Laman Webantu KM2A1: 3688 File Size: 7.6 Kb * |
TAG MT 26:Dongengan Pengembara (AsiaWeek) By Nury Vittachy 29/1/2001 6:43 pm Mon |
TAG026 [Jepun mungkin telah lama mencuri idea apa yang berlaku di sini,
tetapi bukan wawasan sewel perdana menteri. Malaysia merupakan
negara yang tinggi gejala rasuah dan korupsi tetapi pengamalnya
bebas sampai kini dan pemimpin tidak perlu ke mahkamah untuk
menjadi saksi. Atau Jepun sudah menceduk sistem ekonomi bawah tanah (underground
economy) yang hidup sembunyi-sembunyi (atau terang sekali?) di negara
ini. Gejala cetak rompak dan pelacuran mewah atau melalui teksi sudah
lama berkembang tetapi yang ditangkap hanya beberapa orang. Itu pun
hakim yang melanggan sampai kini tidak di apa-apakan, walaupun
'makanan' dan 'tukang masak' mereka sudah dipersalahkan. Seperti
biasa polis tetap kenyang kerana pendapatan teramat lumayan.
Patutlah lesen sentiasa terbang dan kemalangan ngeri memecah rekod
setiap hari lebaran. - Editor (sila lihat bicara Pak -MT-)]
Oleh Nury Vittachy Sumber: AsiaWeek Issue cover-dated February 1,2001
Para pemandu trak memang seronok dengan perkhidmatan baru itu. 'Setiap kali aku memandu
di bahagian sebelah sini, aku selalu sahaja menelefon mereka,' kata seorang pemandu
kepada majalah itu. Dia menghabiskan kira-kira 20 hari setiap bulan dalam perjalanan
dan berjauhan daripada keluarga, tentunya merasa kesunyian juga. Masalahnya trak-trak
itu tidak mempunyai bilik air dan tandas untuk berkemas, ini menyukarkan usaha untuk
membersihkan diri. 'Pelayan kami memang sedia dengan losyion antiseptik dan
pengelap-lembap,' demikian kata pengasas syarikat itu, seorang yang berusia 32 tahun dan
pernah menjadi pemandu trak juga.
Catatan Penterjemah:
-Marhaintua-
|