Laman Webantu KM2A1: 3653 File Size: 3.9 Kb * |
TAG MT 10: Malaysia Cuba Berbaik Semula By MSNBC 25/1/2001 12:23 am Thu |
TAG 0010 [Kebangkitan rakyat Filipina akan membuat Mahathir merasa tertekan.
Cuma tinggal dia seorang yang masih degil walaupun suara menyeru
beliau berundur sudah kedengaran dari luar dan dalam. Dia bertindak-balas
dengan isu 'perpaduan melayu' tetapi kemudian menambah kabinet dengan
barua yang akan lebih menjahanamkan lagi orang melayu berserta dengan
budaya dan ugama mereka bersekali. Selagi Anwar tidak dibebaskan, selagi
itulah Mahathir dan Umno bersatu dengan Umi Hafilda. Hanya orang
melayu yang tidak tahu malu sahaja yang sanggup melakukan begitu
takkan 'ayah' Ummi tidak tahu menahu? - Editor]
(Malaysia Seeks To Turn Page With Philipines)
Dalam satua laporan Bernama, Perdana Menteri Mahathir Mohamad, telah menyambut baik
perlantikan Gloria M-Arroyo pada Sabtu lalu dan berkata beliau merasa lega dengan
selesainya krisis presiden di manila itu.
Namun, seorang pemimpin pembangkang berkata perubahan kuasa di Filipina itu akan
membuatkan Mahathir merasa semakin terpinggir dalam menghadapi tekanan pergerakan
reformasi di rantau ini. "Saya yakin Presiden baru Filipina akan berkerjasama dengan Malaysia," kata mahathir
yang kini berada di Jepun. Arroyo telah mengangkat sumpah pada hari Sabtu selepas mantan presiden Joseph Estrada
kehilangan sokongan angkatan bersenjata dan polis dan terpaksa akur kepda keputusan
Mahkamah Tinggi yang melucutkan jawatannya.
Hubungan diplomatik di kalangan negara berjiran memang sudah kendur untuk beberapa waktu
selepas Estrada menyatakan sokongannya kepada mantan menteri kewangan Malaysia Anwar
Ibrahim. Mahathir pernah menuduh isteri Anwar Wan Azizah Wan Ismail yang kini mengetuai sebuah
pergerakan politik bagi pihak suaminya, sebagai boneka Estrada. Bekas pemimpin Filipina
itu pernah menemui Wan Azizah sebanyak dua kali sejak Anwar disingkirkan pada
September 1998. Malaysia dan negara jirannya memang mempunyai perjanjian tidak bertulis agar tidak
campurtangan dengan urusan dalaman pihak lain.
Mahathir yang telah memegang kuasa sejak 1981 dan merupakan pemimpin Asia yang paling
lama berkhidmat, berpendapat bahawa Arroyo harus menumpukan usaha untuk memulihkan
ekonomi negara. "Ini adalah kerana nilai peso, sebagai contohnya, telah merudum begitu teruk sekali,"
katanya. Beliau menyarankan betapa Malaysia berminat untuk meningkatkan hubungan niaga
dengan Filipina. Pemimpin pembangkang (bekas pemimpin sebenarnya-penterjemah) Lim Kit Siang berpendapat
Mahathir mungkin merasa lega dengan penyingkiran Estrada itu kerana sokongan Estrada
secara terbuka kepada Anwar Ibrahim. Namun, kata Lim melalui satu kenyataannya,
Mahathir yang akan berusia 75 tahun bulan depan, boleh juga merasakan dirinya semakin
terpinggir. "Di waktu yang sama, Mahathir akan merasa dirinya semakin terpinggir dan tertekan oleh
tekanan pergerakan reformasi. Lagipun dia merupakan pemimpin (golongan lama) terakhir
di rantau ini yang masih degil untuk berundur ataupun menerima tuntutan popular yang
mahukan perubahan kepada iklim politik, ekonomi dan sosial." Lim adalah ketua parti
pembangkang bernama DAP. Di Indonesia, Presiden Suharto telah dijatuhkan sebaik sahaja tercetusnya krisis
kewangan 1997/98 dulu. |