Laman Webantu KM2A1: 3690 File Size: 13.2 Kb * |
Lompat..!! Lompat Ap*k Lompat! Haiiiiyyaaaaaaa.!! By Amin Sapiro 30/1/2001 12:18 am Tue |
Amin Sapiro (sudah lama lompat.. hehehe..!!)
[Satu sindiran tajam dari Wak buat pemimpin Umno yang melenting
tidak habis dalam isu 'Melayu Singapura Lebih Berjaya'. Selagi
pemimpin Umno yang menganggap diri mereka betul belaka selagi
itulah maruah orang melayu tidak akan terbela. Ramainya orang melayu
Malaysia yang berkerja di Singapura sudah cukup untuk menilai
di mana ada harapan yang bercahaya. Jika Umno betul-betul juara, seluruh dunia akan memuji Umno tetapi
malangnya yang asyik kedengaran kini hanya projek yang tidak menjadi,
hutang yang melangit tinggi, dan penyakit pelik-pelik yang tidak
kunjung reda. Malang sungguh, mereka masih buta membaca tanda-tanda
kubur sudah menjelma. Kelembapan ekonomi Amerika kini diramalkan akan
membuat lebih ramai ternganga kerana banyak syarikat elektronik yang
akan tertutup dari terbuka. Bukankah orang melayu ramai bekerja
di kilang mereka? Dan eskpot inilah antara penyelamat yang tidak
disangka. Sekarang bagaimana? - Editor]
KENYATAAN Encik Goh Chok Tong, PM Republik Singapura,
membandingan 'kedudukan orang Melayu di republik itu
adalah lebih baik daripada Melayu di Malaysia', dan
riaksi spontan pemimpin kerajaan dan kehebohan media
tempatan yang mencanangkan kenyataan itu mungkin telah
diperkirakan (calculated) risikonya oleh Encik Goh
terlebih dulu. Pemimpin UMNO Wajar Berterima Kasih
Ada pihak yang cuma senyum melihat pemimpin Melayu
UMNO yang lebih hebat terloncat-loncat bagai kera
sumbang bila PM Republik itu cuma 'melompat' sekali
saja. Pemimpin UMNO kebebangan bagai ayam lepas
bertelur - rioh sekampung..!! Mungkin telor ayam UMNO itu tembelang. Itu sebab
bising macam nak rak satu alam! Tetapi, seperti orang
termakan cili padi spesis mantaram yang pedas sampai
memanas cuping telinga, pemimpin UMNO mengambil
kesempatan yang mewah menghentam Encik Goh.
Seolah-olah inilah masanya pemimpin UMNO menunjukkan
betapa patriotiknya mereka demi menjaga maruah orang
Melayu kunun..!! (Hahaha! bila lagi nak tayang
penumbok, yek?). Dalam hati pemimpin UMNO, mereka amat berterima kasih
kepada Encik Goh. Kerana, dalam waktu-waktu kritikal
UMNO mencanangkan kempen 'perpaduan Melayu' hingga
mempelawa Pembangkang Melayu (ekoran dari pelbagai
masalah yang timbul yang kununnnya ditafsir oleh
mereka sebagai 'perpecahan Melayu'); Encik Goh datang
memberi semacam 'pertolongan cemas' pula.
Pemimpin UMNO Jaguh Mengigau Kita masih ingat lagi, satu ketika dulu Ketua Pemuda
UMNO - Zahid Hamidi pernah mengeluarkan kenyataan yang
menggambarkan tahap kematangan seorang yang tidak
wajar berstatus pemimpin. Puncanya kerana Lee Kuan Yew
kata di JB banyak kes rompak samun dan curi kereta.
Pemuda UMNO heboh macam 'keling kena karan'.
Tetapi akhirnya beliau sorong tangan jari sepuluh
memohon maaf dari 'paduka ratu Lee'. Itulah kualiti
pemimpin Pemuda dari puak UJMNO..!! Dia fikir
'k*t*'nya saja yang keras' Rupanya 'buah s*nt*lnya'
kecut tinggal kelonsong'..Hehehe!! (maaf - sekadar
pembayang kata). Selepas itu, Dr. Mahathir datang ke Johor meraung
lantang dengan seruan keramat..'DENGAR..!! DENGAR..!
