Laman Webantu KM2A1: 3641 File Size: 7.5 Kb * |
Sampai Bila Rakyat Dijadikan Kuda Tunggangan oleh Elite Politik UmnoBN By Amin Sapiro 23/1/2001 11:15 pm Tue |
Amin Sapiro (sudah panas miang?..) [Mahathir nampaknya menggelabah sakan sejak Lunas tertewas. Dia masih
mampu gembira dengan keputusan pilihanraya umum November lebih setahun sudah
tetapi Lunas adalah kejutan yang menakutkan. Tentu kita masih belum lupa
selepas pilihanraya kecil Arau dulu DSAI terkeluar. Kali ini Mahathir tidak
mengeluarkan sesiapa, cumanya Hamid Othman yang berundur sendiri. Apakah
Hamid terikut dengan rentak Md Rahmat dan Sabaruddin Cik? Tiada rombakkan
sebenarnya, tetapi tambahan untuk mendinding diri diktator dari disengat
dari luar dan dalam Umno. Lunas adalah satu sentuhan ajaib dari perhimpunan bersejarah Jalan Kebun.
Mahathir cukup bimbang dengan perhimpunan-perhimpunan seperti ini.
Bukankah Anwar ditangkap selepas satu perhimpunan terbesar di Dataran
Merdeka lebih dua tahun lalu?. Gambar-gambar dan rakaman video perhimpunan
ini begitu bermakna sekali, kerana ramai yang melihatnya akan terasa ingin
pergi. Perhimpunan di Banting mungkin tidak seramai mana kerana lokasinya
agak jauh dari kampus universiti. Pihak penganjur perlu mengambil iktibar
dari kelemahan perhimpunan kali ini. Kaum pelajar adalah nadi reformasi,
dan mereka tidak ramai yang berkereta. Itu jangan kita terlupa sampai
bila-bila. PERTARUNGAN elite politik sesama pimpinan UMNO dengan Dr. Mahathir semakin tenat.
Mahathir semakin nampak menyebelahi mereka yang berketurunan India muslim bergelar
'malbari' atau lebih dikenali 'mamak'. Keadaan ini semakin ketara diakhir-akhir ini
terbukti dari petambahan Kabinet baru(A) beliau.
Dalam pertambahan beberapa orang Menteri dan S/U Parlimen, Mahathir tidak lagi
mempedulikan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat berketurunan Melayu. Malah, Dr.
Mahathir telah memberi tempat kepada kemasukan beberapa orang kami ampu beliau walaupun
melalui 'senatorship'. Seorang wakil dari parti 'nyamok PPP' telah diberi kesempatan. Orang itu adalah
penyangak bertaraf perompak yang ligat dalam beberapa kes penipuan wang.
Apa yang terjadi dewasa ini adalah dinilai sebagai persoalan yang mencemarkan elite
politik UMNO yang semakin merudum. Mahathir semakin nampak lebih cenderung menyelamatkan
dirinya saja dari menyelamatkan parti atau menepati janji kepada parti, rakyat dan orag
Melayu. Mahathir memang dalam keadaan paling sukar dan tertekan untuk mempertahan dan merebut
kekuasaan politik kebelakangan ini. Kewibawaan Pembangkang Melayu khusunya sudah semakin mengehebat kebelakangan ini. Mereka
sudah mengupas setiap perbuatan pemimpin regim Mahathir, khususnya perihal kekorapan
mereka yang terbabit dalam isu-isu rasuah dan pnyelewengan mega. Mereka adalah
individu-individu yang terkait dengan Mahathir secara langsung mau pun melalui hubungan
politik UMNO/BN. Meeka pasti akan dilindungi Mahathir.
Pembangkang sudah mebogelkan segala karenah busuk, nepostisme, kronisme dan korupsi
serta pelbagai dasar Mahathir yang tidak menyangkut kepentingan rakyat banyak.
Wakil-wakil rakyat UMNO sendiri makin merasa mereka hanya dijadikan sebagai kuda
tunggangan untuk melegitimasi perilaku elite-elite yang dipertikaikan itu, khususnya
yang menyebelahi Mahathir. Rakyat sudah mampu menilai keadaan sebenar hasil keikutsertaan massa Pembangkang dan
tulisan rencana dan artikel internet pro Reformasi dan Pembangkang yang membuat pelbagai
pendedahan benar dan tepat. Ceramah-ceramah memainkan peranan besar dan kelangsungan
amat berkesan. Ribuan penyokong mendapat maklumat. Media massa sudah ketandusan ide.
