Laman Webantu KM2A1: 3640 File Size: 15.1 Kb * |
TAG MT 4: Lantunan (FEER) By S. Jayasankaran 23/1/2001 9:02 pm Tue |
TAG 4 [Masalah pencemaran tayar terpakai menyebabkan ada usaha untuk mencipta proses
untuk mengitarnya. Proses dan formula itu sudahpun ditemui tetapi tiada kesungguhan
pemimpin negara untuk mengkomersilkannya. Akhirnya formula itu 'dicipta kembali'
oleh seseorang yang pernah berkhidmat di RRI dengan rakannya. Sudah tentu itu
hasil usaha bertahun-tahun RRI sebenarnya - mengapakah begitu mudah teknologi
itu diciplak keluar? Ganjaran sepatutnya diberi kepada SEMUA saintis-saintis RRI
dan hasilnya sebaiknya dimanfaatkan kepada penoreh getah kerana rata-rata hidup
mereka teramat susah. Dengan tidak mengendahkan mereka, getah akan kekal menjadi
satu industri yang tidak mengenang budi. Patutlah penoreh mundur sampai kini.
(Sila baca nota kaki oleh Pak -MT-) - Editor]
Penterjemah: -MT-
(Bouncing Back: Oleh S. Jayasankaran/Kuala Lumpur)
FEER INVENTION: ISSUE COVER-DATED January 18, 2001)
Pada 1995, Balachandra Sekhar, merupakan bekas ketua eksekutif Institut Penyelidikan Getah
(Asli) di Kuala Lumpur. Beliau telah berjaya mencipta formula yang disebut itu bersama seorang
pakar getah tiruan berbangsa Russia, Vitaly Kormer. Ciptaan mereka adalah satu penemuan
baru yang mampu merobah industri getah dan persekitaran dunia. Mereka telah berjaya
menemukan formula untuk mengitar semula getah yang pejal itu untuk mengembalikan
sehingga ke tahap 80%, unsur-unsur getah yang asli.
Usaha Vinod Sekhar bersama-sama rakan niaganya dimulakan dengan membina sebuah kilang
pada 1996 di Malaysia. Tetapi, keadaan ekonomi Asia merudum. Kini, dengan berbekal hak reka
cipta bersifat 'global patent', Sekhar berniat untuk memasarkan hasil ciptaan yang
dipegangnya itu ke seluruh dunia. Delink tidak merupakan sesuatu yang toksik malahan ia tidak berbau. Hanya sedikit sahaja
diperlukan untuk menjadi berkesan - 2.5 bahagian diperlukan untuk setiap 100 bahagian
barangan getah buangan. Harganya pun murah. Mengikut Sekhar, satu kilogram
barangannya berharga 66 cents Amerika untuk menghasilkan satu 'Devulc'. Di pasaran dunia
harga getah asli ialah di antara $1 hingga $6 untuk setiap kilogram.
Sekhar berpendapat rencana untuk menyenaraikan Petra di New York akan bergantung kepada
keadaan pasaran. Namun dia masih optimis. "Kali ini kami akan mulakannya di Amerika, di mana
getah yang terbanyak digunakan. Kami akan mulakannya dengan betul sehingga terlaksana."
-S. Jayasankaran- Catatan Penterjemah: Saya menterjemahkan tulisan ini dengan harapan yang sungguh besar. Semoga orang Melayu
terutama sekali para pemimpin politik dan juga para penoreh getah sedar. Ayah Vinod Sekhar
adalah pengarah RRI (Instititu Penyelidikan Getah Asli) sebelum jawatan itu diambil alih oleh
Tan Sri Ani Arope. Ketika Balachandra Sekhar memegang tampuk kuasa RRI itu ratusan anak
Malaysia daripada kaum India yang dihantar bekerja di Makmal Getah Asli di England. Ramai di
antara mereka tidak pun mempunyai kelulusan yang tinggi untuk bekerja di sana. Memadai
dengan pangkat pembantu makmal sahaja. Tujuan sebenar ialah untuk membolehkan mereka
belajar di waktu malam untuk memperbaiki diri. Ramai yang pulang dengan berkelulusan tinggi,
tetapi tidak kekal di RRI untuk terus berkhidmat.
Pada awal 1970-an, ada satu jenis kimia yang berasaskan 'etheral'. Apabila disapu di
permukaan kulit getah yan sudah dikikis kulit arinya, getah itu akan mengeluarkan susu tanpa
ada sekatannya. 'Etheral' adalah kimia yang digunakan untuk pokok getah yang mahu
ditebang semula. Siapakah pencipta kimia itu sebenarnya kalau bukan warga Malaysia
termasuklah anak-anak Melayu yang membuat kajian bertahun lamanya dengan melakukan ujian
di makmal dan juga di ladang-ladang. Siapakah yang meraih untung besar daripada penjualan
formula kimia itu? Kini, formula terbaru untuk mengitar barangan getah sudah ditemui. Ramai anak-anak Melayu
yang turut serta dalam segala bentuk ujian penciptaan formula itu sudah pun lama bersara.
