Laman Webantu KM2A1: 3656 File Size: 12.9 Kb * |
TAG MT 11: Hak Untuk Bertanya (FEER) By S. Jayasankaran 25/1/2001 1:23 am Thu |
TAG 0011 [Sekali pandang SUHAKAM nampaknya sedang dibicarakan. Sudah lebih setahun berlalu
dan banyak perkara sudah berlaku, tetapi SUHAKAM masih diam mebisu. Ia sendiri sengaja
tidak menghadirkan diri alam perhimpunan rakyat dengan pelbagai alasan yang tidak
mencerminkan sikap bertanggungjawab. Sepatutnya SUHAKAM tiba lebih awal dan pulang
paling lewat dalam setiap perhimpunan reformasi - barulah rakyat dapat menilai
apakah ia satu badan pemerhati atau sekadar menyibukkan diri. Badan ini harus
merasa malu dengan gerakan Green Peace dan Hak Asasi Dunia di negara luar yang
bersusah payah merakam penganiayaan terhadap manusia walaupun nyawa mereka sendiri
terancam. Tanpa kesungguhan seperti ini SUHAKAM hanyalah layak menjadi satu lagi
perhiasan buat pelancung memandang. Sampai bila pun keganasan polis tidak akan
menemui penghujung jalan. - Editor]
(Right To Inquire) Oleh: S. Jayasankaran / Kuala Lumpur.
FEER Issue cover-dated January 25, 2001
Demikianlah majlis penyiasatan pertama mengenai pelanggaran hak asasi manusia pada awal
Disember dulu. Tujuannya ialah untuk mengenal pasti segala tuduhan terhadap kekejaman
polis kepada para penunjuk perasaan yang pro-Anwar yang berhimpun di pinggir Kuala
Lumpur pada November 5. Penyiasatan itu dilakukan oleh SUHAKAM (Suruhanjaya Hak Asasi
Manusia) sebagai badan bebas yang pertama yang diberikan hak untuk melakukan
penyiasatan mereka secara bebas. Reaksi pertama yang muncul daripada pegawai tinggi polis dan ketua hakim negara ialah
menyoal hak Suhakam mengadakan siasatan itu. Timbalan Perdana Menteri Abdullah Ahmad
Badawi akhirnya terpaksa campurtangan untuk meyakinkan suruhanjaya itu akan kerjasama
pihak polis. Sehingga kini belum ada seorang pegawai polis yang telah disoal-siasat
walaupun mereka dijangka akan dipanggil juga.
Siasatan ini menunjukkan betapa wujudnya perubahan sikap sejak Anwar dijatuhkan. Inilah
contoh tuntutan rakyat marhaen yang semakin mendesak terhadap kebertanggungjawaban
pihak berkuasa dan peranan pegawai yang dipersoalkan. Dalam satu jangka masa yang
panjang, suasana ini akan mewujudkan satu masyarakat awam yang lega dengan tekanan
pemerintahan yang otokratik. Sejak beberapa tahun yang lalu, perbuatan menggunakan
kekerasan dalam menyuraikan perhimpunan yang tidak diberikan keizinan merupakah sesuatu
yang dianggap perkara biasa. Tetapi sejak Anwar dijatuhkan pada September 1998, diikuti
pula oleh perbicaraannya yang disusuli terus oleh pemenjaraannya, telah mengubah cara
cara rakyat marhaen menilai pihak yang memerintah dan mereka yang dipilih untuk menjadi
wakil rakyat. Kedudukan Suhakam yang memberi penekanan kepada pentingnya setiap
insitusi memikul tanggunjawab itu adalah satu pertanda kepada perubahan yang
dinantikan. Dengan tidak menyanggah Suhakam, para pemimpin sudah memberikan isyarat
betapa mereka bersedia menerima sebarang perubahan.
Ia merupakan satu langkah pertama yang penting," kata Param Coomaraswamy, seorang peguam
yang bertindak sebagai "rapporteur" kepada PBB, mengenai kebebasan hakim yang ada. "Apa
juga yang akan berlaku, inilah satu proses evolusi untuk Malaysia. Kita sedang melangkah
ke arah kehidupan yang mengamalkan demokrasi yang lebih luas lagi."
