Laman Webantu KM2A1: 3679 File Size: 9.1 Kb * |
Mahathir Bahan Dagangan Kempen Peringkat Bahagian By Amin Sapiro 28/1/2001 7:23 pm Sun |
Amin Sapiro (dah mula round satu) [Wak menyelinap di belakang tabir krisis yang melanda Umno sejak
akhir-akhir ini. Perhatikan Mahathir memilih untuk melemahkan
mereka yang berpotensi untuk mencabarnya di dalam Umno. Pak Lah misalnya
diberi tugas yang terlalu mencabar dan menjatuhkan imejnya dengan
percuma. Jangan kita lupa Pak Lah dikerah menjaga Terengganu, kes
virus babi dan penyakit HFMD. Cerita Wak menggambarkan masing-masing
sudah mula memasang telinga. Wanita Umno dikejutkan dengan Putri Umno sehingga ramai yang menangis
walaupun sudah tua padahal ia baru diperingkat kertas kerja. Kini
sudah 7 bulan berlalu tetapi cadangan Putri Umno masih tidak kemana.
Yang asyik kemana cuma wanita Umno yang begitu terasa dengan sindiran
'makcik tua'. "Masih mentah jangan nak mengada" adalah antara komen
yang memanaskan telinga Putri yang baru hendak menyarung keris baru(a)
ilham berwawasan diktator presiden. Tetapi diktator masih beragenda.
Dia melantik Shahrizat pula yang akan hanya semakin memasamkan lagi
banyak muka yang sudah tidak ceria. Pemuda Umno dibiarkan sahaja kerana mereka memang tidak apa-apa.
Dia tewas dalam menaja sukan, tetapi pantas pula berlari dari debat
sehingga dua kali. Aziz Sheikh Fadil lagi tidak boleh diharap kerana
bahagiannya yang tersergam di Lunas pun tidak mampu menyelamatkan
DUN itu tertewas. Ini bermakna mereka berdua terpaksa berhempas pulas
untuk kekal berkuasa. Inilah kisah perpaduan melayu barua. Ia hanya satu episod akhir sebelum
menggulung tikar. Selamat bertengkar! HEBOH sana sini, mereka yang menyokong calun-calun tertentu dalam
pertandingan di peringkat Bahagian UMNO semakin rancak mempromosi pendirian
calun sokongan mereka. Jika dulu wang menjadi 'capital investment' yang mampu
mempengaruhi undi dan sokongan terhadap seseorang calun, sekarang lain pula
keadaannya. Sudah Main Telefon Bibit Seseorang 'tekong' kempen dikenalpasti dengan telefon bimbit terselit di
pinggang. Jika dulu cuma satu saja, sekarang sampai dua-tiga. Satu di pinggang,
satu lagi dikocek baju depan' yang satu lagi 'tersorok' dalam 'suspender'.
Kabarnya, yang 'tersorok' dalam 'suspender' itulah yang paling nyaring
bunyinya. Kalau kurang battery kena dicas serta-merta. Jika tidak tak ada info. Tak
ada info macamana nak memberi dan menerima arahan untuk bertindak, kata
seorang yang pakar main telefon jenis itu.
Macamana nak cas battery kalau dah malap? Bertanya seorang juru kempen yang
baru direkrut. Maka menjawaplah si Vetren UMNO yang masak ditampuk,
'Malam-malam ko pegi ler disko dangdut.. GRO kan banyak? Tak kan kau tak tau
camana cara nak cas battery yang kurang tenaga?!!'.
Maka di sanalah mereka sama-sama cas battery masing-masing. Dengan itu,
telefon kembali berdering!! Tak ada siapa yang runsing. Ok.. semua tanggung
beres. Bisa atur..!! Duit UMNO hancurrrr!..
Kempen Sudah Bertukar Strategi Dr. Mahathir mencegah keras kempen menggunakan pengaruh 'politik wang'.
Dalam Perhimpunan lalu, Mahathir beri amaran - siapa guna politik wang
pencalunan mereka akan ditolak. Silap-silap, keahlian mereka akan terbatal. Nama
pelaku akan dilaporkan kepada BPR. Latarbelakang mereka akan diselongkar dan
akan didedahkan. Mungkin mereka akan berjawap dengan 'kaki kuntau' upahan
di Bkt. Aman..!! Hahah! amaran begitu banyak antara mereka yang risau. Ada calum ketua
Bahagian yang geram sakan. Ada yang kata, 'Mahathir ingat dia naik jadi
Presiden siapa yang sokong' Kalau kita yang sokong, maknanya kita pun boleh
humbankan Mahathir ke longkang..'. Mereka pun mulai tukar strategi. Sudah wujud semula polarization dalam parti.
Sudah bangkit semua isu Team A dan Team B. Di beberapa Bahagian terdengar
pengkelompokan 'teaming' semakin menjadi-jadi. Kempen sudah mula hebat,
semacam pertarungan 'main judi'. Dulang Rolette politik berpusing, buah dadu
berlegar, wang bertukar tangan. Siapa yang menang, untung sakan.
Faktor Team A dan Team B sedang digerak lancar. Team B semakin banyak modal.
Mereka semacam menyebelahi Pembangkang. Faktor 'Anwar' jadi modal besar.