DENGAR..!'. Mahathir berjaya membangkitkan emosi orang
Melayu. Tetapi segala-galanya berakhir 'abok pun
tarakkkk 'Deyyyy'!!'. Yang untung hanya Mahathir, UMNO
dan pemimpin mereka. Orang Melayu masih ditakuk lama
jugak..!! Rupa-rupanya Mahathir belanja teh tarik dan
roti canai saja'..!! Yang untung mamak-malbari juga..
Orang Melayu melopong lagi'. hehehe)
Kali ini pun begitu jugalah nampaknya. Malah kenyataan
Goh itu memberi sebanyak-sebanyak kudos politik kepada
Mahathir dan pemimpin UMNO. Lebih-lebih lagi sekarang
pemimpin UMNO dalam keadaan semakin terdesak dan
kehilangan maruah kesan dari karenah dan perbuatan
mereka sendiri. Bagai pucuk dicita ulam mendatang - maka terlenalah
pemimpin UMNO bagai orang mengantuk disorongkan
bantal. Bermimpilah mereka bagai orang bermimpi di
siang hari dengan igauan yang bukan-bukan. Ada yang
terbersin menyembur hingus, ada yang terkencing
membasah tilam, ada yang meleleh air liur basi di
bantal macam-macam karenah. Anjing Buruk Kepala - Kepalang Hina!!
Hematnya, pemimpin UMNO wajar mengakui kenyataan
bahawa tahap pencapaian orang Melayu di negara ini
secara purata belum sampai ke tahap orang Melayu di
seberang selat di hujung tambak sebelah sana. Mungkin
di negara ini memang wujud pelbagai Dasar yang
indah-indah; malangnya ia cuma indah kabar dari rupa
saja. Dasar Ekonomi Baru (DEB) sudah tamat tempoh 30 tahun,
tetapi orang Melayu tahu apa pemimpin UMNO sudah buat.
Mahathir adalah 'bapak segala Kroni' yang bernepotisme
dan paling rasuah hingga sanggup melakukan pelbagai
agenda untuk menipu rakyat dengan 1001 macam
penyelewengan dan perlanggaran undang-undang
negara..!! Ramai pemimpin dah jadi 'anjing buruk kepala'. Hujung
ekor bergelumang taik, cuma kokok saja berderai.
Masing-masing buang janggut tinggalkan misai. Tapi
misai kontot, tak ada rupa macam pendekar!!
UMNO Sudah Dimakan 'Anai-anai' Kebangkitan Pembangkang Melayu bukan bersebab
semata-mata kerana Anwar di aib, ditangkap, dibelasah
hingga lebam mata, dibicarakan secara 'cacamarba',
dipenjarakan 15 tahun tanpa terbukti kesalahan beliau,
dinafikan rawatan yang diperlukan dan seumpamanya
saja; tetapi ia berpunca dari kesedaran orang Melayu
yang sekian lama jenuh bersabar menanti buah tak gugur
demi pemimpin UMNO yang berkepentingan mengikut
karenah Mahathir dan para konspirator terpilih yang
telah membaru(A)kan UMNO. Yang menyedihkan orang Melayu, Mahathir yang sudah
menjadi 'tunggul lapok' masih disangka oleh pemimpin
UMNO sebagai 'berteras keras' lagi. Inilah faktor yang
menyebabkan UMNO yang nampak gah sudah dimakan
anai-anai didalamnya. Sebenarnya, UMNO sudah lapok
didalam, dan mereput akan tumbang antan bila-bila
masa..!! Yang mengaibkan orang Melayu, UMNO yang dulu unggul
sekarang sudah di'Mamak-Malbari'kan oleh segelintir
pemimpin UMNO sendiri! UMNO yang wujud dari wadah
nenek-moyang yang berjuang dengan darah dan nyawa.
