Laman Webantu KM2A1: 3639 File Size: 16.0 Kb * |
TJ MT MGG: Polis Buat Jualan-Murah By M.G.G. Pillai 23/1/2001 7:52 pm Tue |
MGG 2101 [Diskaun saman yang dilancarkan baru-baru ini semakin
meruntuhkan lagi imej institusi polis. Jika perkara mudah
seperti mengutip saman pun sukar dilakukan, apakah pihak
polis dapat diharapkan untuk menyelesaikan pelbagai kes
pembunuhan dan jenayah misteri yang lain? Sepatutnya pihak
polis boleh menghantar nota (reminder) berkala setiap bulan
kepada pesalah tetapi itupun masih tidak mampu dilakukan
walaupun sudah berjuta membeli komputer dan peralatan
menangkap yang gila-gila. Sesuatu perlu dilakukan dengan
SEGERA untuk merombak institusi polis. Jika tidak sia-sia
sahajalah membeli peralatan berjuta-juta, hasilnya
diketawakan oleh pesalah juga akhirnya.... - Editor]
(The Police Hold A Fire Sale) Polis Di Raja Malaysia pernah mengugut dan memujuk rayu orang awam
mengenai undang-undang dan saman yang bertapuk-tapuk tidak dijelaskan
bayarannya. Selalunya salakannya itu tidak setara dengan gigitannya.
Yang lebih teruk lagi, ia tidak mampu melaksanakan apa yang ditugaskan
kepadanya. Kini, pihak polis menawarkan harga potongan istimewa kepada semua
pemandu yang telah dikenakan saman. Ini bererti segala tindakan yang
digembar-gemburkan untuk menangkap pelanggan saman kesalahan
lalu-lintas dulu berakhir dengan satu kegagalan juga. Nampak sangat
mereka tidak mampu menyeragamkan segala penguatkuasaan itu.
Kita pernah diberitahu ketika itu betapa operasi polis akan diteruskan
dengan berkesan sehinggalah sekitar 4.3 juta pemandu ditangkap kerana
memperlekehkan saman. Kini, polis pun terpaksa meniru gelagat para peniaga kedai untuk
melancarkan jualan murahnya. Aksi melelong dengan harga potongan
(diskaun) ini akan berterusan sehingga akhir Februari. Mereka yang
datang menyelesaikan saman akan diberikan diskaun. Selepas itu tidak
ada tempoh lanjutan lagi - ini bererti pihak tempoh lanjutan akan
diumumkan juga - inilah urusan polis sehingga menjadikannya bahan ketawa
orang awam sahaja. Tidak ada orang yang bertanya kenapa berjuta surat saman dibiarkan
bertimbun-timbun. Kenapakah polis tidak bertindak sebaik sahaja saman
itu dikeluarkan? Pernahkah mereka yang bertanggungjawab dengan kerja
bertapuk itu dikenakan tindakan disiplin?
Kenapakah denda maksimum bagi setiap kesalahan itu dipraktikkan?
Bukankah itu memberi ruang kepada budaya korupsi? Selalunya seseorang
boleh berunding dengan pegawai polis yang mahu mengeluarkan saman agar
tidak diberikan saman itu akhirnya, dengan membayar sebahagian daripada
nilai denda tertinggi saman itu. Kaedah ini terlalu lumrah sehinggakan ia tidak lagi dianggap satu
korupsi - Ia menjadi satu budaya hidup pula. Kalau anda mahu terus
memandu di jalan raya anda mesti bersedia dengan budaya itu. Kalau
denda yang dikenakan berharga rendah, semua orang akan membayarnya.
Jika tidak, ramai pemandu yang sengaja enggan membayarnya, selagi
mereka tidak tertangkap. Inilah dilema pihak polis untuk menyelesaikan masalah saman yang
dicetuskan oleh perbuatannya sendiri. Buat masa ini rakyat marhaen
menganggap anggota polis itu sebagai makhluk yang merimaskan. Lagi
kurang kita berurusan dengannya lebih baik kesannya. Setiap kali kita
bersemuka dengan polis dan meminta sebarang nasihat, perkataan yang
mula-mula sekali tersembul daripada mulutnya ialah bahagian
undang-undang yang bersangkutan dan jumlah denda yang tertinggi yang
terbit daripada melanggar undang-undang itu.
