Laman Webantu KM2A1: 3650 File Size: 6.3 Kb * |
B2: Mahathir Agenda 'Perpaduan Melayu' - Beberapa Kecurangan By Amin Sapiro 24/1/2001 10:02 pm Wed |
Amin Sapiro (orang Melayu sudah mulai sedar diri)
[Kebangkitan rakyat di Asia Tenggara akhir-akhir ini cukup mencemaskan
Mahathir. Dia perlu bergantung dengan parti pembangkang supaya tidak
terhanyut kelemasan. Agenda 'perpaduan melayu' ditiup sebagai salam,
sedangkan itu bukan cara tradisi orang berkenalan. Pandang diri
sendiri terlebih dahulu kerana penyakit kusta itu tiada ubatnya
selagi tidak dipotong anggota badan... - Editor]
Bahagian: 2
PERISTIWA terbaru yang dialami Estrada di Filipina, Fuji Mori di Chile, PM Thailand
dan Gus Dur di Indonesia, hingga Laurent Kabila di Zaire - semuanya mendebarkan
Mahathir. Sebelum itu, Nawaz Sharif telah digulingkan oleh tentera yang bercanggah
dengan beliau. Jika dirumuskan, kita dapati keadaan yang mendorong berlakunya peristiwa itu
adalah berpunca sama, iatu mereka tercabar kerana rakyat bangkit menuntut hak
mereka. Maka berberakhir tidakan rakyat dengan kemenangan total.
Walapun regim Kabila (umpamanya) melantik anaknya menerajui pemerentahan, tidak
bermakna regim itu akan selamat. Di Jepun, Fukushiro Nukaga, menteri negara bagi dasar ekonomi dan fiskal serta
teknologi maklumat, akan menyerahkan surat peletakan jawatannya.
Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid (Gus Dur) akhirnya bersedia untuk memberi
keterangan kepada sebuah jawatankuasa Parlimen yang menyiasat dua skandal
rasuah melibatkan beliau. Kini Mahathir makin terasa diri beliau bagai 'anjing buruk kepala' pula; dihambat
dengan seranah jijik oleh rakyat dan dipulau oleh masyarakat dunia. Mahathir sudah
semakin tersingkir dan dianggap 'selangkanas' dan pengadu-domba. Alangkah
hinanya beliau? Petanda Yang Merunsingkan Mahathir
Andaian itu semacam petanda kepada Mahathir dan UMNO/BN, bahawa, walaupun
parti itu akan diwariskan kepada sesiapa yang dipilih oleh Mahathir untuk
menggantikan beliau; namun politik rakyat akan terus bergolak selagi rakyat tidak
diberi hak memilih dan menentukan wadah mereka.
Bermakna, jika Mahathir 'main kayu tiga' dengan berundur dan melantik sesiapa dari
puak UMNO menggantikan beliau - if that is NOT the real solution which the rakyat
wanted; pengganti Mahathir akan terus terjebak dengan masalah yang sama.
Rakyat tahu apa mereka mahu. Rakyat adalah elemen terpenting dalam menentukan
dasar negara. Kerajaan dipilih tidak harus mendabek dada dengan monopoli 2/3
semata-mata. Jika mahu sesebuah kerajaan disokong rakyat; fikir baik-baik jangan
terlalu ego bikin sesuka hati. Itulah dia maksud demokrasi sebenar.
Seharusnya Mahathir sudah membaca 'mood' rakyat selama lebih 2 tahun ini.
Bahawa, perjuangan 'menegakkan Keadilan dan menumbangkan Kezaliman' adah
essence REFORMASI yang dipelopori DS Anwar Ibrahim. Persamaannya ialah
'Islah' yang bawakan oleh pemimpin PAS yang sudah nampak terserlah dengan
imbauan tenaga baru yang semakin mengugat UMNO/BN.
Mahathir wajar faham dan mengerti bahawa memenjarakan Anwar dan menyekat
gelombang riaksi rakyat melalui kekerasan bukan jalan penyelesaian. Hari ini, jika Dr.
Mahathir masih menyangka dirinya diminati orang - sila UMNO maklumkan kepada
beliau bahawa 'Mahathir adalah sama seperti 'Anjing Buruk Kepala'".!!.
Kemana beliau pergi, orang mengutuk beliau. Orang jijik mendengar cakap beliau.
Apahlagi memandang mukanya?!! Di Jepun, Mahathir bercakap umpama orang
mengigau. Tidak ada siapa yang peduli. Tambahan pula, masyarakat Jepun adalah
'masyarakat terbuka'. Mereka tidak semudah itu mempercayai pandangan dan ugutan orang luar -
apatahlagi orang bernama Mahathir Mohamad, pemimpin paling korup dalam sejarah
hubungan Jepun-Malaysia!! Ini yang merunsingkan Mahathir!
Mahathir Tidak Ada Keistimewaan Apa-apa
Urutan peristiwa politik yang melanda negara Tenggara Asia sekarang, makin nampak
menunjukkan bahawa politik negara-negara terbabit semakin terbuka menyebelahi
rakyat sebagai agen penentu. Konsep 'Diktator Feudal' sudah terkikis. Proses mengundurkan pemimpin yang tidak
mendapat sokongan rakyat akan dilakukan secara terbuka. Walaupun ada tekanan
seperti Myanmar - lawatan Mahathir ke sana baru-baru ini pasti melihat kerosakan
yang berlaku dalam segala aspek. Masakan orang Melayu dan rakyat negara ini akan terus bersabar membiarkan
negara hancur demi menjaga hati seorang Diktator yang tidak tahu berterima kasih
kepada rakyat. Cuba cari satu negara yang dikendalikan oleh sebuah regim Diktator
yang pentingkan diri dan keluarga yang kekal?
Apa yang dilakukan Mahathir sekarang tak ubah seperti seorang anak-anak yang
bermain dengan sebuah 'anak-anak patung'. Rakyat yang sudah matang semakin
gigih dan suka 'menyakat' kanak-kanak itu. Sesekali dicuit anak patung itu; maka
kanak-kanak tadi terjerit. Semua orang ketawa!! Jari-jari menuding ke arah
kanak-kanak itu sambil ketawa menghilai 'Woooikkkk! UNDOR MAHATHIR..!!'
Momokan Penjajahan Asing Rakyat tidak runsing dengan momokan penjajahan asing lagi. Tetapi rakyat makin
resah dengan gejala 'penjajahan bentuk baru' dari kalangan pemimpin sendiri yang
merompak hak rakyat dan berkukubesi memaksa rakyat menurut agenda kelompok
mereka. Untuk makluman Mahathir dan UMNO/BN, itulah faktor yang menyebabkan rakyat
negara ini bangkit menentang regim Mahathir hingga UMNO punah dan BN semakin
ranah. Adakah Mahathir bersifat seorang pemimpin yang bakal membincangkan 'perpaduan
Melayu'? Lebih-lebih lagi bila orang Melayu sendiri sudah melihat bahawa beliau
'is genetically NOT a Malay'! Eloklah Dr. Mahathir Mohamad ambil 'hint' bahawa beliau adalah pemimpin yang
tidak laku lagi. Mahathir sudah luput 'self-life'nya' Sudah jadi kertas tisu terpakai?.
|