Laman Webantu KM2A1: 3675 File Size: 10.0 Kb * |
TAG MT 22: Iktibar Daripada Keaiban Estrada (Newsweek) By Jessica Zafra 28/1/2001 10:40 am Sun |
TAG022 [Ketaksuban imej seseorang itu kerap menipu perwatakkan dirinya yang sebenar.
Apatah lagi seorang Presiden yang pandai berlakon sejak dulu akan berjaya
memukau rakyat dengan gerak dan lagak yang berulang-ulang. Di sinilah media
memainkan peranan memesongkan minda rakyat dengan foto yang asyik tersenyum
memanjang.... atau kata-kata indah yang seolah-olah mengambarkan seribu keihklasan
yang tiada tandingan. Tetapi rakyat sudah tidak lagi sebodoh itu untuk ditipu senang-senang. Rakyat
menjadi semakin pintar sebagaimana yang terbukti di Filipina. Mereka sudah
dapat membaca tanpa perlu diajar kerana pengalaman silam mengajar segala-galanya.
Bukan di Filipina sahaja, malah di seluruh dunia. Soalnya kenapa rakyat Malaysia
masih sukar untuk mencelik mata? Sesuatu perlu dilakukan untuk menyapu debu di mata
mereka - dan itu bukan tanggungjawab pihak BA sahaja tetapi semua yang 'berkacamata'.
- Editor ] (Learning From The Estrada Embarassment)
Oleh Jessica Zafra Sumber: Newsweek International Issue 29 January, 2001 Aku tidak perlu diingatkan bahawa presiden aku mempunyai rambut yang tebal dan
merupakan bintang filem yang melakonkan aksi tampan. Ataupun seorang yang suka
minum-minum dan berjudi dan amat gemar dengan cara hidup yang menaikkan kening mata
mereka yang mengetahuinya. Dia memang seorang yang mempunyai ramai perempuan simpanan dan
gemar dengan sejarah mengenai pendidikan yang tidak tinggi. Ketika aku melihat tayangan
gambar TV menunjukan presiden Estrada berjalan tempang-tempang di perkarangan Istana
Malacanang, aku bertanya diri sendiri: "Kenapakah orang ini yang dilantik menjadi
presiden?" Jawapan yang lumrah kenapa Estrada menang dulu adalah kerana para pengundi taksub
kepada imejnya di layar perak sebagai seorang wira kumpulan yang merana. Dia mampu
meyakinkan rakyat marhaen bahawa dia adalah insan semacam mereka. Inilah alasan yang
tidak dapat aku terima. Yang pertama, Estrada memang sudah lama tidak berlakon dan dia
bukannya seorang yang miskin. Seperti seorang populis yang tulen, Estrada amat memahami
segala gerak geri dan isyarat badan yang membawa beribu makna kepada masyarakat yang
serba-tiada dalam hidupnya. Golongan atasan pula secara tidak mereka fahami telah
mempersendakannya sehingga dia merasa ceria dengan imejnya sebagai seorang insan yang
datang daripada golongan yang tertekan.
Seorang teman pernah berkata, seorang pemimpin kepada sesuatu negara adalah satu
bayangan kepada pemikiran terpendam yang ada pada rakyatnya. Apakah mungkin kita
merupakan imej Joseph Estrada, dan Joesph Estrada itu membayangkan imej kita sebenarnya.
Jikalau demikian, mungkin benarlah beliau itu bayangan kita juga. Carl Jung pernah
menulis betapa bayangan itu membesarkan keinsanan sendiri apa yang kita sendiri enggan
mengakuinya. Bukankah kita yang memangkah kertas undi memihak kepada Estrada yang suka
berpoya-poya dengan wanita, berjudi dan mudah melakukan segalanya secara berlebihan,
ataupun kerana dia memang mengatasi kita semua?
Apa pun, kita memang semakin pintar menyingkirkan kerajaan yang berstatus hampeh. Kita
mengambil masa tiga tahun lamanya, selepas Senator Benigno Aquino Jr. dibunuh, untuk
menjatuhkan diktator Marcos. Kita mengambil masa tiga bulan selepas pendedahan Gobenor
Lusi Chavit Singson mengenai hubungan Estrada dengan sindiket perjudian, sebelum
menyingkirkan presiden itu. Pada 1986, kita berkumpul di belakang balu Aquino, Corazon
Aquino selepas mendengar panggilan Cardinal Jaime Sin. Minggu yang lalu kita tidak pula
memerlukan seorang wakil ataupun membuat panggilan untuk bersiap sedia.
Sebaik sahaja kita sedar betapa perbicaraan pendakwaan itu diseleweng, kita naik marah
secara bersama sehingga mampu berfikir sama maknanya: Ayoh, mari kita berhimpun di EDSA!
