Laman Webantu KM2A1: 3687 File Size: 12.1 Kb * |
TAG MT 25: Usaha Mahathir Untuk Memesongkan Sahaja By Spirit of Truth 29/1/2001 6:20 pm Mon |
TAG025 [Perubahan sikap Mahathir melambangkan beliau sudah tersepit dan cuba meredakan
kemarahan rakyat. Dulu dia meminjam Anwar, kini dia cuba pula meminjam PAS dan
KeADILan, dengan isu perpaduan sebagai hantaran. Tetapi perkahwinan beliau
dengan segerombolan barua dalam tambahan kabinet baru-baru ini menimbulkan
banyak keraguan keikhlasan. Makin ragu lagi kerana BN baru tertewas di Lunas
dan tragedi ganas di lebuhraya Kesas. Dan lebih mencurigakan lagi kerana Umno
sanggup menggunakan hantu untuk menipu di Lunas sedangkan calun BA seorang
anak melayu. Malah kita terlalu curiga kerana sempadan pilihanraya yang asyik
diubah-ubah supaya BA sentiasa kalah. Itupun belum dikira lagi beribu-ribu
pengundi BA yang tiba-tiba hilang dari senarai daftar atau peti undi yang
dicampak ke dalam sungai. Pihak BA perlu berhati-hati kerana Mahathir sanggup membunuh peribadi kesemua
bekas perdana menteri dan timbalannya dalam Umno sendiri demi tembolok sendiri.
Akibatnya Umno sendiri berpecah lebih dua kali sehingga Tunku sendiri tidak
merestui Umno baru(A) sehingga beliau mati.
Dulu dia meminjam Anwar sehingga ABIM berpecah dan PAS menjadi tawar. Kemudian
dia mengambil semangat 46 tetapi Ku Li berakhir sebagai gurkha. Kini PAS sedang
dilambung dilema penyokong supaya pecah terburai. Itukah muslihat yang cukup
pandai? - Editor (sila baca koemn Pak -MT- di bawah)]
(Mahathir's UMNO Malay Unity talk - Nothing more Than An Insincere Distraction Exercise)
Oleh Spirit of Truth Sumber: FeU
Pelawaan untuk membincangkan isu perpecahan orang Melayu oleh diktator tua yang sewel
itu adalah satu muslihat putarbelit yang sememangnya tidak ada sebarang unsur
keikhlasan. Taktik mencetuskan isu berganda kali untuk menarik perhatian dan memukau
minda rakyat marhen daripada mengamati dan menyoal segala amalan jijik dan rakus
adalah di antara beberapa kaedah yang dilakukan oleh orang yang tidak berguna, apalagi
kalau orang itu adalah seorang diktator yang dibenci oleh rakyatnya.
Isu terbaru mengenai perpecahan orang Melayu itu memang tidak ada pengecualiannya.
Walaupun ajakan itu disalut dengan kata-kata 'dilakukan dengan niat yang baik,' Inilah
caranya si penyangak ini mengelakkan perhatian rakyat terhadap motif sebenar agar
mereka terpedaya dan tidak menyedari akan segala tipu dayanya melakukan jenayah yang
besar-besar seperti usaha menyelamatkan MAS. Mahathir terpaksa melakukan semua itu
kerana sudah kehilangan kuasa sebenar sehinggakan dia sudah tidak lagi popular dan
dihormati rakyatnya. Taktik semacam ini memang pernah diamalkan oleh pemimpin empayar
Roma dulu ketika berada di mercu kegemilangan dan ketika semakin hampir kepada kehancuan
mereka. Ketika itu empayar Rom mengadakan pergelutan gladiator dalam satu acara yang
sungguh tersusun rapi, lengkap dengan stadium besarnya sekali. 'Collesium' itulah nama
gelanggang perlawanan gladiator itu. Ia menjadi satu temasya besar yang menarik minat
ribuan manusia daripada segenap lapisan bangsa, sehinggakan setiap temasya perlawanan
itu mampu memesongkan perhatian rakyat kepada keadaan sebenarnya. Sambil rakyat Rom
sibuk dengan perlawanan itu, kumpulan Senator yang rakus bersama pemimpin kerajaan yang
lainnya, sibuk membalun harta-benda Roma. Begitulah juga caranya Mahathir dan kumpulan
elit Mahathirputra membalun harta negara sehingga semakin kontang tabung dana yang
ada. Inilah caranya Mahathir menyelamatkan seorang peniaga tolol bernama Tajuddin
Ramli. PAS mungkin memahami agenda tersorok di sebalik ajakan UMNO itu. Adalah penting bagi
Barisan Alternatif memahami rencana itu sepenuhnya yang dirancang oleh UMNO dan
Mahathir yang mahukan rakyat marhaen sentiasa terpesong daripada isu sebenar yang
boleh melumpuhkan UMNO. Mujur juga Keadilan telah menolak isu itu bulat-bulat,
menidakkan Mahathir peluang untuk menjerat kerana semua orang sudah tahu bahawa ajakan
Mahathir itu adalah satu tipu muslihat yang tidak ada ketelusan dan keikhlasannya.
Apakah yang diharapkan daripada seorang pembohong bersiri seperti di diktator sewel
ini? Apakah yang boleh diharapkan daripada bajingan ini yang sanggup memfitnah dan
bersekongkol untuk mencetuskan bukti palsu terhadap Anwar Ibrahim? Bolehkah si penipu
seperti Mahathir ini dipercayai? Jauh panggang dari api. Dia harus dilihat sebagai
seorang pintar yang berhati syaitan yang begitu tamak dan haloba dan zalim dan tidak
lagi mempunyai pilihan selain membohong, menipu dan memesongkan serta mengugut orang
ramai untuk menjamin keselamatannya.