Suhakam tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mendakwa, tetapi boleh mengemukakan
cadangannya untuk kerajaan bertindak. Semua cadangan yang dikemukaan itu memang
disiarkan untuk pengetahuan umum. Namun, beberapa aktivis seperti Elizabeth Chin tidak
berapa selesa dengan keadaannya. "Kalau semua ini tidak menghasilkan sesuatu, bererti
tidak ada bezanya dengan, sebagai contohnya, menulis surat kepada akhbar-akhbar" kata
beliau. Chin ialah setiausaha agong kepada Human Rights Association of Malaysia, satu
kumpulan bukan kerajaan. "Kita mungkin perlu melihat pilihan lain seperti menyerlahkan
rintihan kita di jalanraya." Beberapa aktivis dan pemimpin politik pembangkang menganggap Suhakam sebagai satu alat
yang sengaja diwujudkan oleh Mahathir untuk meredakan kemarahan rakyat marhaen
terhadapnya dalam isu membabitkan Anwar Ibrahim. Tetapi, Mahathir telah bersetuju dengan
penubuhan Suhakam ini pada 1997 lagi, sebelum Anwar diaibkan. Cuma penubuhannya itu
berlaku pada tahun sudah (2000). Chandra Muzaffar seorang ahli politik pembangkang
berkata: "Suhakam terpaksa menonjolkan keredibilitinya sendiri. Buat masa ini adalah
terlalu awal untuk mengatakan semua ini akan menjurus arah demokrasi yang lebih luas.
Lagipun penubuhannya adalah satu usaha untuk memperbaiki imej kerajaan.
Pengerusi Suhakam, Musa Hitam, yang merupakan bekas timbalan perdana menteri memang
terkenal dengan pendapat liberalnya. Beliau meletakkan jawatan selepas bertelagah dengan
Mahathir pada 1985. Perlantikannya mengetuai Suhakam adalah untuk memberikan kredibiliti
yang amat diperlukan oleh kerajaan. "Tidak ada sesiapa di dalam kerajaan yang mencuba
untuk mempengaruhi kerja-kerja kami," kata beliau. "Tetapi kami bukannya bekerja untuk
menyenangkan sesiapa - bukan pihak pembangkang, bukan pertubuhan bukan kerajaan dan
bukan juga kerajaan." Musa telah memilih 12 pesuruhjaya itu sendirian dan sikapnya untuk bersendirian mungkin
akan mencetuskan perbalahan dengan pihak kerajaan. Bekas Ketua Hakim Anuar Zainal Abidin
yang mengetuai sessi siasatan sekarang ini dengan disertai oleh tiga orang pesuruhjaya,
mengatakan segala bukti yang diterima akan menjadi asas tindakan sivil.
Sementara itu, Musa telah membangkitkan isu kebebasan rakyat untuk berhimpun yang
sengaja disekat di Malaysia. Suhakam sedang menyediakan satu pindaan kepada
undang-undang mengenai hak berhimpun, yang akan dikeluarkan pada bulan Februari. Tidak
ada satu pun yang boeh dianggap suci. Bagaimana dengan Akta Keselamatan Negara (Internal
Security Act) yang membenarkan penahanan tanpa bicara" "Apa pula denganya"" tanya Musa.
"Tidak ada sesuatu yang berkata kami tidak boleh menyiasatnya dan melakukan cadangan.
Itu adalah kerja kami." Akhirnya, Musa beranggapan bahawa Suhakam adalah laksana mahkamah terakhir dalam isu
moral. Bukannya senang untuk memajukan hak asasi manusia dalam satu budaya yang menghina
mereka sejak berdekad lamanya. Namun siasatan itu adalah permulaannya. "Walaupun tidak
ada sesuatu yang berkesan darinya, orang yang memegang kuasa tentu sudah sedar akan
kewujudannya," kata Coomaraswamy. "Mereka sedar betapa mereka sedang diperhatikan dan
akan dipertanggungjawabkan. Tentunya ini sesuatu yang baik untuk negara saya."