Sejak Raja Mandeliar dan Si Kitul berkonspirasi
menumbangkan empayar Melayu 450 tahun dulu, hari ini
wadah itu sudah diketepikan. UMNO sudah menjadi
'uMMno' - siapa punya salah' Bagi orang Melayu, 'anti
Malayan Union' sudah bertukar menjadi 'Anti uMMno''!!
UMNO sebenar sudah reput terkubur!! Orang Melayu Semakin Insaf Mahathir dan jongos-jongosnya patut tahu bahawa orang
Melayu hari ini bukan lagi orang Melayu yang bangang
dan akur dengan ragam-karenah seorang 'pengadu-domba'
seperti Raja Mandeliar dan si Kitul. Anak-anak muda
Melayu kini adalah lapisan masyarakat yang sedar,
insaf dan maklum dengan tanggungjawab mereka.
Mereka berwawasan dan sudah bijak menilik sepantas
kilat, hingga kenal 'ikan dalam air mana satu
jantan-betinanya cuma dengan sekilas saja'.
Jika Mahathir dan 'uMMno'nya masih berkeinginan
menerapkan pemerentahan 'feudalistik' dengan
menganggap anak muda Melayu sama 'bahlol'nya dengan
Pemuda UMNO - kalian sudah bikin silap besar!! Mereka
sudah menunjukkan kepada kalian semua bahawa 'uMMno'
tidak releven lagi - mereka tahu apa yang mereka mau.
Mereka sanggup tunggu 'belantan dan cotar'. Mereka
sudah kebal (hardened) menghadapi ugut-gertak. Mereka
sudah jati diri dan sanggup menerima cabaran!! Mereka
tidak macam 'pondan siam' yang jadi falsafah Pemuda
UMNO..!! Orang Melayu sudah sekian lama nampak bahawa insiden
bersahutan cakap antara pemimpin UMNO (?) dengan pihak
Singapura cuma satu 'sandiwara' saja. Kini, ketahuilah
bahawa jika itu yang menjadi bahan canangan UMNO
menunjukkan betapa 'patriotik'nya pemimpin mereka
terhadap orang Melayu, jangan harap ia mampu menarik
minat orang Melayu menyokong UMNO. Adalah lebih baik jangan 'buang karen' dan cuba
memanaskan isu itu. Tentu kita sudah tahu apa makna
cerita 'Anak gembala kambing dengan serigala'. Orang
Melayu pun tahu makna 'once bitten twice shy..!!'.
Orang Melayu sudah lama tahu kehebohan
Malaysia-Singapura itu cuma baik dan berguna untuk
membangkitkan emosi dan sentimen bagi meraih simpati
orang Melayu kepada UMNO saja.
Kaji Dasar Kemana Halanya Jika pemimpin UMNO betul-betul jujur mahu membela
diri, jangan terima kritikan jiran secara negatif -
cermin-cerminlah diri dulu dan bertelanjang sesekali
sebelum orang lain bogelkan anda. Jika anda
ditelanjangbogelkan oleh orang lain, malunya diri
tidak terkata. Tentu panau salap dan pekung di dada
akan jadi cemuhan satu dunia. Goh bercakap dengan fakta dan angka-angka. Sebaliknya
pemimpin UMNO membalas dengan sentimen dan emosi
berdasarkan alasan rambang. Cuba tengok dengan mata
kepala puak UMNO yang membuat keputusan: Mengapa
Royalti minyak rakyat Terengganu dikelecekkan? Alasan
yang diberi kununnya rakyat Terengganu melampaui paras
kemiskinan. Rakyat tahu bahawa yang kayaraya melimpahruah adalah
puak pemimpin UMNO yang menerajui negeri itu selama 20
tahun. Apa mereka sudah buat? Nelayan dan penduduk desa di Terengganu dan Kelantan
semacam menunggu buah tak gugur. Nelayan pulang dengan
ikan se raga cuma, penduduk desa mencari rotan dan
manau, petai dan pucuk paku untuk menambah pendapatan
keluarga. Pembangunan 'kepala bapak' pemimpin UMNO ke
tu? Itukah asas Keadilan UMNO? Tengok berapa hutang tertunggak yang ditinggalkan oleh
pemimpin UMNO setelah Kelantan dan Terengganu jatuh ke
tangan PAS/BA. Rahsia ini tidak pernah dibongkar
andainya PAS/BA tidak mengambilalih kerajaan.
