Laman Webantu KM2A1: 3660 File Size: 9.3 Kb * |
TAG MT 14: Masyarakat Yang Dilupakan By Santha Oorjitham 25/1/2001 2:05 pm Thu |
TAG014 [Rencana ini memaparkan betapa kaum India tidak mendapat perhatian yang
sewajarnya walaupun logo dacing yang seimbang itu sudah bertahun dipangkah
menjelang pilihanraya. Alangkah peliknya negara boleh membina menara yang
tinggi-tinggi dan memecahkan pelbagai rekod yang tidak berguna tetapi masih
tidak mampu untuk menyelesaikan masalah kaum India sekian lama.
Kerajaan nampaknya lebih berminat untuk menonjolkan kekuatan luarbiasa
'superman' menarik keretapi dengan rambut atau gigi sahaja. Atau mengadakan
temasya kaum India sebagai bahan pamiran untuk tontonan mata betapa orang
India sanggup menyiksa diri berjalan di atas bara api atau menikam pipi
sendiri. Sebaliknya penderitaan dan kemelut hidup kaum India langsung tidak
mendapat publisiti baik di kaca tv mahupun di dada akhbar. Yang banyak tersiar
hanyalah mereka yang tertangkap atau ditembak mati kerana jenayah luarbiasa
yang diceburi. Sepatutnya kerajaan sudah lama menyusun strategi untuk
membantu kaum India tetapi itu sengaja tidak dilakukan kerana jika
mereka dibantu, beberapa syarikat kroni yang menindas mereka akan lingkup
satu persatu. Sila Rujuk
- Editor ] Masyarakat Yang Dilupakan (Forgotten community) Oleh: Santha Oorjitham - Kuala Lumpur
Kisah Panjalai merupakan cerita duka di sebalik kejayaan ekonomi Malaysia. Di sebalik
segala gambaran yang memaparkan kerukunan perkauman dan peluang perkerjaan kepada semua,
ramai di kalangan masyarakat India yang tidak mempu menikmati kemudahan perumahan,
pendidikan dan pekerjaan. Sekitar 54% kaum India bekerja di ladang-ladang ataupun
sebagai pekerja di bandar-bandar dan gaji yang mereka terima itu tidakpun berubah
mengikut peredaran masa. Ketika Panjalai dan suaminya memulakan kerja sebagai penoreh
getah pada 1960, mereka dibayar gaji bulanan sekitar 250 ringgit sebulan (USD81). Tiga
puluh tahun kemudiannya, pendapatan mereka bertambah sebanyak 50 ringgit sahaja.
Kaum India memang berada jauh di belakang kaum-kaum yang lain. Walaupun jumlah mereka
merupakan 7% daripada jumlah penduduk negara, mereka menyumbang kepada 63% daripada
kumpulan yang ditahan di bawah Ordinans Dharurat kerana kesalahan jenayah. Begitu juga,
mereka menyumbang kepada 41% pengemis negara dan 20% pendera kanak-kanak. Mereka juga
berada di tahap terbawah dalam ujian penilaian sekolah rendah. Sekitar seorang daripada
setiap 12 kanak-kanak India tidak pun belajar di sekolah rendah. Mengikut ahli Sains
Politik P. Ramasamy, "kaum India telah menjadi satu masyarakat yang terpinggir"
Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah satu program bertujuan memberikan ruang hak keistimewaan
dengan tujuan menyediakan orang Melayu dan Bumiputra peluang yang lebih baik daripada
kaum lain. "Usaha menerapkan pembangunan ekonomi menyebabkan kaum minoriti
dipinggirkan," kata Ramasamy. Pada satu ketika dulu ramai orang India yang berkhidmat
dengan perkhidmatan awam, tetapi jumlahnya menurun disebabkan kuota untuk Bumiputra.