-S.Jayasankaran- Source: FEER http://www.feer.com/_0101_25/p021region.html
The Human Rights Commission's first public inquiry is a test
of accountability and reflects changes in society since
Anwar Ibrahim's fall By S. Jayasankaran/KUALA LUMPUR Issue cover-dated January 25, 2001 Malaysia's first public inquiry into alleged human-rights
abuses opened in early December, looking into charges of
police brutality at a demonstration in support of Anwar on
the outskirts of Kuala Lumpur on November 5. The inquiry is
the work of the new government-approved Human Rights
Commission, or Suhakam in Malay, the first such body with
considerable freedom to decide what it investigates.
The initial response from the nation's top police officer and
the attorney-general was to question Suhakam's right to
hold an inquiry. Deputy Prime Minister Abdullah Ahmad
Badawi finally had to intervene to assure the commission
that the police would cooperate. No police have testified so
far but are expected to be called soon.
The inquiry reflects changes under way since Anwar's
downfall--such as growing demands for official
accountability and questioning of leaders. These may even
in the long term lead to the emergence of a genuine civil
society in a country long used to authoritarianism. Forcibly
breaking up an illegal assembly would have provoked little
reaction a few years ago. But the September 1998 sacking
of Anwar and his trials and imprisonment changed the way
that many Malaysians view their government and those
they elect. Suhakam's position that institutions must be
accountable is symptomatic of that shift. By not opposing
Suhakam, leaders have signalled their tacit acceptance of
that change. "It's an important first step," says Param Coomaraswamy, a
lawyer and United Nations rapporteur on the independence
of judges. "Whatever happens, it's an evolutionary process
for Malaysia. We're slowly getting into greater
democratization." Suhakam has no powers to prosecute but can recommend
government action. All the inquiry's recommendations are
made public. Still, activists such as Elizabeth Chin aren't
holding their breath. "If nothing comes out of this, then it's
no different from, say, writing a letter to the newspapers,"
says Chin, secretary-general of the Human Rights
Association of Malaysia, a non-governmental organization.
"We may have to look for other options, like taking our case
to the streets." To some rights activists and opposition politicians, Suhakam
is a sop from Prime Minister Mahathir Mohamad to
international outrage at Anwar's treatment and an attempt to
co-opt the human-rights movement. But Mahathir agreed to
the commission in 1997, before Anwar's sacking. It was
formed last year. Says opposition politician Chandra
Muzaffar: "Suhakam's enhanced its own credibility. But it's
still too early to say all this will lead to greater
democratization. It was, after all, set up to refurbish the
government's image." Suhakam's chairman is Musa Hitam, a former deputy
premier known for his liberal views. Musa resigned after
clashing with Mahathir in 1985. He was appointed to
Suhakam apparently to give it much-needed credibility at a
time when the government had little. "To be fair, no one in
power has tried to influence us to do anything," he says.
"But we are not here to please anyone--not the opposition,
not the non-governmental organizations, and not the
government." THE POWERFUL PUT ON NOTICE Musa chose his 12 fellow commissioners himself and his
independent streak may eventually put him at odds with the
government. Former Chief Justice Anuar Zainal Abidin,
who is heading the current inquiry by three commissioners,
has said that evidence from it could be a basis for civil
suits. Meanwhile, Musa has raised in public the right to free
assembly, tightly circumscribed in Malaysia. Suhakam is
producing a review of laws on the right of assembly, to be
issued in February. Almost nothing seems sacrosanct. What
about the Internal Security Act that permits detention without
trial? "What about it?" Musa replies. "There's nothing that
says we can't look at it and make recommendations. That's
our job." Ultimately, Musa sees Suhakam being the final court of moral suasion. It won't be easy to promote human rights in a culture that was largely contemptuous of them for decades, but the inquiry is a start. "Even if nothing results from it, people in power are being put on notice," says Coomaraswamy. "That they are under scrutiny and they will be held accountable. That's good for any country." |