PAS mesti menunjukkan kebijaksanaan yang lebih terserlah dan seharusnya tidak
menunjukkan kerendahan hati dengan berkata ia mempunyai sikap terbuka kepada sebarang
bentuk perbincangan dengan UMNO. Mahathir bukan bercakap lurus kerana dia sengaja
mengelirukan dan melambat-lambatkan isu untuk membeli masa sambil terus menyamun harta
negara. Janganlah kita mudah terpukau dengan kaa-kata manisnya ataupun dirasuk oleh
perbuatan 'indrajala' - pameran kekuasaan yang palsu. Semua serapah politiknya seperti
yang ini adalah berupa perangkap yang menjebak rakyat marhaen, untuk mencuit minda
mereka dan terus memukaunya. Janganlah kita menjadi mangsa kepada taktik 'cetusan isu
yang memesongkan'. Kita mesti mampu mengelak daripada pukauan syaitan ini daripada
terus menipu kita. Kita mesti meruntunya dan membenamkannya untuk kebaikan bersama.
-Spirit of Truth- Kepimpinan PAS Yang Mengada-ngada
Kemelut yang menghantui PAS dalam isu ini semakin menyerlahkan beberapa kelemahan pucuk
kepimpinan PAS itu sendiri. PAS tidak boleh menolak hakikatnya walaupun ia sudah lama
berusaha untuk menambat hati rakyat agar ramai menyokongnya, ada juga unsur-unsur
mengada-ngada yang semakin menonjol dan menjadi tandatanya rakyat marhaen.
Kalau kita dengar kata-kata Mahfuz selaku ketua pemuda PAS, ajakan Mahathir sudah pun
ditolak. Tuan Guru Nik Aziz masih tidak mempamerkan sentimen yang lebih jelas selain
terus bersyarah dan menyindir secara berkias. Dato' Fadhil Nor yang kini berada di
tanah suci nampaknya masih merupakan orang yang misteri. Ada cakapannya yang
diterbitkan oleh akhbar kerajaan, mengatakan dia sudah bersetuju. Apakah betul semuanya
itu? Inilah yang membuatkan rakyat marhaen mencelaru.
Sepatutnya PAS mengeluarkan satu kenyataan rasmi yang menjawab beberapa soalan ini:
Mahathir memang terdesak dan semakin tersedak. Apa perlunya PAS bermain sandiwara lagi.
Biarkan sahaja Mahathir memainkan lakonan itu sampai satu tarikh yang dia tidak akan
tahan lagi. Bukannya Mahathir tidak akan mati, satu hari nanti!!!!
-Marhaintua- - Nothing more than an Insincere Distraction Exercise
The latest issue on Malay unity talk is no exception, garbed with seemingly
"done with good intention", this tyrant Mahathir eludes the people by creating this
new issue, with the real motive of engaging the people in order to keep them
distracted from his mega crimes such as the infamous MAS Bailout. Mahathir has to do
such scheming and ploting because he has lost all popular support and intrinsic
power, he must keep the mind of the people occupied all the time so that they will
not be able to focus on his corruption and crimes.This tactic was employed by the
Roman leaders at the peak of the empire's corruption prior to its collapse. In the
case of Rome the distraction show was the "gladiator fights" well organised in the
famous theatre " collesium".. The gladiator fights attracted hundreds of thousands
of romans of all walks of life continuously, creating a permanent distraction for
the people. While the people were busy watching these horrendous fights, the Roman
Senators and other leaders were plundering the wealth of Rome, just the same way
Mahathir and Mahathirputra elite group is plundering the already depleted Malaysia'
s wealth as typified by the highly corrupted bailout of the stupid businessman
Tajuddin Ramli. PAS might know the secret agenda behind the UMNO's Malay unity talk, but the
very fact PAS has responded and engaged in the issue is already a strategic victory
for Mahathir's distraction tactic to deflect and distract the people. PAS may say
that they are open to consultation but little they realise by their very positive
response, PAS has fallen into UMNO's distraction trap paving the way for people to
engage in this issue. PAS may not have realised that UMNO's primary motive is
creating a distraction exercise but hidden in the seemingly "noble motive of Malay
unity". The very fact that PAS is busy with this issue, and the people are busy
talking about it everywhere is a defeat for PAS and BA.
Instead of engaging in it, PAS must bury the issue as soon as it is created by
UMNO, it is vital for BA to understand in its entirety the scheming and ploting of
UMNO and Mahathir to keep people continuously distracted from issues which can
weaken UMNO . It is good Ke ADILan buried the issue as soon as it was created,
confounding and outsmarting Mahathir, because everyone knows for a fact that
Mahathir's call for Malay unity is a trickery devoid of sincerity and good faith.
What can we expect from a perenial serial liar like Mahathir, what good can come out
of this political scoundrel who can conspire and falsely incriminate Anwar Ibrahim?
Can such a dishonest Mahathir be trusted? Far from it, he must be seen as a
desperate evil genius, who having become so highly corrupted and cruel, has no
choice but to artfully mislead, deceive, distract and intimidate the people for his
very survival. PAS must exhibit greater ingenuity and should not show meaningless humility by
saying it is open to any form of talk even from UMNO. Mahathir is not in the game of
talking, he is deceiving and delaying issues to buy time and keep on ruling and
plundering the nation. Let us not be mesmerised by his "sweet lies" or bewitched by
his "indrajala" - false show of power. His political mantras like this are nothing
more than traps for people, to capture their mind and keep it under control. Let us
not cloud our vision by falling a prey to this tactic of "create issue to distract",
we must outsmart this evil satan from tricking us, we must haul him down and bury
him for good. |