Yang pasti, tak kurang dari RM1.5 billion hutang lapok
yang diwarisi dari kepimpinan UMNO/BN yang telah
ditumbangkan. Ke mana perginya wang sebanyak itu?
Walhal, kerajaan PAS/BA Terengganu yang memerentah
sekarang terpaksa membayar hutang lapok yang dipesakai
dari kerjaan UMNO/BN - masih lagi regim Mahathir
'berdendam politik' tak habis-habis! Bermakna, regim Mahathir yang didukung oleh UMNO/BN
tidak harus kesal dan beremosi bila muka kalian di
ludah oleh jiran. Rakyat sendiri sudah lama menegur
kesilapan anda, tetapi mereka didiamkan dengan
'belantan dan cotar' FRU. Sekarang, jika Goh Chok Tong kununnya berkata, sambil
menepuk dadanya, menegaskan, 'Singapura boleh kelihatan
lembut tetapi di dalam mesti penuh dengan ketegasan';
apa puak UMNO akan balas dengan bersikap liar macam
'cacing kepanasan'' Jika itu riaksi anda, rakyat akan ketawa lebih kuat
lagi. Tengoklah nanti, panjang-panjang lidah menjelir
ke muka pemimpin UMNO!! Bersorak mereka merayakan Gong
Xi Fat Chai dengan Tarian Naga 'Tasek Bera'. Tahun
Ular Emas bagi kaum Cina, tahun 'Biawak' bagi
Mamak-Malbari yang sekor nihh..!! Hehehe'.
Patriotik Dangkal Amalan 'Orang Dungu'
Goh berkata dengan mengimbaskan isi hatinya, kata
beliau: [[''Jika kita tunduk, menyembah, melompat ketika orang
lain suruh kita melompat dan duduk bila mereka suruh
duduk, kita tidak akan ada masalah imej. 'Bagaimanapun
saya kata 'tidak', kenapa pula saya perlu ikut mereka!
Kita adalah negara berdaulat, kita sama rata. 'Jika
cara ini kita dikatakan mempunyai masalah imej, jadi
kita cukup gembira hidup dengan imej ini kerana itu
saja cara bagi Singapura untuk terus selamat,'' kata
Goh]] Nah!! Diharap sangat para pemimpin UMNO sekarang
supaya menerima hakikat bahawa PM Singapura tidak mau
jadi si Apek dalam cerita 'Ali Baba Bujang Lapok' yang
terloncat-loncat sambil ikut belakang memegang tongkat
- melompat bila disuruh oleh Mardiana sambil menyanyi
ikut gendang dan tarinya!! Pemimpin UMNO harus sedikit
rasional. Elok UMNO Keluar Dari Kepompong
Jika pemimpin UMNO mahu orang merobah tanggapan
terhadap anda, lebih dulu obahlah pendirian sendiri
sebelum orang mengata. Jangan cuba fikir apa yang anda
buat dan lakukan semua betul belaka. Orang Melayu
sudah lemas dengan sikap Mahathir dan kalian semua
yang lebih buruk dari 'samseng-samseng' dalam arena
antarabangsa. Jangan fikir rakyat tak ada mata boleh tengok, tak ada
telinga mau dengar, tak ada hidung mau hidu, tak ada
lidah mau rasa - tak ada naluri menjana pancaindera.
Jika kalian tidak ada semua itu tidak bermakna orang
lain tidak ada juga. Orang Melayu era Global dan IT sudah semakin peka.
Anda saja yang masih dibalut Mahathir dalam kepomong
ciptaannya!! PS: Jom kita sama-sama pi Kedah jumpa keluarga Adik
Norashikin Mohd. Noh. Paling kurang kita dapat tolong
UMNO tutup malu depan Goh Chok Tong..!!
|