Laman Webantu KM2A1: 3661 File Size: 7.6 Kb * |
Mahathir dan Umno/BN: Berhemahlah Selagi Kesempatan Masih Ada..!! By Amin Sapiro 25/1/2001 10:33 pm Thu |
Amin Sapiro (nampak tiang seri tegak berdiri)
[Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Kuasa itu
akhirnya akan kembali kepada rakyat juga walaupun ia
cuba disekat dengan pelbagai cara. Sudah fitrah alam
setiap yang tidak seimbang akan berdepan dengan
tindakbalas semulajadi alam, walaupun ia mungkin memakan
masa yang amat panjang. Sewajarnya Mahathir dan Umno/BN
mengambil iktibar sebelum terbubar. Sejarah membuktikan polis dan tentera pun tidak akan
mampu memadamkan suara rakyat walaupun mereka diberi
bermacam peluru. Sikap tentera Filipina yang tidak
mengapa-apakan rakyat yang bersuara sudah cukup untuk
membuat Mahathir terketar-ketar bagai Estrada.
Siapakah yang sebenarnya berkuasa di bumi Malaysia
jika tidak rakyatnya yang luar biasa dan bersemangat
boleh belaka - Editor]
Orang Ketawa Bila Mahathir Menangis
Mahathir tentu sudah nampak jalan bengkang bengkok
yang diharungi oleh Joseph Estrada di Filipina, Fuji
Mori di Chile, dan Pinnocette (masih belum tentu
lagi). Tetapi, apa yang dialami Nawaz Sharif yang digulingkan
oleh tentera yang bercanggah dengan beliau, Mobutu
Sese Seko - Diktator Zaire; dan jalan singkat yang
dilalui oleh Laurent Kabila penggantinya - pasti
sangat mendebarkan Mahathir. Pilihan terebaik
bergantung kepada mereka terbabit mengikut
pertimbangan sendiri. Sudah jadi lumrah alam, sesuatu yang letaknya diatas,
lambat-laun pasti akan jatuh kebawah. Samada mau atau
tidak, belum ada satu kuasa yang boleh menahan ia dari
berlaku. Itu adalah jalan berliku dalam hidup seorang
egois yang berbangga dengan status dirinya sebagai
seorang Diktator. Dalam kenyataannya kepada media asing, Dr. Mahathir
begitu berselera dan berbangga menerima gelaran
dirinya seorang 'Diktator'. Dulu, dia pernah berkata
'tidak peduli walau digelar Firaun' sekalipun. Keegoan
begini sangat mencabar. Beliau salah tafsir siapa
dirinya setelah ditempelkan oleh rakyat dengan kuasa.
Mahathir Melawan Fitrah Manusia?
Hematnya, seseorang pemimpin yang melawan fitrah
manusia sebegitu nekad sekali akan 'ketawa dulu dan
menangis kemudian'. Mussolini tergantung dicelah dahan
ketapang, Hitler membunuh diri, Caucescue mati
tersadai ditepi longkang, Marcos mati dalam buangan,
Mobutu mati dalam perjalanan, dan banyak lagi!..
macam-macam cerita dan latarbelakang. Yang pasti - dalam sebarang insiden yang diceritakan;
mereka yang bersikap diktator adalah tergolong mereka
yang akhirnya terhina dihina. Rakyat benci dan
mengutuk mereka. Wang ringgit tidak dapat membeli
maruah yang tergadai. Belum tau lagi, apa yang akan
diterima di liang lahad..!! Rakyat Menentang Pemimpin Tamak Kuasa
Dalam arus 'demokrasi' yang menjadi pegangan manusia
sejagat masa kini, jangan fikir kuasa seseorang
bergelar pemerentah boleh diperbantukan dengan jentera
Kerajaan seperti Polis atau undang-undang belantara
ciptaan mereka. Rakyat punya kekuatan tersendiri. Di Filipina, Marcos
terbuang diasak oleh 'people power'. Mobutu lari
lintang pukang diburu oleh rakyat yang berjuang
menentang beliau. Reza Pahlavi Shah Iran cuma sempat
mengaut segumpal tanah dan meninggalkan segala harta
kekayaan yang dirompak dari rakyat. Harus diperingat bahawa konsep kuasa bergantung kepada
pengiktirafan (recognistion) rakyat terhadap seseorang
pemimpin. Jika faktor itu sudah hilang - eloklah
BERUNDOR SEBELUM KUASA YANG MENEMPEL seperti kulit
bawang itu dikikis hingga 'ke tulang sumsum'.
