Laman Webantu KM2A1: 3671 File Size: 7.1 Kb * |
Perbincangan PAS-UMNO: Mahathir Memusnahkan Kewajarannya By Amin Sapiro 27/1/2001 7:57 pm Sat |
Amin Sapiro (suka cermin-cermin ke belakang)
[Dengan melantik mereka yang tidak dipilih oleh rakyat memimpin negara
Mahathir telah menjadikan kabinetnya bukan lagi suara wakil rakyat,
tetapi suara keparat-keparat yang paling dibenci rakyat. Mungkin sebab
itulah ramai orang Umno yang mengundi BA atau tidak mengundi langsung!
Seluruh ahli Umno yang waras wajar mencermin kebelakang banyak kemalangan
ngeri di kubu kuat Umno sendiri sejak mutakhir ini angkara pilihan diktator
yang dianggap begitu berwawasan dan pintar sekali. Pandu sahaja ke Kedah
dan lihat cawangan yang sunyi sepi, bertekak sesama sendiri atau sudah
gulung tikar akibat kepakaran sewel Sanusi Junid yang ditabal oleh Mahathir.
Tentunya Sanusi masih ingat sehingga dia begitu terdiam sampai sekarang...
- Editor] Pemimpin UMNO, sama ada yang yang berjawatan dalam parti maupun yang menjadi Wakil
Rakyat, tidak menyenangi berthabit perlantikan anggota Kabinet Dr. Mahathir terbaru
beberapa hari lalu. Bagi mereka yang ditemui menyatakan rasa kurang senang dan memprotes secara senyap
bahawa perlantikan melalui proses 'Senator' begitu adalah satu pengkhianatan kepada
proses demokrasi Rakyat yang memilih kerajaan.
Bagi mereka, perbuatan Mahathir yang dilakukan sewenang-wenang itu adalah bukti bahawa
regim Mahathir adalah menduplikasi ragam seorang Diktator. (baru sedar ke?).
Bagi mereka (pemimpin dan penyokong UMNO/BN), Demokrasi dalam parti itu dan Kerajaan
sudah melumpuh. Perlantikan melalui proses Senator, walaupun dibolehkan melalui
Perlembagaan negara, namun ia tidak boleh dilakukan secara wenang, kata mereka.
Amalan Mahathir itu lebih bermaksud menafikan hak rakyat dan Mahathir mementingkan
sesuatu agenda yang tersembunyi, kata mereka.
Mahathir sengaja menggunakan kuasa eksekutif beliau sebagai PM. Tindakan beliau
menggunakan kuasa seumpama itu tanpa sebarang rundingan dengan parti adalah sangat
keterlaluan. Ia menafikan prinsip demokrasi dan menjejaskan maruah wakil-wakil rakyat
yang dipilih oleh parti dan disokong oleh rakyat.
Bermakna, Mahathir adalah seorang pemimpin yang tidak peduli dengan proses demokrasi
yang dijunjung tinggi oleh rakyat dan termaktub dalam Perlembagaan. Kuasa rakyat adalah
lebih utama dari kuasa eksekutif seorang Perdana Menteri, kata mereka.
Beberapa orang pemimpin UMNO/BN yang berpengaruh menyatakan persetujuan mereka terhadap
kesimpulan Pembangkang terhadap sikap diktator Mahathir dan termusnahnya Demokrasi dalam
kerajaan Barisan Nasional. Dengan membayangkan persetujuan mereka terhadap Pembangkang; sekaligus, UMNO dan
komponen BN semakin meyakini Pembangkang berada di pihak yang benar.
Pemimpin UMNO sudah mulai mengambil ketetapan bahawa tidak ada gunanya mereka mewakili
rakyat melalui parti komponen BN jika Mahathir sebagai Presiden tidak memperkirakan
maruah wakil-wakil rakyat yang dipilih rakyat. Bagi mereka, adalah lebih baik pemimpin
UMNO/BN mulai berfikir panjang menyokong Pembangkang pada Pilihanraya yang akan datang.
'Kami tidak mau mengecewakan rakyat. Kami tidak berhasrat mewakili rakyat demi menyokong
seorang Perdana Menteri yang bersifat dan bersikap Diktator. Apa guna rakyat menyokong
parti yang diurustadbir oleh seorang berpendirian begitu', kata mereka.
