Laman Webantu KM2A1: 3662 File Size: 6.5 Kb * |
B1: Nampaknya Mahathir Sudah Tiba di Penghujung Jalan..!! By Amin Sapiro 25/1/2001 10:24 pm Thu |
Amin Sapiro (mau tengok Luncai terjun dengan labu-labunya)
[Sudah lebih dua tahun Mahathir cuba memadamkan satu nyawa, tetapi
dia bukan sahaja tidak berjaya, dia telah menyebabkan beribu-ribu lari
meninggalkan Umno. Segala yang dibuat tidak menjadi, tetapi Umno
pula yang terbakar sendiri. Sudah dua negeri ditawan BA. Pengundi baru hampir kesemuanya golongan muda
yang cerdik pandai belaka. Pengundi Cina sudah berpaling tadah kerana merasa
tertipu dengan janji palsu BN menangani kes Suqui. Orang melayu sudah lama
tidak yaqin dengan bukti dan saksi yang meragukan dalam kes Anwar. Tambah
marah lagi bila fatwa Syaikh Taha tersebar. Pengundi India masih terpinggir
walaupun asyik mengundi BN sekian lama. Akhirnya BN hanya bergantung harapan
kepada pengundi hantu - tetapi mereka dapat dikesan pula oleh BA yang
sudah lama menduga tektik itu. Kini saham sudah meragam dan pelabur luar mula angkat kaki. Kroni semakin
sakit tetapi ubat yang ada sudah semakin sedikit. Tetapi Mahathir masih
mahu mencari jalan walaupun sudah tiba di penghujung jalan. Masih adakah
lagi harapan selain terjun masuk lubang? - Editor]
Bahagian: 1
DUA tahun dulu, laungan REFORMASI yang disaran oleh sdr. Anwar Ibrahim,
dicemek oleh Dr. Mahathir dan pemimpin UMNO/BN. Ia jadi bahan mereka untuk
ketawa. Kununnya, laungan Anwar akan melemah sebaik saja prosiding mahkamah berthabit
kelucahan Anwar didedahkan dan para hakim bertugas akan membuat keputusan
yang adil dan muktamad. Itu kata mereka.
Impian Mahathir Terkandas Jahanam
Berpegang kepada prinsip 'Kebenaran dan Kesahihan', berbulan-bulan Anwar
dihadapkan ke muka pengadilan. Seminggu tutup Anwar dilokap di Bkt Aman,
Mahathir Mohamad semakin lemas kerana menerima asakan katadua rakyat.
Mahathir tidak ada pilihan, iaitu samada beliau membicarakan Anwar atau 'tunggu
saja apa tindakan rakyat yang akan menggugat kepimpinan beliau'. Waktu itu,
UMNO/BN sudah berpecah dua. Orang Melayu sudah berbondong-bondong
meninggalkan UMNO. Dalam versi Mahathir, keadaan itu kununnya 'orang Melayu sedang menghadapi
perpecahan'. Tapi hakikat sebenarnya, 'orang Melayu berpecah dari menyokong
UMNO tetapi berpadu erat menjadi penyokog Pembangkang Melayu'..!! Tafsiran itu
jauh berbeda. Senario berikutnya, Mahathir semakin gawat dan lemas. Asakan rakyat semakin
menyenak. Jika Anwar tidak dibuktikan kesalahan beliau di mahkamah terbuka,
Mahathir sendiri akan terluka - bukan oleh para reformis yang sedia berdemo malah
oleh penyokong UMNO/BN yang semakin tidak yakin dengan kepimpinan beliau
(Mahathir). Itupun samasekali Mahathir dan pemimpin UMNO yang berkospirasi tidak
menduga. Demi Anwar dilihat turun dari kenderaan yang membawanya ke pekarangan
mahkamah, sekaligus Mahathir semacam sudah jatuh ditimpa tangga.
Apa tidaknya! Demi rakyat dan dunia yang melihat dengan mata kepala keadaan
Anwar waktu itu; sekaligus mengcop Dr. Mahathir - Perdana Menteri paling disanjung
dimerata dunia sebagai seorang penzalim dan pengkhianat kemanusaiaan sejagat.
Secara tiba-tiba Mahathir dan regimnya ditolak oleh seluruh pemimpin dunia
penjenayah! Mahathir dianggap sama seperti legenda 'dracula' yang bersifat
penghisap darah dan berstatus seorang bersifat jembalang sama identiti seorang
penyiksa dan pembunuh..!! Dengan keadaan Anwar yang tidak disangka-sangka sedemikian rupa - dengan
mata kiri lebam membengkak, beberapa bahagian ditubuh dan leher beliau
calar-balar; bukan saja Dr. Mahathir yang lumpuh kewibawaan malah seluruh
anggota regimnya tidak lagi diyakini sebagai berhemah. Regim Mahathir tidak lagi
wajar bergelar pemerentah dan pentadbir yang sempurna.
Maka sejak dari hari itu, Mahathir sudah terhumban dalam kawah air panas yang
menggelegak. Sekaligus dengan itu, impian Mahathir untuk berkuasa sudah terkandas
dan habis jahanam. Mahathir Tidak Mungkin Balik Kebelakang
Mahathir yang memang diketahui ramai sebagai 'kepala' Konspirator menumbangkan
Anwar, cuba berdalih 1000 helah menolak sebarang hujah rakyat dan dunia.
Malangnya, semua alasan beliau untuk memberi justifikasi kejadian tersebut umpama
menegak benang basah saja. Lebih lagi, alasan Mahathir amat meleset bagai
'menyiram air di daun keladi' saja. Sudah hampir 2 tahun kemudian, Mahathir yang angkuh dan 'temberang besar'
semakin hilang dari penghormatan orang. Segala apa yang dibicarakannya sudah
tidak lagi didengar. Ramai orang yang mencop beliau bagai 'manusia berhati jatung
seekor haiwan hina'. Paling buruk lagi, Mahathir diperhina rakyat negara nya
sebagai 'MahaFIRAUN'. Mungkin kita cuma tahu FIRAUN itu sudah cukup jahat dan hina. Dari mummy kering
yang tersadai sekujur di bawah lindungi piramid raksasa, kini si Firaun itu semacam
reliks untuk menyelidik budaya zalim anutannya.
Tetapi sejarah keburukan akhlak dan pentadbir manusia bernama Firaun itu menjadi
lambang kezaliman seorang insan yang mabuk kuasa - hingga memerentah
rakyatnya mengakui dirinya sebagai Tuhan pula. Apa pula ragam seorang berjenama
'MahaFIRAUN'' Jadi, bayangkan lah jika rakyat negara ini menggelarkan Mahathir Mohamad dengan
jenama 'MahaFIRAUN'' Tidakkah itu menunjuk-bayangkan betapa benci, terkutuk
dan jijik-busuk sumpahan lebih 20 rakyat yang selama ini hidup aman dan menganut
panduan agama' Soalan:
Kita yakin, dengan petunjuk dan izin Allah swt. dosa begini pohon dihapus supaya
rohani dan jasmani akan bersih semula. Bagaimana?
|