Laman Webantu KM2A1: 3677 File Size: 3.9 Kb * |
Kita Terpesona Dalam Linangan Airmata! Hiba!! By Amin Sapiro 28/1/2001 7:01 pm Sun |
Amin Sapiro (peha kiri terasa bila cubit peha kanan)
[Jika kita tidak mampu untuk menolong seorang yang susah
bagaimana kita akan dapat membantu menyelesaikan masalah 22
juta rakyat dan pengundi? Hulurkan bantuan kerana malang
tidak mengenal tuan. - Editor] SOB!! Sob!!! Saya juga bersama anda yang memberi
respon kepada berita mengenai penderita Adik
Norashikin Md. Noh, 11, dari Kampung Kuala Chenerai,
Kuala Pegang yang kita baca tadi. Sudah cukup kita
bincang, sekarang masa bertindak dan melaksanakan apa
yang kita sama-sama putuskan. Kita dapati rumah mereka amatlah dhaifnya. Adik
Norashikin sudah berusia 11 tahun tetapi telah ditolak
oleh pendaftar sekolah untuk adik itu mendapat ilmu.
Ini macam, kalau dibiarkan, akan buta huruflah adik
itu sampai ke tua. Tanya diri kita, siapa yang zalim sebenarnya? Tidakkah
masyarakat sekitar termasuk kita yang menyebabkan
hidupnya sengasara? Dimanakah Keadilan yg teras
perjuangan kita? Kita dari barisan BA yang memperjuangkan keadilan,
masakan akan hanya melihat dan bersimpati dari jauh
saja. Itu sudah jadi semacam zalim pulak kan? Sama
kita dengan UMNO dan Mahathir dan pemmpin regimnya?!!
Dengan ini Wak cadangkan jika dipersetujui oleh
netters FGR yang begini ramai; kita edarkan satu
print-out maklumat melalui FGR dan LamanWeb Reformasi:
1) Satu rancangan menyeluruh untuk membantu keluarga
ini. Kita akan pastikan: a) adik ini mendapat kerusi roda yang diperlukan;
b) minta wakil rakyat BA di Kedah (tak kira siapa)
mengusaha dan mempastikan supaya ada sekolah yang akan
menerima adik itu bersekolah (tanpa sebarang alasan
apa-apa). Wak tau ada sekolah kanak-kanak istimewa
yang dibina oleh Kemen. Pendidikan. Apasal tak boleh
terima? c) menanggung segala buku dan kelengkapan sekolah
termasuk perbelanjaan pengangkutan, dll.;
d) memberi sebarang kemudahan lain yang diperlukan.
2) Kita usahakan kutipan derma untuk membaiki rumah
saudara Md. Noh Awang Besar bapa adik itu dan isteri
beliau Azizah Abd. Halim supaya lebih selesa daripada
keadaan sekarang. 3) Kita cetak borang melalui internet, boleh download,
print dan sebarkan kutipan di masjid-masjid, biar
ramai dapat beramal jariah?!! 4) Kita minta Jabatan Kebajikan Masyarakat fikir
masak-masak mengenai masalah adik ini. Jangan cuba
buat bina tak bina saja?!! Jika ada pihak yang
menolak, kita minta wakil BA bangkitkan perkara ini di
Dewan Undangan Negeri yang bermesyuarat tak lama lagi.
Kita mana tau, entah-entah adik ini adalah bakal
muslimah yang berilmu dan disegani satu hari kelak?
Allah swt. melahirkan ia ke dunia tentu ada tujuanNya.
Jika nasibnya begitu, paling kurang ia memberi kita
keinsafan betapa zalimnya kita sesama manusia, kan?
Kepada PW FGR dan PW semua LamanWeb Reformasi, kalau
tidak menjadi keberatan, marilah kita maklumkan kepada
netters NAMA DAN ALAMAT SERTA NOMBOR AKAUN bakal derma
kita itu dikirimkan. Kita paparkan di muka hadapan
laman-laman. Kita minta pemegang amanah itu menyatakan
persetujuannya. Jom kita mula sekarang juga. Wak Amin dah siap
seringgit dua. Hehehe? bukan nak galmour, yek!! Dah
lama tak derma ceramah BA nih? ada juga seringgit dua
yang mengelinjang nak keluar dari poket.. Hihihih.
|