Laman Webantu KM2A1: 3668 File Size: 10.2 Kb * |
TAG MT 18: Apakah Reformasi Sudah Basi? [Mesti Baca] By Charles Hector 27/1/2001 12:19 pm Sat |
TAG018 [Satu rencana yang amat baik buat renungan pejuang reformasi dan
semua pecinta keadilan. Kami kategorikannya sebagai MESTI BACA dan
MESTI SEBAR. Reformasi tidak mati, tetapi ia sedang dibawa untuk diserap
bisanya oleh ramai pencari. Apabila mereka bertemu akan meledaklah
kuasa yang menggegarkan bumi yang mereka jejakki....
Reformasi menemukan banyak pihak tidak kira kaum atau parti mereka.
Malah ramai yang tidak berparti rasmi, mereka berparti 'reformasi'
sebenarnya. Mereka bersama bukan kerana Anwar, tetapi kerana sesuatu
yang memusnahkan semua nilai ugama dan maruah bangsa demi kuasa.
Anwar secara kebetulan menjadi seorang mangsa kezaliman itu dan
mata lebamnya pula adalah simbol kezaliman yang tiada taranya.
Rakyat menyertai laungan reformasi dan demo jalanan kerana sistem
pilihanraya dan parlimen kini sudah tidak berfungsi. Beberapa isu
tidak dibenarkan dibicara oleh speaker. Wakil rakyat pula begitu
terhad capaian mereka. Majoriti dua pertiga BN dan sikap mengampu
sahaja semua polisi kerajaan menyebabkan banyak isu berakhir dengan
kecewa dan lebih berpihak kepada keuntungan BN semata-mata.
Rakyat sebenarnya tidak perlu bising dan berada di jalanraya jika
semua sistem berjalan dengan sempurna. Kerajaan BN asyik menyembunyikan
beberapa jawapan dan sengaja berdolak dalih dengan rakyat. Mereka
menakutkan rakyat, sedangkan mereka sepatutnya menjadi 'hamba rakyat'
yang setia berkhidmat melayan perasaan dan keluhan rakyat. Apabila apa
yang diharapkan tidak menjadi, maka rakyat akan tercari-cari. Di sinilah
bermula arus reformasi. Pihak BA perlu mencari dan mengumpulkan semua
mereka yang mencari ini barulah BN tidak dapat bermaharaja lela
sesuka hati. Apakah Reformasi Sudah Basi? (Is Reformasi Dying?) Oleh: Charles Hector Ini adalah satu emel yang dikirim oleh Charles Hector kepada Adrian Morris yang
dipanjangkan oleh MGG Pillai kepada saya. Tajuknya ialah 'Is reformasi dying?'. Kalau
diterjemahkan secara literal bererti 'Apakah reformasi sudah nazak?'.
Selama tiga tahun, laungan 'reformasi' bergema di seluruh Malaysia. Sudah muncul kini
satu koalisi di antara parti politik di pihak pembangkang, yakni PAS, Keadilan, DAP
danPRM. Ada juga usaha untuk menubuhkan parti baru seperti PSM dan PRIN (dasar politik
yang terakhir itu masih menjadi tandatanya kita).
Pihak pembangkang yang kini lebih terkenal dengan nama Barisan Alternatif (BA)
nampaknya telah mengambil alih kepimpinan Pergerakan Reformasi (yang bererti
kebangkitan rakyat marhaen terhadap kerajaan yang memerintah).
Pihak media dan juga kerajaan telah melabel pergerakan itu sebagai satu 'pergerakan
pro-Anwar' (kerana Anwar merupakan mantan timbalan perdana menteri yang disingkirkan) -
tetapi, satu kajian rambang di kalangan rakyat marhaen itu menunjukkan bahawa ini
bukannya satu pergerakan ahli-ahli parti pembangkang ataupun para simpatian dan
bukannya juga kebangkitan pro-Anwar. Ia merupakan satu kebangkitan rakyat marhaen
daripada segenap lapis hidupnya, etnik dan kumpulan keagamaan dan kefahaman politik yang
berbeza-beza. Mereka bertindak terhadap keadaan negara ditadbir oleh kerajaan yang
sedang berkuasa. Gegaran gema laungan reformasi yang membelah suasana dari jalanraya Kuala Lumpur,
menunjukkan beberapa kisah menarik. Walaupun semakin ramai rakyat marhaen yang menjadi
anggota parti pembangkang masih ramai juga yang tidak menjadi ahli mana-mana parti.
Kenapakah agaknya? Ramai yang keluar berhimpun menyanggah kerajaan yang ada, tetapi
ramai juga yang bukannya menyokong kuat koalisi pembangkang itu.