Setiap kali polis melancarkan sesuatu, seluruh negara akan cepat tahu.
Akhbar dan media elektronik sentiasa berada untuk merakamkan aktiviti
mereka itu. Kalau gerakan itu bertujuan mengesan penjenayah tertentu,
ada sahaja keributan yang diketengahkan sehinggakan pada akhirnya tidak
ada seorang pun penjenayah yang dapat ditangkap.
Ketika polis melancarkan kempen, adalah segelintir yang tidak bernasib
baik tertangkap dan dikenakan denda yang tertinggi sekali. Ini
dilakukan sebagai amaran kepada rakyat marhaen. Selepas itu tujuan
sebenar kempen itu pun dilupakan.
Kalau berlaku pembunuhan, pihak akhbar akan berlumba-lumba untuk meneka
di kalangan mereka akan gerak geri polis dalam operasi mengesan si
penjenayah. Lapuran mengenainya pun dibuat mengikut tekaan tertentu
sehingga satu hari di mana semua orang, termasuk polis akan lupa
kisah jenayah itu. Seorang gadis sekolah Audrey Melissa telah dibunuh di sebuah lorong
pejalan kaki berdekatan sekolahnya di Kuala Lumpur (berhampiran Masjid
Negara -penterjemah), beberapa tahun yang lalu. Apakah pembunuhnya
telah ditangkap? Ahli Dewan Perundangan Negeri Kedah untuk kawasan
Lunas, Dr. Joe Fernandez telah mati dibunuh. Keseluruhan gagasan
Barisan Nasional bergegar, tetapi apakah pihak polis berjaya dengan
menangkap pembunuhnya yang masih bebas berlegar? Berapa banyakkah lagi
pembunuhan yang belum diselesaikan? Agak-agaklah sendiri untuk
mendapatkan jawapan yang memuaskan.
Setiap kali pengedar dadah ditangkap, ataupun ada dadah yang ditemui,
pihak akhbar memang cepat melaporkan cerita polis akan pembabitan
'raja dadah' tertentu ataupun kisah sindiket tertentu yang telah
dilumpuhkan. Tetapi, selepas itu tidak pun kita dengar apa yang
terjadi seterusnya kepada semua malaun itu. Kalau mereka dikenakan
dakwaan di mahkamah, tidak pun kita dapat mengikuti kisah dakwaan itu,
melainkan sekiranya ada peguam terkenal yang ikut terlibat.
Bagaimana agaknya, kalau semua raja-dadah dan sindiket itu telah
dilumpuhkan, masih ada lagi urusan niaga yang mampu mereka lakukan
semula? Kenyataan sebenarnya, tidak kiralah apa yang cuba dipertahankan oleh
pihak Polis Diraja Malaysia; mereka ini seperti juga institusi kerajaan
yang lainnya, sudah lama kehilangan kewibawaan dan maruah diri mereka.
Mereka tidak lagi mengamalkan amalan biasa dalam penyiasatan mereka.
Ramai di kalangan rakyat marhaen yang pernah membuat laporan polis
mengenai kecurian ataupun kes ugutan akan mengesahkan perkara ini,
betapa polis hanya mengambil laporan dan bertindak kemudiannya untuk
melupakan perkara itu sahaja. Kalau ada sesiapa yang melanggar kereta anda, bererti anda terpaksa
menunggu berjam lamanya di balai, untuk membuat laporan polis. Inilah
kisah yang pernah saya lalui satu ketika dulu. Oleh kerana pihak yang
melanggar itu tidak membuat laporan walaupun saya memberikan keterangan
mengenainya, polis tidak akan bertindak juga. Inilah yang diberitahukan
kepada saya dengan tegasnya oleh seorang sarjan yang bertugas ketika
itu. Soalnya sekarang, kita perlu melaporkan kemalangan itu kalau kita
mahu membuat tuntutan kepada syarikat insuran.
