini tidak pun dilakukannya. Tentu ada sebabnya bukan?
Sebenarnya inilah satu rencana jangka panjang agar presiden UMNO di
masa hadapan akan terus menjadi Perdana Menteri. Dia mahu mewujudkan
sebuah kerajaan yang ditakluki oleh pemerintahan yang berkonsepkan
'kuasa-presiden' di mana Perdana Menteri mempunyai kebebasan melantik
sesiapa sahaja yang dia suka untuk menganggotai kabinet, waima
sesaorang daripada puak pembangkang. Mereka tidak perlu menjadi
seorang wakil rakyat dulu untuk dilantik ke situ.
Satu kertas laporan mengenai konsep pemerintahan ini sudah pun
tersedia, sepanjang 200 muka surat, khabarnya. Kalau perkara ini
diterima, kerajaan yang akan datang akan bermajoritikan orang Melayu
daripada berunsurkan orang Malaysia. Ini akan meminggirkan orang
bukan Melayu, parti politik di Sabah dan Sarawak, lebih terserlah
lagi. Tentunya, suasana politik di negara ini akan bercorakkan
fahaman perkauman lagi. Saya memang gusar apakah perkara ini sudah
difikirkan semasak-masaknya. Selalunya laporan semacam ini memang
tidak mempunyai unsur begitu. Cuma kali ini laporan itu beranggapan
PAS akan sama menerimanya. Bagaimanakah agaknya, sedangkan selama ini
PAS dinafikan untuk berkuasa? Kalau ahli politik Melayu tidak akan
menyokongnya apakah rakyat Marhaen Melayu sanggup menerimanya?
Terdapat satu kecacatan dalam rancangan itu: Dato Seri Anwar Ibrahim.
UMNO dan PAS secara kadar yang berpada, memang tidak mahu melihat
Anwar Ibrahim keluar daripada penjara. Dia akan menggugat kedua-dua
parti itu. Sebarang perjanjian di antara UMNO dan PAS akan menghadapi
jalan buntu selagi dia berada di situ. Sebarang kerajaan yang dibentuk
secara berahsia dan di luar bidang perlembagaan negara tidak akan
dapat bertapak sebagai satu ubat yang mujarab dan berguna. Ia akan
mendedahkan segala kekalutan dan percanggahan yang tersorok begitu
lama dalam masyarakat negara. Cakap-cakap mengenai perpaduan Melayu
telah mencakar ketenangan yang ada di permukaan kekalutan yang
terpendam itu, lebih hebat lagi daripada isu Suqui dan juga isu Sekolah
Wawasan. Sebarang usaha UMNO untuk memulakan satu ikatan UMNO-PAS,
akan berakhir dengan pergolakan dikalangan sokongan orang Melayu
hinggakan usaha itu akan merudum lebih cepat lagi daripada sebarang
ramalan yang mampu dibuat mengenai kesan-kesannya. Apatah lagi kalau
usaha itu akan meminggirkan lagi sokongan masyarakat terhadap UMNO itu
sekali. Rencana Asal: The Prime Minister warns UMNO MPs not be be "demoralised" if
he appoints non-MPs into his government. It is his
prerogative to appoint whom he likes into his government.
This time it was all senators. At times, he must appoint
non-MPs because "we have to take into account certain
considerations". What are these "certain considerations"?
He does not say. It creates a rumble. Why does he appoint
senators then? UMNO has so deadened itself with deadwood in
its elected ranks; its president, the Prime Minister,
cannot even reshuffle his cabinet without risk. The Prime
Minister once would not even consider senators in his
cabinet. Now, he appoints them exclusively. One reason:
unelected, they cannot revolt. He is under severe pressure. He cannot face the UMNO
ground. UMNO is not what it was in 1981, when he took
office. It is broken into cliques and divisions so severe
that it becomes all but impossible for one man to control
it. Not even the Hermit of Langgak Golf or He Who Must Be
Destroyed At All Cost. But both have powerful pressure
groups within. If the Prime Minister wants a breather, he
should appoint MPs with substantial support, competent, who
would enliven his deadbeat cabinet: men like Dato' Shahrir
Samad, a sacked former minister and now vitriolic critic,
and Tengku Razaleigh Hamzah, to name just two.
He did not. So, is there more to it than meets the
eye? There is. It is part of the Prime Minister's
long-term plan to ensure the UMNO president would for the
forseeable future be Prime Minister. He wants the
government to a presidential form in which the Prime
Minister is at liberty to appoint whomsoeven he likes into
the cabinet, even from the opposition ranks. And they need
not be in elected office either. A detailed report on this is ready, reportedly 200
pages. If it takes root, future governments would be more
Malay, than Malaysian. This would alienate the non-Malay,
Sabah and Sarawak parties, even more. And turn politics
even more resolutely along racial lines. I doubt if this is
well thought out. Few such reports are. It assumes PAS
would go along. Would it, when it would deny it power in
the long run? Would the Malay cultural, not political,
ground accept it? There is one flaw in this plan: Dato' Seri Anwar
Ibrahim. UMNO, and to a limited extent, PAS, would not want
him out of prison. He threatens both. Any agreement
between UMNO and PAS would fail if he remains in jail. A
new form of government in stealth and outside the
constitution cannot be a permanent cure. It breaks open the
divisiveness and contradictions in Malaysian society so far
kept beneath the surface. The Malay Unity talks upset the
surface calm, more so than Suqiu and Vision schools. If it
is for UMNO to lead an UMNO-PAS Malay ground, it would
dissemble quicker than one dare predict. Especially when it
isolates the UMNO ground as well. -MGG Pillai- |