Laman Webantu KM2A1: 3676 File Size: 10.9 Kb * |
Berfikirlah Wahai Insan - Tanggungjawab Mu Sepanjang Jalan!! By Amin Sapiro 28/1/2001 6:22 pm Sun |
Amin Sapiro (hamba Allah yg fakir lagi hina)
[Satu kisah pilu ayah dan ibu yang memohon bantuan
tetapi tidak diperdulikan oleh pihak berkenaan walaupun
sudah empat kali mereka merayu bantuan. Semua pihak
termasuk BA perlu melakukan sesuatu kerana BN/Umno sudah
tidak boleh diharapkan selagi tidak ada musim mengundi.
"A friend in need is a friend indeed."
- Editor] KITA hairan dengan kesah yang berlaku di Kedah yang
ditutunkan sepenuhnya dibawah; apakah adik yang lumpuh
itu akan dibiarkan keseorangan bila Pilihanraya
kawasan terbabit dilangsungkan? Isu: TENTU ramai diantara kita pernah dan telah menghulur
derma ikhlas barang seringgit dua sebilangkali
menghadiri ceramah politik anjuran BA.
Berbanding dengan ceramah UMNO, hadirin akan diberi
makan dan tambang serta duit poket dengan tujuan
membeli undi pihanraya. Itu kita tak kesah. Tak
peduli. Dah jadi amalan UMNO. Mahathir punya arahan -
sebagai tanda UMNO/BN menyayangi rakyat?.KUNUN..!!
Begitu juga, tentu ramai diantara kita tidak akan
berasa enggan menghulur derma ikhlas barang seringgit
dua sebilangkali bila berlaku kemalangan kepada
saudara kita yang tidak bernasib baik. Kita merasa
terharu dan sedih. Mungkin ramai diantara kita yang
merecik airmata dengan perasaan 'andainya diri aku
yang mengalami nasib yang sama', bukan?
Sekadar Padangan: Kasih sayang bagi seseorang insan bukan sahaja kepada
anggota keluarga sendiri semata-mata, malah fitrah
insan mendorong manusia mengasihan-belas kepada jiran
tetangga juga. Perasaan itu melimpah hingga meluas ke
serata alam ini - tak kira terhadap manusia mahupun
haiwan dan serangga yang melata di bumi Allah yang
maha luas ini. Sebagai contoh, Kerajaan Malaysia dibawah kepimpinan
UMNO/BN pernah menghulur derma berjuta kepada rakyat
Palestine, Somalia dan Bosnia? entah siapa lagi.
Dibesar-besarkanlah dalam media, hingga satu dunia
tahu!! Kita berbangga kerana baik hati, kununya. Orang
puji - kita meloncat terbang semangat.
Terhangguk-angguk macam belatok!! Hidung rasa tinggi
bila bercakap di TV..!! (Wak rasa kesal niii?!!)
Tetapi pernahkah kita terfikir bahawa sebuah Jabatan
yang mengendalikan 'kebajikan masyarakat' (kununnya)
menolak permohonan seorang keluarga yang dhaif untuk
mendapat sebuah kerusi roda berharga semurah itu
setelah empat (4) kali mememohon. Percayakah cerita
tu? Yang menyedihkan kita pada kali ke-4 masih lagi
ditolak? Setan yang tak ada perasaan ke yang
mengendalikan jabatan itu? Bandingkan: Dr. Mahathir dan UMNO yang murah hati
begitu mudah meluluskan BAILOUT berpuluh billion RM
kepada anak-anak & sukusakat serta Kroni - pun boleh
pulak? Amacam rakyat tak kutuk puak-puak macam tu,
yek? Tetapi bila rakyat kerdil, miskin dan dhaif memohon
pertolongan, tak ada siapa antara mereka bergelar
'Pemimpin Berwawasan' itu yang ambil pusing
langsung?!! Makan duit rasuah, kenyangkan tembolok isi
kantong saja, apa jenis macam niiii?.??
Ingat tak? Penternak Babi pun Dollah Bedawi bagi
imbuhan beratus juta. Tapi bila kena ibu-ayah sebuah
keluarga miskin meraung memohon bantuan sebuah kerusi
roda - UMNO dan pemimpin yang bijak berjanji, hangpa
pi mana langsung tak tunjuk muko niii, hah?
