Laman Webantu KM2A1: 3649 File Size: 11.5 Kb * |
B1: Mahathir Agenda 'Perpaduan Melayu' - Beberapa Kecurangan By Amin Sapiro 24/1/2001 10:34 pm Wed |
Amin Sapiro (suka tengok orang Melayu sedar diri)
[Secara logiknya, seorang yang kurang ajar tidak layak untuk membincangkan
isu perpaduan melayu. Tidak ada ciri-ciri perpaduan melayu, apatah lagi
perpaduan dalam Umno sendiri sejak Mahathir muncul di persada politik
tanah-air. Dia menjadi budak nakal yang asyik mengacau bilaukan
pemikiran untuk membolot kepentingan pengaruh dan kuasa politik sejak
era Tunku lagi. Umno akhirnya dikoyak rabakkan sehingga menjadi satu parti
yang bersifat oligarki (kuasa berpusat) agar dia mudah menang tanpa
bertanding dan kekal sebagai diktator.
Orang melayu umumnya mudah mempercayai sesuatu dan sukar melepaskan kepercayaan
itu jika ia dapat ditonjolkan betul selalu. Tetapi mereka boleh dipesongkan
jika dikejutkan dengan kepalsuan dan kepuraan yang berulang bertalu-talu.
Untuk itu dia memenjarakan universiti dan media terlebih dahulu, supaya
kepuraannya dapat menipu. Dengan 'meminjam' Anwar sebagai pembantu, dia
berjaya memecah belahkan kesatuan pelajar yang sukar ditembusi Umno sejak
dulu. Sekarang dia mahu meminjam kekuatan PAS setelah dua negeri tertumpas.
Tetapi tambahan kabinet baru-baru ini tidak menggambarkan Mahathir betul-betul
ikhlas. Dia melantik tiga barua yang sudah lama mempersetankan PAS!
- Editor] Bahagian: 1
SEMAKIN hari makin jelas bahawa Mahathir dan beberapa karekter dalam UMNO
yang berstatus 'kuncu dan jongos' yang berlegar disekeliling beliau semakin
nampak punya agenda tersembunyi dalam usul mengketengahkan perbincangan
'Perpaduan Melayu' antara UMNO dengan Pembangkang Melayu itu.
Selain dari kejanggalan maudhuk perbincangan yang berbau perkauman totok begitu,
ada beberapa perkara yang semakin nampak sengaja disembunyikan Mahathir.
Agenda-agenda itu, jika diteliti hanya akan menguntungkan kudos politik peribadi
dan penguasaan politik peribadi beliau keatas UMNO/BN, rakyat umum dan
antarabangsa yang semakin merudum. Mahathir - Pemimpin Tak Laku Bagi beberapa pemimpin Pembangkang (tanpa mengira kaum), majoriti rakyat yang
celik politik dan punya kesedaran sosial yang tinggi dan berwawasan yang jauh;
kewujudan kepimpinan Mahathir dan kuncu-kuncu beliau dalam UMNO/BN sudah
tidak releven lagi. Di mata pemimpin dunia juga, mereka sudah membayangkan bahawa Dr. Mahathir
sudah tidak ada tempat dalam dunia kepimpinan Antarabangsa. Beliau sudah dilihat
setaraf 'Denice the Menace' yang menjadi watak utama dalam siri kartun
kanak-kanak. Dalam siri itu, sepertimana karekter Mahathir juga; kanak-kanak itu memperlihatkan
sikap, perbuatan, kata-kata dan perilaku yang lebih banyak menyusahkan orang lain
dari berinteraksi baik dengan masyarakat keliling.
Dalam bahasa yang mudah, Denis lebih merupakan seorang budak KURANG AJAR,
tidak ada pertimbangan terhadap masyarakat dan persekitaran.
Dalam perkataan lain, perbuatan Mahathir adalah layak digelar sebagai elemen 'anti
sosial' dan pembawa virus kanser yang fabrik masyarakat sejagat. Ramai pihak
bersetuju budak Denis itu wajar dihantar ke Sekolah Jahat untuk diReform. Begitulah
persamaan Denis The Menace itu dengan Dr. Mahathir jika dibuat perbandingan.
