Laman Webantu KM2A1: 3672 File Size: 7.2 Kb * |
TAG MT 19: Kabila yang Menghampakan By Reuters 27/1/2001 9:00 pm Sat |
TAG019 [Peristiwa yang menimpa Kabila seharusnya menjadi pengajaran buat
pemimpin negara yang masih berdegil walaupun sudah tidak popular.
Kabila cuba berkonfrontasi dengan sesiapa sahaja sambil menonjolkan
kehebatannya, tetapi dia tak kemana juga. Dia memerintah mengikut
acuan sendiri dan bertindak memagari ekonomi untuk mengelak krisis
sehingga mengeluarkan matawang baru. Tetapi dia gagal dan terpaksa
mengubah polisi kewangan acap kali namun pelabur tidak juga berminat
dan semakin meminggiri Kongo. Bayangkan kekayaan bumi Kongo pun gagal
menghidupkan ekonomi. Akhirnya Kabila dibunuh oleh pegawainya sendiri
yang sudah tidak tahan dengan sikap dan egonya yang asyik meninggi.
Kabila sudah mati tetapi dia meninggalkan satu negara yang sudah punah
segala-galanya. Bukan salah orang lain, tetapi salah dirinya sendiri.
- Editor (Hmmm... banyak persamaan nampaknya) ]
(Kabila Failed To Live Up To Expectations)
Kematiannya hampir empat tahun kemudiannya oleh tembakan daripda salah seorang pengawal
peribadinya menyebabkan negara yang ditinggalkannya itu berperang lagi kerana di situ
memang sudah sedia terkumpul beberapa kelompok askar bersenjata yang lengkap dengan
segala kelengkapan perang tercanggih di dunia. Mereka inilah yang berantakan sejak dua
tahun yang lalu. Kongo adalah sebuah negara yang kaya dengan sumber buminya. Ia merupakan negara ketiga
terbesar di seluruh benua Afrika. Kabila naik memegang kuasa dulu selepas ratusan ribu
manusia terbunuh dalam satu peperangan melawan bekas sekutunya, sehinggakan sekitar 1.5
juta manusia menjadi mangsa kehilangan rumah tangga mereka.
"Kematian Kabila tidak akan menamatkan konflik yang ada. Ia hanya merumitkan lagi
situasi yang sememangnya berserabut itu." Demikian pendapat bekas presiden Botswana,
Ketumile Masire, yang telah dipilih sebagai ketua perunding oleh pemimpin Afrika tetapi
telah ditolak oleh Kabila. Pada hari Rabu yang lalu, kabinet Kabila telah melantik anaknya yang berumur 31 tahun,
Joseph Kabila untuk menyambung tugas seorang presiden untuk menentukan kesinambungan
pemerintahan. Joseph Kabila pernah menerima latihan di China dan sebelum itu merupakan
ketua turus angkatan tentera Kongo. Sebelum Mei 1997 dulu, Kabila tidak dikenali ramai. Tetapi dia telah lama memerangi
diktator Mobutu Sese Seiko dan muncul setelah berkempen selama lapan bulan mengganyang
diktator itu, dengan bantuan pasukan bersenjata Rwanda dan Uganda yang diketuainya.
Tidak lama kemudiannya, Kabila telah mengusir keluar tentera Rwanda yang
bermati-matian dalam peperangan di kawasan belantara. Kesannya membuatkan permberontak
Tutsi bangkit denan sokongan Rwanda dan Uganda untuk menyerangnya pada Ogos 1998.
Rwanda yang merasa terancam kerana keselamatan sempadannya, telah menuduh Kabila kerana
mengamalkan nepotisme dan kronisme. Acnaman Rwanda itu menarik minat Zimbabwe, Angola
dan Namibia untuk mengirimkan peralatan dan anggota tentera. Satu perjanjian telah
disain di Lusaka, ibukota Zambia pada 1999. Namun perjanjian itu gagal disebabkan
mungkir janji yang dicetuskan oleh tembakan semula oleh semua pihak. Pasukan pemberontak
sudah menguasai sebahagian besar bahagian Timur dan sebahagian kawasan utara Kongo.