Jika itu berlaku, seseorang pemimpin yang ego begitu
akan merengkok sebagai 'mayat berjalan dengan
rangkanya'. Waktu itu, sudah terlambat untuk insaf
atau meminta ampun. Mungkin sendiri kena gali lubang,
terjun ke dalam dan kambus sendiri. Rakyat punya banyak pilihan: Samada menumbangkan
seseorang Diktator secara aman atau berjuang dengan
kekuatan. Seseorang pemimpin yang beragenda,
lambat-laun akan kecundang juga. Pasti satu ketka
nanti, rakyat akan hilang kesabaran; dan waktu itu
'titik ditampung dan curah ditadah'' Segala-galanya
'Terserahhhh'! Identiti Pemimpin Rakus Lumrah alam, 'kuasa amat mengkhayalkan'. Ramai
pemimpin yang terperangkap dan tenggelam dalam
kepompong yang sangat mengasyikkan. Seseorang yang
berkuasa tanpa dipandu iman akan dirasuk iblis dan
syaitan yang direjam. Dalam Al-Quran telah dirakam Firman - bagaimana Firaun
yang zalim mengaku diri sebagai Tuhan, akhirnya
tenggelam dalam gelombang yang menggulung tubuhnya
hingga ke dasar lautan. Jika rakyat telah sedar dengan segala macam keburukan
seorang pemimpin tertinggi negara yang mengamalkan
kronisme, nepotisme dan rasuah; rakyat tidak akan
gentar walau mereka dipancung sekalipun. Selagi mereka
yakin dengan apa yang mereka perjuang dan lakukan
adalah 'menegakkan Keadilan dan menumbangkan
Kezaliman', keberanian untuk berhimpun beramai-ramai
bagi mendesak pemimpin zalim itu melepaskan jawatannya
akan berterusan. Mungkin si pemimpin ada kuasa menegakkan 'benang
basah'nya dengan segala bagai ancaman; tetapi si
pemimpin itu mesti ingat bahawa 'kuasa rakyat adalah
kuasa keramat'. Fitrah Manusia Adalah Sama Sejak manusia mula belajar hidup berkelompok dan
bermasyarakat, sistem yang mereka amalkan telah
membentuk manusia suatu keperibadian sosial bahawa
'Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah'.
Fitrah manusia begitu adalah sama di merata pelusuk
dunia. Belum ada dalam sejarah peradaban manusia seseorang
pemimpin zalim akan terlepas dari sebarang hukuman.
Sampai masa: seseorang pemimpin rakus kuasa, zalim,
tamak haloba harta dunia, beragenda menipu dan
berbohong kepada rakyat; akan diheret ke mahkamah
rakyat. Apa hukuman yang bakal diterima - Allah swt
saja yang Maha Mengetahuinya. Mahathir: Belajarlah Dari Pelbagai Peristiwa
Cubalah 'check-check' sendiri, balik-balik kitab
sejarah mana-mana kaum dan bangsa di dunia!! Di negara
ini, sejak lebih 2 tahun yang sudah, semakin jelas
bahawa jangkaan Mahathir Mohamad dan jongos-jongos
politik beliau yang menafikan ledak sokongan rakyat
terhadap kewibawaan pimpinan Anwar akan terpadam dalam
seminggu 'is just a wishfull thinking'.
Berkata seorang penulis siber, 'semakin hari
aktivis-aktivis reformasi, mahasiswa , badan-badan
bukan kerajaan dan mereka yang sedar akan hal ini
telah turun bersama rakyat untuk memberikan kefahaman
kepada mereka tentang 'kuasa rakyat.'.
Memang!. memang semakin jelas! Mahathir dan pemimpin
UMNO/BN yang masih tersisa wajar belajar sementara
masa dan kesempatan masih ada..!! Tepuklah dada tanya
selera!! |