Telahan Pemimpin UMNO/BN Sejak 20 tahun lalu, Dr. Mahathir sudah menampakkan belangnya sebenar. Walaupun
karenah si 'jembalang tua' yang munafiq ini sudah sekian lama didedahkan oleh
Allahyarham Tunku Abdul Rahman, PM pertama dan 'Bapak Kemerdekaan' kita,
tetapi pemimpin UMNO Asal pada waktu itu memberi peluang si Mahathir ini keluar
dari kepompong 'Ultra'nya. Allahyarham Tun Razak memberi peluang supaya si Mahathir ini memberi input
kepada kepada Kerajaan supaya beliau dapat buktikan diri dan kebolehannya yang
selama ini terlalu ego mengkritik Kerajaan dan pemimpin Kerajaan UMNO/BN Lama
tanpa berhemah langsung. Perkara pertama yang dilakukan Mahathir setelah beliau menjadi Menteri Pelajaran,
ialah menyekat perkembangan minda dan proses kesedaran para pelajar di Institiut
Pengajian Tinggi (IPT) dari berfikir secara terbuka mengenai masyarakatnya.
Mahathir melaksanakan pelbagai sekatan terhadap kegiatan pelajar melalui AUKU.
Dengan itu, Institiut Pengajian Tinggi (IPT) telah bertukar menjadi 'high school'
setaraf sekolah KEMAS bagi mengajar 'overaged kids' setakat mengenal huruf abjad
membilang angka semata-mata. Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mencadangkan keterbukaan IPT (mahasiswa dan
cendekiawan) supaya mengambil pendekatan dan inisiati yang lebih aktif dan
bermakna sewaktu melaksanakan aktiviti berbentuk kritikan membina terhadap
kerajaan. Namun, imbauan beliau telah dihalang keras oleh Dr. Mahathir.
Mahathir sedar implikasi imbauan terbuka dan demokratik saranan Datuk Seri Anwar
itu. Jika ia dilaksanakan, kerajaan pimpinan beliau akan menerima hunjaman belasah
yang pedas-pedas dari lapisan rakyat yang terpelajar.
Dr. Mahathir Menghidap Gejala 'Sakit jiwa'
Dr. Mahathir adalah seorang yang menghidap 'inferioriti complex' sakit jiwa kesan
dari nostalgia masa lampau dan stigma 'Ultra' yang dihidapi beliau. Bagi beliau tidak
ada orang lain yang betul melainkan dirinya. Kesalahan yang berlaku adalah kerana
orang lain selain dirinya. Beliau sedar, kekuatan kaum pelajar dalam pergolakan dan aktiviti politik. Mahathir
juga sedar implikasinya. Mahathir sedar bagaimana beliau mengambil sikap
mencaci-maki Allahyarham Tunku Abdul Rahman melalui hasutan surat layang dan
menyemarakkan semangat anti Kerajaan dengan menggunakan mahasiswa IPT.
Lebih-lebih lagi, Mahathir amat takut orang Melayu akan sedar segala agenda busuk
yang tersembunyi di lubuk hati beliau sebagai seorang yang berpura-pura
'sayangkan orang Melayu' kunun. Beliau menggunakan Delima Melayu sebagai
asas menarik kecenderungan orang Melayu dan memukau mereka yang rata-rata
sengaja disemarakkan keinginan mengecap nikmat kekayaan!!
Dengan agenda sulit begitu, Mahathir mengambil kesempatan keatas sikap orang
Melayu UMNO yang lurus bentul. Beliau menjalankan pelbagai tipu helah - hingga
Perlembagaan Negara dipinda begitu mudah. Segala kuasa penting diserahkan
kepada Mahathir oleh UMNO!! (alangkah dungunya puak UMNO).
Kini, atas inisiatif muda-mudi yang terpelajar - semakin disedari segala macam
karenah beliau untuk merangkul kuasa untuk diri sendiri, segala ketidaktelusan
disekitar kerja busuk beliau mengolah nepotisme, kronisme dan kerupsi/rasuah yang
menjadi 'dasar peribadi'nya telah terbongkar dan dibicangkan oleh rakyat.