Ketika ketua polis negara membalun muka seorang timbalan perdana
menteri yang baru saja ditarik balik jawatannya, si pemukul dibiarkan
bebas begitu sahaja. Inilah yang diikuti oleh semua anggota polis
terhadap rakyat marhaen yang mereka tangkap. Ikan memang mereput
daripada bahagian kepala, barulah ia menurun ke badannya. Inilah yang
berlaku sebenarnya. Apakah agaknya penjelasan menteri dalam hal negeri akan hal semua ini?
Tidak ada yang boleh diharapkan darinya. Kenapakah dia tidak
mengarahkan satu penyiasatan terhadap keengganan mengutip segala saman
yang tertunggak itu? Sudah amat jelas kini, tindakan polis untuk
mengadakan 'jualan murah' itu adalah satu kesalahan melanggar
undang-undang. Anda akan disaman kerana meletakkan kereta di tempat yang salah. Ini
adalah satu perkara biasa kerana ketiadaan parking-kereta yang
secukupnya disebabkan pihak berkuasa mahu mengurangkannya. Perkara
semacam ini memang boleh dijumpai di merata tempat di Kuala Lumpur.
Helahnya ialah mengalihkan kedudukan-salah kereta itu dua kali sehari,
sebaik sahaja warden parking menunjukkan mukanya. Anda tidak akan
kerugian apa-apa. Tetapi, kalau anda ditangkap kerana kesalahan begini,
tunjukkan sahaja beberapa keping ringgit yang digenggam bersahaja
kepada orang yang patut menerimanya. Saman kesalahan itu tidak akan
menjelma. Seandainya pihak polis mahu dihormati dan dipercayai, mereka mesti
bertindak melebihi tindakan memberikan diskaun harga kepada bayaran
saman yang telah dikeluarkannya. Ia mesti merombak keseluruhan institusi
itu untuk berwajah baru seperti yang sepatutnya. Sebagai awalannya ia
mesti mengubah cara kesamsengannya terhadap rakyat marhaen. Ia mesti
merobah wajah daripada kumpulan bajingan yang dibenci oleh rakyat kepada
satu kumpulan yang disenangi oleh rakyat.
Perubahan seperti itu tidak akan mampu dilakukan dalam tempoh sehari
suntuk. Imej kewibawaan polis telah jauh tercemar disebabkan cara ia
mengugut Anwar Ibrahim dan para penyokongnya. Nampak sangat ia
menonjolkan imej sebuah pasukan polis yang memusuhi rakyat sebuah
negara, semata-mata untuk menjadi penyokong totok pemerintah negara.
Inilah gelagat satu pasukan yang sudah jauh menyimpang kerana berani
mengganggu-gugat dengan tujuan jahat, untuk mencederakan sesiapa yang
tidak bersekongkol dengan pemerintah yang durjana.
Kalau inilah fahaman anggota polis itu keseluruhannya, berpuluh lelongan
dan diskaun serta 'jualan murah' lagi pun tidak akan mencapai
sasarannya. -MGG Pillai- Rencana Asal: 19 January 01 CHIAROSCURO MGG Pillai In what it describes as a "show of goodwill", it has
offered a "fire sale" of traffic offenses. Its highly
publicised crackdown on traffic summons defaulters ended in
a whimper. It could not be sustained.
We were then told the crackdown would continue
"relentlessly" until all the 4.3 million motorists with
summons issued are "caught. Now it takes on the practice of shopkeers to perk up
business with a "fire sale": till the end of February,
those who settle their summonses can do so at cut rates.
There would be no more extensions -- which means there would
be -- and the police takes another tack to make sure it is a
laughing stock. No one asked why millions of summonses were left to
accumulate. Should not the police have acted on them when
it should have? Why did it not? Have those responsible
been punished for dereliction of duty?