Bertanya kita: Apakah dasar UMNO/BN hanya menolong
kelompok rakyat yang berstatus Kroni dan perompak saja
ka..? Kita hairan dengan kesah yang berlaku di Kedah yang
diturunkan sepenuhnya dibawah; apakah adik-adik yang
lumpuh itu akan dibiarkan keseorangan bila Pilihanraya
kawasan terbabit dilangsungkan? Hahhhh?. Kita percaya, pasti ada wakil WANITA UMNO
yang sanggup memanggul-dukung adik yang malang itu ke
tempat mengundi supaya boleh mencoteng-pangkah calun
UMNO/BN, betui dak? Tentu ada Mercedez yang bawa, kan?
Inikah dia yang dikatakan 'UMNO berjuang demi
kepentingan rakyat?' Bila dengar cerita macam ni, teringat kita pepatah
Melayu, 'Kera dihutan disusui, anak dipangkuan mati
kelaparan'. Inikah dia dasar keperihatian UMNO/BN yang
kununnya merentah adil tanpa memilih bulu. Bulu
P***M** depa semua ke? Kita juga ingin bertanya, Apa Pak-pak Lebai yang
bervolvo kehulu kehilir mengutip Zakat berjuta-juta
itu, mengendalikan Baitulmal - duduk di kerusi empuk -
apa you oghang semua dok buat? Owww! hangpa balik
rumah, lipat serban dan 'k*ngk*ng bini nombor 3 gadis
sunti' saja ke? 'Benda' tu saja ke yang nampak, ummah
yang dhaif main 'pegerahhhh..!' saja ke? Ini macam
punya ulamak, patut kasi rendam dalam 'cesspool tong
taik' lagi baik. Owwww! alasannya, "Kitorang tak ada peruntukan
konon?". Hai.. Hai? kutip zakat macam-macam punya
gertak..!! Kata Tuhan nanti hukum di Padang Mahsyar..
rezki tak berkat.. Macam-macam! Tapi bila pulangkan
kepada rakyat, bagi macam-macam sebab pulak? Bedebah
punya Ulamak UMNO. P***M** punya lebai ketayap
berlapok..!! Kita tak mahu menyalahkan satu pihak saja. Kita
penyokong BA pun kena juga cermin-cermin diri. Kita
harus jangan mengulang kesilapan UMNO/BN yang sedang
dicemuh hebat-hebat. Demi keredhaan Allah swt.
tidakkah manasabah kita membantu? Cadangan: 1) Jika selama ini ulamak yang berceramah lepas
Maghrib di masjid-masjid seluruh negeri Kedah
mengistiharkan ganjaran yang diberi oleh makmum itu
diderma-sedekahkan kepada Tabung membeli kerusi roda
adik yang malang itu, cuma untuk satu ceramah saja,
kalau dikira semua masjid diseluruh Kedah; berapa
puluh kerusi roda boleh beli? Jika ganjaran makmum Rm100, dengan 300 masjid, berapa
total kutipan Tabung dalam satu ceramah saja? Kan jadi
Rm30,000? Inilah satu dari amalam Islam, kan? Bukan sekadar
cakap-cakap omong kosong bagi pelengah masa antara
Maghrib dan Isya? saja, tuan!! Cuba semak hadis dan
firman yang tersorok dalam gumpalan serba, tuan-tuan!!
Dalam serban apa yang tuan-tuan simpan? Kepala botak
atau rambut beruban saja ke? Lupakah ulamak yang diberi tauliah oleh Pejabat Agama
itu mentafsirkan bahawa tauliah itu adalah satu
pengurniaan Allah swt. untuk menambah rezki mu? Apakah
tidak boleh bersedekah ganjaran ringgit satu ceramah
antara 365 ceramah dalam setahun? Buatlah 'practical
teaching' sikit wahai ulamak yang diberi taulaih oleh
UMNO!! 2) Jika Wakil-wakil Rakyat BA mendermakan 10% dari
gaji dan elaun sebulan, pasti kita sudah mampu membeli
100 kerusi roda cuma dengan sekali derma saja, kan?
Janganlah kita ikut amalan wakil rakyat UMNO. Kalau
diorang sesat jalan, biarlah depa terjun gaung
sendiri. Ingatlah, rakyat telah menderma ikhlas semasa
kempen pilihanraya dulu, sekarang pulangkan barang
sedikit biar merasa pula rakyat miskin nikmat memilih
ada semua. 3) Kepada kita yang menderma di setiap ceramah BA,
tentu kita tidak keberatan menyambung ibadah
bersedekah dan menderma itu, kan? Kenapa kita senyap
aja, hah? Nah..! ini baru satu contoh. Ada banyak lagi yang
tersorok tak dengar ceritanya. Mengapa kita asyik
berdemo dan berpolitik saja, tapi kesah rakyat dan
azab mereka kita macam lupa pula? Rakyat kita bukan
kaya macam cakap pemimpin UMNO.
