Laman Webantu KM2A1: 3686 File Size: 11.0 Kb * |
TAG MT 24: Mahathir Cuba Berlembut (FEER) By S. Jayasankaran 29/1/2001 6:07 pm Mon |
TAG024 [Media kroni kini begitu banyak memberi fokus kepada Mahathir, seolah-olah
sudah tiada orang lain dalam Umno. Strategi tersebut akan menenggelamkan
kredibiliti semua pencabar beliau dari dalam. Satu ketika dulu Pak Lah
ditonjolkan sebaik sahaja Anwar dilucutkan, sedangkan Pak Lah berada di Afrika
dan cuma memberi komen sepatah dua. Kini Pak Lah seolah-olah tidak memegang
apa-apa jawatan dalam Umno - kerana dilapurkan setaraf dengan kuman sahaja.
Sudah banyak kali Mahathir mengatakan beliau sedia berundur, dan kini sedia
berbincang pula. Soalnya mengapa soal royalti, fitnah terhadap Anwar, hujah
Datuk Shapei dan keganasan polis dibiarkan sahaja? Itu semua antara faktor
yang akan menyebabkan orang melayu membenci Umno sampai bila-bila walaupun
Mahathir menangis se baldi banyaknya. - Editor ]
(Mahathir Reaches Out) Oleh S. Jayasankaran/Kuala Lumpur Sumber: FEER - Far Eastern Economic Review
Issue cover-dated February 1, 2001 Usaha berdialog itu menunjukkan sudah wujud fahaman pluralisme yang disuntik ke dalam
politik Malaysia selepas keaiban yang dilakukan kepada Anwar Ibrahim pada 1998 dulu
sehinggakan beliau kini dipenjarakan untuk 15 tahun lamanya. Keengganan salah satu
daripada dua parti pembangkang untuk berunding dengan UMNO, membayangkan betapa pengaruh
pemimpin yang berusia 75 tahun itu sudah semakin mereput juga.
Sambil berusaha meredakan kekalutan politik, Mahathir mengemukakan masalah kepimpinan
dalam ucapannya pada Januari 22 yang lalu. 'Pemimpin yang ada mungkin sudah lama di
pucuk kepimpinan dan terpaksa berundur untuk memberi ruang kepada mereka yang lebih
cekap daripada kalangan generasi muda. Biarlah mereka meneruskan perjuangan dan
menjadikan negara sebuah negara maju pada 2020 nanti,' katanya. Mahathir telah
mengulangi kenyataannya bahawa inilah tempoh terakhir kepimpinannya. Pemilu yang
terdekat hanya dijadualkan pada November 2004.
Cadangan agar perbincangan diadakan dengan pihak pembangkang itu telah dibuat oleh
seorang pendidik. Pada Disember lalu, Ahmad Fauzi Basri timbalan VC di Universiti Utara
Malaysia telah mencadangkan agar tiga parti Melayu terbesar duduk di satu meja dan cuba
menyelesaikan masalahnya. 'Kesinambungan orang Melayu di alaf baru adalah lebih penting
daripada kepentingan semua politik parti apabila dicampurkan bersama,' demikian
pendapat Ahmad. Idea itu telah disokong oleh sebuah akhbar parti, dan menggerakkan jawatankuasa
pengurusan UMNO mengemukakan cadangan agar Mahathir bersua muka dengan kepimpinan PAS
dan Keadilan yang dipimpin oleh isteri Anwar, Wan Azizah Wan Ismail.
Mahathir menerima cadangan itu, menunjukkan betapa tertekannya beliau dalam usaha
menarik balik sokongan orang Melayu. Selama dua tahun sejak Anwar diaibkan, orang Melayu
masih lagi berpecah dan ada pegawai UMNO yang memberikan cadangan bahawa Mahathir adalah
merupakan masalah sebenar kenapa sokongan itu terus kendur.
Jemputan untuk berbincang itu dihulurkannya kepada Presiden PAS, Fadzil Noor dan
presiden Keadilan Wan Azizah. Dia mencadangkan perbincangan tiga parti itu untuk
membincangkan perpaduan Melayu. UMNO memang telah lama berjuang untuk orang Melayu yang
merupakan majoriti (60%) penduduk negara yang berjumlah 22 juta. Sebagai rakan utama
dalam satu koalisi politik Barisan Nasional, UMNO memang telah menganut konsep
keistimewaan orang Melayu untuk menaikkan taraf ekonomi mereka agar setara dengan
masyarakat minoriti. Tetapi pihak pembangkang berpendapat bahawa anggapan bahawa hanya UMNO yang
memperjuangkan hak orang Melayu adalah satu anggapan yang salah. Walaupun Keadilan dan
PAS mempunyai pendekatan yang berbeza-beza dalam perjuangan politik mereka, mereka tetap
menyokong konsep hak keistimewaan orang Melayu. Malahan, rakan poltik yang bukan-Melayu
pun menyokong rancangan itu. Namun, sokongan orang Melayu terhadap UMNO, menjadi kendur
selepas tercetusnya episod Anwar Ibrahim. Pada pemilu 1999 yang lalu hampir setengah
pengundi Melayu di Semenanjung memihak kepada calon parti pembangkang. Sebelum itu UMNO
mampu merangkul antara 70%-80% undi Melayu itu.