But why is the maximum for the offence imposed as a
matter of course? When it is, there is room for corruption.
One can negotiate with the policeman issuing the summons and
not get it for a fee, usually half that of the maximum for
the offence. This is so prevalent it is no more what would be petty
corruption. It is a way of life. If you want to drive on
the road, you have to live with it. If penalties are low,
one will try to settle it. If not, and are unlikely to be
found out, none would pay. This is the dilemma the police face to wipe the
summonses off the book. It is the police that brought this
upon itself. As it is, to the average Malaysian, the
policeman is a figure of dread. The less one has to do with
him the better. The first word from the police when advise
is needed is to be told the relevant sections of the law
which provide for high penalties. When it moves, the whole country knows of it, the
newspapers and the electronic media on hand to record its
move. If it is after criminals, enough noise is made to
ensure no one is caught in the end. When it launches a campaign, a few unfortunates get
caught in the net and is fined the maximum possible, the
public told to own up or face worse. And the campaign is
forgotten. A murder is committed? The newspapers will second guess
each other to report every move for a few days, and
everyone, including the police, forgets everything about it.
The schoolgirl Audrey Mellisa was murdered in a
little-user pedestrial tunnel near her school in Kuala
Lumpur a few years ago. Has the murderer been caught? The
Kedah state assemblyman for Lunas, Dr Joe Fernandez, was
murdered. It gave the National Front a seismic shock, but
did the police go through with its promise to arrest the
murderer? How many murders remain unsolved? It is a fair
guess most are. Whenever some drug dealers are caught, or some
contraband is discovered, the newspapers are quick to report
the police claim that this "kingpin" or that "syndicate" is
crippled. But we hear precious little of what happened to
the fellows. If they are charged in court, we hear precious
little of the proceedings, unless a high profile lawyer is
involved. How is it that if these kingpins and syndicates are
repeatedly crippled, they seem to have a remarkable to be
back in business within days of their crippling?
The sad fact is, whatever the official spin, the Royal
Malaysian Police, like the other institutions of state, has
lost its raison d'etre. It does not investigate or initiate
the routine police investigations -- as any Malaysian who
had had occasion to report a robbery or an assault would
tell you -- and then it is forgotten. Someone knocked your car? Be prepared to spend the next
five or more hours, as I once had to, at the police station
waiting for a report to be filed. Since the other fellow
did not, and although I gave it the details, I was told no
further action would be taken. Not reporting a traffic
accident is an offence. But the police sergeant was
adamant. But one must unfortunately report an accident if
one wants to claim from his insurance company.
When the inspector-general of police beats up the just
detained former deputy prime minister to a pulp, he is let
off with a slap on his wrist. This encourages the policeman
to do likewise at those he arrests. The fish rots in the
head first. And it spread down. As it has.
What has the home minister to say to all this? Precious
little. Why has he not ordered an investigation at this
blatant refusal to collect penalties? What the police
ensure in this "fire sale" exercise is that it is all right
to flout the law. You are given a ticket for parking illegally, which you
do because there are not enough car parks and the
authorities do not look into this. There are few places in
Kuala Lumpur where tens of cars are parked illegally every
hour of the day. So long as the cars are removed before the
twice-a-day grand entrance of the traffic wardens, nothing
would happen. Should you be caught, a few dollars
discreetly pressed into their hands would make them go away.
If the police want to be believed and trusted, more than
a fire sale of traffic summonses must ensue. It must revamp
itself into what a police force should be. For that, it
must not threaten and already frightened citizen about to
caught in a Kafka-like world. It must reorient itself into
a friend, not enemy, of the people. That cannot be in a day. Its copybook is blotted after
how it treats Anwar Ibrahim and his supporters. It is seen
not a police force of the people but of the establishment,
out to harass and manhandle any who disagrees with it. So
long as that remains, even "fire sales" would not help.
|