Berbeza dengan orang Cina, kaum India tidak mempunyai kuasa ekonomi untuk mengimbangi
kesan DEB; lagipun bilangan mereka memang berkurangan untuk menyerlahkan pengaruh
politik. Kesannya dapat dilihat kepada wujudnya sebuah negara yang berpecah mengikut
perkauman dan kelas ataupun kasta. Memang terdapat pelbagai cadangan untuk menyelesaikan masalah orang India. Ramasami
berkata sekolah yang menggunakan Bahasa Tamil hendaklah dibaikpulih dengan kemudahan
yagn lebih baik lagi. Ada pula yang berpendapat, kanak-kanak India harus menerima
pendidikan di sekolah Melayu dari awal lagi untuk mengelakkan masalah penyesuaian,
nanti. Kumpulan Suqui telah mendesak agar program keistimewaan diberikan mengikut
kehendak yang muncul. Kerajaan berkata ia memang menolong masyarakat India. Malaysian Indian Congress, MIC
memang menyediakan sumbangan untuk pinjaman perniagaan kecil-kecilan dan bantuan
kewangan untuk para pelajar. Semua itu tidak meyakinkan Penjalai, yang berpendapat MIC
tidak pernah membantu beliau. Keluarganya dan 13 yang lain di ladang getah itu telah
menubuhkan satu jawatankuasa bertindak untuk berkempen mendapatkan rumah baru. Tetapi
seperti yang dikatakan oleh Marimuthu Nadason, seorang aktivis, Kaum India adalah satu
"masyarakat yang dilupakan di Malaysia." Ia memerlukan tugas yang lebih besar daripada
penubuhan jawatankuasa kerja untuk melakukan perubahan itu.
-Santha Oorjitham- Rencana Asal: Forgotten Community Many of Malaysia's poor are Indians
By Santha Oorjitham/Kuala Lumpur Panjalai Venkatraman, a 60-year-old ethnic Indian widow, lives with
her son's family in a wooden house on a former rubber plantation in
Selangor state. She lost her job as a rubber-tapper in 1993 after her
employer sold the estate to a property developer. Although plantation
companies in Selangor must provide alternative housing for workers
when they stop production, Panjalai has not been given a new home -
and she refuses to move out until she gets one. "Although I am old, I
will fight until I get the house that I was promised," she says
defiantly. Panjalai's story represents the underside of Malaysia's economic
success. Despite the country's veneer of racial harmony and
opportunity for all, many in the Indian community have limited access
to housing, education and jobs. About 54% of Malaysian Indians work on
plantations or as urban laborers, and their wages have not kept up
with the times. When Panjalai and her husband started tapping rubber
in 1960, they were paid 250 ringgit a month ($82 then). Thirty years
later, they were earning just 50 ringgit more.
Indians lag behind other ethnic groups by almost all measures. Though
they form just 7% of the total population, they account for 63% of
those arrested under the Emergency Ordinance for violent crimes. They
also constitute 41% of beggars and 20% of child abusers. Indians rank
lowest in national elementary-school examinations; about one in every
12 Indian children does not even attend primary school. Indians, says
political scientist P. Ramasamy, have become "the new underclass."
The New Economic Policy (NEP) was a national affirmative-action
program designed to give an economic head start to Malays and other
indigenous bumiputras. "With the strong push for bumiputra economic
development, the minorities were neglected," says Ramasamy. Indians
used to be well represented in the civil service, but their numbers
dropped in the wake of NEP quotas for bumiputras. Unlike the Chinese,
the Indians did not have the economic clout to counteract the NEP's
effects; they were also too few in numbers to wield much political
influence. The result today is a nation divided as much along race
lines as along class lines. Opinions differ on how to solve the Indian problem. Ramasamy says that
the traditionally neglected Tamil-language primary schools should be
upgraded with better facilities. Others think Indian children should
be taught in Malay from the beginning to avoid adjustment problems
later on. Social action group Suqiu has been calling for an
affirmative-action program based on need.
The government says it is helping the Indians. Contributions by the
Malaysian Indian Congress, a member of the ruling coalition, include
small-business loans and financial aid for students. But that doesn't
impress Panjalai, who claims the MIC never helped her. Her family and
13 others in the plantation have formed a committee to campaign for
new homes. But as social activist Marimuthu Nadason says, Indians are
the "forgotten community in Malaysia." It's going to require more than
an action committee to change that. http://cnn.com/ASIANOW/asiaweek/ |