Dr. Mahathir yang sememangnya tidak mahu orang Melayu dan pemimpin UMNO
sedar bahawa beliau sebenarnya beragenda MENIPU orang Melayu secara licin
seperti belut' akhirnya dibantah rakyat!!
Mahathir - Pemimpin Hidup Dalam Ketakutan
Kebelakangan ini, orang Melayu semakin peka dengan apa yang dilakukan oleh Dr.
Mahathir terhadap orang Melayu dan UMNO selama ini.
Orang Melayu, melalui Pembangkang Melayu semakin lantang mendedahkan
karenah buruk dan busuk Mahathir. Orang UMNO sendiri sudah semakin faham
tujuan beliau mengendalikan pimpinan parti merangkap sebagai Presiden melalui
proses 'Memang tanpa bertanding' itu...!!
Dengan itu sudah ramai orang Melayu dan majoriti pemipin UMNO disemua peringkat
bertanya:
Jangan lupa, cuba tafsir siapa diri anda dan kedudukan politik, ekonomi dan sosial
anda sebagai orang Melayu sekarang setelah 43 tahun kununnya di merdekakan?!!
Akhir sekali: Tanya diri anda dengan membuat perbandingan taraf dan nilai diri anda
yang disebut sebagai pemimin UMNO: [[Adakah UMNO itu betul-betul UMNO bermaksud 'United Malay National
Organization' atau sudah semakin jelas ditukar oleh Mahathir menjadi 'United
Mamak Malbari Nesynal Organization'?]]
Cermin Diri Sambil Telanjangkan Mahathir
Cermin-cerminlah kebelakang sambil anda menelanjangkan Mahathir didepan cermin:
tanya orang Melayu, adakah kalian nampak bahawa orang yang mengakui dirinya
sebagai pemimpin orang Melayu yang menganggotai UMNO 'United Malay National
Organization' sebenarnya seorang insan kerdil yang telah memaksa anda supaya
menyokong parti 'United MAMAK MALBARI Nesynal Organization'?
Bincang-bincanglah isu itu sebelum berbincang mengenai Perpaduan Melayu??!!
Jangan anda terlalu ghairah dan terpesona dengan karenah Dr. Mahathir yang
sangat lumrah terkenal sebagai 'bapak Slogan'. Mahathir sedang menyuntik UMNO
sambil menyerapkan serum yang mencemar orang Melayu ?.!!
Dr. Mahathir semakin diihat sebagai pemimpin 'malbari' dan 'mamak tongkang'
paling licik yang pro kaumnya. Putarbelit lidah biawaknya sudah bercabang tiga.
Kelentongnya semakin nyaring bagai loceng di leher lembu. Orang Melayu yang
menyokong UMNO semakin nampak diri mereka dijadikan Mahahir sebagai
'lembu-lembu pawahnya'..!! Raja Mandeliar dan Si Kitul Hidup Kembali
Jika Raja Mandeliar dan si Kitul begitu dibenci kerana karenahnya hingga empayar
Melayu Melaka musnah; maka hari ini kita nampak dengan jelas bahawa
KEMERDEKAAN orang Melayu setelah 450 tahun terjajah oleh penjajah Barat sudah
diperkosa pula oleh 'Geng Mamak Malbari dan Si Kitul' tajaan Mahathir.
Pertambahan anggota Kabinet Mahathir terakhir ini sudah patut menjadi pengajaran
kepada seluruh orang Melayu, pemimpin mereka (samada dalam UMNO mau pun
Pembangkang Melayu) bahawa Mahathir sudah nekad dan tidak peduli apa-apa lagi.
Kita nampak dan ada bukti bahawa Patih Karma Wijaya mengambil wajah Mohd Khir
Toyo dan 'bedebah' bermuka 'Barua' jual bangsa dan negara 'is repeating
history'. Dengan itu bermakna, orang Melayu dalam UMNO wajib berpandu untuk
meninggalkan UMNO dan bersatu dibawah panji-panji 'PEMBANGKANG MELAYU'
saja!! Jika begini keadaannya: 'Melayu kah UMNO lagi?'
Kita akan bincang-bincang di bahagian ke-2.
|