Sekarang tidak ada sesiapa yang berani menjamin perundingan itu akan dilangsungkan.
Keadilan telah menolak jemputan itu sedangkan tarikh pertemuan di antara PAS dan UMNO
masih belum dipastikan lagi. Para analis berkata PAS berkemungkinan menuntut konsessi
daripada perdana menteri. 'Ia semacam satu santapan ringan kepada sentiman rakyat,' kata
Khatina Nawawi, seorang ekonomis dan penganalis politik dengan SG Securities. 'Saya
tidak fikir akan mucul sebarang keputusan politik yang bermakna dalam episod ini.'
UMNO memang yakin akan kebaikan perundingan itu. 'Kenapa tidak?' Tanya Sharizat Jalil
seorang menteri kerajaan pusat. 'Kita terpaksa mulakannya dan kalau kita mampu
bersetuju, sebagai contohnya membebaskan masjid daripada pengaruh politik, kita sudah
berjaya mencapai sesuatu yang bermakna.'
Tetapi ketika memberikan alasan untuk tidak menerima jemputan UMNO itu, Wan Azizah telah
mempersoalkan isu perpecahan orang Melayu itu. 'Sokongan orang Melayu sudah beralih
kepada parti pembangkang'. Itulah kenyataan yang dikeluarkannya. 'Masalah utama masakini
adalah krisis keyakinan dalam kepimpinan dan isu lain seperti salahguana kuasa, korupsi,
keganasan polis, pengurusan ekonomi yang lemah dan sistem kehakiman yang haprak.'
Rencana Asal: http://www.feer.com/_0102_01/p029region.html
Mahathir Reaches Out Premier Mahathir Mohamad sounds a conciliatory tone and
seeks a dialogue on Malay unity, but it may be too late to
repair the damage Issue cover-dated February 1, 2001 The move for dialogue amounts to a tacit recognition of the
pluralism injected into Malaysian politics with the upheaval
over the 1998 sacking and arrest of former Deputy Prime
Minister Anwar Ibrahim--now serving prison terms totalling
15 years. But the refusal of one of two invited opposition
parties to come to the table with Mahathir's ruling United
Malays National Organization also underlines the
75-year-old's waning influence as unifier of the nation.
Trying to calm the political waters, Mahathir touched on the
leadership problem in a speech on January 22. "The
current leaders may be rather too old to be at the helm and
will have to make way for credible and efficient ones among
the younger generation to carry on the Umno struggle and
make us become a developed nation by 2020," he said.
Mahathir has said that this will be his last term in office. The
next general election is due by November 2004.
The suggestion of talks between Umno and the opposition
came from an academic. In December, Ahmad Fauzi Basri,
the deputy vice-chancellor of the Northern University of
Malaysia, proposed that the country's three Malay-based
parties sit down to thrash out their differences. "The survival
of the Malays in the new millennium is more important than
the political interests of the parties put together," Ahmad
warned. After the idea was vigorously endorsed by a party paper,
Umno's management committee recommended that Mahathir
meet his counterparts from the Islamic Party of Malaysia, or
Pas, and Keadilan--led by Anwar's wife, Wan Azizah Wan
Ismail. Mahathir heeded the call, which says much about the
pressure he is coming under to regain Malay support. For
two years after the sacking of Anwar, Malays remain
deeply split and some Umno officials have even suggested
that Mahathir himself is the real reason for the loss of
support. So in January he invited Pas President Fadzil Noor and
Wan Azizah for tripartite talks on Malay unity. Umno has
always fought for unity among Malays, who comprise the
majority (60%) of the country's 22 million people. With
Malays as its cornerstone, Umno--the leading partner in
the National Front coalition--embraced affirmative action to
push poorer Malays to economic parity with richer
minorities. DEEPER PROBLEMS But the idea that only Umno can protect Malays is flawed,
the opposition says. Although they have differences in
approach, both Keadilan and Pas back Malay special
rights and affirmative action. They also have non-Malay
partners that accept the programmes. It was the Anwar affair
that prompted many Malays to part with Umno. Just over
half of all Malay voters in Peninsular Malaysia sided with
the Malay opposition in the last general election in 1999.
Previously Umno took 70-80%. It isn't even certain talks will take place. Keadilan turned
down the invitation and no date was set for Pas and Umno
to meet. It's hard to see what they could agree on. Analysts
say Pas will seek concessions from the combative premier.
"It looks like a sop to public sentiment, " says Khatina
Nawawi, an economic and political analyst with SG
Securities. "I don't think there will be any actual political
outcome." Umno is sure the talks are a good idea. "Why not?" says
Shahrizat Jalil, an Umno federal minister. "We have to start
somewhere and even if we agree on something like, say,
keeping politics out of the mosques, we would have
achieved something significant." But in explaining her decision not to attend, Wan Azizah questioned the whole notion of Malay division as the problem. "Malay support has merely shifted to the opposition," she said in a statement. "The main issue today is a crisis of confidence in the leadership and other issues like the misuse of power, corruption, police brutality, weak economic management and a subservient judiciary." |