Sistem pendidikan dan pengawalan media di negara ini telah membuatkan ramai rakyat
marhaen yang ketandusan idea untuk mencari perubahan. Apakah yang mereka patut lakukan
untuk mendesak perubahan? Apakah melalui proses pengundian yang berlaku setiap 5 tahun -
ramai yang tidak bersetuju dengan hal ini. Kerana apa? Kerana tidak ada jawapan yang
menyeluruh mengenainya. Ramai yang percaya apa yang diperlukan sekarang ialah rakyat mula terlibat dalam setiap
tahap proses membuat keputusan. Mereka harus melibatkan diri dalam Persatuan Penduduk,
Persatuan Guru dan Ibubapa (PIBG), persatuan pengguna, kesatuan sekerja, Jawatankuasa
Surau dan Masjid, Gereja dan Kuil dan apa juga persatuan yang membabitkan rakyat agar
mudah mencadangkan perubahan. Mereka harus berani bersuara lantang meminta
kebertanggungjawapan kerajaan - bukan sahaja daripada kerajaan persekutuan, kerajaan
negeri tetapi daripada kerajaan tempatan (majlis bandaran dsbg.).
Perdana menteri dan juga kerajaan yang ada kerap menyarankan agar rakyat menggunakan
saluran yang betul - oleh itu kita mesti gunakan saluran itu juga. Ini bererti kita
mesti sanggah ahli parlimen dan wakil rakyat DUN dengan masalah yang ada dengan
membawa idea baru kepada mereka. Kita perlu mengawasi apa yang telah mereka laksanakan
dan apa yang mereka rancangkan. Lagipun mereka adalah 'wakil' kita dan 'suruhan' kita
untuk menyambungkan pendapat kita, idea dan keputusan kita - bukannya pemikiran mereka
ataupun pemikiran parti yang mereka anggotai.
Adalah tidak memadai kalau kita menjerit slogan 'anti-Mahathir' setiap hari. Rakyat
tidak seharusnya menyerahkan kerja-kerja melakukan 'reformasi' kepada ahli politik
semata-mata. Tanggungjawab melakukan reformasi ini janganlah diserahkan bulat-bulat
kepada wakil rakyat dengan cara memangkah undi di pilihanraya umum yang akan datang.
Proses menggerakkan reformasi itu mesti dilakukan di semua tempat.
Usaha untuk mengumpulkan parti pembangkang yang berdaftar sebagai usaha melakukan
reformasi adalah satu usaha yang tidak mencukupi. Kalau Barisan Alternatif betul-betul
berminat melakukan reformasi, ia mesti bersedia berganding bahu dengan semua
organisasi yang melibatkan rakyat marhaen, kerana di situlah letaknya kuasa berbisa
barisan reformasi itu sebenarnya. Jika tidak??..fikirlah sendiri apa akan jadinya.
-Kiriman Charles Hector- Rencana Asal: Is Reformasi Dying? ARE WE GOING ANYWHERE WITH "REFORMASI"??????
Over the past years - the cries of Reformasi sounded all over Malaysia. In the political
front, there has emerged a coalition of opposition political parties, i.e. PAS,
Keadilan, DAP and PRM. There has also been efforts to establish new parties being the
PSM and PRIN (the politics of the later is still a question-mark).
The opposition parties, now known as the Barisan Alternative (or the BA) appears to have
assumed the leadership of the Reformasi Movement (which was a people's uprising against
the government of the day). The press and the ruling government has labelled it as a "pro-Anwar movement" (Anwar
being the former Deputy Prime Minister) - but a quick survey of the people involved seem
to indicate that this is not a movement of opposition party members or sympathisers, and
also not a pro-Anwar uprising. It was indeed the uprising of the people from all walks
of life, ethnic and religious groups, political affliation - who were just reacting to
the state of affair of the country under the present ruling coalition.
Following the intial cries of "Reformasi" that was heard from the streets of Kuala
Lumpur, it is interesting to note that while many have joined the opposition parties -
many are still out there without joining these opposition parties. The question is why??
They still come out in protest against the ruling coalition government - but at the same
time they are not in total support with the opposition coalition.
The education system and the control of the media of this country have left a lot of
Malaysians devoid of ideas for change. What can they do to bring about change? Is it
through the electoral process every 5 years - some believe not. Why? This is an
unanswered solution. What is required, some believe, is for people to begin getting organised and involved in
all decision making process. They should begin to get involved actively in Resident's
Associations, Parent-Teacher Associations, Consumer movements, Trade Unions, Surau
Committees, Church committees, Temple committees and all other people's organisations
and bring about changes. They should stand up and demand for a more accountable and
responsible government - not only the national government, the state government but also
the local governments (the town councils).
The Prime Minister and the current government is calling on people to use the "proper
channels" - then we must also use this. This would mean badgering our MPs and State
Assemblymen with our problems and ideas. This will mean keeping an EYE on what they have
done and doing. After all they are our "representatives" and they are our "servants" to
communicate our views and ideas and decisions - not their own or those of the political
party that they belong. Shouting "anti-Mahathir" slogans and other slogans are not enough - the people should
not leave the task of "reformasi" just to the politicians. The people must not abdicate
their responsibilities for "reformasi" to these politicians and just vote at the next
election. The "reformasi" process must happen in all quarters.
A mere coalition of registered opposition political parties alone will not bring about
reformasi. The Barisan Alternatif, if it truly wants to bring about this process of
"reformasi" must just hands will all other organisations of the people and then there is
a chance. If not ....one wonders.... -Charles Hector- |