Semakin dilihat sekarang bahawa, jika masa lampau, pertarungan elite-elite politik
sesama UMNO menyokong Dr. Mahathir adalah upaya mobilisasi untuk menjatuhkan lawan
politik masing-masing. Tetapi fokus sebenar sekarang adalah untuk menubuhkan kesatuan
sesama mereka dalam UMNO/BN untuk menjatuhkan Dr. Mahathir dan beberapa pengampu beliau.
Ini satu perkara yang amat serius. Mass media pro UMNO bukan lagi menjadi bacaaan yang diminati penyokong UMNO. Rakyat yang
semakin sedar dan rasional sudah semakin membenci parti UMNO dan BN. Keadaan ini membuat
rakyat mengambil kesimpulan bahawa mereka (rakyat) adalah korban dari
petualang-petualang politik di tingkatan elite dalam UMNO/BN yang semakin rakus.
Ironisnya, mobilisasi orang perseorangan yang dilantik Mahathir menduduki elite-elite
politik menerajui regim beliau ternyata telah menyebabkan bukan saja rakyat mencemuh
mereka, malah puak UMNO sendiri. Selain rakyat banyak, golongan muda terdiri dari mahasiswa sudah mulai nampak bergiat di
dalam ledakan politik massa, termasuk beberapa NGO yang semakin peka bersebab dari
penindasan oleh regim Mahathir yang keterlaluan.
Walaupun dimasa-masa lampau, golongan cendekiawan tidak pernah menyuarakan sebarang
bantahan terhadap dasar kerajaan secara formal dan sama sekali tidak pernah menyatakan
sikap untuk mendukung salah satu elit politik tertentu, namun sekarang keadaan sudah
berbeda jauh. Mereka adalah penyokong Pembangkang.
Beberapa pensyarah sudah lantang bersuara kerana Kementerian Pendidikan negara ini tidak
mempedulikan kesimbangan anak-anak Melayu untuk melanjutkan pelajaran ke bidang sains
dan teknoloji, kemudhan biasiswa dll.
Kementerian terbabit telah membatalkan Asasi Sains di Universiti Malaya, dan biasiswa
akan dikenakan faedah bunga 4% tanpa menimbangkan kemiskinan keluarga Melayu. Padahal
Mahathir masih sibuk membailout Kroni beliau dalam angka puluhan billion RM.
Hari ini, 20 Januari 01 dijangka akan menyaksikan aksi Perhimpunan aman demonstrasi
rakyat bertempat di Kg. Medan, Telok Panglima Garang, Selangor.
Mungkin regim Mahathir menganggap Perhimpunan 100,000 rakyat itu sebagai suatu tindakan
memalukan yang dilakukan oleh rakyat terhadap regimnya. Sebelum ini para demo kerap
diugut dengan FRU yang bersenjata. Mereka dizalimi dengan pelbagai cara.
Perbuatan polis memukul rakyat cuma diberi alasan paling bodoh iaitu 'Kerajaan sama
sekali tidak bertanggung jawab atas segala tindakan kamu berdemo."
Sikap buruk dan diktator regim Mahathir sudah sampai saat menyikapi, bukan saja
pertarungan antara-elite politik sesama UMNO, malah Mahathir tidak sedar bahawa pemimpin
UMNO/BN sendiri sudah menimbulkan isu dan persoalan 'dukung-mendukung' Mahathir sebagai
Presiden parti. Mahathir semakin tertolak!!
Bagi Mahathir, ketidakpedulian beliau terhadap rakyat dan orang Melayu seharusnya adalah
persoalan yang lebih genting sekarang. Mahathir harus menganggap isu ini amat penting
bagi pemimpinnya menanganinya demi survical parti. Tetapi, sampai hari ini, hak-hak
rakyat masih dipinggirkan secara struktural dan sistematis oleh regim Mahathir.
Bermakna Pembangkang Melayu dan Barisan Alternatif semakin jelas membuktikan kepada
penyokong UMNO/BN atas pagar bahawa regim Mahathir wajib ditumbangkan pada Pilihanraya
umum tahun 2004 ini. |