Laman Webantu KM2A1: 3691 File Size: 4.9 Kb * |
'Tidak Melayu Hilang Di Dunia' - Sampai Bila Mau Berslogan Cuma? By Amin Sapiro 29/1/2001 10:49 pm Mon |
Amin Sapiro (tengok Pesta Tahun Ular?.!!)
[Tiada kata seindah bahasa, tetapi bahasa kerap menjadi
senjata orang yang berkata untuk berpura sebagai wira
bangsa. Orang tua-tua kita memang bijak mengolah kata
untuk mendidik anak bangsa menjadi orang yang berguna.
Pepatah yang indah-indah itu dicipta untuk mengajar generasi
muda berfikir dan mengambil iktibar pengalaman orang dahulu
kala. Dunia orang melayu kini sudah semakin sempit dan tidak
berguna kerana semua yang indah sudah diambil oleh tuan
yang asalnya tidak berpunya. Itulah yang berlaku di
Putrajaya dan berekar-ekar lagi di seluruh negara. Malah
banyak tanah FELDA diambil 'percuma' dengan kertas yang
tidak berguna sahaja. Sebaliknya pejuang seperti Hamid
Tuah di masukkan ke penjara dan dilupakan walaupun jasanya
tidak terhingga. Di mana orang Umno jika tidak sedang
bergembira di istana dengan hilaian ketawa.....
"Orang Melayu tak akan hilang di dunia?, tapi Melayu
akan kehilangan dunianya." (Amin Sapiro 10/04/2000)
Melayu akan hilang di dunia jika Islamnya entah ke mana...
kerana Islam kekal sampai bila-bila. SAMPAI bila orang Melayu akan hidup dalam Slogan saja,
sementara kaum lain tanpa slogan sudah mencapai
tingkat kemakmuran dan kekuasaan yang semakin
memantap. Kerana terlampau lurus bendul dan bodoh-sombong, orang
Melayu sendiri yang mengkuburkan UMNO asal -
seolah-olah tidak tahu agenda khianat orang yang
sekian zaman berhasrat untuk 'menghilangkan Melayu
dari dunia' mereka. Walaupun orang Melayu paling bijak mencipta 1001
slogan yang hebat-hebat, tetapi kini, pemimpin Melayu
jugalah yang bantu Mahathir Mohamad Masalah orang Melayu paling menyakiti diri sendiri
ialah kerana terlalu percaya dengan bujuk-rayu
orang-orang yang 'bermulut manis pahit di hati'.
Mereka cepat terpukau dengan imbuhan 'emas se bahara'.
Mereka sanggup serahkan semua kuasa penentu harga diri
dan kedaulatan bangsa kepada orang yang sememangnya
beragenda mengautnya dari tangan kita.
Nah! Terimalah padahnya - terkial-kiallah kalian,
kerana baru kini merasa diri diperhina dan
terkhianat..!! Sejarah bangsa anda sedang
dilipat-lipat. Dah terantuk baru nak tengadah? Ubun-ubun sudah
bengkak dan kepala sudah berdarahan - masih fikir itu
bukan suatu kezaliman? Dalam orang Melayu keghairahan berslogan 'Takkan
Melayu Hilang di Dunia'; Raja Mandeliar dan Si Kitul
sudah mampu memusnahkan empayar Melayu Melaka. Apakah
orang Melayu masih terkial-kial dengan agenda replika
Madeliar-Kitul melinium 21 ini? Barang diingat - Jangan orang Melayu asik cakap
berdegar-dengar dengan Slogan -tepuk dada tanya
selera- saja, sementara -air liur basi berjejeran
melihat fulus rasuah disuakan ke pangkuan-. Akhirnya
sanggup -kera di hutan disusui, anak dipangkuan mati
kelaparan-. Terbukti kini, bangsa sendiri dapat kuah,
orang lain dapat isi..!! Nak salahkan siapa?
Maka -ayam pun terlepas cuma tangan bau taik-. Ayam -
orang lain yang dapat, tetapi yang menghidu busuk
najisnya bangsa sendiri jugak. Itu, sepadan sangatlah
dengan ejekan yang biasa di dengar - 'CAKAP TAK
SERUPA BIKIN' namanya. Jika orang Melayu 'tidak mahu Melayu hilang di dunia',
baliklah ke pangkal jalan semula; perbetulkan nawaitu
dulu - kerat yang busuk dan buangkan jauh-jauh. Jangan
terlalu berangan-angan macam 'Mat Jenin', akhirnya
jatuh ke perdu kelapa!! Orang lain bertepuk kerana
kebodohan kita. Bersorak mereka melaungkan Oiiii.!!
Tengok 'Si Luncai terjun dengan labu-labunya -
BIARKAN! BIARKAN!!'. Masih lagi 'tak sedar di
untung?'. Entahlah!! Anak-anak muda sekarang sudah sanggup 'menanggung
rindu'. Mereka tahu bahawa 'darah mereka pun merah'
juga. 'Titik ditampung, tercurah ditadah..!!'
Cuma yang kurang insaf adalah mereka yang punya darah
yang sudah tercemar dengan RASUAH dan KUASA yang
mendadah dan amat mengkhayalkan!! Mereka inilah yang
sanggup jual BANGSA, NEGARA dan AGAMA!! Mereka inilah
petualang besar - sanggup menjadi kuda kepang yang
ditunggang dicelah kangkang. Mereka sanggup jadi
'penjarah Mega'. Mereka sanggup jadi 'jelatang'..!!
Selagi orang Melayu tidak menginsafi semua ini, sampai
bila-bila kalian akan terus begini. Mereka inilah yang
lebih berbahaya dari seekor ular senduk dalam selimut
anda!! Pepatah Melayu: 'Kalau jumpa ular??' (teruskanlah..)!!
|