Kabila menuduh Rwanda dan Uganda dalam konflik itu dan menuntut agar mereka mengundurkan
tentera dulu sepagai pra-syarat untuk meneruskan perundingan.
Para penyokong Kabila menyalahkan konflik yang berpanjangan itu sebagai penghalang
kepada usaha Kabila untuk melaksanakan wawasannya - perpaduan negara, kedaulatan
negara dan proses pemulihan. Diluar negara imej Kabila menurun kerana dia dikenal
sebagai seorang yang suka bersendirian tanpa berminat untuk menjalin keamanan.
Satu penghantaran misi keselamatan PBB telah tertunda kerana Kabila mempunyai fikiran
berbeza mengenai ke mana mereka harus bertugas dan bila mereka boleh menjalankan tugas.
Segala usaha untuk berdialog mengenai masa depan negara kerap terbantut kerana Kabila
enggan menemui pemimpin pemberontak dan mudah menolak usaha Masire.
Laurent Desire Kabila telah dilahirkan pada 1939 di Jadoville di Kongo yang masih
dijajah oleh Belgium. Dia mempelajari falsafah politik di sebuah universiti di
Peranchis dan menjadi aktif dalam dunia politik Kongo ketika negara mencapai kemerdekaan
pada 1960. Berbadan gempal dan berkepala licin, dia pernah mengambil kira antara
sahabatnya dulu; ialah Erneso 'Che' Guevara, yang pernah berjuang di Timur Zaire pada
awal 1960-an. Pada 1965, Kabila menganggotai satu kumpulan pemberontak yan dipimpinoleh Pierre
Mulele, yang menjadi seorang menteri kabinet Patrice Lumumba. Itulah kerajaan yang wujud
lima tahun sebelumnya ketika negara itu hampir berpecah-pecah sebaik sahaja kemerdekaan
dicapai. Ketika itu Mobuto menjadi ketua angkatan tentera dan berjaya merampas kuasa tanpa
pertumpahan darah yang menumpaskan pemberontak. Namun, Kabila terus kekal dengan
wawasannya. Beberapa ketua negara di Afrika berpendapat, Kabila yang bukan merupakan anak kaum
Tutsi telah menjalin hubungan dengan orang Tutsi selama itu dengan niat untuk
mewujudkan satu wilayah besar Tutsi (Tutsiland) di Afrika Tengah. Kabila menolak teori
mereka itu. Kabila telah berkahwin dengan beberapa wanita hingga menghasilkan ramai zuriatnya.
Kabila merasa nikmat perjuangannya selama 30 tahun itu selepas mampu menumpaskan Mobuto
Sese Seiko dengan bantuan 'llianc of Deocratic Forces for the Liberation of Congo-Zaire'
(AFDL) yang diketuainya dan dibantu oleh seorang etnik Tutsi bernama Banyamulenge.
"Perjuangan saya yang panjang adalah laksana menabur baja di atas ladang. Tibalah masa
untuk menuai hasilnya." Inilah kata-kata Kabila dalam bahasa Inggeris yang fasih
kepada Reuters satu ketika dulu. Sebaik merangkul kuasa Kabila mengharamkan semua parti politik melainkan AFDL. Inilah
yang meminggirkan pihak pembangkang. Dia menjanjikan pilihanraya umum pada April 1999,
tetapi gagal menepatinya. Hubungannya dengan masyarakat antarabangsa terus tergugat
apabila PBB cuba menyelidik kisah penyembelihan sekitar 20,00 pelarian Hutu oleh
tenteranya ketika peperangan yang menaikkan kuasanya.
Ekonomi negaranya merudum walaupun dia memperkenalkan satu matawang baru bernama
Congolese Franc yang terpaksa diubah-ubah kadar tukarannya berkali-kali. Kerajaannya
enggan membayar balik hutang lama bernilai USD14 bilion yang dibuat oleh kerajaan
Mobutu dulu. Beberapa institusi kewangan antarabangsa bertindak meminggirkannya. Inilah juga yang
membuatkan kerajaan gagal melaksanakan rancangan pemulihan negaranya.
-Reuters- |