Ramai lagi yang sudah menjadi aruah. Ini menunjukkan bahawa kajian untuk mendapatkan
formula ini bermula begitu lama sekali selepas kita mencapai kemerdekaan lagi. Kini, orang lain
yang tidak ada kena mengena dengan segala kerja berat-berat untuk mengsahkan kajian
replikasi ujian formula itu dulu, yang akan meraih keuntungan besar darinya. Kalaulah ada
keinsafan di kalangan pemimpin Melayu untuk mengetahui masalah ini, alangkah eloknya kalau
formula seperti ini dikeluarkan dengan 'patent' yang lain pula kerana semua benda yang
dikatakan formula itu masih ada lagi di otak anak-anak Melayu yang masih bertugas lagi
ataupun yang baru bersara. RRI harus mengeluarkan formula baru dengan segala hasil kajian yang ada di Sungai Buluh, di
England dan di mana sahaja anak-anak Melayu melanjutkan pelajaran mereka yang pernah
mengambil secebis formula itu untuk pengajian mereka. Keluarkanlah formula itu sebagai ciptaan
anak Malaysia yang boleh dipasarkan dan hak royaltinya dinikmati oleh warga penoreh getah
yang memang sudah lama sengsara di negara ini. Ambillah iktibar, kedaifan warga petani di
negara ini adalah disebabkan kepimpinan yang menyeleweng yang bersikap sambil lewa
terhadap masalah mereka. Industri Getah Asli berusia hampir 75 tahun. Apakah jenis royalty yang ada dipegang oleh
Malaysia ataupun anak-anak Melaysia hasil keunggulan industri itu dulu dan hasil jutaan ringgit
yang dilaburkan untuk mengekalkan Pusat Makmal Getah Asli di negara orang?
Fikirkanlah untuk masadepan cucu-cicit warga petani di negara ini, terutama sekali mereka
dalam industri getah asli. Ambillah iktibar dan soal diri sendiri, apakah kaedah yang sama
sedang dilalui oleh industri kelapa sawit melalui segala hasil kerja penyelidikan di PORIM dan
MARDI? -MT- Rencana Asal: Source: http://www.feer.com/_0101_18/p037innov.html
FEER: INVENTION Bouncing Back A Malaysian entrepreneur plans a second attempt at
marketing a novel way of recycling rubber
By S. Jayasankaran/KUALA LUMPUR Issue cover-dated January 18, 2001 Blame it on Charles Goodyear. In 1839, he discovered that
heating rubber with sulphur or Until now, that is. Vinod Sekhar, a Malaysian entrepreneur,
hopes to turn a problem into a profit with a New York listing
this year of a company that uses a rubber-recycling
formula discovered by his father. In 1995, Balachandra
Sekhar, former chief of Malaysia's Rubber Research
Institution in Kuala Lumpur, and Vitaly Kormer, a Russian
synthetic-rubber specialist, made what could prove to be a
breakthrough for both industry and the environment. They
hit upon a way to devulcanize rubber to the point where it
regains up to 80% of its virgin properties.
Vinod Sekhar and others tried to exploit the discovery
commercially in 1996 by setting up a factory in Malaysia.
But then Asia's financial crisis hit. Now, global patents in
hand, he's trying again. Sekhar intends to market the
product worldwide, raising funds from a planned initial
public offering on the American Stock Exchange within the
next few months. The discovery could revolutionize the rubber-products
industry. Besides offering a commercially viable solution to
a global environmental problem, it promises to cut
production costs by eliminating waste--which ranges from
5% to 40%, depending on the product. A proportion of the
cheaper, recycled rubber can be added to more expensive
virgin rubber to make various rubber products--from gloves
to scuba-diving fins--without any significant loss in
product quality. Independent tests first conducted in 1996 by rubber
research institutions in Malaysia, India and Britain and by
Ford Motor Co. in the U.S. upheld Sekhar's claims: that his
father's discovery devulcanizes rubber without significantly
harming the material's quality. Subsequent tests conducted
in Britain in August last year confirmed the results.
How does the process work? A compound called
Delink--whose composition remains a trade secret--is
added in pellet form to broken-down waste rubber, or
crumb rubber, and mixed in shearing machines for 10
minutes at room temperature. What emerges is what Sekhar
has trademarked as "Devulc"--sheets of rubber stripped of
its hardy sulphides and returned to its latex origins.
What's even more impressive is that Delink is nontoxic and
odourless and that only a small amount is needed to work
its magic--2.5 parts to every 100 parts of rubber waste. It's
also cheap: According to Sekhar's business model, it would
cost 66 U.S. cents a kilogram to convert waste rubber to
Devulc. On the world market, virgin rubber costs between
$1 and $6 a kilogram. Stricter environmental laws have sent rubber-product
makers scrambling to reuse waste rubber. In the U.S.,
around 35% of waste rubber is utilized in various forms.
Some is burned as fuel, but that's highly polluting. Another
application involves splitting rubber into hydrocarbons such
as oil and gas, but the process hasn't reached
commercially viable proportions. The bulk is used as a
low-value addition to asphalt and as an inert filler in rubber
products. The real challenge for Sekhar is to convince industry to use
his product. That's not easy, given that he's up against
practices that have developed over more than 100 years.
But since the failed effort in 1996 to market the product, his
father has refined the formula so that less of the compound
is needed in the recycling process. Sekhar has teamed up with Tengku Imran Tengku Jaafar,
an entrepreneur and Malaysian prince, to form Petra
Technologies Inc., or Petra, a company registered in
Delaware that controls the patent rights to the discovery.
This month, Petra will place out less than 5% of its share
capital to U.S. institutional investors for $5 million, providing
cash to help it introduce Delink to America.
Sekhar says the plan to list Petra in New York will depend on market conditions, but he's clearly optimistic. "This time, we are going to do it from America, which is the biggest rubber user," he says. "And we are going to do it right." |