Korupsi Mahathir, dasar pengkronian dan nepotisme Presiden menjadi 'bahan
bakar' memanaskan kempen. Team B semakin mendapat sokongan. Kununnya
mereka 'geng-up' dengan Mr. Clean. Projek Lembu Pawah - Umpan Pengaruh
Team A tidak duduk diam. Mereka ada banyak 'resources'. Antaranya janji
kontrak dan tender. Bermula dengan janji memfaraitkan projek Mega bernilai
ratusan juta hinggalah kontrak buat 'jamban curah' di desa-desa terpencil.
Tak cukup dengan itu, kabarnya projek 'lembu pawah' sedang dilancarkan
secara besar-besaran. Para penyokong akan dijamin seekor lembu jantan dan 2
lembu betina. Lembu-lembu itu akan dimadukan. Yang runsing ialah lembu jantan
- lembu betina satu reban. Yang paling menyulitkan, lembu jantan dan lembu-lembu betina semua bertandok
belaka. Maka parahlah lembu jantan kena ancam dek lembu-lembu betina.
Masing-masing mana boleh tahan tengok madu bikin 'amalan lazim' depan mata
kepala, kan? Hahaha! itu cuma analogi saja. Sebenarnya itulah yang berlaku antara Team A
dan Team B. Nama Mahathir dan Dollah Bedawi dan jadi cagaran. Yang kering
modal cuma Najib saja. Md Tyson sudah ada penyokong. Muhyiddin sudah
'back-up'. Masing ada cara bagi 'umpan' jerung-jerung bawahan yang
kelaparan..! Puteri UMNO dan Mak Cik Ganyut Hishamuddin apa kabarnya? Oiiissyyy! Susah mau cakap. Hisham memang sah
'pondan Siam'. Sejak lari ke Australia semasa Aziz Sheikh Fadhil kempen
setengah mampos di Lunas, rating peminat 'Anchor Beer' ini sudah dikalahkan
oleh pemegang franchise 'Carlsberg'. Tetapi yang peliknya, yang akan disokong
ramai ialah yang 'kaki Toddy'. Siapa agaknya? Hahaha! itu soalan 'cepu
mas'..!! Wanita UMNO semakin resah. Pidah tembam sudah semakin goyang. Sejak
Shahrizat naik tocang, Rafidah sudah semakin berjarak dari 'mamak tongkang'.
Apatahlagi, bila Rafidah menentang 'boss agung' mahu ide 'Puteri UMNO'
disokong, menjerit Rafidah terlolong. Kerana Rafidah terasa ada pihak cuit
punggungnya, dia mula melenting tak keruan. Padan muko!!
Azalina dah 'cool off' sejak Mak Chik UMNO 'shot down' kesemua proposalnya.
Tapi, orang muda mudah melupakan segala kerisauan. Makin rancak 'disko dan
tekwando'nya. Kabarnya, dia mahu gocang tiang seri yang sebatang tu? sebab
dipuncak tiang itulah Mahathir sedang gesek biola sementara UMNO sedang
terbakar. Hahaha?. Mamak yang ni dah betul-betul jadi Nero..!! hihihi'.
Penamat Cerita Semakin rancak kempen bergema, semakin goncang UMNO jadinya. Antara Team
A dan Team B semakin menggegarkan rumah UMNO yang sudah dilanda taufan.
Yang menyebabkan UMNO semakin kecundang, perebutan kuasa antara
Team-team terbabit tidak nampak memberi kesan apa-apa kepada prestasi politik
UMNO bagi meraih sokongan orang Melayu. Mungkin UMNO penuh dengan
general tanpa soldadu..!! Khabarnya Mahathir sudah hilang akal. Maka itu sebab beliau 'menyembah' PAS
kalau-kalau mahu masuk semula 'join' BN. Paling kurang, kemasukan PAS akan
mengurangkan 'politiking' dalam UMNO. Malangnya, Mahathir salah cara meminang 'dara sunti' PAS. Mahathir meminang
ikut cara 'jantan Krala'. Mana ada dalam budaya Melayu 'jantan' minta 'dowry'
dari pihak perempuan. Ramai Pembangkang Melayu tergelak besar.
Masing-masing terdengar bersorak melaung..'Oiii' Madey. Tolong laaaa' dimana
bumi di pijak disitu langit dijunjung. Langit Krala lain dari langit Semenanjung. '..!!'.
Mahathir sudah termenung. Melopong!! Dah dihurung langau hijau!!
BN Semakin Ketandusan Sokongan Maka jelaslah sekarang - UMNO sudah tiba ke garisan penamat. Sekaligus BN
terlibat. Walaupun Samy Vellu boleh join dengan IPF, tetapi Pandithan lupa -
Gobalkrishnan sudah dapat sokongan terbuka dari kaum India di estate-estate!!
Sandiwara Samy dah tak ada orang nak beli tiket!!
Kerana Suqiu dah masam muka sejak Mahathir tuduh kaum Cina seperti Ekstrimis
dan Kominis, maka kaum Cina sudah semakin yakin kepada DAP. Tambahan pula
parti itu sudah nampak semakin faham cara pemikiran PAS dan dasar keterbukaan
Islam, MCA semakin jauh ketinggalan zaman.
Makin terbuka ruang BA untuk meraih sokongan pengundi muda dan separa usia
yang sudah semakin rimas dengan tindak-tanduk UMNO/BN yang semakin
cacamarba. Kita sama-sama tengok apa akan jadi sekiranya PAS tak jadi berbincang dengan
UMNO dalam isu 'Perpaduan Melayu'. Mungkiin kita akan tengok Mahathir dan
jobgos-jongosnya 'menangis tak berlagu'. Boooooooo''!!
|