Tanpa sebarang rencana ataupun seorang pemimpin yang ternama, kita membanjiri jalanraya
memanggil yang lain yang kita kenali dengan mengirim berita melalui telefon bimbit,
tanpa henti-henti. Joseph Estrada fikir kita sudah mampu ditipunya. Dia fikir kita tidak mampu membuat
perbezaan di antara seorang hero (wira) di layar perak dengan seorang crook (bajingan)
di alam nyata. Akhirnya, Estrada rupanya yang tidak tahu membezakan di antara mitos
lakonan filem dengan kenyataan mainan politik. Walaupun dia telah dipinggirkan oleh
kabinetnya, angkatan tentera dan kawan-kawan dunia perfileman dulu, dia masih tidak
faham lagi. Dia bertanya apakah dia masih boleh terus memegang kuasa sebagai presiden
untuk lima hingga tujuh hari lagi. "Estrada tidak faham makna 'melepaskan jawatan'", kata
seorang pengarah filem Marilou Diaz-Abaya. "Dia terpaksa diarahkan dengan perkatan "Cut!
And 'Pack-Up'." (Dalam dunia perfileman ini bererti "berhenti" dan "Bersiap untuk pulang!
- penterjemah) Filipina ialah sebuah negara yang muda di mana kami mampu membesar untuk mencapai
kematangan demokrasi. Penyingkiran Estrada tidak akan menyelesaikan masalah kami, tetapi
ia mungkin memulakan satu permulaan kepada satu perubahan yang sebenar. Lima belas tahun
daripada sekarang, aku tidak mahu berdiri lagi di tempat yang sama mendesak pengunduran
seorang lagi pemimpin negara yang durjana.
-Zafra- (Zafra ialah seorang kolumnis sebuah akhbar di Manila)
Rencana Asal: http://www.msnbc.com/news/519361.asp Filipinos are getting better at removing lousy leaders
By Jessica Zafra NEWSWEEK INTERNATIONAL Jan. 29 issue - For two and a half years I have traveled with a
secret embarrassment: I have dreaded being asked the question
"Are you from the Philippines?" Not that I was ashamed to be a
Filipino, but I did not relish the inevitable follow-up: "Your
president is That Actor. "I DIDN'T NEED to be reminded that my president was a big-haired
action star who drank and gambled, hung out with lowlifes, kept several
mistresses and seemed proud of his lack of education. As I watched
the TV footage of President Estrada limping out of Malacaņang Palace,
I asked myself the question foreigners have been asking: Why did we
elect this guy? The usual explanation for Estrada's victory is that the voters believed
his on-screen image as the savior of the poor. He managed to convince
the masses that he was one of them. I don't buy this reasoning. For one
thing, Estrada hasn't made a movie in many years, and it's obvious that
he isn't poor. Like a true populist, he understood the symbols and
gestures that mattered to those on society's lower rungs. The upper
classes inadvertently aided Estrada's campaign by making fun of him;
he reveled in his image as the underdog. ...the leader of a country
embodies the collective unconscious of his people.
As a friend of mine noted, the leader of a country embodies the
collective unconscious of his people. Can it be that we are Joseph
Estrada, and Joseph Estrada is us? If so, perhaps he is our shadow.
Carl Jung wrote that the shadow personifies everything that we refuse
to acknowledge about ourselves. Did we vote for Estrada despite his
being a fun-loving womanizer, gambler and all-around overindulger, or
because he is all of the above? Either way, we are getting better at removing lousy governments.
It took us three years, after Sen. Benigno Aquino Jr. was assassinated,
to topple the Marcos dictatorship. It has taken us three months since
Gov. Luis Chavit Singson exposed the president's links to illegal
gambling to oust Estrada. In 1986 we rallied round the martyr's widow,
Corazon Aquino, in response to the call of Cardinal Jaime Sin. Last
week we did not need a figurehead or even a call to arms. When we
realized that the impeachment trial was rigged, we got so mad that the
same thought popped into our minds: Let's go to EDSA! Without a plan
or a designated leader, we poured into the streets, summoning everyone
we knew by cell phone text message. "Estrada did not understand the word `Resign.' He has to be ordered to
`Cut!' and `Pack up!' " - MARILOU DIAZ-ABAYA, Filipino film director
Filipino film director Joseph Estrada thought he had us fooled. He
thought we couldn't tell the difference between the on-screen hero and
the off-screen crook. In the end it was Estrada who couldn't tell the
difference between movie myth and political reality. Even after he was
abandoned by the cabinet, the military and his movie-star friends, he
didn't seem to get it: he asked if he could remain president for five
to seven days. "Estrada did not understand the word `Resign'," said
film director Marilou Diaz-Abaya. "He has to be ordered to `Cut!' and
`Pack up!' " The Philippines is a young country, and we are maturing as a
democracy. Getting Estrada out of office will not solve our problems,
but it could be the beginning of real change. Fifteen years from now, I
do not want to be standing in the same giant mosh pit, demanding the
ouster of yet another bad leader in office.
|