Diorang tu bila dengar cakap Mahathir, main angguk
saja. Mereka ingat camana nak rasuah, cari angpow isi
tembolok saja. Jiran sebelah rumah meninggal dunia pun
mereka tak nak jenguk. Kununnya bila dah mati tak akan
nak undi UMNO/BN lagi. Jadi tak payahlah nak tolong
apa-apa. Gitu ke? Nah! Pertimbangkanlah! Amin Sapiro bukan nak
berpolitik ya. Bila kena 'tang' perkara macam ni,
semua puak yang patut kena hentam..mesti Wak sapu
sokmo..!! Pedulik apa. Wak Amin dah mula pungutan,
insyaallah akan ke Kedah ni. Sapa nak ikut jom.. kita
jumpa di sana?. atau di mana-mana!! Sorrylah?. kasar
sikit ya. Sekian Rencana Rujukkan: NORASHIKIN Md. Noh terpaksa diusung menggunakan besen
oleh bapanya Md. Noh Awang Besar dan ibunya, Azizah
Abd. Halim untuk membolehkannya bergerak.- Gambar
AZMAN MD NOOR. 4 KALI GAGAL MOHON KERUSI RODA Oleh: AZMAN MD. NOR BALING 24 Jan. - ''Sudah empat kali memohon ke pejabat
kebajikan tetapi semuanya ditolak,'' itulah keluhan
kekecewaan seorang ibu mengenai usahanya untuk
mendapatkan sebuah kerusi roda bagi anaknya.
Adik Norashikin Md. Noh, 11, dari Kampung Kuala
Chenerai, Kuala Pegang mungkin senasib dengan adik
Noor Hidayah Morad dari Kuala Kedah yang cacat
kedua-dua kakinya. Ibu Norashikin, Azizah Abd. Halim, 40, dan bapanya,
Md. Noh Awang Besar, 42, sudah berikhtiar untuk
mendapatkan sebuah kerusi roda untuk anaknya. ''Dia
sangat perlukan kerusi roda bagi memudahkan bergerak,
apatah lagi sering kami tinggalkan berseorangan di
rumah kerana bekerja,'' ujarnya bersungguh-sungguh.
Md. Noh bekerja sebagai penoreh dan Azizah pula
bekerja di sebuah kilang. Anak bongsu daripada empat beradik ini yang cacat
kedua-dua kaki sejak dilahirkan berkeinginan benar
untuk bersekolah seperti rakan-rakan yang lain.
''Saya tak sabar-sabar untuk menjejak kaki ke sekolah
tetapi apakan daya sudah nasib saya begini,'' katanya
yang petah bercakap ketika ditemui di rumahnya hari
ini. Menurut Azizah, dia bersama suaminya pernah membawa
anaknya ke Pejabat Kebajikan Masyarakat untuk memohon
belajar di sekolah pendidikan khas demi masa depan
anaknya tetapi diminta oleh pihak berkenaan supaya
menghantar sahaja anaknya ke sekolah biasa.
''Macam mana anak saya dapat bersekolah biasa
sedangkan untuk bergerak dan membuang air pun susah,''
katanya yang kecewa dengan sikap pihak berkenaan.
Tambah Azizah, setiap kali keluar bekerja dia akan
meninggalkan Norashikin seorang diri sambil
mengharapkan nenek (Norashikin) yang tinggal kira-kira
50 meter dari rumah menjenguknya. Katanya lagi, bagi memudahkan anaknya membuang air
kecil atau besar dia terpaksa menggunakan besen khas.
''Saya merayulah kepada mana-mana pihak supaya dapat
membantu meringankan beban kami sekeluarga bagi
mendapatkan sebuah kerusi roda,'' katanya.
Keinginan kanak-kanak ini untuk bersekolah ternyata
apabila meminta buku nota wakil Utusan untuk menulis
bagi membuktikan dia benar-benar berminat untuk
belajar. Kehidupan keluarga ini daif memandangkan keadaan rumah yang uzur, malah, permohonan untuk mendapatkan rumah di bawah Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) turut ditolak. |