Mereka sudah menilai kaliber mereka yang dilantik oleh Dr. Mahathir menjawat jawatan
terbabit. Berkata seorang wakil rakyat UMNO yang mempunayi latar belakang keagamaan, katanya:
[['Sebagai contoh, tidak semestinya seorang Menteri menerajui JAKIM berkelulusan
Al-Azhar. Fungsi seorang menteri tidak lebih dari penyelaras. Pegawai-pegawai adalah
pakar yang berkebolehan menasihati. Yang penting ialah kebolehan mereka membuat
penilaian kemahuan rakyat sebagai wakil mereka. Dengan itu urusan mereka ialah mentadbir
dan menyelaras. Jika ia bukan seorang yang mewakili rakyat, bermakna seseorang yang
tidak mewakili rakyat adalah tidak cocok dari sudut Demokrasi. Apatahlagi orang-orang
seperti Hamid Zainal Abidin, Adnan Mansur dan Zainuddin Maidin tidak mewakili rakyat.
Mereka pernah dilihat sebagai seorang kaki ampu. Pasti apa jua kesilapan yang dilakukan
oleh Hamid Osman (contohnya) akan berulang dilakukan oleh Hamid Zainal Abidin. Mereka
akan tetap jadi kuda tonggangan Mahathir. Akhirnya, agama ke mana, Islam entah ke mana,
penganut Islam letak di mana - yang pasti pihak yang akan mendapat manfaat besar
HANYALAH Mahathir seorang saja'. ujar wakil beliau.
Berkata seorang wakil wanita, 'Begitu jugalah keadaannya dengan menteri-menteri baru
yang lain. Jika Shahrizat mengetuai kementerian mengenai hal ehwal Wanita, kita nak
harap apa? Nak tambah buih sabun dalam tempayan pekasam Mahathir lagi?' tambah beliau
dengan nada mengejek. Beberapa orang yang sedang memohon borang keahlian PAS dan KeADILan berkata, 'Nah ini
saja jawabnya. Kita berpindah dari UMNO. Pilih mana komponen Pembangkang. Kita bawak
pengikut sama-sama keluar UMNO. Dekat-dekat pilihanraya nanti kita istihar keluar UMNO.
Biar Mahathir tau, UMNO tak ada orang Melayu yang sokong', kata mereka dengan suara
geram. 'Betullah tu,' berkata seorang lagi. 'Inilah yang dikatakan perpaduan Melayu. Melayu
berpecah dari kerangka UMNO dan bersatu di bawah Pembangkang Melayu. Biar MAMPOS
Mahathir. Biar MAMPUS UMNO, siapa peduli''
Ramai yang berpandangan: Belum pun perbincangan antara PAS dan UMNO berlangsung, orang
Melayu sudah mula dipecahkan oleh pucuk pimpinan UMNO sendiri. TETAPI perpecahan itu
ditafsirkan demi perpaduan jua.
Yang harus merunsingkan Dollah Bedawi dan Mahathir ialah: Perpaduan Melayu telah memecah
UMNO hingga semakin tenat dah parah. Ke jurang sedalam manakah UMNO/BN akan terhumban
setelah Mahathir memandu kereta usang UMNO/BN tanpa sedar bahawa jalan yang dilalui
sudah begitu licin. PERINGATAN: Dengan perkembangan terbaru kini dan sebagai peringatan cuma: Ada baiknya kita bertanya
kepada pemimpin PAS, adakah wajar perbincangan mengenai 'Perpaduan Melayu' itu sesuatu
yang mampu merobah keadaan dan senario politik orang Melayu dan orang Islam di negara
ini' Mungkin PAS sudah lupa kepada laungan dan airmata allahyarham Datuk Asri pada
pertengahan tahun 70-an dulu. Jika terlupa, rasanya 'pita' laungan itu kembali didengari
dari suara-suara nyaring anak-anak rakyat yang menjadi penyokong BA yang tidak mungkin
dinafikan. Mahathir dan UMNO sendiri sudah memainkan pita itu sekarang. Jika sudah menimbangkan
segala-gala aspek, teruskanlah. |